Anda di halaman 1dari 4

Terima kasih dan Salam Sejahtera.

Pengerusi Majlis Yang


saya hormati, para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “


Singa yang Sombong”. Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang
tersedar, dengar-dengarkan Yang terdengar fikir-
fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong.


Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan
takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya.
Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan
satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk
menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu? Tiba-tiba
Sang Kancil bangun dan bersuara. “ Wahai kawan-kawan,
kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama,
semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang
zalim itu.

Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana


hendak menewaskan singa itu.“ Ya, kami sedia membantu”
jawab haiwan-haiwan yang lain. “ Siapa ada cadangan, silakan”
tanya Sang Kancil. Semua terdiam.

Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah


saya cuba menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa sambil
memperkecilkan kebolehan Tebuan.“Selain saya, siapakah yang
berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar kawan-
kawannya.

Masing-masing tunduk diam. “Oleh kerana tidak ada


haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita sama-
sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang
Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh
penghuni rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar


untuk menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba
di suatu tempat, mereka ternampak Singa masih tidur di bawah
pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa. “ Hai Singa
yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan
denganku.” Kata Tebuan dengan berani.

“ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu


sambil ketawa. “ Belum cuba, belum tahu. Walaupun aku kecil,
tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan
kamu.” Jawab Tebuan dengan penuh semangat.

“ Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata


Singa. Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu.
Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi
tidak berjaya. Lama-kelamaan Singa itu menjadi letih. Dengan
pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa lalu menyengat
Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu meraung kesakitan.
Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan
Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak
lama kemudian, Singa itu pun mati kesakitan yang amat sangat.
Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung
keberanian tebuan itu.

Ingat kawan-kawan, orang yang besar tidak semestinya


kuat dan orang yang kecil tidak semestinya lemah. Kita mesti
berusaha jika ingin berjaya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai