Anda di halaman 1dari 2

4.

0 CADANGAN DAN LANGKAH MENGATASI DARI SUDUT LUARAN

Isu pembuangan bayi merupakan isu universal yang berlaku di seluruh dunia
terutamanya di negara kita, Malaysia. Perbuatan membuang bayi yang kian
menular merupakan salah satu isu yang serius dan harus ditangani hingga ke akar
umbi dengan segera. Meskipun pelbagai tindakan telah diambil bagi menangani isu
tersebut, ianya seolah-olah tidak memberikan apa-apa kesan memandangkan
berita yang terpampang di dada akhbar mencatatkan isu pembuangan bayi
semakin meningkat dari setahun ke setahun. Hal ini demikian kerana, motivasi
secara dalaman sememangnya tidak cukup untuk menyekat gejala seperti ini. Oleh
itu, pihak luar juga memainkan peranan yang sangat signifikan dalam membanteras
masalah pembuangan bayi ini. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh
pihak berwajib untuk membendung masalah ini agar tiada lagi anak luar nikah yang
dilahirkan dan dibuang di merata-rata tempat.

4.1 Peranan Kementerian Kesihatan

Hubungan seks rambang atau luar nikah yang menyumbang kepada masalah
pembuangan bayi ini sememangnya sukar untuk disekat dalam masa yang singkat.
Oleh hal yang demikian, pihak kementerian kesihatan sangat membantu dalam
mengurangkan isu bayi yang dibuang. Dalam ledakan teknologi maklumat dan
komunikasi yang mudah untuk diakses, pihak kementerian kesihatan boleh
mengambil inisiatif dalam memperkenalkan suplemen atau ubat bagi mencegah
kehamilan di luar jangkaan sekiranya seseorang itu sudah terlanjur. Sebagai contoh,
memberi keterangan yang lebih mendalam mengenai pil postinor-2 yang bertindak
sebagai kontraseptif kecemasan untuk mencegah kehamilan selepas melakukan
hubungan seks mahupun dirogol kerana ia berfungsi bagi menunda ovulasi dan
persenyawaan, yang diperlukan dalam proses kehamilan dan ianya bukanlah ubat
pengguguran kandungan. Keterangan ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai
platform sama ada dengan cara mengadakan seminar ataupun menyebarkan
maklumat di pelbagai platform sosial media seperti di aplikasi twitter dan instagram
memandangkan aplikasi ini merupakan aplikasi kegemaran remaja zaman kini.
Advokasi usaha ini bukanlah untuk menggalakkan para remaja memandang enteng
terhadap kesalahan seks bebas dan luar nikah, sebaliknya ingin menghalang
kebejatan masalah pembuangan bayi ini dari terus meningkat. Sejurus itu,
sekurang-kurangnya inisiatif ini dapat memberi kesan terhadap penurunan statistik
masalah pembuangan bayi. Selain daripada itu, pihak kementerian kesihatan juga
boleh mengadakan program seminar tentang keburukan melakukan seks luar nikah
atau seks rambang secara berkala bagi meningkatkan kesedaran masyarakat betapa
besarnya impak negatif perlakuan keji tersebut terhadap nilai kemanusiaan
seseorang.

Anda mungkin juga menyukai