Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis

Aplikasi “Kelas Bahasa Cina” dibangunkan dengan platform Thunkable. Tujuan aplikasi
ini adalah untuk membantu pengguna mempelajari karangan tentang bahagia dengan lebih
mudah. Melalui aplikasi ini, pengguna juga dapat belajar cara-cara menulis karangan naratif. Di
samping itu, pengguna dapat mempelajari Model Beyond Disipline Alfie Kohn dan cara-cara
mengatasi masalah disiplin dengan Model Beyond Disipline Alfie Kohn.

Aplikasi ini terdiri daripada tujuh belas skrin dan tiga puluh enam button. Skrin pertama
ialah skrin login dan mengandungi satu text input nama dan satu butang “masuk”. Skrin kedua
ialah skrin menu dan terdiri daripada tiga submenu, iaitu Intro Tutorial (Membaca), Intro Tutorial
(Mengarang) dan pengurusan grafik. Kandungan tentang Intro Tutorial (Membaca) terdiri
daripada tiga skrin tutorial dan satu skrin video. Manakala kandungan tentang Intro Tutorial
(Mengarang) pula terdiri daripada dua skrin tutorial, satu skrin video dan empat skrin kuiz. Pada
bahagian pengurusan grafik pula terdapat dua skrin tutorial, iaitu skrin tentang peta minda model
Alfie Kohn dan skrin tentang cara-cara mengatasi masalah disiplin.

Aplikasi ini boleh dimuat turun oleh Android dan senang digunakan. Melalui aplikasi ini,
pengguna boleh meningkatkan kemahiran membaca dan kemahiran mengarang secara tidak
langsung.

Antaramuka Apps

QR Code

Aplikasi ini boleh dicapai daripada link berikut:

https://x.thunkable.com/copy/0958720fff6ec41dadc27e70628f477d