Anda di halaman 1dari 5

AKTIVITI-AKTIVITI GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH

(DI BAWAH PROGRAM NILAM)

1.Buat Seekor Ulat Buku

– Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kadmanila yang dipotong bulat. Kad-
kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’.

2.Rakan Membaca

– Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca.
Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.

3.Mendirikan Satu Program Membaca

– Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak


dibaca, dan di mana bahan dapatdiperolehi.

4.Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri

– Pelajar dalam satu kumpulanatau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca


dan merancang aktiviti-aktivitiyang tersendiri.

5.Diari Membaca Mingguan

– Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi minggu baik dari segi
kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.

6.Ulasan Buku Mobail

– Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan ulasan buku di bilik
darjah.

7.Menghayati Puisi

– Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan
menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.

8.Baris Demi Baris

- Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisiuntuk memahami sebauah


puisi dengan lebih baik.

9.Mengumpul Perkataan

– Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul perkataan menurut


‘kumpulan’ supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah.
10.Kisahkan Semula Sebuah Cerita

– Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian


menulis – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya,
kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.

11.Melukis Model –

Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang suatu


tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-
masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya
kemudian.

12.Halaman Masalah –

Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utamadalam sebuah buku cerita,


pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada
halaman masalah dalam majalah kegemarannya.

13.Kerangka Cerita –

Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karyafiksyen berdasarkan latar,


watak, masalah dan penyelesaian.

14.Urutan Cerita –

Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah ceritayang disukainya untuk
menamatkan cerita itu seperti yang diingininya.

15.Apa Yang Diberitahu Kepada Kamu?

Pelajar membaca sepintas lalu beberapa perenggan daripada sebuah buku cerita,
dan memikirkan apa idea utama perenggan-perenggan itu

16.Pesan Tersirat –

Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisidan novel untuk
mencungkil mesej yang ingin disampaikan pengarang dalamkaryanya.

17.Luaskan Idea Kamu –

Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskanidea dan kefahamannya


berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya.Misalnya dengan
menggunakan segala maklumat tentang watak utama, diamemerihalkan keadaan
watak itu pada zaman kanak-kanak.

18.Dua Aktiviti Dengan Lakonan –

Pelajar dapat meningkatkan kefahamantentang sesebuah cerita dengan


menterjemahkannya ke dalam bentuk lakonan,dan kemudian melakonkannya di
dalam kelas.
19.Tamu Minggu Ini –

Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yangingin menampilkan watak


kegemarannya dalam rancangan ‘Tamu MingguIni’. Oleh itu dia terpaksa
menyediakan suatu ringkasan mengenai watak seperti nama, keluarga dan
pencapaiannya.

20.Membanding Dan Membeza –

Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan keadaan sesuatu watak


sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya, atau membandingkan
dua watak dalam sebuahcerita.

21.Merentas Dunia –

Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri danmencatatkan maklumat seperti


ibu negeri dan kehidupan rakyatnya.

22.Mengumpul Maklumat –

Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak disekeliling satu tajuk dengan
fakta-fakta atau maklumat penting berkaitandengan tajuk itu dan kemudian
menyusun nota-nota itu menurut urutan yangmunasabah.

23.Buat Sebuah Buku Fakta –

Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripadaensaiklopedia dan kemudian


menyalin dan melengkapkannya untuk membuatsebuah buku.

24.Berkongsi Dan Berbincang –

Berpasangan, pelajar menerokai dan membaca bersama-sama sebuah buku untuk


mencari maklumat tentang satu tajuk yangdipilih mereka.

25.Merancang Satu Persembahan –

Kumpulan-kumpulan pelajar merancangdan mengelola suatu persembahan


berdasarkan sebuah carita yang telahdibaca.

26.Biodata Tokoh Terkenal –

Pelajar membuat profil seoramg tokoh yangdiminati menggunakan seberapa


banyak punca maklumat yang dapatdiperolehi.

27.Cari Khazanah!/Sumber Hunt

Berpandukan satu salinan peta, pelajar menulis arahan dan membacakan arahan
itu kepada kawan-kawannya untuk memandu mereka mencari khazanah yang
disembunyikannya di suatu tempatdalam peta itu.

28.Membaca Gambar Rajah –


Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar rajah yang dipilih dari sebuah buku
supaya rakannya dapat melukis gambar rajah itu hanya dengan mendengar
gambarannya.

29.Surat Berita –

Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari aktiviti-aktiviti


menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita.

30.Buku Ditangan –

Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku dimana-mana sajamereka berada.

31.Projek Pukal –

Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru kelas.
Buku sentiasa ditukar ganti.

32.Anotasi Buku –

Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses pengajaran
dan pembelajaran.

33.Khemah Membaca –

Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat,


ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkanhasilan projek dan persembahan
di akhir kursus.

34.Kuiz Bestari –

Kuiz berkaitan dengan matapelajaran di sekolah.

35.30/40 Minit Bersama Buku –

AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai mengikut jadual waktu. Hari dan
masa akan berubah pada minggu berikutnya melibatkan semua warga sekolah.
Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru mata pelajaran pada waktu tersebut.
Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku catatan membaca.

36.Minggu Galakkan Membaca –

AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam
bentuk pertandingan.

37.Buku Skrap –

Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petikan majalah atau
akhbar.
38.Wadah Bestari –

Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa buah buku
untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan mingguan.
Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tersebut. Guru
mengambil masa beberapa minit di kelas untuk sesi perbincangan.

39.Menulis Buku –

Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak berdasarkan
contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku dihasilkan. Hasil
yang baik diberi ganjaran.

40.Melukis Kulit Buku –

Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku.Biasanya buku yang


dipertandingkan tiada mempunyai kulit ( buku rosak-dibaik pulih).

41.Projek Berwawasan –

Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat sinopsis, ulasan, perkataan baru
dalam buku rekod membaca.

42.Hentian Ilmu/ Laluan Iqra –

Bahan bacaan diletakkan disudut-sudut tertentu untuk dibaca oleh murid pada
waktu rehat.

43.1 + 1 = 100 (Diskusi Buku) –

Seorang pelajar membaca sebuah buku disebarkan kepada 100 orang rakannya.

44.Projek Cakna –

Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing olehguru mengikut jadual
ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan
mambantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak
boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk
mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar
yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman
mereka dalam bentuk grafik, komik,kartun dan kulit buku.

45.Program‘Walking Dictionary’-

Pelajar memakai tag nama dimana perkataan perbendaharaan kata bagi minggu
itu diperkenalkan.

Anda mungkin juga menyukai