Anda di halaman 1dari 10

MPW 2153 – PENDIDIKAN MORAL

201010
Soalan Tugasan

Tema 1: ALAM SEKITAR

1.1 Alam Sekitar

Sesetengah masyarakat menganggap bahawa kejadian tsunami, taufan, gempa bumi,


letupan gunung berapi dan sebagainya merupakan suatu bencana alam semula jadi
yang tiada kaitannya dengan Tuhan. Namun, ada juga pihak yang mengaitkan
keadaan tersebut dengan pembalasan dan pengajaran Tuhan ke atas kesalahan dan
dosa manusia.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif empat agama pilihan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.

1.2 Alam Sekitar

Sebagai usaha bagi mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan selamat, Honda
Malaysia Sdn Bhd (HMSB) telah melancarkan kereta berteknologi hibrid yang lebih
mesra kepada alam sekitar walaupun menyedari permintaannya yang agak kecil
kerana kos harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh pelanggan.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Egoisme, Utilitarianisme,
Eksistensialisme dan Prinsip Kewajipan.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.

1.3 Alam Sekitar

Tindakan pihak pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab dengan


menggondol kawasan bukit telah menyebabkan kejadian banjir lumpur setiap kali
hujan turun dengan lebat di sekitar penempatan terbabit.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif Egoisme, Eksistensialisme dan dua agama
pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.
1.4 Alam Sekitar

Perkembangan ekonomi negara banyak bergantung kepada industri pembuatan


terutamanya elektronik, kimia dan getah. Namun, kadar pengeluaran yang kian
meningkat telah menambahkan kepada pelepasan gas organik dan bukan organik,
bahan kimia dan habuk.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Egoisme, Utilitarianisme, Kemoralan
Sosial dan Prinsip Kewajipan.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.

1.5 Alam Sekitar

Pembakaran hutan yang tidak terkawal di Indonesia telah menyebabkan berlakunya


jerebu dan menyebabkan negara-negara jirannya mengalami kerugian berbilion-
bilion ringgit. Bayaran ganti rugi sepatutnya diberikan kepada mana-mana negara
yang mendapat kesan daripada pembakaran tersebut.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Eksistensialisme, Egoisme, Prinsip
Kewajipan dan Utilitarianisme.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.

Tema 2: MENGAMBIL NYAWA

2.1 Mengambil Nyawa

Akibat tertekan dengan masalah kewangan, seorang pemuda yang kecewa dengan hidupnya
telah membunuh diri di depan webcam setelah dicabar oleh kawan-kawannya.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Utilitarianisme, Eksistensialisme dan
dua agama pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.
2.2 Mengambil Nyawa

Kerajaan memutuskan untuk menjatuhkan hukuman mati kepada perogol dan


penjenayah seks kerana tindakan mereka seakan-akan tidak takutkan perundangan
yang sedia ada (penjara dan sebatan) malah memporak-perandakan keselamatan
individu dan masyarakat terutamanya wanita dan kanak-kanak.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Teori Kemoralan Sosial, Utilitarianisme
dan dua agama pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.

2.3 Mengambil Nyawa

Tindakan sekumpulan penduduk kampung menangkap dan membelasah sehingga


mati seorang ah long (lintah darat) kerana kesalahan menggugut, membelasah dan
menyebabkan kematian seorang isteri peminjam yang sarat mengandung di kampung
berkenaan.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif Utilitarianisme, Eksistensialisme dan dua
agama pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.

2.4 Mengambil Nyawa

Seorang wanita yang merupakan guru sekolah antarabangsa di Abu Dhabi, United
Arab Emiriah (UAE) mati kerana meminum racun berikutan hidup dalam ketakutan
disebabkan bekas teman lelakinya telah menyebarkan gambar ‘tidak senonoh’nya
dalam laman web facebook.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Eksistensialisme, Prinsip
Kewajipan, Egoisme dan Utilitarianisme.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah
yang sesuai.
2.5 Mengambil Nyawa

Kerajaan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang lelaki yang
telah membunuh ibu dan bapanya kerana tidak sanggup menyara mereka yang sudah
terlalu uzur.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Eksistensialisme, Egoisme dan dua
agama pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.

Tema 3: PEPERANGAN DAN KEMANUSIAAN

3.1 Peperangan dan Kemanusiaan


Malaysia menghantar bantuan logistik kepada Palestin dalam peperangannya
menghadapi Israel atas dasar perikemanusiaan.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Utilitarianisme, Eksistensialisme,
Kemoralan Sosial dan Egoisme.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah
yang sesuai.

3.2 Peperangan dan Kemanusiaan

Korea Utara telah berusaha untuk mempertingkatkan teknologi kuasa nuklearnya


sebagai langkah keselamatan dan ancaman kepada negara-negara kuasa besar
dunia yang lain.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Eksistensialisme, Utilitarianisme,
Egoisme dan Prinsip Kewajipan.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.
3.3 Peperangan dan Kemanusiaan

Tentera Thai terpaksa menggempur kubu kumpulan Baju Merah di kota Bangkok
semasa tunjuk perasaan anti kerajaan bagi mengelakkan ekonomi menjadi semakin
buruk dan meningkatkan industri pelancongan negara tersebut.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Eksistensialisme, Prinsip
Kewajipan, Egoisme dan Utilitarianisme.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah
yang sesuai.

3.4 Peperangan dan Kemanusiaan

Masyarakat Arab desa dalam mengamalkan “Pembunuhan Suci” atau “Honor


kiling” demi menjaga maruah keluarga.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Egoisme, Utilitarianisme dan dua
agama pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.

3.5 Peperangan dan Kemanusiaan    

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan ekonomi dan


politik ke atas negara-negara yang mempunyai senjata nuklear yang boleh
mengancam keselamatan dan keamanan dunia.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Eksistensialisme, Prinsip Kewajipan,
Egoisme dan Utilitarianisme.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.
Tema 4: SEKSUALITI

4.1 Seksualiti
Seorang mahasiswa institut pengajian tinggi telah mengambil pil perancang untuk
menjadi wanita kerana merasakan dia sebenarnya mempunyai naluri kewanitaan,
dan bukannya kelelakian.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Egoisme, Prinsip Kewajipan dan
dua agama pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah
yang sesuai.

4.2 Seksualiti
Disebabkan krisis ekonomi dan kecelaruan gender, sesetengah lelaki bertindak
menjadi pelacur bagi memenuhi keinginan mereka.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Egoisme, Eksistensialisme dan dua
agama pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah
yang sesuai.

4.3 Seksualiti

Kebanyakan wanita yang dijangkiti oleh penyakit HIV/AIDS adalah disebabkan


oleh hubungan seks yang tidak dilindungi, sama ada melalui seorang pasangan
tepat ataupun pasangan yang berganda. Justeru, walaupun isu seksualiti ini
dianggap sebagai topik yang taboo dalam kebudayaan dan norma agama
masyarakat Malaysia, kerajaan telah menggalakkan rakyatnya agar bersifat
terbuka dan memperkenalkan Pendidikan Seks secara formal di sekolah-sekolah.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Utilitarianisme, Eksistensialisme,
Prinsip Kewajipan dan Egoisme.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah
yang sesuai.

4.4 Seksualiti
Seorang suami terpaksa menceraikan isterinya apabila dia mengetahui bahawa wanita
tersebut adalah seorang biseksual, walaupun mereka telah berumahtangga selama
lebih lima tahun dan mempunyai dua orang anak.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Egoisme, Utilitarianisme dan dua
agama pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah
yang sesuai.

4.5 Seksualiti

Golongan homoseksual perlu mendapat pengiktifaran dalam masyarakat Malaysia


kerana mereka tidak mencabuli hak orang lain, malahan mereka hanya bertindak
mengikut naluri mereka serta mempertahankan hak asasi manusia.
S

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Egoisme, Utilitarianisme dan dua
agama pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.

Tema 5: DISKRIMINASI

5.1 Diskriminasi

Malaysia mengkuarantinkan pesakit AIDS seperti pesakit kusta di suatu kawasan di


mana mereka diberikan penjagaan yang sewajarnya sehingga ubat penawar ditemui
kerana kedua penyakit ini merbahaya dan boleh berjangkit.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Egoisme, Eksistensialisme, Prinsip
Kewajipan dan Utilitarianisme.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.
5.2 Diskriminasi

Sebuah syarikat swasta kurang memberi peluang pekerjaan kepada wanita yang telah
berkahwin atas alasan golongan tersebut selalu mengambil cuti untuk menjaga anak.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Eksistensialisme, Prinsip Kewajipan,
Egoisme dan Utilitarianisme.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah
yang sesuai.

5.3 Diskriminasi

Sebuah syarikat di Malaysia telah mengiklankan jawatan kosong dengan memberi


syarat bahawa hanya mereka yang boleh fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa
Mandarin layak memohon jawatan tersebut.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Utilitarianisme, Eksistensialisme dan
dua agama pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah
yang sesuai.

5.4 Diskriminasi

Golongan lelaki atau suami dituding jari sebagai punca utama meningkatnya kes
penghidap virus HIV di kalangan wanita suri rumah berbanding wanita pekerja seks
sedangkan masalah ini turut disebabkan oleh golongan wanita sendiri yang kurang
berpengetahuan mengenai jangkitan virus tersebut.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Eksistensialisme, Prinsip
Kewajipan dan dua agama pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah
yang sesuai.
5.5 Diskriminasi

Seorang pengamal transeksual dilarang untuk menganuti sesuatu agama kerana


tindakannya iaitu menukar jantina dikatakan telah mengingkari keBesaran atau
keKuasaan Tuhan.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif empat agama kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.

Tema 6: SAINS DAN TEKNOLOGI

6.1 Sains dan Teknologi

Beberapa negara Asia termasuk China, Pakistan dan Iran menyekat kandungan
internet yang dianggap bertentangan dengan keperluan masyarakat.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Utilitarianisme, Eksistensialisme dan
dua agama pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah
yang sesuai.

6.2 Sains dan Teknologi

Sesetengah syarikat kecantikan menjalankan ujian kosmetik ke atas haiwan bagi


menjamin keselamatan produk dan kandungannya sebelum dipasarkan kepada
pengguna.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Eksistensialisme, Prinsip Kewajipan,
Egoisme dan Utilitarianisme.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai
6.3 Sains dan Teknologi       

Seorang wanita yang tidak bercadang untuk mengandung sendiri dengan alasan mahu
mengekalkan bentuk badannya mengambil keputusan untuk melakukan
“persenyawaan in vitro” yang mana janin yang terhasil tersebut akan dimasukkan ke
dalam rahim seorang ibu tumpang.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Eksistensialisme, Egoisme dan dua
agama pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.

6.4 Sains dan Teknologi

Pengklonan manusia oleh saintis untuk membantu pasangan yang tidak mampu
melahirkan anak sendiri.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif teori Egoisme, Utilitarianisme dan dua
agama pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.

6.5 Sains dan Teknologi

Perkhidmatan pakar kesuburan kepada pasangan yang ingin merancang untuk


menentukan jantina anak samada lelaki atau perempuan hangat diperkatakan. Namun
ada pihak yang merasakan tindakan ini boleh melawan atau bertentangan dengan
konsep Teologi atau kepercayaan terhadap Tuhan.

a) Huraikan sebarang maklumat dan isi-isi yang relevan berkaitan isu di atas.
b) Bincangkan isu ini dari perspektif empat agama pilihan kumpulan anda.
c) Jelaskan analisis kumpulan anda mengenai kewajaran isu ini berserta hujah yang
sesuai.

Anda mungkin juga menyukai