Anda di halaman 1dari 16

UNIT KESIHATAN IBU DAN ANAK

TAJUK:
GESTATIONAL DIABETES MELLITUS

1
SENARAI KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1 TAJUK 1

2 PENGENALAN 3

3 PENYATAAN MASALAH 4-5

4 PENCARIAN LITERATURE 6

5 PENEMUAN/PROSIDUR 7-10

6 PERBINCANGAN/HUJAH 11-13

7 CADANGAN/PENYELESAIAN 14

8 RUMUSAN 15

8 SENARAI RUJUKAN 16

2
PENGENALAN

Menurut WHO (World Health Organization), diabetes semasa mengandung (GDM) ditakrifkan sebagai
satu keadaan dimana seseorang yang mengalami intoleransi glukosa dan dikesan buat kali pertama semasa
kehamilan . GDM adalah satu keadaan yang sementara dan kebanyakkan ia akan hilang selepas proses kelahiran
tetapi mempunyai risiko untuk mendapat GDM pada masa yang akan datang.

Peningkatan yang drastik bagi wanita diabetes semasa hamil di Malaysia kian membimbangkan kerana
mengikut kajian, kira-kira 50 peratus wanita dengan GDM akan menghidapi diabetes jenis 2 dalam tempoh lima
tahun kehamilan . Hal ini terjadi disebabkan faktor-faktor tertentu seperti mempunyai sejarah penyakit kencing
manis dalam keluarga dan sebagainya.

Seterusnya, wanita yang berisiko mengalami Gestational Diabetes Mellitus adalah wanita hamil yang
berumur lebih dari 35 tahun dan juga ibu yang menghidap diabetes semasa kehamilan sebelumnya. Berat badan
seseorang wanita hamil melebihi 80 kg juga boleh menjadi salah satu faktor risikonya. Selain itu, wanita yang
mengalami sejarah keguguran berturutan melebihi 2 kali dan si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan
bayi melebihi 3.5 kg juga adalah berisiko tinggi.

Manifestasi klinikal bagi gestational diabetes mellitus pada peringkat awal adalah mengalami mual,
muntah, pertambahan berat badan, merasa teramat dahaga, kerap membuang air kencing , mengalami kelesuan,
kabur penglihatan dan merasa kebas pada tangan dan kaki. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak
menunjukkan sebarang gejala dan boleh dikesan melalui investigasi yang dijalankan ke atas ibu hamil. Maka
disarankan semua ibu hamil yang berisiko untuk melakukan saringan gestational diabetes melitus antara minggu
ke 24 hingga 28 kehamilan dengan ujian modified toleransi glukosa oral (MOGTT)

Komplikasi yang akan berlaku jika tidak dikawal ke atas kehamilan adalah akan meningkatkan risiko
keguguran, kelahiran tersekat, dan keabnormalan fetus. Infeksi genito urinari akibat candida albicans juga boleh
berlaku dan meningkatkan lagi risiko polihidramnios dan pre-eklamsia. Manakala kesan terhadap fetus adalah
kematian dalam uterus, kecacatan neurologikal, ginjal dan jantung, kerencatan pembesaran dalam uterus akibat
hemoglobin glikosulated, jaundis neonatal akibat polycythemia fetus dan bayi besar iaitu makrosomik.

3
PENYATAAN MASALAH

BIODATA PESAKIT

Nama : Crystal Fiona Nama Suami : Adam Shamil

No. Rujukan : 2812 No I/C : 820213-13-6229

No. I/C : 830819-13-5644 Umur : 37 tahun

Tarikh Lahir : 19 Ogos 1983 Tarikh Lahir: 13 febuari 1982

Jantina : Perempuan Bangsa: Bidayuh

Umur : 36 tahun Agama: Christian

Bangsa : Bidayuh Pekerjaan : Polis

Agama : Christian

Alamat : Lot 3399 Kampung Buyu Jalan Hilir

Kumpulan Darah : 0 positif

Pekerjaan : Accountant

SEJARAH KEHAMILAN PESAKIT

Gravida / Para : Gravida 2 Para 1+3 Aliran Haid: Normal

LMP : 1 September 2018 Amalan Perancang keluarga: Tiada

EDD : 28 June 2019 Usia Kandungan : 26/52 + 5 hari

Kumpulan Darah: O positif

Menarche : 13 tahun

Kitaran Haid : 28-20 hari (regular)

4
PENGAMBILAN SEJARAH PESAKIT

 Pada 9/02/19 sesi perbualan pengambilan sejarah dengan ibu hamil , mengatakan kehamilan ini adalah
kehamilan yang keenam dan pernah mengalami keguguran berturutan sebanyak 3 kali. Dua orang anaknya
dilahirkan secara Spontaneous Vaginal Delivery (SVD)

 Ibu hamil mempunyai sejarah penyakit diabetes dan hipertensi dan wanita hamil tersebut pernah mengalami
Gestational Diabetes Mellitus (GDM) semasa melahirkan anaknya yang kedua.

 Berdasarkan sejarah penyakit keluarga ibu hamil, ibunya mempunyai diabetes mellitus dan hipertensi
manakala bapanya merupakan seorang penghidap penyakit jantung.

 Ibu juga mengadu membuang air kencing sangat kerap, kerap berasa dahaga , nausea dan mengalami
kegatalan pada bahagian vagina.

 Semasa pemeriksaan urin dilakukan iaitu semasa sesi lawatan antenatal, terdapat glukosuria pada 2 kali
bacaan ujian dijalanakan.

 Pada keesokkan harinya, ibu hamil dengan ditemani oleh suaminya datang ke Klinik Kesihatan Sematan
untuk melakukan ujian Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT), beliau telah berpuasa sekurang-
kurangnya 6 jam bermula dari 10 malam semalam. Ujian Fasting Blood Sugar (FBS) dilakukan terlebih
dahulu.

 Bacaan diperoleh dari ujian FBS menunjukkan : 6.8 mmol/L (melebihi paras normal 5.1mmol/L)

 Ibu diberi minuman air glukosa dan 2 jam kemudian spesimen darah diambil dan ujian MOGTT dilakukan

 Pada keesokan harinya, wanita hamil tersebut melakukan Ujian Blood Sugar Profile ( BSP) .

5
LITERATURE REVIEW

Menurut Sarwono Prawirohardjo, Pelayanan Kesehatan Maternal Dan Neonatal ,(2010) gestasi diabetes
mellitus adalah intoleransi glukosa yang bermula atau baru diketahuai pada waktu hamil. Tiada ada cara untuk
menolak kemungkinan intoleransi glukosa yang tidak diketahuai yang berlaku semasa kehamilan. Setelah ibu
melahirkan,GDM akan kembali ke regulasi glukosa yang normal.

Menurut Metzger BE, Gestational Diabetes Mellitus, (1999) GDM hanya dapat dikesan melalui
pemeriksaan specimen darah dan pemeriksaan ini dinamakan MOGTT yang dilakukan selepas bepuasa
semalaman bagi wanita yang hamil untuk mnilai tahap glukosa dalam darah sanada normal atau tidak..

Dalam kajian Thomas A. Buchanan & Anny H. Xiang ,Gynecology Obstetrics, (2005) Gestational
Diabetes Mellitus adalah suatu keadaan dimana glukosa menjadi tidak toleran daripada pelbagai aspek yang
dikesan semasa mengandung. GDM dikesan semasa peringkat pengskrinan ibu-ibu mengandung bagi mengesan
sebarang komplikasi yang mungkin dialami semasa mengandung. Umumnya GDM dikesan bagi ibu-ibu
mengandung yang sebelum dalam tempoh mengandung, mempunyai sejarah penyakit diabetes atau sejarah
keturunan yang mempunyai keadaan ini. Kajian menunjukkan ibu-ibu yang pernah mengalami sejarah GDM
berkemungkinan untuk mendapat penyakit diabetes di luar tempoh kehamilan.

Menurut World Health Organization, Gestational Diabetes Melittus ,(2013) diabetes semasa
mengandung (GDM) ditakrifkan sebagai satu keadaan dimana seseorang yang mengalami intoleransi glukosa
dan dikesan buat kali pertama semasa kehamilan . GDM adalah satu keadaan yang sementara dan kebanyakkan
ia akan hilang selepas proses kelahiran tetapi mempunyai risiko untuk mendapat GDM pada masa yang akan
datang.

Dalam kajian, American Health Association, Diabetes Care ,(2014) menyebutkan bahawa wanita hamil
yang tidak memiliki sejarah diabetes sebelum ini tetepi memiliki kadar gula yang tinggi semasa kehamilan dapat
disebut sebagai gestational diabetes mellitus. Bedasarkan kriteria diagnosa terakhir mengenai gestational
diabetes mellitus yang mempunyai peratusan 18% semasa kehamilan.

6
PENEMUAN/ PROSEDUR

 Tanda-tanda vital pesakit

Suhu : 36.5

Berat : 87 kg

Tinggi : 156 cm

Tekanan Darah: 137/78 mmHg

Kadar nadi : 68/min

Spo2 : 99%

 Pemeriksaan Fizikal

1. Inspeksi : Beliau kelihatan lesu dan kurang bermaya

2. Palpasi: Degupan jantung yang normal dengan ritma regular

3. Perkusi : Resonans normal didengari pada kedua-dua bahagian paru-paru

4. Auskultasi : Tiada gesaran pleural, krepitasi dan rhonchi didengari

5. Scan Uterus :

-Tiada sebarang keabnormalan yang dijumpai

- Janin dapat dikesan dengan mengunakan teknologi ultrasound

- Jantung bayi dapat dilihat dan janin berkembang dengan baik

- Fetal heart rate janin adalah normal iaitu 130 /min

7
 Ujian Makmal

1. Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT)

Keputusan yang pertama : 6.7 mmol/L

Keputusan selepas 2 jam : 12.3 mmol/L

2.Blood Sugar Profile ( BSP)

Hasil ujian: 2 hours post pradial breakfast - 6.2 mmol/L

2 hours post pradial lunch - 6.3 mmol/L

2 hours post pradial dinner - 6.5 mmolL

3. Ujian Hemoglobin A1c ( HbA1c)

Keputusan: 40 mmol/mol

4. Ujian Fasting Blood Sugar

Keputusan: 6.7 mmol/L

5. Ufeme test

pH :7

Glucose : 3+

Ketones : Negative

Leukocyte : Negative

Nitrite : Negative

Protein : Negative

Erythrocyte : Negative

8
6. Full Blood Count

WBC : 8.5 X 10ᶾ /μL

RBC : 4.64 X 10^6 / μL

HGB : 13.3 g/dL

HCT : 38.9 %

MCV : 83.2

MCHC : 34.2 g/dl

PLT : 471 x 10^3/ μL

7. Blood Urea Serum Electrolyte (BUSE)

Sodium : 140 mmol/L

Potassium : 4.8 mmol/L

Chloride : 100 mmol/L

Blood Urea : 2.5 mmol/ L

Serum Creatinine : 70 μmmol/L

9
8. Fasting Lipid Profile

Total Cholesterol: 4.8 mmol/L

Triglycerides : 0.98 mmol/L

HDL- Cholesterol : 2.60 mmol/L

LDL- Cholesterol : 2.6 mmol/L

9. Liver Function Test

Total Bilirubin : 10.8 μmmol/L

Direct Bilirubin : 3.6 ummol/L

SGOT (AST) : 29 u/L

SGPT ( ALT) : 17 u/L

Total Protein : 67 g/L

Albumin : 51 g/L

Globulin : 16 g/L

Alkaline Phosphatase : 60 g/L

10
PERBINCANGAN / HUJAH

Gestational Dibetes mellitus atau biasanya dipanggil sebagai diabetes semasa hamil merupakan satu
keadaan serius yang berlaku kepada ibu hamil yang sebelum ini tidak mengetahuai ada menghidap diabetes,
tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal. Hal ini
terjadi disebabkan ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan.
Karbohidrat ringkas dan karbohidrat kompleks akan dihadam di dalam badan untuk membentuk glukosa .
glukosa dalam aliran darah kemudiaannya akan dicerna di dalam pelbagai tisu badan dan prosses ini dikawal
atur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas dan kekurangan insulin atau
rintangan insulin memyebabkan glukosa tudak dapat memasuki sel badan dimana ia digunakan sebagai sumber
tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah berlebihan dan memyebabkan gestational diabetes
mellitus.

Gestational diabetes Mellitus dikesan selepas minggu ke-24 kehamilan dan ini berlaku kepada 1-14%
wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat ,GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan
bayi yang dikandung. Oleh itu, sesiapa saja yang boleh mengalami GDM semasa kehamilan dan pesakit yang
sememangnya menghidapi diabetes berisiko tinggi menghidapi GDM. Namun wanita boleh menghidap GDM
tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya. Faktor-faktor berkaitan dengan kemungkinannya berlakunya
GDM adalah wanita berumur lebih dari 35 tahun, berat badan yang berlebihan sebelum hamil, menghidap GDM
ketika kehamilan yang lalu, mengalami masalah yang berkaitan semasa hamilseperti hipertensi, penghasilan
cecair amnion berlebihan, keguguran berturutan,pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar ketika kelahiran
terdahulu, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat dan jangkitan kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan
jangkitan kulat pada kulit.

Patofisiologi bagi Gestational Diabetes Mellitus bermula daripada peningkatan hormon estrogen dan
progestron yang merangsang glukoneogenesis iaitu metabolisma protein dan lemak yang menghasilkan glukosa.
Pada kebiasaannya, pankreas menghasilkan hormon insulin iaitu hormon yang membantu glukosa bergerak dari
aliran darah ke sel-sel badan dimana ia digunakan sebagai tenaga. Semasa kehamilan, plasenta akan
menghasilkan hormon yang membantu dalam tumbesaran dan pembangunan janin. Perubahan hormon- hormon
dalam badan dan juga pertambahan berat badan adalah satu perkembangan yang sihat. Namun , apabila
ketidakseimbangan penghasilan hormon wanita iaitu hormon estrogen dan progestron dimana kebiasaannya
akan meningkat dengan sendirinya semasa proses kehamilan berlaku dan ia akan didorong oleh faktor hormon
Human Placental Lactogen ( HPL) yang dihasilkan oleh plasenta yang bersifat antagonis kepada insulin iaitu
menghalang penyerapan glukosa untuk kegunaan sel tubuh badan ibu dan fetus. Peningkatan glukosa dalam
darah dan kekal lama dimana berlakunya permintaan tinggi insulin yang menyebabkan sel-sel beta pankreas

11
menjadi lemah. Seterusnya, fetus akan mendapat bekalan glukosa dari ibu menerusi plasenta dan keadaan ini
akan menyebabkan makrosomia ke atas fetus yang lahir.

Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita
merasa teramat dahaga, kerap buang air kencing dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak
menunjukkan sebarang faktor risiko. Doktor akan menjalankan ujian darah Oral Glucose Tolerance Test
(OGTT) ke atas ibu hamil tersebut untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama jika dia berisiko
tinggi atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi. Jika ujian pertama
untuk wanita yang berisiko tinggi negatif, maka ujian kedua dilakukan antara minggu ke 24-32. Ujian OGTT
akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk
menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum 75 gm glukosa yang
dilarutkan dalam 250 ml. Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gla dalam darah diambil 2 jam berikutnya.

Rawatan untuk GDM termasuklah mengambil langkah-langkah untuk memastikan paras glukosa dalam
darah sentiasa berada di paras normal ketika hamil. Doktor akan menasihatkan anda supaya mengikuti pelan
pemakanan yang sesuai dan juga meningkatkan aktiviti fizikal supaya paras glukosa dalam darah yang tinggi
dapat dikurangkan. Sesetengah wanita yang menghidap GDM mungkin memerlukan suntikan insulin, selain
daripada amalan pemakanan sihat dan bergiat aktif dalam aktiviti fizikal untuk mencapai paras glukosa dalam
darah yang disarankan. Ubat oral antidiabetik secara amnya tidak disarankan ketika mengandung. Tetapi,
terdapat kajian bahawa sesetengah OAD selamat untuk digunakan ketika hamil. Pemantauan paras glukosa yang
kerap di samping mengamalkan diet sihat dan kerap bersenam adalah cukup untuk mengawal GDM dan dapat
mengurangkan risiko terhadap bayi anda. Selepas bayi dilahirkan dan hormon plasenta sudah tidak lagi mengalir
dalam badan anda, paras glukosa dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal. Oleh itu, jika anda
memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, haruslah berusaha untuk mengawal diabetes pada
tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama
akan meningkatkan risiko kelahiran bayi yang cacat.

Komplikasi yang akan terjadi jika paras gula dalam darah berlebihan dimana ia akan berpindah kepada
bayi menerusi plasenta dan ini akan menyebabkan bayi anda mengalami paras glukosa yang tinggi. Oleh itu,
pankreas bayi anda turut bertindak menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa yang
tinggi. Ini menyebabkan bayi mendapat tenaga yang berlebihan dari yang diperlukan dan tenaga lebihan ini akan
disimpan sebagai lemah badan yang akan menyebabkan makrosomia. Bayi juga akan mudah terdedah kepada
jaundis yang berpanjangan, ketidakseimbangan paras elektrolit di dalam darah seperti paras kalsium dan
magnesium yang rendah, masalah pernafasan dan juga kecacatan bayi. GDM juga akan mendatangkan masalah
kepada ibu, dalam kebanyakkan kes, jika bayi anda besar, anda mungkin perlu menjalani pembedahan

12
caesarean. Ibu hamil juga berisiko tinggi mendapat pre-eklampsia semasa kehamilan iaitu peningkatan tekanan
darah yang tinggi. Ibu hamil itu juga mudah untuk mendapat GDM lagi semasa kehamilan yang akan datang .

Oleh itu, ibu-ibu hamil diminta untuk memastikan melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik
yamg terdekat agar dapat mengesan awal sebarang komplikasi. Apabila disahkan menghidap GDM, doktor anda
akan mencadangkan untuk menjalani pemeriksaan antenatal setiap 2 minggu sehingga kehamilan anda berusia
32 minggu sehinggalah melahirkan bayi. Pastikan mengikut temujanji yang telah diberikan oleh pihak hospital
untuk kesihan ibu hamil dan bayinya.

13
CADANGAN DAN PENYELESAIAN

1. RAWATAN SECARA FARMAKOLOGI

Rawatan suntikan insulin diberikan kepada beliau dengan dos 15 unit sekali pada waktu malam untuk mengawal
paras glukosa dalam darahnya yang disuntik di bahagian tisu subcutaneous

2. PENDIDIKAN KESIHATAN

 Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhaisat atau on diet control seperti mengambil makanan yang
kaya dengan serat , makanan yang rendah lemak terutama lemak tepu.

 Memastikan melakukan senaman yang ringan seperti yoga sebanyak 3 kali seminggu selama 15 minit

 Memastikan pengambilan air yang secukupnya untuk elak sebarang dehidrasi

 Memastikan datang untuk temu janji dengan doktor mengikut tarikh yang telah ditetapkan

 Memastikan mengikut kaunseling mengenai pemakanan yang disyorkan oleh dietician

 Memastikan memantau paras glukosa darah setiap hari sekurang-kurangnya 4-7 kali sehari

 Elakkan pengambilan alkohol dan menghisap rokok untuk elakkan perkembangan bayi terjejas

3. PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

 Melakukan pemeriksaan head to toe untuk mengesan sebarang keabnormalan pada si ibu seperti mengesan
sebarang kebengkakan pada tiroid dan sebagainya.

 Memberikan pendidikan kesihatan atau promosi kesihatan kepada ibu hamil mengenai penyakit kencing
manis semasa hamil seperti komplikasi yang akan dihadapi jika paras glukosa tidak terkawal

 Menasihati si ibu untuk mengawal cara pemakanannya dengan merujuk mereka kepada dietician yang
disyorkan

 Memberi tunjuk ajar cara suntikan insulin yang betul dan cara penyimpananya di rumah agar cara yang
betul dilakukan oleh beliau

 Memberitahu ibu mengenai safe delivery inforce iaitu ibu tidak akan bersalin mengikut due date, tetapi
akan diarahkan bersalin awal mengikut arahan doltor .

14
RUMUSAN

Kesimpulannya, kes Gestational Diabetes Mellitus adalah satu kes yang perlu diambil perhatian daripada
peringkat awal. Kes ini biasanya akan berlaku kepada golongan faktor-faktor risiko seperti berat badan yang
melebihi 80 kg ke atas, umur ibu yang melebihi 35 tahun dan sebagainya. Gestational diabetes mellitus biasanya
ditunjukkan dengan beberapa tanda dan gajala iaitu rasa mual, muntah dan sebagainya.

Maka komplikasi yang akan terjadi jika paras gula tidak terkawal oleh ibu hamil adalah kelahiran tersekat,
kematian dalam uterus dan sebagainya. Pengurusan yang disyorkan oleh doktor adalah mengamalkan
pemakanan yang seimbang dan memastikan gaya hidup yang sihat diamalkan. Sekiranya paras glukosa masih
juga tidak dikawal, maka pemberian ubat insulin akan diberikan.

Oleh itu, kes gestational diabetes mellitus dapat diatasi dengan lebih berkesan jika dapat mengenalpasti
puncanya dan tanda-tanda awal yang ditunjukkan oleh ibu hamil. Kaedah rawatan juga dapat diberi lebih awal
dan ini dapat mengelak sebarang komplikasi. Jadi amat penting bagi ibu hamil melakukan pemeriksaan
kesihatan secara teratur seperti yang dijadualkan.

15
RUJUKAN

1. Thomas A. Buchanan & Anny H. Xiang ,Gynecology Obstetrics, (2005),

2. Metzger BE, Gestational Diabetes Mellitus (1999)

3. Sarwono Prawirohardjo, Pelayanan Kesehatan Maternal Dan Neonatal (2010)

4. World Health Organization, Gestational Diabetes Melittus (2013)

5. American Health Association, Diabetes Care (2014)

6. Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, Kencing manis semasa kehamilan (2016)

16