Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KEM AQIL BALIGH TAHUN 6


2019
SK TUNKU PUTERA
KERTAS KERJA
KEM AQIL BALIGH 2019,
MURID TAHUN 6
SK TUNKU PUTERA
JALAN PEGAWAI BALING KEDAH

1.0 RASIONAL

Program ini adalah satu usaha membimbing dan mendidik murid supaya menjadi insan
yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia serta mengamalkan
nilai-nilai murni berdasarkan Al Quran dan As sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah
yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara.

Selain itu, program ini juga adalah satu usaha membimbing dan mendidik murid supaya
menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan
pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.

Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam, Unit Bimbingan Kaunseling dan
Unit Kokurikulum SK Tunku Putera.

2.0 NAMA PROGRAM

KEM AQIL BALIGH MURID TAHUN 6 2019

3.0 TEMA PROGRAM

“Mekar :Menuju ke Alam Remaja”

4.0 MATLAMAT

Kearah mengenali diri melalui perubahan fizikal dan emosi serta memahami tanggungjawab
selepas baligh disamping menambah pengetahuan tentang penderaan seksual dan mengenali
hubungan lelaki dan perempuan.
5.0 OBJEKTIF

5.1 Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan
benteng keagamaan.

5.2 Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardhu Ain serta memahami Fardhu
Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.
5.3 Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian.
5.4 Memberi pendedahan tentang batasan sosial di kalangan remaja.
5.5 Memberi pengetahuan kesihatan reproduksi remaja.
5.6 Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;
5.7 Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi
mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,
masyarakat, negara serta alam sekitar.

6.0 TARIKH / MASA

29 September 2019 Hingga 3 Oktober 2019


Dan 31 Oktober 2019

7.0 TEMPAT PROGRAM

Surau SK Tunku Putera & Dewan SK Tunku Putera

8.0 PENYERTAAN

Semua Murid Tahun 6 – 79 orang murid

9.0 FASILITATOR

1. 1 orang Penceramah MFA Smart Training & Consultancy


2. Guru Pendidikan Islam
3. Guru yang terlibat mengajar tahun 6
10.0 Tentatif Program :

Rujuk Lampiran

11. BELANJAWAN( Peruntukan Sekolah)

11.1 Bayaran Penceramah RM700


11.2 Jamuan untuk penceramah RM20
11.3 Program sembelihan RM200

12. PENUTUP

Diharapkan program ini berjaya menyumbang kepada masyarakat Islam khususnya golongan
pelajar tahun enam ini melalui penyuburan ibadah yang dilaksanakan disamping mengamalkan
tuntutan iman Allah swt.

Disediakan oleh;

……………………………
Pn Fathiyah Bt Jasmi
Penyelaras Kem Aqil Baligh 2015
SK Seri Impian
Mohd Fairuz Bin Abu
2912J, Taman Uda
Jalan Sultanah,
05350 Alor Setar
Kedah

Tuan, 12 September 2019

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM ‘AQIL BALIGH TAHUN 6 2019

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya di maklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam SK Tunku Putera akan


mengadakan Kem Aqil Baligh 2019 Tahun 6 seperti butiran berikut:

Tarikh : 3 0ktober 2019


Hari : Khamis
Tempat : Dewan SK Tunku Putera
Jalan Pegawai, 09100 Baling Kedah
Sasaran : 79 Orang
Tema : “Mekar: Menuju Ke Alam Remaja”.
Tajuk : Remaja Hebat Jauhi Maksiat

3. Sehubungan itu, saya berbesar hati menjemput penceramah daripada pihak tuan, bagi
menyampaikan ceramah seperti butiran di atas.

4. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memenuhi jemputan kami untuk menyampaikan
ceramah tersebut. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Pn Fathiyah Bt Jasmi (Penyelaras Kem Aqil
Baligh) di talian 019-4600039

5. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………..
(MOHD YUSOFF BIN ISHAK)
Guru Besar
KEDAH SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU PUTERA
JALAN PEGAWAI, 09100 BALING, KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04-4701240 FAX : 04-470240

Ruj. Kami : SKTPB


Tarikh : 20.08.2019

En. Jawaid Iqbal B. H Ghulam Kadir


YDP PIBG,
SK Tunku Putera
09100 Baling.
KEDAH DARUL AMAN
Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PROGRAM ‘AQIL BALIGH TAHUN 6 2019

Perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Panitia Agama Islam dengan kerjasama PIBG SK Tunku Putera akan
mengadakan Program MEKAR :Menuju Ke Alam Remaja (Program Pasca UPSR) seperti ketetapan
berikut :-

Tarikh : 29 September2019 -3 Oktober 2019 dan 31 oktober 2019


Tempat : Dewan SK Tunku Putera

3. Bagi menjayakan majlis tersebut , Jawatankuasa Panitia Agama Islam memutuskan untuk
memohon sumbangan daripada PIBG sebanyak RM500( Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) bagi
menjayakan majlis tersebut seperti dilampiran 1.

4. Diharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan, keperihatinan pihak tuan
kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan amanah,

……………………………………………………
( PN SITI MARIAM BINTI OTHMAN )
Pen. Kanan Pentadbiran.