Anda di halaman 1dari 2

Aisyah Najihah bint Ab Raisham

PISMP 3.06 Bahasa Arab (SK)


IPG Kampus Pendidikan Islam

Datin Dr. Bushro binti Ali


Pensyarah EDUP3053
IPG Kampus Pendidikan Islam 19 SEPTEMBER 2019

Tuan,
SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK MENGHANTAR KERJA KURSUS MENGIKUT
TARIKH YANG DITETAPKAN

Merujuk kepada perkara di atas, di sini saya ingin mengemukakan sebab saya tidak dapat
menghantar tugasan kerja kursus mengikutvtarikh yang ditetapkan.

2. Saya Aisyah Najihah binti Ab Raisham terlebih dahulu memohon maaf. Sebab saya tidak
dapat menghantar tugasan kerja kursus bag subjek EDUP3053 Teknologi untuk Pengajara dan
Pembelajaran ialah kerana saya mengambil masa yang lama untuk memahami proses penghasilan
perisian yang dikehendaki. Proses pembetulan bagi perisian tersebut yang berulang kali juga turut
menyebabkan masa yang diambil untuk saya menyempurnakan tugasan tersebut adalah lama. Saya
turut akui bahawa ini merupakan kelemahan saya dalam pengurusan masa yang efisien.
Seharusnya saya menumpukan perhatian untuk menyelesaikan tugasan tersebut dengan secepat
mungkin dan bukan kepada proses penyempurnaan tugasan.

3. Saya berharap agar pihak tuan berlapang dada untuk memaafkan kesalahan saya. Saya juga
tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. Saya memohon jasa pihak tuan untuk tidak menyebabkan
saya perlu mengulangi subjek dan semester ini. Dengan izin-Nya, saya berjanji akan menjalankan
tugas dengan lebih baik.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

……………………………………………
(AISYAH NAJIHAH BT. AB RAISHAM)

Anda mungkin juga menyukai