Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA FAMILY DAY 2019

KERTAS KERJA HARI KELUARGA


PUAN HAYATI BINTI MD NASIR
1. PENGENALAN
Hari Keluarga yang akan diadakan merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim
dan hubungan kekeluargaan sasama keluarga masing-masing. Ini kerana institusi keluarga adalah
saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam
melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga
merupakan salah satu wadah untuk untukmenyatukan dan meningkatkan kerjasama antara
semua ahli keluarga. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah
dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara adik beradik dan
keluarga. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi kerohanian dan sukan. Adalah
menjadi harapan agar sambutan Hari Keluarga ini akan meriah dan berjalan lancar serta berjaya
mencapai objektifnya.
2. OBJEKTIF

• Memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama keluarga
mereka dalam pengisian masa yang terluang.

• Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan


silaturahim di kalangan ahli keluarga

• Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-


nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

• Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan adik beradik


sekaligus dapat memantapkan lagi institusi kekeluargaan yang sedia ada.

3. TEMA

• Cadangan tema hari keluarga ialah “KORBAN KASIH”


• Cadangan tema baju ialah warna “HITAM & HIJAU”

4. PERINCIAN PROGRAM

• Tarikh: 11 – 12 Ogos 2019 (Ahad-Isnin)


• Tempat: Mentigi Bay Resort,Mersing,Johor
• Anggaran Bil Peserta: 28 orang
5. PESERTA
Semua ahli keluarga.

6. AHLI JAWATANKUASA

• Penaung: Pn Hayati Binti Md Nasir

• Penasihat: Zairinah Binti Jamil

• Pengerusi: Zainudin Bin Jamil

• Timbalan Pengerusi: Zailah Binti Jamil

• Setiausaha: Zamira Binti Jamil

• Bendahari: Zulaiha Binti Jamil

• AJK Penginapan: Mohamad Shana

• AJK Pendaftaran & Urusetia: Zaidah Binti Jamil/Ashaa’ri

• AJK Sukan & Rekreasi: Asruji Katar/Afiq Haikal/Afiqah Syuhada

• AJK Sumbangan & Hadiah: Zairinah Binti Jamil/Noor Ziana

• AJK Logistik, Teknikal & Peralatan: Zaid Bin Jamil/Nurul Nabiha Aqilah

• AJK Kebajikan & Kecemasan: Muhamad Akhil/Zairi Zahrin

• AJK Pengacara Majlis/Aturcara Majlis: Zulaiha Binti Jamil/Zamira Binti Jamil

• AJK Jamuan: Zaidah Binti Jamil/Zailah Binti Jamil


7. TENTATIF PROGRAM
11 OGOS 2019 (AHAD)

1.45 petang - Ketibaan ahli keluarga di Mentigi Bay Resort,Mersing


2.00 petang - Check in
2.30 petang - Pertandingan Sukaneka
• Kategori Dewasa
i. Batu vi. Gelung Getah
Seremban vii. Gasing
ii. Regu viii. Guli
iii. Goreng Pisang ix. ‘Abang tolong pergi kedai’
iv. Suara Cintaku
v. Sambutlah
Cintaku

• Kategori Kanak-Kanak
i. Cari Gula-Gula Dalam Bulatan Pasir
ii. Penuhkan Air Dalam Botol
iii. Gelung Getah
iv. Baling belon
7.30 malam - Solat Magrib berjemaah
8.30 malam - Jamuan BBQ

• Sambutan Hari Lahir Ibu Tersayang


• Persembahan (1 Family 1 Persembahan)
• Acara tukar-tukar hadiah
• Penyampaian Hadiah Sukaneka
• Cabutan bertuah

12 Ogos 2019 (ISNIN)


8.00 pagi - Senaman pagi diketuai oleh Afiq Haikal
- Acara Bebas
12.00 tghri – Checkout
8. ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Penginapan:
Mentigi Bay Resort = RM 750.00
JUMLAH = RM 750.00
2. Jamuan:
Jamuan BBQ = RM 200.00
Lain-Lain = RM 200.00
JUMLAH = RM 400.00
3. Hadiah Sukaneka:
Kanak (11 hadiah) = RM 15.00 X 11 = RM 165.00
Dewasa ( 7 hadiah ) = RM 45.00 X 7 = RM 315.00
JUMLAH = RM 470.00
4. Lain-Lain:
RM 100.00
JUMLAH = RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN: RM 1720

9. PENUTUP
Dengan terlaksananya Hari Keluarga pada tahun 2019 ini diharapkan dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan ahli keluarga, di samping dapat mewujudkan
persefahaman dan semangat kekeluargaan serta kasih sayang dikalangan ahli keluarga.

"JUMPA ANDA DI SANA, BERHATI-HATI MEMANDU"

Anda mungkin juga menyukai