Anda di halaman 1dari 3

Arahan di Stesen 1 :

Baca arahan dengan teliti.


1. Di dalam bakul ini terdiri kata dasar dan
imbuhan awalan dan akhiran (apitan).
2. Murid- murid dikehendaki memadankan kata
dasar (kertas putih) dengan imbuhan apitan
(kertas merah jambu).
3. Kemudian, lantik seorang penulis untuk
menulis perkataan yang diperolehi.
Contoh :
Pe makan an
1. Pemakanan.
4. Tulis sebanyak perkataan yang kumpulan
kamu perolehi di papan putih mini.
5. Bergerak ke stesen seterusnya apabila murid
telah selesai menulis jawapan.

Arahan di Stesen 2 :
Baca arahan dengan teliti.
1. Murid dikehendaki melengkapkan petikan
“Manusia dan Alam” dengan imbuhan
pinjaman yang terdapat di atas meja.
2. Lekatkan jawapan anda pada petikan tersebut.
3. Setelah dikenal pasti tiada kesalahan, anda
dikehendaki menanggal semula jawapan anda
untuk ahli kumpulan lain selesaikan.
4. Seterusnya gerak ke stesen yang berikutnya.

Arahan di Stesen 3 :
Baca arahan dengan teliti.
1. Di stesen ini, murid dikehendaki
melengkapkan tempat kosong dengan
imbuhan apitan dan imbuhan pinjaman
dengan betul.
2. Tulis jawapan kamu pada papan putih mini.
3. Setiap ahli kumpulan dikehendaki bergilir-gilir
menjawab soalan.
4. Bergerak ke stesen berikutnya apabila semua
jawapan telah dilengkapkan.
Arahan di Stesen 4 :
Baca arahan dengan teliti.
1. Tertera huruf pada telur plastik yang mana, murid-
murid perlu menyusun telur plastik tersebut ke
dalam bekas telur yang disediakan.
2. Sebelum itu, murid-murid dikehendaki membaca
kertas soalan dan menyusun mengikut giliran.
3. Susun satu persatu sehingga membentuk
perkataan imbuhan pinjaman.
Contoh : budayawan.
4. Kemudian soalan kedua, dan susun satu persatu
sehingga membentuk perkataan yang baru.
5. Ulang langkah 3 sehingga semua soalan terjawab.
6. Murid dikehendaki mengingati setiap jawapan,
kerana di akhir pengajaran. Kuiz akan dijalankan.
7. Bergerak ke stesen seterusnya setelah tugasan
stesen ini selesai.

Anda mungkin juga menyukai