Teks Pengacara Kem Semarak Tari

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA BENGKEL SEMARAK TARI

Mengumumkan ketibaan Pengetua Cemerlang SMK Apin-Apin, PUAN CHEAH CHU TAI ke
majlis perasmian penutupan KEM

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu NEGARAKU dan SABAH TANAH
AIRKU.

Hadirin dipersilakan duduk.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalammualaikum, Salam sejahtera, Salam Transformasi dan Salam 1Malaysia.

Yang berusaha,
PUAN CHEAH CHU TAI
Pengetua Cemerlang
SMK Apin-Apin

Yang dihormati,
EN ROSLI HARRIS
Pemangku Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Apin-Apin

Guru-guru pengiring, para peserta seterusnya warga dewan sekalian.

Pihak majlis juga ingin mengambil ruang untuk menyatakan sepenuh apresiasi setulus hati di atas
kehadiran

Yang dihormati,
PUAN NURAZILAH BT OTHMAN
Pengurus Teknik Seni Tari Negeri

&

EN MOHAZAR IKHSAM B MAHAT


Pengurus Teknik Seni Tari Daerah Keningau

Alhamdulillah terus dipanjatkan,


Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa,
Dihimpun dan dipertemukan kita semua,
Bagi menjayakan kemurnian agenda

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN, KEM SEMARAK TARI (KURSUS TARI)


PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH, DAERAH KENINGAU 2014
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, dijemput, USTAZ MOHD SYAZWAN SOTIMAN
untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Amin, Ya Rabbal A’lamin. Moga majlis ini diberkati hingga ke akhirnya. InsyaAllah.

Seuntai salam sejambak kata


Degup bicara, merisik rasa.

Warga dewan sekalian,

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput EN MOHAZAR IKHSAM B MAHAT, pengurus teknik
seni tari daerah keningau untuk memberikan sepatah dua kata.

Dipersilakan tuan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu sebentar tadi.

Seterusnya,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput PUAN CHEAH CHU TAI, Pengetua Cemerlang SMK
Apin-Apin untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan MAJLIS PERASMIAN
PENUTUPAN, KEM SEMARAK TARI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH DAERAH
KENINGAU, 2014.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan puan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada PUAN CHEAH
CHU TAI atas ucapan dan kesudian beliau merasmikan majlis ini sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai tanda penghargaan, dan terima kasih, majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian
cenderamata dan sijil. Bagi menyempurnakannya, majlis dengan penuh hormat menjemput PUAN
CHEAH CHU TAI, Pengetua Cemerlang SMK Apin-Apin untuk menyampaikan hadiah kepada:

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak akan dapat dijalankan. Sebagai
menghargai kesudian mereka meluangkan masa, pihak penganjur menyediakan sedikit ole-oleh yang
dapatlah kiranya diterima.

Terima kasih daun keladi. Jika diundang, harap datang lagi.

Bersama-sama kaki melangkah


Tari diatur tersilap jangan
Ada yang menang ada yang kalah
Itulah dia adat pertandingan
Kini tiba detik yang dinantikan iaitu pengumuman keputusan yang sudah pun berada di
tangan saya. Sebelum saya mengumumkan pemenang-pemenang pada hari ini, bagi
pihak majlis, saya dengan sukacitanya sekali lagi mempersilakan PUAN CHEAH
CHU TAI bagi menyempurnakan penyampaian h adiah kepada para pemenang.

ANUGERAH PENCAPAIAN PLATINUM, EMAS, PERAK & GANGSA

Pemenang bagi ANUGERAH PENCAPAIAN GANGSA/PERAK/EMAS/PLATINUM


jatuh kepada ________________________________

ANUGERAH JURI

Pemenang bagi ANUGERAH JURI penari lelaki jatuh kepada


_________________________

Pemenang bagi ANUGERAH JURI bagi penari perempuan jatuh kepada


_________________________

ANUGERAH KOREOGRAFER TERBAIK

Pemenang bagi ANUGERAH KOREOGRAFER TERBAIK jatuh kepada


_________________________

Tahniah diucapkan kepada pemenang dan tahniah juga kepada peserta -peserta yang
telah mengambil bahagian.

Terima kasih diucapkan kepada PUAN CHEAH CHU TAI atas penyampaian hadiah
itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bunga dedap di atas para,


anak dusun pasang pelita;
kalau tersilap tutur bicara,
jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,


melihat rusa tepi perigi;
salam perpisahan untuk semua,
dilain masa bersua lagi.

Majlis berakhir di sini. Bagi pihak majlis dan Jawatankuasa Pengelola KEM SEMARAK TARI
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH DAERAH KENINGAU, saya memohon maaf andainya
terdapat kesilapan dan kekurangan yang berlaku. Seterusnya saya dengan sukacitanya menjemput
para tetamu, hakim, guru pengiring, dan peserta menikmati sedikit jamuan yang disediakan.

Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hingga jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai