Anda di halaman 1dari 14

Bahaya Ekstasi

Penggunaan dadah perangsang jenis ekstasi sangat popular pada masa ini
terutamanya bagi golongan muda yang suka berhibur. tetapi adakah mereka
sedar bahawa ekstasi ini boleh mengakibatkan kemudaratan teruk kepada
penggunanya.

Ekstasi adalah dadah jenis perangsang yang boleh menyebabkan kesan


'psychodelic' iaitu perubahan paras kesedaran pemikiran seseorang.

Ia adalah nama jalanan kepada 'Methylenedioxy-metaphetamine' ('MDMA') yang


terhasil dari analog meskalin dan amfetamin. Ia juga dikenali sebagai 'feel-good-
drug' kerana boleh meningkatkan daya tahan pengguna dan menghasilkan
kesan 'euphoria'.

Nama jalanan lainnya ialah 'XTC', 'adam', 'hub', 'pil kuda', 'live drug', 'lover's
speed', 'playboy' dan 'pink lady'.

Dadah jenis ini biasanya bentuk tablet dengan pelbagai corak dan warna. Ia
dibentuk sedemikian rupa untuk memenuhi cita rasa pengguna muda dengan
cara menelan sahaja.
'MDMA' (ekstasi) mula diperkenalkan pada 1912 oleh Merck Chemist Kollisch
sebagai bahan yang digunakan untuk menghentikan pendarahan.

Selepas itu, banyak kajian dijalankan ke atas 'MDMA' ini untuk manfaat bidang
perubatan. Tetapi pada awal 1970-an MDMA mula disalah gunakan sebagai
dadah jalanan untuk kegiatan hiburan golongan tertentu di negara-negara barat.

Akibatnya pada 1971, United Kingdom telah memperkenalkan 'Misuse Of Drugs


Act'bagi membendung penyalah gunannya. Begitu juga di Amerika Syarikat,
pihak 'Drug Enforcement Administration' telah menguatkuasakan pengawalan
terhadap 'MDMA' ini pada 1985.

Di Malaysia, penggunaan ekstasi mula dikesan pada pertengahan tahun 1990-


an. Bagi mengawal mengawal penyalah gunaan ekstasi ini, kerajaan telah
mewartakan kesalahan memiliki dan menggunakan ekstasi ini ke dalam Akta
Dadah Berbahaya 1952.

Ekstasi berupaya memberi kesan awalan kepada sel saraf (neuron) di dalam
otak dengan menggunakan serotonim (sebatian kimia di dalam sistem saraf
pusat) untuk berhubungan dengan sel saraf yang lain.

Serotonim adalah sebatian kimia yang memainkan peranan penting dalam


perubahan mood, keagresifan, aktiviti seksual, tidur dan sensitiviti kesakitan.

Ekstasi juga akan mengikat serotonim 'transporter' iaitu bahan yang


bertanggungjawab mengeluarkan serotonim daripada sinap (ruang antara sel
saraf) dan menghentikan signal antara sel saraf.

Oleh itu, lebihan serotonim boleh menyebabkan gejala-gejala negatif psikologikal


dan fisiologikal.

Kesan psikologikal

 Kekeliruan

 Depresi

 Gangguan tidur

 Gian

 Kebimbangan yang teruk

 Paranoid

 Kurang tumpuan

 Mengurangkan daya memori


Kesan fisiologikal

 Peningkatan kadar denyutan jantung


 Tekanan darah tinggi
 Ketegangan otot
 Penglihatan kabur
. Kesejukan
. Pitam
. Sakit kepala
. Sembelit

Gejala-gejala di atas muncul apabila seseorang mengambil


ekstasi ataupun beberapa hari selepas pengambilannya. Kajian
oleh Institut Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan mendapati 43
peratus pengguna ekstasi di kalangan remaja dan dewasa
menunjukkan kesan kebergantungan kepada ekstasi.

Bagi rawatan pemulihan terhadap penyalah gunaan dadah jenis


ekstasi ini, AADK telah memperkenalkan model Matrix. Melalui
pendekatan ini, klien dikehendaki mengikuti beberapa sesi
kaunseling dan bimbingan secara insentif seperti sesi individu
atau keluarga, sesi berkelompok kemahiran kepulihan awalan,
sesi kelompok pencegahan relaps dan sesi kelompok
pendidikan keluarga.
Dicatat oleh alin di 5:24 PTG

Reaksi:
Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)


JENIS-JENIS DADAH

Morfin merupakan aklaloid utama dalam


candu. Kandungannya antara 4 hingga 21
peratus. Rasanya pahit dan tidak berbau.
Ia didapati dalam bentuk serbuk berwarna
putih. Kegunaan utama morfin terhad
sebagai ubat penahan sakit di klinik dan
hospital. Di pasaran, ia tersedia dalam
bentuk pil, kapsul ataupun cecair untuk
suntikan. Apabila terdedah kepada udara
dan cahaya, warnanya menjadi gelap.
Morfin ini dihasilkan melalui pengestrakan
tetapi kurang daripada heroin. Kini Morfin
lebih dikenali sebagai bahan penagihan
dadah.
CARA PENGGUNAAN :

•Suntikan.

KESAN :

•Menyerang sistem saraf manusia.


•Sekiranya diambil dalam dos yang kecil, ia akan menyebabkan pengambil tidur.
•Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan tidur yang lama dan menghalang
sistem respirasi berfungsi secara aktif.

•Pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan kematian mengejut.


Ganja atau dikenali sebagai Kanabis
adalah bahan kompleks yang
mengandungi 421 jenis bahan kimia yang
tergolong dalam 18 kelas berbeza. Bahan
psikoaktifnya yang utama ialah delta 9 –
tetrahidokabinol (THC). THC serta bahan
kimia lain dalam ganja boleh larut minyak
dan tinggal terus di dalam lemak sel
darah. Terdapat 61 bahan kanabinoid lain
yang terdiri daripada bahan kanabinol
dankanabidiol yang bertindak menyokong
kesan THC – kesan sinergi.

CARA PENGGUNAAN :

•Hisap

KESAN :
•Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan
mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan.
•Akan mengalami toxis psychosis atau tidak siuman.

Ice atau Syabu juga dikenali sebagai


methamphetamine. Ice juga diberi nama
sebagai Glass, Crystal, Quartz, Ice Cream,
Hirropon, Baby Ice. Ice mengakibatkan
penurunan berat badan secara
mendadak. Ianya lebih merbahaya
sebagai perangsang kepada sistem saraf
pusat dan merupakan sejenis dadah yang
berpotensi untuk disalahgunakan dan
juga boleh menyebabkan ketagihan yang
berterusan.
CARA PENGGUNAAN :

•Hidu (Chasing the dragon)


•Suntikan

•Hisap

KESAN :
•Boleh berjaga selama 3 – 4 hari.
•Hilang berat badan atau sawan yang teruk.
•Memberi kesan yang amat bahaya kepada sistem saraf otak.
•Boleh menyebabkan mandul.
•Dos yang berlebihan boleh menyebakan kerosakan yang teruk pada hati, buah
pinggang, pembuluh darah dan kematian.

Ketamin juga dikenali sebagai ‘K’, Special


K, Vitamin K dan Kit Kat. Ketamine ialah
sejenis ubat bius untuk haiwan pada masa
ini. Ia terdapat dalam bentuk serbuk
kristal, cecair atau pil. Pada masa ini,
ketamine lazimnya digunakan di temasya
tari menari atau raves.

CARA PENGGUNAAN :

•Telan
•Suntikan

•Hidu

KESAN :
•Kesedaran yang rendah seperti berkhayal
•Susah bernafas
•Hilang kawalan diri
•Boleh menjadi ganas
•Hilang ingatan
Amfetamin pada mulanya diperkenalkan
untuk melegakan hidung tersumbat dan
resdung kerana amfetamin dapat
mengecutkan saluran darah di hidung.
Kini amfetamine dan terbitannya masih
digunakan kepada pesakit narkolepsi
(penyakit tidur sepanjang masa), kanak-
kanak yang hiperaktif serta untuk
mengurangkan berat badan. Ia mula
dihasilkan dalam tahun 1920 bagi
kegunaan perubatan. Ia terkenal dengan
kebolehnnya sebagai penahan rasa
mengantuk dan keletihan serta boleh
memberi keyakinan diri.
CARA PENGGUNAAN :

•Makan

•Suntikan

KESAN :
•Degupan jantung, pernafasan dan tekanan darah meningkat.
•Dos berlebihan boleh menyebabkan ketar, hilang kordinasi dan maut disebabkan oleh
stroke atau jantung berhenti.
•Penggunaan berlebian boleh menyebabkan kerosakan otak, ulser dan kekurangan zat
pemakanan.

•Mengakibatkan kematian mengejut.

Asid barbiturat mula dikeluarkan dalam


tahun 1963 oleh Van Baeyer di
Jerman.Barbiturat merupakan sedatif-
hiptonik yang paling banyak dikeluarkan.
Terdapat sebanyak 2500 jenis sedatif
hiptonikbarbirurat. Daripada jumlah itu,
50 jenis diluluskan untuk perubatan. Pada
masa ini hanya 12 jenis yang digunakan
secara meluas. Ia adalah sejenis dadah
yang dikategorikan dalam jenis
Penekanan(Depressant).
CARA PENGGUNAAN :

•Telan (makan).

•Suntikan.

KESAN :
•Menyebabkan percakapan bercelaru.
•Hilang imbangan, daya fikiran, tindakbalas lambat dan tidak menentu.

•Dos berlebihan boleh membawa kepada pitam dan maut.

Ecstasy atau MDMA juga dikenali sebagai


pil khayal, pil goyang kepala, YAMA,
YABA dan lain-lain lagi. Ecstasy
seringkali dicuba oleh remaja sebagai
dadah untuk berhibur di pusat hiburan
sepanjang malam. Golongan remaja ini
menganggap bahawa penggunaan
Ecstacy ini tidak merbahaya. Ianya dijual
dalam bentuk pil yang pelbagai warna
tetapi dicap dengan simbol Lolo, Roket,
Playboy, Butterfly, WY, Wau, Loveshape,
Apple, Arrow, Music Key dan A.
CARA PENGGUNAAN :

•Telan

KESAN :

•Loya, bimbang, kancing gigi, mulut kering, berdebar-debar, rasa sejuk dan panas silih
berganti.
•Mengganggu perasaan dan urat saraf dan boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu
menjadi tidak rasional.

•Degupan jantung/suhu badan/tekanan darah bertambah dan menyebabkan seseorang


tidak berkeupayaan mengenal isyarat tubuh.
Kokain sejenis dadah yang memberi
kesan euforia yang sangat tinggi kepada
pengambilnya. Jenis kokain baru yang
dihasilkan ialah jenis injection hidroklorik
kokain dan perokok coca yang dicampur.
Pada masa yang lalu, kokain dikatakan
tidak menyebabkan kesan buruk kepada
pengambilnya tetapi ia hanya boleh
diambil dalam dos yang kecil. Kesannya
amat memudaratkan, iaitu rasa gembira
yang amat melampau, disamping hilang
keupayaan untuk berfikir dan hidup
seperti di awang-awangan. Terdapat juga
kokain yang dijual secara tiruan dimana ia
merupakan sejenis serbuk putih yang
telah dicampur dengan bahan lain seperti
laktosa.

CARA PENGGUNAAN :

•Suntikan

•Hidu

KESAN :

•Menyerang sistem saraf manusia.


•Sekiranya diambil dalam dos yang kecil, ia akan menyebabkan pengambilnya tidur.
•Penambilan dalam dos yang tinggi akan menyebabkan tidur yang lama dan menghalang
sistem respirasi berfungsi secara aktif.

•Pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan kematian mengejut.


Heroin ialah bahan separa-tiruan hasil
daripada pengolahan morfin dan candu.
Warna asalnya adalah putih, kadangkala
perang setelah dicampurkan dengan
bahan lain. Heroin sebenarnya
tidakmempunyai sebarang kegunaan
perubatan walaupun pada tahun 1930an ia
pernah diiklan sebagai ubat. Heroin
adalah produk daripada opium. Heroin
adalah dadah semi-sentetik dan campuran
dari morfin dan sangat merbahaya. Ia
juga dicampurkan ke dalam rokok untuk
menambahkan khayalan pada
penghisapnya.

CARA PENGGUNAAN :

•Hidu
•Suntikan

•Hisap

KESAN :

•Kegembiraan yang melampau


•Menghilangkan rasa tekanan dan menambah kekuatan kepada penggunnya.
•Kekejangan, koma dan maut
•Penggunaan berulang menyebabkan jangkitan selaput jantung dan valve, kulit melecet
dan paru-paru tersumbat
LSD ialah singkatan bagi nama Jerman
iaitu Lyser Saure Diethylamid dan juga
dikenali sebagai Lysergide dan LSD-25. Ia
merupakan serbuk hablur yang tidak
berwarna atau berbau dan larut dalam air
dan alkohol. LSD selalunya dijumpai
dalam bentuk cecair, serbuk atau dititik ke
atas gula dadu, gelatin atau kertas blotter
dan hanya sedikit sahaja diperlukan untuk
mengeluarkan kesan halusinasi.
CARA PENGGUNAAN :

•Hisap

KESAN :

•Tidak boleh tidur.


•Kurang daya tahan.
•Hilang kawalan diri.

•Percakapan yang tidak teratur atau tidak jelas.

Kembali
Dadah punca kesengsaraan fizikal, mental
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

INSIDEN kematian membabitkan enam remaja ekoran dipercayai mengambil dadah sintetik
secara berlebihan di konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang berlangsung di
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 Mac lalu menggemparkan negara.
Selain enam remaja berkenaan, tiga individu lain juga dilaporkan berada dalam keadaan kritikal
akibat pengambilan bahan terlarang tersebut.
Jumlah mangsa yang menerima rawatan di beberapa hospital sekitar ibu negara juga dilaporkan
meningkat kepada 14 orang dengan sembilan daripadanya warga Singapura manakala empat lagi
masing-masing rakyat Malaysia, Taiwan, Iran dan Myanmar.
Berikutan kejadian tersebut, polis membatalkan serta-merta kemuncak konsert berentak disko
itu.
Dalam insiden yang berlaku di FMFA, siasatan polis mendapati beberapa jenis dadah disyaki
dibawa masuk dari luar negara dan diagihkan ketika konsert berlangsung.
Dadah baharu itu didapati baharu saja berada dalam pasaran Malaysia dipercayai awal tahun ini
dan kemungkinan masih dalam peringkat ujian oleh sindiket dadah.
Hasil siasatan dan saringan awal daripada ujian hospital, kesemua mereka positif dadah jenis
ekstasi, methampetamine dan amphetamine.
Sementara itu, menurut sumber polis, tindak balas dadah baharu itu boleh membawa maut
apabila dicampur dengan dadah-dadah lain seperti eramin 5, ekstasi dan ketamin.
Menurut Perunding Psikiatri Hospital Pantai Cheras, Dr. Azhar Salleh, pengambilan pil khayal
seperti ekstasi, syabu dan pil kuda jelas memberi kesan buruk kepada tubuh badan manusia.
Mengambil contoh kes yang berlaku di FMFA, menurut beliau, mereka yang mengambil dadah
itu dikatakan mengalami peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga boleh
mengakibatkan tidak sedarkan diri di samping keluar darah menerusi hidung dan telinga.
“ Kesan dadah ini di kawasan yang sesak seperti di stadium menyebabkan badan menjadi panas,
kekejangan, mulut berbuih dan mangsa mati dalam keadaan mata terbeliak.
“ Pun begitu, kesan pengambilan dadah baharu itu terhadap individu berbeza-beza kerana
bergantung pada tahap kesihatan seseorang," ujarnya.
Tambah Dr. Azhar, ekstasi ialah sejenis dadah daripada kumpulan Amphetamine-Type Stimulant
(ATS).
Secara kimianya, ekstasi dikenali sebagai 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA)
seperti lain-lain dadah yang diharamkan, tiada kawalan kepada faktor seperti keberkesanan dan
kebersihan semasa proses pembuatannya yang dijalankan secara haram.
Dadah begini mempunyai jumlah MDMA yang berbeza. Oleh itu, pil ini boleh meningkatkan
risiko untuk mengambil dos yang berlebihan, mengalami keracunan atau mengalami kesan
sampingan selepas mengambilnya.
Dr. Azhar memberitahu, ekstasi sangat berbahaya kepada kesihatan kerana pil khayal ini
mempunyai banyak kesan buruk kepada kesihatan.
Selain ekstasi, pil khayal yang popular di Malaysia ialah Amphetamine Type Stimulant (ATS)
atau syabu dan pil kuda.
Ketagihan
“ Dadah ini boleh menyebabkan ketagihan secara psikologi. Penagihnya akan bergantung kepada
dadah ini secara psikologi. Mengambil dadah ini menjadi lebih utama daripada segala aktiviti
lain dalam kehidupan penagihnya. Ini akan menjadi semakin sukar untuk penagih berhenti atau
mengurangkan penggunaan ekstasi, syabu ataupun pil kuda.
“ Dadah ini juga boleh menyebabkan masalah psikiatri kelakuan yang pelik, paranoia (perasaan
syak wasangka yang melampau tanpa sebab yang kukuh), kemurungan dan berhalusinasi
(melihat atau mendengar sesuatu yang tidak wujud)," ujarnya.
Pengambilan pil khayal turut memberi kesan kepada sistem saraf pusat tubuh termasuk
meningkatkan suhu badan, peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah.
Ini ditambah pula dengan terlalu panas dan meminum air yang banyak yang akan menyebabkan
otak menjadi bengkak, pendarahan dalam otak, kerosakan otak dan kematian. Kesan jangka
panjang dadah ini ialah kerosakan yang kekal pada urat saraf dan sebahagian otak.
Dadah boleh merosakkan jantung kerana menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat daripada
biasa dan meningkatkan tekanan darah.
“ Ini akan menyebabkan denyutan jantung yang tidak menentu, kegagalan jantung dan
seterusnya kematian.
Lebih membahayakan kesihatan apabila dadah merosakkan otot, sendi dan tulang. Misalnya,
penagih ekstasi mungkin terlalu lama menari yang boleh mencederakan otot, sendi-sendi dan
tulang," ujarnya.
Tambah Dr. Azhar, pil-pil khayal ini juga boleh mendedahkan penagih kepada eksploitasi
seksual dan seks yang tidak selamat. Ini sekali gus golongan remaja akan terdedah kepada
bahaya eksploitasi seksual, seperti seks yang tidak selamat, kemungkinan boleh dijangkiti HIV,
Hepatitis dan lain-lain sakit kelamin.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140331/kn_02/Dadah-punca-kesengsaraan-fizikal-


mental#ixzz3eZz2ZivH
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai