Anda di halaman 1dari 1

Cherang Ruku – Ahli Kelab Doktor Muda SK Kg Sepulau telah mengadakan Projek Komuniti di rumah

Kebajikan dan Dhuafa, Sri Peraksi ( Lilbanin ) Kg Besar. Ianya merupakan sebuah program promosi
kesihatan di sekolah ( school based health promotion program ) di bawah kelolaan bersama Bahagian
Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini telah melibatkan seramai 10 orang guru dan 30 orang
ahli Kelab Doktor Muda.

Beberapa aktiviti dijalankan sepanjang program ini berlangsung, di antaranya 7 langkah basuh tangan,
cara-cara menggosok gigi dengan betul dan cara-cara menjaga kebersihan diri dan peralatan peribadi.
Kit Kebersihan Diri telah diberikan kepada setiap penghuni rumah anak yatim tersebut dengan harapan
tiada lagi perkongsian pengguna peralatan peribadi kerana masing-masing telah memiliki sendiri.

Ustaz Osman yang merupakan mudir rumah anak yatim tersebut mengucapkan jutaan terima kasih
kepada ahli Kelab Doktor Muda di atas kesudian dan berbesar hati memilih Rumah anak Yatim sebagai
tempat untuk pelaksanaan merelisasikan program komuniti tersebut.

Menurut guru penasihat Kelab Doktor Muda Puan Nur Rashidah bt Yusof, ahli Kelab Doktor Muda
digalakkan melaksanakan program kesihatan bersama komuniti kearah perubahan tingkah laku yang
positif. Program ini diharapkan dapat memupuk sikap kesukarelaan dari kecil di samping dapat
mengaplikasikan skop yang dipelajari melalui pendedahan kepada persekitaran sekolah.

Guru Besar, Tn Haji Wan Abdull Hamid b W. Ahmad mengharapkan semoga projek komuniti ini akan
dapat memberi pendedahan dan penerangan kepada ahli rumah anak-anak yatim mengenai cara-cara
menjaga kebersihan diri dan memberi ilmu pengetahuan kepada penghuni di rumah anak yatim ini
tentang kepentingan menjaga kebersihan diri.

Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang, dan di lain tempat
serta tidak hanya akan terhenti di sini tapi akan cuba dilebarkan sayap ke rumah-rumah atau pusat-
pusat terpilih.

Anda mungkin juga menyukai