Anda di halaman 1dari 1

3 CARA SYAITAN PERDAYA ANAK ADAM

SYAITAN adalah musuh orang beriman yang menggunakan pelbagai cara


untuk mengganggu dan menghasut anak Adam agar menyeleweng serta
melakukan dosa.

Keangkuhan syaitan menyebabkan ia mengganggu beberapa nabi dan


rasul dengan menyamar untuk memerangkap serta memperdayakannya.

Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Nabi Musa pernah didatangi


syaitan. Berikut adalah sebahagian dialog Nabi Musa dengan syaitan.
Syaitan berkata: Wahai Musa, engkaulah yang dipilih Allah untuk
membawa risalahnya-Nya dan engkaulah yang sentiasa berkata benar.
Aku salah satu makhluk telah berdosa dan mahu bertaubat. Mohonkanlah
kepada Tuhan agar diberikan taubat kepadaku.

Selepas itu Nabi Musa memohon kepada Tuhan dan diperkenankan, lalu
baginda menemui syaitan. Baginda berkata: "Wahai syaitan, engkau
sudah diperintahkan sujud hormat kepada kubur Nabi Adam dan setelah
itu, barulah taubatmu diterima Tuhan."

Namun sebaik saja mendengar nama Nabi Adam, syaitan naik angin dan
marah dengan memperlihatkan sifat takburnya. Syaitan berkata:
"Sewaktu Adam masih hidup, aku tidak sujud, inikan pula sesudah dia
tidak ada."

Wahai Musa, sesungguhnya engkau berhak menerima balasan daripada


aku kerana engkau sudah memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah
untuk pengampunanku. Namun, ingatlah wahai Musa mengenai 3 perkara,
nescaya aku tidak membuat kebinasaan ke atasmu.

Nabi Musa berkata: "Apakah 3 perkara itu? Lalu syaitan menjawab:


"[color=blue]Pertama, ingatlah ketika kau sedang marah, aku akan
membawa bisikan ke dalam hatimu. Mataku akan berada dalam matamu
dan aku berjalan di dalam tubuhmu menurut perjalanan darah.

"Kedua, ketika kau bertempur di medan perang menghadapi musuh, aku


akan datang mengingatkan kamu kepada anak, isteri dan keluarga agar
berundur secara teratur. "Ketiga, berhati-hatilah duduk dengan
perempuan bukan muhrim kerana aku akan menjadi penghubung antara
kau dan perempuan itu dan di antara perempuan itu dengan engaku."

Inilah antara sifat syaitan yang pasti akan memusuhi anak Adam dengan
pelbagai cara untuk menunjukkan keangkuhan dan kesombongan dirinya.

Pada syaitan, martabat bani Adam cukup rendah berbanding dirinya yang
diciptakan daripada api

Anda mungkin juga menyukai