Anda di halaman 1dari 4

KELAHIRAN RASULULLAH S.A.

Siri Pertama

Tarikh Kelahiran Dan Peristiwa

12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang bersejarah yang mana saban tahun umat Islam
seluruh dunia sama-sama menyambut hari kelahiran putera bertuah yang telah merubah
peradaban dunia. Muhammad begitulah nama indah kepada putera Abdullah dan Aminah
ini yang telah menunjukkan sifat keperibadian dan akhlak yang terpuji semenjak kecil
lagi. Tujuan perayaan ini dilakukan bukanlah untuk memuja Rasulullah S.A.W tetapi
sebaliknya bagi mengingati segala pengorbanan baginda dan yang lebih utama lagi untuk
mencontohi akhlak serta segala sunnah yang ditinggalkan kepada kita. Menurut sejarah,
Malikus Salleh yang merupakan seorang pendakwah yang terkenal pada masa itu telah
memperkenalkan perayaan ini apabila beliau melihat umat Islam di kepulauan Melayu
pada masa itu kurang mengamalkan sunnah serta mengabaikan akhlak-akhlak yang
terpuji yang pernah ditonjolkan oleh Rasulullah S.A.W. Sesiapa yang menyambut
kelahiran Rasul yang mulia ini tetapi hanya untuk bermegah-megah dan tidak mahu
menurut segala apa yang yang dibawa oleh baginda S.A.W serta menolak hukum
Pencipta mereka maka inilah yang dikatakan perayaan yang dibuat itu adalah bid'ah yang
sesat yang menempah siksaan dan bala dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kita bukan
mengadakan perayaan untuk mengingati baginda S.A.W sahaja tetapi mestilah diikuti
dengan pelaksaan segala perintah dan sunnah Rasulullah S.A.W. Pelaksaan pula
hendaklah meliputi semua aspek dan bukannya menurut kehendak hati sahaja seperti
yang berkait dengan ibadat khusus, sunnah yang berbentuk amalan sunat dan meninggal
apa yang sukar dan tidak bertepatan dengan nafsu kita seperti politik, ekonomi,
perundangan, pemerintahan, batas-batas pergaulan harian dan pemakaian pakaian yang
menutup aurat bukan sahaja disekolah, universiti, tempat kerja malah di mana sahaja
termasuk di rumah apabila adanya mereka yang bukan muhrim ( halal berkahwin )
bersama.
Kelahiran Rasulullah S.A.W adalah pada tahun Gajah di mana tentera Abrahah yang
berpusat di Yaman telah datang ke Mekah untuk meruntuhkan Ka'bah. Perancangan ini
adalah bertujuan memastikan manusia pada masa itu tidak lagi tertumpu di Mekah setiap
tahun dalam mengerjakan ibadat haji sebaliknya mengerjakannya di Yaman. Datu
baginda iaitu Abdul Muttalib apabila melihat kemaraan tentera bergajah Abrahah
meminta agar kesemua penduduk Mekah untuk bersembunyi bagi menyelamatkan diri
masing-masing daripada tentera itu. Beliau menyatakan bahawa Ka'bah adalah milik
Tuhan yang mana Dia tetap menjaganya daripada pencerobohan mereka yang zalim.
Akhirnya Allah menghantar burung Ababil untuk menghancurkan tentera bergajah
Abrahah. Tentera Allah yang kecil iaitu burung mampu mengalahkan tentera bergajah
Abrahah dengan lontaran batu-batu kecil sahaja. Ini bermakna setiap sesuatu tidak
mampu melawan kehendak Allah yang Maha Pencipta. Pejuang Islam mesti yakin dengan
pertolongan Allah yang akan bersama mereka yang ikhlas dan bersungguh dalam
memperjuangkan Islam sebagaimana keyakinan yang wujud dalam hati datuk Rasulullah
s.a.w iaitu Abdul Muttalib yang begitu yakin bahawa Ka’bah tetap akan dijaga oleh
Tuannya iaitu Allah ketika melihat kemaraan tentera Abrahah. Kita sebagai pendakwah
mesti lebih yakin daripada beliau terhadap pertolongan Allah dalam mengembalikan
ketuanan Islam.

Lahirnya Rasulullah s.a.w daripada bangsa arab berketurunan Quraisy selain


daripada menempelak Yahudi dan Kristian yang mendakwa bahawa bani Israel
merupakan anak dan kekasih Allah, ia juga memberi pengajaran kepada kita bersama
bahawa lahirnya pendakwah daripada keturunan yang baik disertai pula dengan akhlak
dan keperibadian yang soleh akan menjadi pemangkin yang begitu penting dalam
penyebaran dakwah. Oleh itu kita perlu menitik beratkan mengenai keturunan kita dalam
memastikan dakwah Islam yang kita bawa akan lebih tersebar. Ingatlah bahawa keluarga
merupakan fitnah yang begitu besar kepada pendakwah di mana ramai dikalangan mad’u
atau mereka yang didakwah akan melihat bagaimana keadaan keluarga pendakwah
sebelum menerima dakwah yang dibawa. Memang tidak dinafikan bahawa bukannya
hanya faktor keturunan yang akan membantu dalam berdakwah kerana ramai juga yang
dilahirkan dalam keadaan keturunan yang tidak terkenal tetapi mampu dan berjaya untuk
menjalankan kerja-kerja dakwah. Ada juga yang berketurunan baik tetapi dirinya sendiri
terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar sehingga menjadi seorang yang tidak
berguna malah penentang kepada Islam itu sendiri. Namun begitu persoalan mengenai
keturunan yang mulia dibantu oleh sifat yang terpuji serta amal yang mulia merupakan
gabungan yang ideal dalam memastikan kerja-kerja dakwah yang lebih berjaya. Oleh itu
Allah melahirkan baginda s.a.w dalam keluarga yang berketurunan yang mulia dan
dihormati pada masa itu bagi membantu baginda s.a.w ketika menyampaikan dakwah.
Mereka yang masih kufur tidak boleh lagi berhujjah bahawa Islam tidak dapat diterima
kerana ia dibawa oleh seorang yang berketurunan biasa kerana baginda s.a.w
berketurunan baik dan terpilih.
Keadaan Jahiliah Dan Material

Lahirnya baginda di celah-celah kegemilangan kerajaan Rom, Parsi, India dan


beberapa buah lagi kerajaan yang lain menunjukkan kepada kita bahawa kemajuan
sesuatu tamadun itu bukannya terletak pada kemajuan material semata-mata tetapi
mestilah selari dengan pembangunan insan. Kemajuan yang berasaskan maddiah dengan
mengenepikan pembangunan ruhiah tidak mampu memberikan kebahagian yang
berkekalan kepada sesuatu bangsa. Kita pernah membaca dan melihat sendiri kesan
kegemilangan kerajaan-kerajaan tersebut seperti kerajaan Rom di Jordan yang begitu
hebat dari segi seni binanya tetapi mereka tidak mampu berlaku adil pada rakyat mereka
sehingga adanya undang-undang yang melahirkan lapisan masyarakat yang berbeza taraf
serta perhambaan di kalangan mereka. Mereka lebih mementingkan kehebatan dari segi
material dan meninggalkan kepentingan pembinaan insan kerana mereka berada jauh
daripada petunjuk wahyu Ilahi. Sikap mereka ini menular kembali ke dalam
pemerintahan di negara yang menggunakan ideologi ciptaan manusia dan meninggalkan
hukum Allah Yang Maha Kuasa pada masa kini. Oleh itu tujuan sebenar kedatangan
Rasulullah S.A.W adalah untuk memberi sinar iman setelah begitu lama manusia lemas
dalam lautan jahiliah dan kekufuran serta mengubah daripada perhambaan sesama
manusia kepada tunduk dan patuh kepada Allah yang Maha Kuasa. Namun begitu Islam
bukanlah menafikan sebarang pembangunan material tetapi Islam mahu melihat
bagaimana pembangunan material dan rohani mampu diselaraskan demi melihat kejayaan
di dunia dan akhirat. Adakah masyarakat hari ini menjadikan Jepun atau negara barat
sebagai model terbaik dalam pembinaan tamadun moden semata-mata pembangunan
material yang tersergam indah atau pun kerana disiplin masa dan ketekunan mereka
dalam bekerja dan mengkaji?. Kita dapat lihat sendiri apa yang berlaku dalam negara di
mana berbilion wang dihabiskan untuk membina bangunan yang tinggi-tinggi demi
mencipta nama di mata dunia walau pun semakin hari semakin tinggi jumlah hutang
negara yang ditanggung sedangkan berapa banyakkah wang yang dihabiskan untuk
pembinaan manusia. Sikap memandang remeh terhadap pembinaan insan ini
menyebabkan ramai rakyat yang terlibat dengan amalan yang tidak sihat malah
menggugat keamanan negara. Berapa bilion terpaksa dihabiskan untuk membina penjara,
pusat serenti dan pelbagai lagi dalam membendung penagihan dadah, jenayah seks dan
sebagainya. Pemimpin sendiri terlibat dengan masalah politik wang yang mampu
menggadaikan keseluruhan hasil dan tanah negara dalam masa terdekat dan jaka panjang.
Kehidupan baginda s.a.w dalam suasana jahiliah yang dipenuhi oleh amalan
penyembahan berhala mengingatkan kita bagaimana suasana itu tidak mampu
menggoyah dan memberi kesan kepada keperibadian Rasulullah s.a.w yang sentiasa
berada di bawah naungan tarbiah Ilahi. Suasana ini juga memberi pengajaran kepada kita
bersama bagaimana Rasulullah s.a.w menjadi baik dan berakhlak mulia bukannya
disebabkan suasana sekitar yang baik dan soleh sebaliknya kerana didikan Allah. Ini bagi
menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa baginda s.a.w menjadi soleh dan
berakhlak mulia kerana terasuh dan terdidik oleh suasana sekitarnya yang baik. Kita
sebagai pejuang Islam mestilah berusaha dalam membina keperibadian muslim sejati
walau pun berada dalam suasana jahiliah moden yang mencengkam bagi menyahut
maksud hadis di mana Rasulullah s.a.w menyifatkan keadaan muslim yang sejati
sebagaimana ikan di laut yang mana ia tidak masin seperti air laut sebaliknya dagingnya
tetap manis.

Yatim Piatu Dan Miskin

Semenjak kecil lagi Rasulullah telah diuji dimana seorang demi seorang mereka yang
merupakan tempat baginda bergantung dan mengharapkan kasih sayang sebagaimana
anak-anak kecil yang sebaya dengan baginda telah pergi menemui Al-Khaliq iaitu dengan
dimulai dengan kematian ayahandanya Abdullah semasa baginda dalam kandungan
ibundanya lagi. Kemudian diikuti dengan kematian ibundanya Aminah ketika mana
baginda baru mula mengerti erti belaian kasih sayang seorang ibu. Selepas itu datuknya
Abdul Muttalib pula pergi menemui Ilahi yang mana penjagaan baginda selepas itu
diambil alih oleh bapa saudaranya Abu Thalib. Ujian ini telah mematangkan baginda dan
menunjukkan kepada kita bahawa usaha dakwah kepada kebaikan memerlukan
pengorbanan disamping di uji dengan mehnah atau cabaran. Ujian ini juga adalah untuk
menjauhkan Rasulullah S.AW daripada tuduhan liar bahawa ilmu yang beliau sebarkan
adalah hasil warisan dan pengajian yang baginda S.A.W perolehi daripada ibubapa dan
datuk baginda S.A.W sebaliknya ia adalah wahyu Ilahi. Begitu juga untuk menghindar
daripada tuduhan yang mengatakan segala kematangan dan perilaku yang mulia pada diri
Rasulullah S.A.W adalah kerana hasil penjagaan dan didikan daripada ibubapa dan datuk
baginda S.A.W. Kehidupan sebagai anak yatim piatu juga mengajar baginda yang bakal
menjadi nabi lagi rasul untuk berdikari dan juga melahirkan dalam diri baginda s.a.w sifat
kasih terhadap orang susah dan menderita terutama anak yatim piatu.Sebagaimana
sekarang kita dapat dapat bezakan antara yang menjadi ahli koprat kerana dilahirkan
dalam keluarga koprat berbeza dengan mereka yang menjadi ahli koprat hasil usahanya
sendiri. Tanggapan orang ramai mengenai kedua-dua mereka adalah berbeza walaupun
kedua-duanya merupakan ahli koprat dan mereka yang lahir menjadi ahli koprat hasil
daripada usahanya sendiri biasanya lebih matang kerana pernah menghadapi cabaran dan
jatuh bangunnya perniagaan sebelum lahir sebagai ahli koprat. Ingatlah bahawa
perjuangan untuk meninggikan kalimah La ila ha illallah bukannya dihamparkan dengan
permaidani merah tetapi dibentangkan dengan onak dan duri di sepanjang perjalanan
menuju matlamatnya yang suci.
Kehidupan baginda s.a.w juga tidak dihiasi dengan warisan kekayaan keluarga
sebaliknya dipenuhi dengan kemiskinan sehingga jika kita membaca kitab sirah
nabawiyyah ada menceritakan bagaimana keluarga ibu susunya Halimatus Sa’diyah
hanya bersetuju untuk menjaga baginda s.a.w setelah mereka tidak mendapati kanak-
kanak selain baginda s.a.w untuk diasuh. Ini adalah bertujuan untuk mendidik baginda
s.a.w dengan erti kesusahan dan juga bagi mengelakkan kekayaan itu menjadi fitnah
kepada tujuan mereka yang memeluk Islam selepas kenabian nanti. Ia juga mengingatkan
bagaimana sebagai pendakwah Islam yang tulen kita mesti meneruskan usaha dalam
memastikan bendera La ilaha illaLlah akan berkibar megah samada ketika senang atau
pun susah. Kewangan bukanlah penghalang yang besar kepada kerja dakwah sebaliknya
ia hanya sekadar bantuan sahaja dalam melancarkan tugas-tugas kita sebagai pendakwah.

Anda mungkin juga menyukai