Anda di halaman 1dari 6

3.

4 sukan dan ekonomi


1. 1. Sukan dan Ekonomi Ahli-ahli Kumpulan: Ang Xiao Wen Huan Jing Yi Oh Hui En Wong
Ting Ting
2. 2. • Sukan adalah industri yang penting dari segi ekonomi berdasarkan pendapatan yang
diraih daripada kejohanan–kejohanan yang dianjurkan dalam Malaysia.• Banyak keuntungan
yang dapat diperoleh melalui sektor sukan dari segi ekonomi sekaligus memajukan negara
Malaysia.
3. 3. • Industri sukan ini bukan sahaja berkaitan dengan industri pembuatan produk yang
berkaitan sukan semata-mata tetapi turut melibatkan pelbagai komponen lain termasuklah
dari segi perkhidmatan, perubatan, sains sukan, pelancongan dan lain-lain yang berteraskan
atlet, masyarakat dan aktiviti sukan itu sendiri.• Penyediaan segala trek dan kemudahan bagi
sukan- sukan besar di Malaysia adalah berjuta-juta ringgit jumlahnya, dan jumlah kos ini
biasanya disembunyikan dari rakyat. ‘Pulangan/pendapatan’ yang diperolehi dari
penganjuran sukan-sukan tersebut seolah-olah telah banyak menyumbang kepada
pendapatan negara dan dapat menyelamatkan ekonomi Malaysia.
4. 4. Faktor Peningkatan Ekonomi dalam Sukan:• Iklan• Penajaan• Hak Siaran Kejohanan•
Jualan Tiket Pertandingan• Penubuhan Kemudahan Sukan• Sektor Pembuatan• Sektor
Perkhidmatan• Sektor Pelancongan• Penganjuran Sukan Bertaraf Dunia
5. 5. Iklan• Sebagai contoh, iklan sukan di televisyen dan radio.• Bagi mereka yang tidak dapat
menyaksikan kejohanan sukan yang dipertandingkan secara langsung, mereka boleh
menyaksikannya melalui media massa seperti televisyen dan radio.• Banyak siaran
langsung dibuat oleh negara- negara yang mengambil bahagian untuk melaporkan
perkembangan kejohanan itu kepada penduduk di negara masing-masing.• Dapat menarik
minat para penonton untuk datang menyaksikan pertandingan.
6. 6. • Antaranya seperti Maxis, Adidas, Nike, Puma, Reebok, Celcom, T M, Gapurna dan lain-
lain lagi.• Melalui penajaan, syarikat yang menaja sesebuah pasukan itu dapat
mempromosikan barangan keluaran syarikat mereka.• Hasil yang mereka peroleh sekaligus
dapat meningkatkan ekonomi negara dari sektor sukan. Penajaan
7. 7. Hak Siaran Kejohanan• Penyiaran kejohanan yang dipertandingkan adalah penting untuk
menarik minat dan semangat para penonton untuk menyokong pasukan kegemaran
mereka.• Hak penyiaran kejohanan perlu disediakan kerana ianya dapat meningkatkan
ekonomi negara dari segi jumlah tontonan.• Hasil dari penyiaran ini boleh dijual kepada
pihak akhbar untuk diterbitkan kepada rakyat Malaysia.
8. 8. Jualan Tiket Pertandingan• Harga yang berpatutan menggalakkan para penonton untuk
datang menonton pasukan kegemaran mereka bertanding.• Jika harga tiket adalah
sederhana, penyokong yang datang akan bertambah dan ekonomi juga dapat ditingkatkan
berdasarkan jumlah kutipan hasil penjualan tiket.
9. 9. Penubuhan Kemudahan Sukan• Antaranya seperti Sport Planet, Swimming Pool, Golf
Course, dan Ampang Super Bowl.• Harga sewaan yang murah dan berpatutan dapat
menarik minat untuk bermain.• Hasil daripada penubuhan kemudahan sukan ini, ekonomi
negara dapat ditingkatkan malah dapat membantu dalam mencari bakat-bakat baru.
10. 10. Sektor Pembuatan• Contohnya seperti peralatan sukan, pakaian sukan, jersi, dan
aksesori sukan.• Barangan buatan Malaysia ini akan dipasarkan di dalam dan di luar negara
untuk meningkatkan sektor ekonomi negara.• Nama negara juga akan lebih dikenali melalui
barangan sukan yang dihasilkan.
11. 11. Sektor Perkhidmatan• Sebagai contoh, penyediaan pengangkutan awam yang canggih
dan hotel penginapan yang selesa.• Ekonomi negara akan dapat dipertingkatkan jika
kemudahan perkhidmatan ini disediakan untuk para pasukan yang akan bertanding.•
Kebanyakan pasukan dari negara yang maju dan kaya pastinya akan memilih hotel dan
penginapan yang mewah, oleh itu kemudahan ini perlulah disediakan.
12. 12. Sektor Pelancongan• Penganjuran sukan yang diadakan di Malaysia akan dapat menarik
pelancong negara asing untuk datang menonton kejohanan tersebut atau menyokong
pasukan mereka.• Hotel dan infrastruktur yang disediakan untuk pelancong domestik dan
pelancong antarabangsa dapat meningkatkan ekonomi negara• Negara juga dapat
mengadakan aktiviti jualan barangan keluaran negara untuk dijadikan kenangan.
13. 13. Penganjuran Sukan Bertaraf Dunia• Antaranya seperti sukan Komanwel, sukan SEA,
dan sukan Olimpik.• Penganjuran ini dapat menarik pelancong asing.• Ia juga dapat
mengharumkan nama negara sebagai penganjur.• Ekonomi negara akan dapat ditingkatkan
kerana hasil dapatan yang diperoleh adalah lebih lumayan
14. 14. Makmal Industri Sukan (22September – 29 Oktober 2010)
15. 15. Tujuan• Mengenalpasti strategi, inisiatif dan cadangan yang berdaya saing bagi
mengubah sukan sebagai suatu industri yang boleh menjana pendapatan dan menyumbang
kepada ekonomi negara.• Mendapatkan input, idea inovasi, cadangan daripada sektor
swasta, syarikat berasaskan sukan, dan pihak yang berkepentingan dalam sukan untuk
bersama-sama menggembleng tenaga dan fikiran dalam melakukan transformasi sukan
sebagai satu industri.
16. 16. Latar Belakang
17. 17. Objektifi) Menghasilkan hala tuju dan Pelan Strategi Industri Sukan negara.ii)
Mengenalpasti strategi, inisiatif serta pelan tindakan pembangunan industri sukan yang
benar-benar menyumbang kepada ekonomi negara.iii) Mendapatkan input, idea inovasi,
cadangan daripada sektor swasta, syarikat berasaskan sukan, dan pihak yang
berkepentingan.iv) Memberi peluang kepada stakeholders yang akan bersama-sama
Kementerian dalam membangunkan industri sukan negara khususnya dari segi sumbangan
ekonomi
18. 18. • Industri Sukan dikategorikan kepada tiga iaitu:i) Kategori Barangan dan Peralatanii)
Kategori Kemudahaniii) Kategori Perkhidmatan• Mensasarkan penglibatan seramai 30 orang
ahli makmal yang terdiri daripada penggerak industri dari sektor swasta dan swasta yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam ketiga-tiga kategori industri sukan.
19. 19. • Kementerian Belia Dan Sukan melalui Pelan Strategik KBS 2010-2015 telah
meletakkan industri sukan sebagai teras strategik kelima kementerian yang mana
“pembangunan industri sukan sebagai penjana ekonomi negara”. Antara langkah strategik
tersebut adalah seperti berikut: a) Menggalakkan badan-badan sukan, badan bukan
kerajaan (NGO) dan swasta mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi pembangunan
industri sukan; b) Mempertingkatkan pengeluaran produk dan perkhidmatan sukan untuk
penggunaan tempatan dan eksport; c) Meningkatkan pembangunan dan penyelidikan (R&D)
yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan sukan melalui penyediaan insentif yang
sesuai; d) Mempertingkatkan pemasaran dan promosi produk dan perkhidmatan sukan
tempatan dan; e) Mempertingkatkan pelancongan sukan melalui lebih banyak penganjuran
acara di peringkat antarabangsa.

Kejayaan Mohamad Ridzuan harumkan


Malaysia dapat pengiktirafan
utusan
16 Disember 2015 1:25 AM
ARAU 15 Dis. – Pelari pecut paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad
Puzi dipilih sebagai pemenang Anugerah Khas Kecemerlangan sempena
sambutan Hari Warga Emas, Hari Kanak-Kanak Sedunia dan Hari Orang
Kurang Upaya (OKU) peringkat negeri di pekarangan Pasar Raya Cmart, di
sini hari ini.

Anugerah itu membolehkan Mohamad Ridzuan, 28, menerima hadiah wang


tunai RM1,000 dan plak dalam majlis dirasmikan oleh Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan
Masyarakat dan Perpaduan Masyarakat negeri, Rela Ahmad yang mewakili
Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Datuk Zulkiply


Ramly dan Pengarah Kebajikan Masyarakat negeri, Zaimi Abdul Rani.

Mohamad Ridzuan sebelum ini berjaya mengharumkan nama negara apabila


merangkul pingat emas bagi acara lari 100 meter (m) lelaki T36 (cerebral
palsy) pada Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia 2015 di Doha, Qatar,
Oktober lalu.

Beliau juga mencipta rekod baharu bagi acara sama dalam Sukan Para
ASEAN kelapan di Singapura, baru-baru ini.

Pembantu Operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri yang juga


bertindak sebagai Jurulatih Sukan Paralimpik negeri, Affizam Hamdan
berkata, beliau mula melatih Mohamad Ridzuan sejak 2004.

“Bakatnya dikesan selepas beliau dari Felda Rimba Mas, Padang Besar,
sering dilihat mengikut rakan-rakannya yang bukan golongan OKU berjoging,”
katanya.

Semenjak itu, Affizam menyediakan sebuah bilik khas di Gerai Usahawan


OKU di Jalan Pangkalan Asam supaya Mohammad Ridzuan mengadakan
latihan pada sebelah siang manakala malam pula bekerja di gerai di situ, bagi
menampung perbelanjaan.

Katanya, beliau melatih Mohammad Ridzuan sebanyak dua kali iaitu dari
pukul 7 pagi hingga pukul 10 pagi dan pukul 5 petang hingga pukul 7 petang.

Beliau seterusnya memberitahu, bakat Mohamad Ridzuan kemudian dikesan


oleh Majlis Sukan Negara (MSN) pada 2012 dan semenjak itu beliau mula
berlatih di bawah agensi tersebut dan mengharumkan nama negara.
Vountus anggap satu pengiktirafan
KUALA LUMPUR: Vountus Indra Mawan Saniru menganggap pelantikannya
sebagai jurulatih beregu lelaki oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
sebagai satu pengiktirafan.

Menurut bekas pemain negara berusia 28 tahun itu, beliau cuba untuk
kembali ke Belanda tetapi tidak mendapat sebarang pekerjaan.

Vountus yang bersara daripada pasukan kebangsaan pada 2012, bermain


secara profesional sebelum mengambil keputusan bersara dua tahun
kemudian.

Terdahulu tahun ini, beliau menyertai kelab Belanda, Akademi Badminton


Cuntapay sebagai ketua jurulatih remaja sebelum kembali ke Malaysia dua
bulan lalu.

"Semuanya berlaku sangat pantas," kata Vountus apabila dihubungi hari ini.

"Saya kembali ke Malaysia selepas enam bulan kerana masalah visa. Saya
cuba menyelesaikannya apabila saya membaca mengenai jawatan kosong di
BAM dalam akhbar.

"Saya membacanya dengan teliti dan menyedari idea dan perancangan ketua
jurulatih, Cheah Soon Kit adalah seiring dengan apa yang ada dalam fikiran
saya juga.

"Ketika itulah saya membuat permohonan dan semuanya menjadi. Saya amat
gembira dapat kembali."

Sukan dan masa depan ekonomi negara


11 Januari 2018 6:00 PM
TIDAK ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia menyedari bahawa sukan
adalah satu industri yang besar nilai serta impaknya dan telah mula
berkembang di negara kita.

Industri sukan bukan sahaja berkaitan dengan industri pembuatan produk


berkaitan sukan semata-mata tetapi turut melibatkan pelbagai komponen lain
termasuklah perkhidmatan, perubatan, sains sukan, pelancongan dan lain-lain
yang berteraskan atlet, masyarakat dan aktiviti sukan itu sendiri di mana
sasaran utama adalah untuk menjana keuntungan.

Di Amerika Syarikat (AS), industri sukan adalah antara industri terbesar dan
paling pesat membangun. Satu kajian oleh Sports Business Journal
melaporkan bahawa nilai industri sukan di AS pada 2008 sahaja bernilai
AS$213 bilion iaitu lebih dua kali ganda daripada industri kenderaan dan tujuh
kali ganda lebih besar daripada industri perfileman!

Hakikatnya, penganjuran sukan berprestij mampu merangsang pertumbuhan


ekonomi dan menyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi
sesebuah negara. Namun Malaysia dilihat masih tidak mempunyai sebarang
data khusus yang boleh menentukan nilai sebenar industri sukan biarpun
pelbagai acara sukan bertaraf dunia telah diadakan di negara ini.

Berdasarkan beberapa kejayaan penganjuran sukan peringkat antarabangsa


seperti Sukan Komanwel XVI 1998, Perlumbaan Formula Satu Petronas
Malaysian GP, Perlumbaan Motosikal Grand Prix Dunia, Monsoon Cup, Le
Tour de Langkawi dan Formula Future, Malaysia sebenarnya mampu
membangunkan sukan sebagai satu industri terbesar seperti mana AS.

Melihat kepada potensi itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Pelan
Strategik KBS 2010-2015 telah meletakkan industri sukan sebagai teras
strategik kelima kementerian yang mana pembangunan industri sukan
sebagai penjana ekonomi negara, dan berikut adalah langkah
pelaksanaannya:

* Menggalakkan badan-badan sukan, pertubuhan bukan kerajaan dan swasta


mewujudkan persekitaran sesuai bagi pembangunan industri sukan;

* Mempertingkatkan pengeluaran produk dan perkhidmatan sukan untuk


penggunaan tempatan dan eksport;

* Meningkatkan pembangunan dan penyelidikan yang berkaitan dengan


produk dan perkhidmatan sukan melalui penyediaan insentif yang sesuai;

* Mempertingkatkan pemasaran dan promosi produk dan perkhidmatan sukan


tempatan dan;

* Mempertingkatkan pelancongan sukan melalui lebih banyak penganjuran


acara di peringkat antarabangsa
Diharapkan industri sukan Malaysia dapat menyumbang pertumbuhan
ekonomi negara terutamanya dalam KDNK dan mampu meningkatkan Gross
National Income selaras dengan Model Ekonomi Baharu (MEB).

MUHAMMAD
 ANNUAR AHMAD

Universiti Sains Islam Malaysia

Anda mungkin juga menyukai