Anda di halaman 1dari 2

Kepada:

En. Abdul Husin bin Madjakinal,


Pengetua
SMK Madai.

Melaui:
En. Yunus bin Gudabas
Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
SMK Madai.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN JUALAN SEMPENA HARI SUKAN SEKOLAH 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, jualan ini diadakan setiap tahun dan dikendalikan oleh Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) Tingkatan 6 SMK Madai bagi mengumpul dana untuk menampung kos
lawatan pelajar (Kembara Pra-U dan Jom Masuk U) yang akan diadakan pada Mac ini.
3. Senarai makanan, minuman dan barangan yang akan dijual adalah seperti yang dilampirkan
di dalam Lampiran 1. Kami memohon agar pihak tuan membenarkan kami menjalankan jualan
sepanjang 3 hari sukan berlangsung. Kebersihan dan keselamatan akan kami utamakan.
4. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

(SYAZA KHAIRUNNISHA BINTI SAMSUDIN)


Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar
SMK Madai.
LAMPIRAN 1

No. Item Jualan Cadangan Harga

1 Sausage RM0.50 / sebatang

2 Lekor RM1.00 / 7 batang

3 Air Sirap Limau RM0.50 / seunit

4 Kerongsang RM2.00 / 3 biji

5 Choki-Choki RM1.00 / 4 batang

6 Mee Goreng RM0.50 / sebungkus