Anda di halaman 1dari 1

NYATAKAN DUA KESAN YANG ANDA PEROLEH DARIPADA HASIL

PEMBELAJARAN KURSUS TITAS

Kursus TITAS merupakan sebuah kursus yang penting dan perlu dipelajari oleh para pelajar.
Hal ini kerana, terdapat beberapa kesan yang dapat kita peroleh daripada hasil pembelajaran
kursus TITAS.

Antara kesan yang saya peroleh daripada kursus TITAS ini ialah saya lebih dapat
memahami perbezaan bangsa, agama dan budaya yang terdapat di Malaysia. Kursus TITAS
merupakan sebuah kursus di mana para pelajar mempelajari tentang tamadun Islam, tamadun
Cina, tamadun India dan tamadun Asia. Secara umumnya, di Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum dan majoritinya ialah Melayu, Cina dan India. Hal ini secara tidak langsung
telah menyebabkan wujudnya kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia. Sebagai
contoh, saya sebagai masyarakat yang berbangsa Melayu dapat memahami dengan lebih
mendalam mengenai agama dan budaya yang di amalkan oleh bangsa lain dan secara tidak
langsung saya dapat menanamkan sikap saling hormat – menghormati dan persefahaman di
dalam diri saya.

Selain itu, melalui pembelajaran kursus TITAS, kursus ini dapat menyedarkan saya
bahawa zaman kegemilangan tamadun – tamadun terdahulu bukanlah suatu perkara yang
mudah untuk dicapai. Hal ini kerana, ia memerlukan pengorbanan yang terlalu banyak oleh
masyarakat dan pemerintah itu sendiri sebelum tamadun itu mencapai zaman kegemilangan.
Sebagai contoh, dengan kebijaksanaan pemerintah dan masyarakat yang saling bekerjasama,
tamadun Islam telah mencapai zaman kegemilangan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Hal
ini menjadikan tamadun Islam sebuah tamadun yang tersohor sehingga menjadi cerminan
kehidupan penduduk Islam kini. Oleh itu, dengan mempelajari kursus TITAS ini, kita akan
dapat mempelajari tentang jatuh dan bagun sesebuah tamadun serta tidak mengulangi
kesilapan yang lalu.