Anda di halaman 1dari 25

Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE- 21 DALAM


KALANGAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
IPOH

Badrul Hisham Bin Alang Osman,Ph.D


Badrulhisham.alangosman@ipgm.edu.my

Mohd Nasruddin Bin Basar,Ph.D

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak

Abstrak

Dalam kajian ini pengkaji ingin mengenal pasti amalan pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh. Responden kajian adalah seramai 159 pensyarah pelbagai opsyen di
IPG Kampus Ipoh. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif.
Analisis deskriptif dan peratusan digunakan. Instrumen kajian ini menggunakan
borang soal selidik empat mata skala likert yang berfokus kepada lapan konstruk
iaitu kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran komunikasi, refleksi, kemahiran
kolaborasi, pentaksiran, penyelesaian masalah, teknologi, kreativiti dan kamahiran
inovasi. Kebolehpercayaan instrumen kajian amalan pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 ini adalah tinggi iaitu pada Cronbach’s Alpha 0.929.
Kajian mendapati amalan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
kemahiran komunikasi mencatatkan min tertinggi iaitu 3.59, manakala amalan
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kemahiran pemikiran kritikal
seperti kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mencatatkan min terendah iaitu
3.32. Ini menunjukkan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
kemahiran pemikiran kritikal perlu ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa.
Sebagai rumusan cara berfikir pendidik guru dalam amalan pedagogi abad ke-21
perlu lebih kreatif, inovatif, berfikiran kritikal, penyelesaian masalah dan
keupayaan membuat keputusan. Cara bekerja pensyarah perlu mempunyai
kemahiran berkomunikasi dan gerakerja berpasukan yang tinggi. Pensyarah yang
terlibat dalam bidang pedagogi perlu sentiasa berilmu pengetahuan dan celik
ICT. Kesemua faktor ini membantu dan menyumbang kepada pensyarah yang
berkualiti, kompetensi dan dinamik.

Kata Kunci: Kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran komunikasi, kemahiran


kolaborasi, penyelesaian masalah, kreativiti dan kemahiran inovasi.

1
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

Abstract

Education of the 21st century has become the country's education agenda. In this
study, researchers wanted to identify the practices of teaching and learning in the
21st century among lecturers in Ipoh Teachers’ Traning Institute. The respondents
were 159 lecturers of various options and department in Ipoh Teachers’ Traning
Institute. The design of the study were using quantitative methods. Descriptive
analysis and percentage were used. The instrument employed was a four-point
Likert scale questionnaires, which focused on eight constructs ; critical thinking
skills, communication skills, reflection, collaboration skills, assessment skills,
problem solving skills, technology skills, creativity and innovation skills. The
Reliability of the instrument teaching and learning practices of the 21st century
where high at 0.929 (Cronbach's Alpha). This study found that the practice of
teaching and learning using communication skills had the highest mean of 3.59,
while the teaching and learning practices that used critical thinking skills such as
higher order thinking skills (HOTS) had recorded the lowest mean at 3:32. This
suggests that the practice of teaching and learning by critical thinking skills had to
be improved from time to time. The teacher in pedagogical practices of the 21st
century need to be more creative, innovative, critical thinking, problem solving and
decision-making ability. Lecturers should possess good communication skills and
those who involve in the field of pedagogy should always knowledgeable and ICT
literacy. All these factors help to ensure that the lecturers are quality , competent
and dynamic lecturers.

Keywords : Critical thinking skills, communcation skills, collaboration skills,


problem solving skills, creativity and innovation skills.

PENGENALAN

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh bertangggungjawab untuk melatih guru


untuk ditempatkan di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Pensyarah memainkan
peranan penting dalam aspek latihan dan pembelajaran kelas abad ke-21 yang
berfokus kepada pembelajaran berpusatkan murid, penggunaan komputer,
pembelajaran aktif, pembelajaran kendiri, mengadakan persekitaran yang kondusif,
pembelajaran kolaboratif dan penilaian berasaskan pencapaian. Salleh, Mohd.
Yusof, Raja Ismail dan Mohammed Sani (2007) menyatakan urusan belajar untuk
mengajar adalah sesuatu yang kompleks bagi guru permulaan dan mungkin
merupakan proses yang mengambil masa yang lama. Sehubungan dengan itu,
pensyarah memainkan peranan yang penting dari segi melatih pelajar dengan
pedagogi terkini abad ke-21 yang merangkumi pelbagai elemen yang dibincangkan
dalam kajian ini.

2
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

Latar Belakang Kajian

Pada abad ke-21 ini, negara menghadapi isu dan cabaran dalaman serta
luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (informatian and communications technology). Antara
cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan
pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. K-
ekonomi ini memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.
Sehubungan itu, Partnership for 21st Century Skills (p21.org) telah merangka P21
Framework Definitons (2015) sebagai model atau rangka kerja bagi abad ke-21
untuk membantu pendidik dan siswa guru mengintegrasikan kemahiran dalam
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Model ini mengintegrasikan kemahiran-
kemahiran yang perlu diperolehi oleh pendidik dan siswa guru IPGK Ipoh. Model
Grafik berikut menjelaskan beberapa elemen atau konstruk pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 yang mengintegrasikan kemahiran-kemahiran penting
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Oleh itu kajian ini berdasarkan rangka
kerja kemahiran daripada konsep international innovative teaching and learning
study (Shear, Novais, Means, Gallagher & Langworthy, 2010). Ia juga berdasarkan
kepada The deeper learning famework from the william and flora hewlett
foundation (2010), dan Partnership For 21st Century Skills (2015).

3
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

Rajah 1. Model abad ke-21 keberhasilan pelajar dan sistem sokongan

Model Partnership for 21st Century Skills (2015) mengabungkan beberapa


komponen keberhasilan pelajar dan sistem sokongan abad ke-21 iaitu kemahiran
pemikiran kritikal, kemahiran komunikasi, refleksi, kemahiran kolaborasi,
pentaksiran, penyelesaian masalah, teknologi, kreativiti dan kemahiran inovasi.

Aspek kemahiran pemikiran kritikal membolehkan individu membuat


pertimbangan dan keputusan dengan berkesan seperti menganalisis, membuat
penlaian keterangan, hujah-hujah, tuntutan dan kepercayaan serta menggambarkan
secara kritikal pengalaman pembelajaran dan proses yang berlaku. Aspek
kemahiran pemikiran kreatif membolehkan individu menggunakan pelbagai teknik
penciptaan idea, membangun, melaksana dan berkomunikasi dengan idea-idea baru
kepada orang lain secara berkesan. Begitu juga kemahiran komunikasi dan
kolaborasi dapat menyumbang kepada kejayaan pelajar atau siswa guru dalam
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Pensyarah sebagai pembimbing
berperanan membantu pelajar mengaitkan maklumat baru yang diperolehi dari
usaha kolaboratif dengan pengalaman dan pemindahan kepada situasi baru. Ini
mewujudkan personaliti dan harga diri positif hasil perkongsian maklumat sesama
rakan sebaya dan pensyarah dalam pembelajaran dan pengajaran abad ke-21.

4
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) merupakan progam Institut


Pendidikan Guru (IPG) yang berperanan melatih guru-guru dengan pelbagai
kemahiran dari segi akademik, pedagogi, amalan profesionalisme, internship,
kokurikulum dan pelbagai kemahiran dan pengetahuan lagi. Ini sejajar dengan
aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu mengenal pasti kemahiran abad
ke-21 yang sesuai dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga
Malaysia untuk bersaing pada peringkat antarabangsa. Sehubungan
itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) bagi menyediakan murid menghadapi
cabaran pendidikan abad ke-21. Antara fokus PPPM ialah enam (6) aspirasi murid
iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Ini adalah sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pegangan pelaksanaan sistem
pendidikan di negara kita. Peranan Pensyarah adalah merupakan seorang nakhoda
mengetuai kapal, memberi panduan, bimbingan dan arah tujuan supaya anak
didiknya beroleh pengetahuan dan kemahiran yang lengkap dan terkini sesuai
dengan abad ke-21.

Pernyataan Masalah

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 memerlukan pensyarah berfikir,


merancang, berbincang, menilai, mereka cipta dan membuat keputusan berlatarkan
Model Partnership for 21st Century (2015). Apa yang menjadi masalah dalam
kalangan pensyarah ialah dari segi kefahaman, kemahiran dan kesediaan mereka
untuk memberi input dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan
pada abad ke 21. Pensyarah perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 yang memfokuskan kepada elemen-elemen kemahiran
pemikiran kritikal, kemahiran kolaborasi, kemahiran komunikasi dan kreativiti.
Pencapaian Malaysia dalam Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS)
tahun 2011 adalah pada kedudukan ke-20 bagi Matematik dan 32 bagi Sains dalam
kalangan 49 buah negara. Manakala laporan (PISA) tahun 2009 menunjukkan
prestasi Malaysia berada pada kedudukan ke-57 bagi Matematik, ke-55 bagi Sains
dan ke-52 bagi Kefahaman dalam kalangan 74 negara.

Kajian ini ingin meneroka apakah amalan pengajaran dan pembelajaran yang
dihadapi oleh pensyarah dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka
terutama dalam meningkatkan lagi keberkesanannya dengan abad ke-21.

Objektif Kajian

Merujuk kepada pernyataan masalah, pengkaji membentuk dua objektif seperti


butiran berikut:

5
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

i. Mengenal pasti aspek amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21


dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Ipoh.

ii. Menyenaraikan cadangan penambahbaikan amalan pengajaran dan


pembelajaran pensyarah dalam abad ke-21 di IPG?

Soalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian di atas pengkaji telah membentuk beberapa


persoalan kajian seperti butiran di bawah:
i. Sejauhmanakah aspek amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Ipoh.

ii. Apakah cadangan penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran


pensyarah dalam abad ke-21 di IPG?

Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini boleh membantu IPG untuk merancang, membuat penambahbaikan
agar guru pelatih menjadi lebih berkesan apabila mereka menjadi guru permulaan
yang ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh pelusuk tanahair. Hasil kajian ini juga
membantu pensyarah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
kuliah sesuai dengan abad ke-21 bagi menyediakan guru pelatih yang berkesan
apabila ditempatkan di sekolah-sekolah sebagai guru permulaan.

Skop Kajian

Kajian ini terhad kepada pensyarah IPG Kampus Ipoh sebagai satu kajian awal
mengenal pasti amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

Definisi Operasional

i. Pensyarah : Pendidik guru yang mengajar di Institut Pendidikan Guru Kampus


Ipoh yang merangkumi pelbagai opsyen.
ii. Institut Pendidikan Guru : Institusi yang melatih bakal guru dalam pelbagai
opsyen dan bidang kemahiran.
iii. Kemahiran pemikiran kritikal merujuk kepada pensyarah-pensyarah yang
berupaya menganalisis masalah yang kompleks, menyiasat soalan yang mana
tidak ada jawapan yang jelas, menilai mata yang berbeza pandangan atau
sumber maklumat, dan membuat kesimpulan yang sesuai berdasarkan bukti
dan hujah
iv. Kemahiran kolaborasi merujuk kepada pensyarah-pensyarah yang memberi
kerjasama untuk menyelesaikan masalah atau menjawab soalan-soalan,

6
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

bekerja dengan berkesan dalam pasukan untuk mencapai matlamat yang sama
serta memikul tanggungjawab bersama dalam menyelesaikan tugas.
v. Kemahiran komunikasi merujuk kepada pensyarah-pensyarah yang dapat
menyusun dan berkongsi pemikiran mereka dengan berkesan melalui pelbagai
media, secara lisan dan bertulis.
vi. Kreativiti dan kemahiran inovasi merujuk kepada pensyarah-pensyarah yang
dapat menjana secara kreatif dan inovatif dalam penyelesaian kepada masalah
yang kompleks atau tugas-tugas berdasarkan sintesis, analisis dan kemudian
menggabungkan atau menyampaikan apa yang diperolehi dengan cara yang
baru dan asli.
vii. Menggunakan teknologi sebagai alat untuk pembelajaran merujuk kepada
pensyarah-pensyarah dapat menguruskan pembelajaran mereka dan
menghasilkan produk yang menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi yang sesuai dan berkesan.

Tinjauan Literatur

Wagner (2008), mencadangkan pelajar perlu tujuh kemahiran hidup untuk


bersedia menghadapi abad ke-21 antaranya memiliki pemikiran kritikal dan dapat
menyelesaikan masalah, sentiasa bekerjasama dan mempunyai daya kepimpinan,
sifat ketangkasan dan berkeupayaan menyesuaikan diri, sentiasa inisiatif dan
bersifat keusahawanan, memiliki komunikasi secara lisan dan bertulis dengan
berkesan, dapat mengakses dan menganalisis maklumat serta mempunyai rasa ingin
tahu dan berimaginatif. Begitu juga kajian mendapati Singapura menghadapi
cabaran untuk membangunkan guru model pendidikan abad ke-21 yang
menggunakan TE21. Singapura melaksanakan perubahan kritikal dari segi
kurikulum, pedagogi, penilaian, aspek teori-amalan hubungan, infrastuktur fizikal
untuk menangani kebimbingan bahawa guru mereka perlu mempunyai 21
kemahiran seperti yang dinyatakan oleh Lee (2012) sebagai “Addressing the
concern that teachers themselves need to have 21st century skills to teach those
skills, the first of two pedagogical shifts is to increase “emphasis on selfdirected,
inquiry-based, realworld learning”. Friedman (2006) dalam bukunya The world is
flat : a brief history of the twenty-first century, menyatakan pendidikan turut
memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi
dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini. Begitu juga Toffler (1990) pula dalam
bukunya Power shift: Knowledge, wealth and power at the edge of the
21st century menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that
cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.'

Sehubungan dengan itu, kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21


dapat membantu negara menangani cabaran dalaman serta luaran akibat daripada
kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (informatian and communications technology). Antara cabaran negara

7
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan


atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. K-ekonomi ini
memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini mengikut reka bentuk tinjauan iaitu cross-sectional survey yang
merupakan reka bentuk mengumpul maklumat daripada sampel yang teleh
ditentukan terlebih dahulu. Data kajian dikutip mengikut titik masa tertentu
(Creswell, 2002). Kaedah Kuantitatif digunakan dalam kajian ini di mana sampel
yang besar dapat dikaji dan hasil dapatan kajian digeneralisasikan kepada populasi
kajian (Babbie, 2001). Kaedah ini juga bertujuan untuk membina dan
menggunakan model yang berkaitan bersesuaian dengan objektif yang dikaji.

Instrumen Kajian

Bahagian A instrumen amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21


mengandungi maklumat demografi, manakala Bahagian B berkaitan dengan
amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Kajian ini berdasarkan rangka
kerja kemahiran daripada konsep international innovative teaching and learning
study (Shear, novais, means, gallagher & Langworthy, 2010). Ia juga berdasarkan
daripada the deeper learning famework from the William and Flora Hewlett
Foundation (2010) dan partnership for 21st century skills (2015).

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik 4 mata skala likert. Instrumen soal
selidik ini terdiri daripada lapan konstruk iaitu kemahiran pemikiran kritikal,
kemahiran komunikasi, refleksi, kemahiran kolaborasi, pentaksiran, penyelesaian
masalah, teknologi, kreativiti dan kemahiran inovasi. Kebolehpercayaan instrumen
bagi kajian ini ialah pada cronbach alpa =0.929.

Kebolehpercayaan instrumen bagi soal selidik amalan pengajaran dan pembelajaran


abad ke-21 dalam kalangan pensyarah adalah tinggi dan diterima sebagai alat
pengukuran dan penilaian. Instrumen ini telah digubal di peringkat IPG Kampus
Ipoh dan beroleh pengesahan muka daripada Ketua-ketua Jabatan dan juga
Pensyarah pakar. Instrumen ini telah ditadbir kepada 159 sampel kajian dalam
kalangan Pensyarah IPG Kampus Ipoh.

8
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

Persampelan Kajian

Sampel Kajian terdiri daripada 159 orang pensyarah daripada pelbagai jabatan dan
opsyen yang sedang berkhidmat di IPG Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak. Jabatan
yang terlibat adalah Jabatan Bahasa (Unit Pengajian Tamil, Unit Pengajian Cina,
Unit Pengajian Inggeris), Jabatan Ilmu Pendidikan, Jabatan Sains, Jabatan
Matematik, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Jabatan Teknologi
Pendidikan, Jabatan Pengajian Melayu, Unit Kokurikulum, Unit Hal Ehwal Pelajar,
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesioalisme Keguruan, Jabatan Sains Sosial
dan Jabatan Pengajian Islam.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dianalisis dan dirumus merujuk kepada objektif dan persoalan
kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

Soalan i: Sejauhmanakah aspek amalan pengajaran dan pembelajaran abad


ke-21 dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Ipoh ?

Bahagian ini menghuraikan dapatan kajian hasil dari Penilaian kendiri Amalan
Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 (Pensyarah) yang telah ditadbirkan.
Laporan tertumpu kepada lapan aspek utama iaitu kemahiran pemikiran kritikal,
kemahiran komunikasi, refleksi, kemahiran kolaborasi, pentaksiran, penyelesaian
masalah, teknologi, kreativiti dan kemahiran inovasi.

1. Kemahiran Pemikiran Kritikal

Jadual 1:
Taburan Min dan Sisihan Piawai Aspek Kemahiran Pemikiran Kritikal

Item f(%) f(%) f(%) f(%) Kemahiran PK

Tidak Jarang- Kerap Sangat Min Sisihan


Pernah jarang Kerap Piawai
1.Merancang penggunaan 6 91 62
kemahiran berfikir aras (3.8%) (57.2%) (39.0%)
3.35 .553
tinggi semasa
berinteraksi dalam kuliah
2. Mengemukakan soalan 6 90 63
aras tinggi semasa (3.8%) (56.6%) (39.6%) 3.36 .554
berinteraksi dalam kuliah
3. Membimbing pelajar 4 81 74
menjawab soalan pada (2.5%) (50.9%) (46.5%) 3.44 .546
aras tinggi

9
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

4. Menggunakan alat-alat 15 89 55
kemahiran berfikir aras (9.4% (56.0%) (34.6%)
3.25 .616
tinggi semasa interaksi
dalam kuliah
5. Mengajar kemahiran 1 15 79 64
berfikir aras tinggi dalam (0.6%) (9.4%) (49.7%) (40.3%) 3.29 .661
kuliah
Purata 3.324 .495
n = 159

Graf 1. Min Kemahiran Pemikiran Kritikal

Jadual 1 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi aspek kemahiran
pemikiran kritikal bagi amalan pengajaran dan pembelajaran pensyarah abad ke-
21. Dapatan menunjukkan min tertinggi adalah item K3 iaitu Membimbing pelajar
menjawab soalan pada aras tinggi (min=3.44). Min terendah adalah item K4 iaitu
Menggunakan alat-alat kemahiran berfikir aras tinggi semasa interaksi dalam
kuliah (min 3.25). Min keseluruhan aspek kemahiran pemikiran kritikal bagi
amalan pengajaran dan pembelajaran pensyarah ialah 3.324 dan sisihan piawai
0.495.

10
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

2. Kemahiran Komunikasi

Jadual 2:
Taburan Min dan Sisihan Piawai Aspek Kemahiran Komunikasi

Item f(%) f(%) f(%) f(%) KK

Tidak Jarang- Kerap Sangat Min Sisihan


Pernah jarang Kerap Piawai

1.Memberi
tugasan dalam
77 81
kumpulan 1 (0.6%) 3.50
(48.4%) (50.9%) .514
berasaskan projek
kepada pelajar
2. Menggalakkan
pelajar
1 53 104
berkomunikasi 1 (0.6%) 3.64 .533
(0.6%) (33.3%) (65.4%)
dalam melaksana
projek yang diberi
3.Memastikan
tugasan
menggunakan
pendekatan 58 99
2 (1.3%) 3.61 .515
pelbagai disiplin (36.5%) (62.3%)
ilmu dan
kemahiran
komunikasi
4. Menggalakkan
pelajar
membentangkan 53 103
3 (1.9%) 3.63
hasil dapatan (33.3%) (64.8%) .522
projek yang
dihasilkan.
Purata 3.59 0.41

n = 159

11
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

Graf 2. Min Kemahiran Komunikasi

Jadual 2 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi aspek kemahiran
komunikasi. Dapatan menunjukkan min item KK2 iaitu Menggalakkan pelajar
berkomunikasi dalam melaksana projek yang diberi (min=3.64) berada pada min
tertinggi. Manakala KK1 iaitu Memberi tugasan dalam kumpulan berasaskan
projek kepada pelajar (min=3.50) berada pada min yang terendah. Min
keseluruhan aspek kemahiran komunikasi ialah 3.59 dan sisihan piawai 0.41.

3. Kemahiran Refleksi

Jadual 3:
Taburan Min Dan Sisihan Piawai Kemahiran Refleksi

Bil. Item f(%) f(%) f(%) f(%) PK_R

Tidak Jarang- Kerap Sangat Min Sisihan


Pernah jarang Kerap Piawai
R1 Membimbing
pelajar menulis
67 89
refleksi dengan 3 (1.9%) 3.54 0.53
(42.1%) (56.0%)
betul dan
berkesan
R2 Menggalakkan
pelajar
63 90
membuat 6 (3.8%) 3.53 0.57
(39.6%) (56.6%)
refleksi kendiri
selepas sesi
12
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

pengajaran dan
pembelajaran
R3 Mendapatkan
maklum balas
rakan sebaya 27 81 51
3.15 0.68
dalam sesi (17.0%) (50.9%) (32.1%)
pengajaran dan
pembelajaran
R4 Menulis refleksi
selepas sesi 1 23 64 71
(0.6%) 3.29 0.73
pengajaran dan (14.5%) (40.3%) (44.7%)
pembelajaran
Purata 3.3 0.516

n=159

Graf 3. Min Refleksi

Jadual 3 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi aspek melaksanakan
refleksi dalam amalan pedagogi pensyarah abad ke-21. Min terendah adalah item
R3 iaitu Mendapatkan maklum balas rakan sebaya dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (min 3.15). Min tertinggi adalah item R1 iaitu Membimbing pelajar
menulis refleksi dengan betul dan berkesan (min=3.54). Min keseluruhan aspek
refleksi amalan pedagogi pensyarah ialah 3.36 dan sisihan piawai 0.516.

13
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

4. Kemahiran Kolaborasi

Jadual 4:
Taburan Min Dan Sisihan Piawai Aspek Kemahiran Kolaborasi

Bil. Item f(%) f(%) f(%) f(%) PK_KK

Tidak Jarang- Kerap Sangat Min Sisihan


Pernah jarang Kerap Piawai
Bekerjasama dengan
KK1 rakan setugas untuk
membangunkan 15 78 66
3.32 .64
komuniti pembelajaran (9.4%) (49.1%) (41.5%)
profesional (profesional
learning community)
KK2 Menggalakkan pelajar
menggunakan pelbagai 56 96
7 (4.4%) 3.55 .58
media sosial untuk (35.2%) (60.4%)
berinteraksi
KK3 Mengamalkan lesson
study untuk
7 23 74 55
meningkatkan tahap 3.11 .81
(4.4%) (14.5%) (46.5%) (34.6%)
profesionalisme
keguruan
KK4 Menggunakan kemahiran
62 97
kolaborasi dengan 3.61 .49
(39.0%) (61.0%)
berkesan
KK5 Menggunakan
pendekatan kolaboratif 2 64 90
3 (1.9%) 3.52 .60
dalam pengajaran dan (1.3%) (40.3%) (56.6%)
pembelajaran.
Purata 3.43 0.48

n=159

14
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

Graf 4. Min Item-item Kemahiran Kolaborasi

Jadual 4 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi aspek


kemahiran kolaborasi bagi amalan pengajaran dan pembelajaran pensyarah. Min
yang tertinggi adalah bagi item KK4 iaitu Menggunakan kemahiran kolaborasi
dengan berkesan (min 3.61). Min terendah adalah item KK3 iaitu Mengamalkan
lesson study untuk meningkatkan tahap profesionalise keguruan (min 3.11). Purata
min untuk keseluruhan aspek kemahiran kolaboratif (min = 3.43, sisihan piawai
0.48).

5. Kemahiran Pentaksiran

Jadual 5:
Taburan Min Dan Sisihan Piawai Aspek Pentaksiran

Bil. Item f(%) f(%) f(%) f(%) PK_P

Tidak Jarang- Kerap Sangat Min Sisihan


Pernah jarang Kerap Piawai
1.Melakukan
P1 pentaksiran 3 61 95
3.58 .53
berasaskan hasil (1.9%) (38.4%) (59.7%
pembelajaran kursus
P2 2.Memfokuskan
pentaksiran
6 75 78
berdasarkan 3.45 .57
(3.8%) (47.2%) (49.1%)
pemikiran aras
tinggi

15
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

P3 3.Menggalakan
4 61 94
pelajar membuat 3.57 .55
(2.5%) (38.4%) (59.1%)
penilaian kendiri
P4 4.Menggalakan
pelajar membuat 15 75 69
3.34 .64
penilaian rakan (9.4%) (47.2%) (43.4%)
sebaya
P5 5.Menggunakan
pentaksiran sesuai 4 66 89
3.53 .55
dengan pencapaian (2.5%) (41.5%) (56%)
pelajar
P6 6. Memberi maklum
balas segera 5 65 89
3.52 .60
terhadap tugasan (3.1%) (40.9%) (56.0%)
pelajar.
Purata
3.49 .42
n=159

Graf 5. Min Item-item Kemahiran Pentaksiran

Jadual 5 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi aspek


pentaksiran bagi amalan pedagogi pensyarah. Min yang tertinggi adalah bagi item
P1 iaitu melakukan pentaksiran berasaskan hasil pembelajaran kursus (min =
3.58). Min terendah adalah item P4 iaitu Menggalakan pelajar membuat penilaian
rakan sebaya (min= 3.34). Purata min untuk keseluruhan aspek pentaksiran (min =
3.49, sisihan piawai 0.42).

16
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

6. Penyelesaian Masalah

Jadual 6:
Taburan Min Dan Sisihan Piawai Aspek Penyelesaian Masalah

Bil. Item f(%) f(%) f(%) f(%) PK_Pm

Tidak Jarang- Kerap Sangat Min Sisihan


Pernah jarang Kerap Piawai
1.Mengamalkan
PM1 pengajaran melalui 7 74 78
3.45 .58
pendekatan penyelesaian (4.4%) (46.5%) (49.1%)
masalah
PM2 2. Mengaitkan kursus yang
54 105
diajar dengan masalah 3.66 .48
(34%) (66%)
kehidupan seharian
PM3 3.Menggalakkan pelajar
menggunakan pelbagai 1 59 99
3.62 .50
strategi penyelesaian (0.6%) (37.1%) (62.3%
masalah
PM4 4.Memastikan masalah
yang diberikan bersifat
3 78 78
pelbagai disiplin 3.47 .537
(1.9%) (49.1%) (49.1%)

Purata
3.55 .41

n=159

17
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

Graf 6. Min Item-item Aspek Penyelesaian Masalah

Jadual 6 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi aspek penyelesaian
masalah bagi amalan pengajaran dan pembelajaran pensyarah abad ke-21. Min
yang tertinggi adalah bagi item Pm2 iaitu Mengaitkan kursus yang diajar dengan
masalah kehidupan seharian (min = 3.66). Min terendah adalah item Pm1 iaitu
Mengamalkan pengajaran melalui pendekatan penyelesaian masalah (min= 3.45).
Purata min untuk keseluruhan aspek penyelesaian masalah (min = 3.55, sisihan
piawai 0.41).

7. Kemahiran Teknologi

Jadual 7:
Taburan Min Dan Sisihan Piawai Aspek Kemahiran Teknologi

Bil. Item f(%) f(%) f(%) f(%) PK_T

Tidak Jarang- Kerap Sangat Min Sisihan


Pernah jarang Kerap Piawai
T1 Menggunakan pedagogi
11 84 64
digital berbanding kaedah 3.33 .602
(6.9%) (52.8%) (40.3%)
tradisional
T2 Menggalakkan pelajar
menggunakan teknologi 2 51 106
3.65 .50
yang sesuai untuk (1.3%) (32.1%) (66.7%)
menyiapkan tugasan
T3 Menggalakkan pelajar
6 70 83
menggunakan media sosial 3.48 .57
(3.8%) (44.0%) (52.2%)
untuk berinteraksi
18
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

T4 Menggunakan perisian
9 85 65
yang sesuai dan mesra 3.35 .57
(5.7%) (53.5%) (40.9%)
pengguna semasa interaksi
T5 Menggunakan
pembelajaran atas talian 3 41 83 32
2.90 .73
seperti e-book, e-video,e- (1.9%) (25.8%) (52.2%) (20.1%)
learning dll.
Purata
3.34 .45
n=159

Graf 7. Min Item-item Kemahiran Teknologi

Jadual 7 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi aspek


kemahiran teknologi yang digunakan sebagai amalan pengajaran dan pembelajaran
pensyarah abad ke-21. Min yang tertinggi adalah bagi item T2 iaitu Menggalakkan
pelajar menggunakan teknologi yang sesuai untuk menyiapkan tugasan (min =
3.65). Min terendah adalah item T5 iaitu Menggunakan pembelajaran atas talian
seperti e-book, e-video, e-learning dan lain-lain (min=2.90). Purata min untuk
keseluruhan aspek penggunaan teknologi (min = 3.34, sisihan piawai 0.45).

19
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

8. Kreativiti dan Kemahiran Inovasi

Jadual 8:
Taburan Min Dan Sisihan Piawai Aspek Kreativiti Dan Kemahiran Inovasi

Bil. Item f(%) f(%) f(%) f(%) Kki

Tidak Jarang- Kerap sangat min sisihan


pernah jarang kerap piawai
KKI1 1.Menggunakan kreativiti
dan inovasi dalam 9 81 69
3.38 .592
pengajaran dan (5.7%) (50.9%) (43.4%)
pembelajaran
KKI2 2.Menyampaikan input
2 58 99
dengan kreatif dan inovatif 3.61 .51
(1.3%) (36.5%) (62.3%)
semasa dalam kelas.
KKI3 3.Menerapkan elemen
kreativiti dalam proses 5 67 87
3.51 .56
pengajaran dan (3.1%) (42.1%) (54.7%)
pembelajaran
KKI4 4.Menerapkan kemahiran
kreativiti dan inovasi 5 27 87 40
3.02 .74
dalam gerakerja kumpulan (3.1%) (17.0%) (54.7%) (25.2%)
siswa guru
Purata
3.37 .51
n=159

20
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

Graf 8. Min Item-item Kreativiti Dan Kemahiran Inovasi

Jadual 8 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi aspek kreativiti
dan kemahiran inovasi pensyarah abad ke-21. Min yang tertinggi adalah bagi item
KKI2 iaitu Menyampaikan input dengan kreatif dan inovatif semasa dalam kelas
(min = 3.61). Min terendah adalah item KKI4 iaitu Menerapkan kemahiran
kreativiti dan inovasi dalam gerakerja kumpulan siswa guru (min=3.02). Purata
min untuk keseluruhan aspek kreativiti dan kemahiran inovasi ialah pada min =
3.37 dan sisihan piawai = 0.51
.
Dapatan Keseluruhan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Pensyarah Abad Ke-
21

Jadual 9:
Taburan Keseluruhan Min dan Sisihan Piawai bagi Semua Aspek Amalan
Pngajaran dan Pembelajaran (PdP) Pensyarah Abad ke-21

Aspek Aspek Amalan PdP Pensyarah Abad ke 21

Min Sisihan
Piawai
1 Kemahiran Pemikiran Kritikal 3.32 0.50
2 Kemahiran Komunikasi 3.59 0.41
3 Kemahiran Refleksi 3.37 0.52
4 Kemahiran Kolaborasi 3.43 0.48
5 Kemahiran Pentaksiran 3.49 0.42
6 Kemahiran Penyelesaian Masalah 3.55 0.41
7 Kemahiran Teknologi 3.34 0.45
21
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

8 Kreativiti dan Kemahiran Inovasi 3.37 0.51


Keseluruhan 3.43 0.46

Min keseluruhan elemen amalan P&P pensyarah abad ke-21 ialah min
=3.43 dan sisihan piawai 0.46. elemen kemahiran pemikiran kritikal (min=3.32),
elemen refleksi (min =3.37), elemen teknologi (min =3.34) dan elemen kreativiti
dan kemahiran inovasi (min=3.37) perlu dipertingkatkan keupayaannya kerana
masih pada tahap rendah iaitu di bawah min keseluruhan.

Graf 9. Min Amalan P&P Pensyarah Abad Ke-21

Soalan ii: Apakah cadangan penambahbaikan amalan pengajaran dan


pembelajaran pensyarah dalam abad ke-21 di Institut Pendidikan Guru
(IPG)?

Jadual 9 menunjukkan beberapa elemen seperti kemahiran pemikiran kritikal,


kemahiran komunikasi, refleksi, kemahiran kolaborasi, pentaksiran, penyelesaian
masalah, teknologi, kreativiti dan kemahiran inovasi. min keseluruhan ialah 3.43
dan sisihan piawai ialah 0.46.
Sehubungan dengan ini cadangan penambahbaikan perlu dilakukan antaranya;

a. Pendidik perlu menguasai elemen kemahiran pemikiran kritikal dalam


pengajaran dan pembelajarannya kerana elemen ini dapat
memberangsangkan tahap pencapaian terutama dari segi penglibatan
berkumpulan dan pemikiran positif. Pendidik dan siswa guru perlu
berkeupayaan meningkat hasil daripada penggunaan elemen KBAT yang
membantu kepada kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis
22
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

untuk menyelesaikan masalah, membuat sesuatu keputusan atau memberi


idea.
b. Pendidik dan siswa guru perlu berupaya menyumbang kepada keperluan
dunia yang berubah terutama dari segi penggunaan teknologi maklumat
yang memerlukan pemikiran kreatif dan kritis dalam pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21
c. Pendidik dan siswa guru perlu berupaya memajukan pertumbuhan
intelektual dan perkembangan pencapaian akademik yang berterusan sama
ada di IPG atau di sekolah yang ditempatkan mengajar.
d. Refleksi adalah proses mengingat kembali pengalaman lalu yang telah
dilalui, memikirkannya, menganalisis, mempertimbang semula dan
seterusnya membuat penilaian terhadap pengalaman tersebut. Untuk
menghasilkan refleksi yang baik, seseorang itu perlu berfikiran terbuka,
bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab secara intelek bagi melihat dan
menganalisis masalah daripada pelbagai perspektif yang berbeza.
e. Pembelajaran kolaborasi mempunyai ciri-ciri utama antaranya seperti
berikut; iaitu perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan
murid seperti mendapatkan maklumat hasil carian internet dikongsi
bersama. Perkongsian kuasa antara guru dan murid iaitu empowerment
kepada murid menentukan objektif sesuatu tugasan setelah dipersetujui oleh
guru, menggunakan kreativiti mereka menyiapkan tugasan seperti
menggunakan pengurusan grafik dan lain-lain.
f. Pensyarah sebagai pembimbing mempunyai peranan untuk membantu
pelajar mengaitkan maklumat baru yang diperolehi dari usaha kolaborasi
dengan pengalaman dan pemindahan kepada situasi baru. Kewujudan
personaliti dan harga diri positif diperolehi hasil perkongsian maklumat
sesama rakan sebaya dan guru.

RUMUSAN

Kajian mendapati idea yang dibawa oleh Martha Hampson et al., (2015)
dari Innovation Unit, United Kingdom, mengenai sepuluh idea yang praktikal
yang boleh digunakan oleh pendidik dan pengurus sekolah untuk melaksanakan
pembelajaran abad ke-21 iaitu antaranya: open up lessons,think outside the
classroom box, get personal, tap into students’ digital expertise, get real with
projects, expect (and help) students to be teachers, help (and expect) teachers to be
students, measure what matters, work with families, not just children dan power to
the student. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah di Malaysia perlu kepada
transformasi dan tidak bersifat status-quo untuk mengeluarkan sumber manusia
atau tenaga kerja yang berkualiti. Perubahan yang sedang kita hadapi dalam
politik, ekonomi, teknologi dan iklim akan menjadi lebih dramatik pada masa akan
hadapan. Oleh itu, pendidikan di Malaysia sekarang perlu membekalkan siswa
guru dengan kemahiran-kemahiran pengajaran dan pebelajaran abad ke-21 supaya

23
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

siswa guru mampu berdaya saing dan berupaya berhadapan dengan era globalisasi
yang semakin mencabar dekad ini.

Kajian ini juga dapat memenuhi keperluan PPPM (2013-2025) dalam aspek
aspirasi sistem iaitu peningkatan keberhasilan murid setanding dengan sumber
yang telah disalurkan ke dalam sistem. Adalah diharapkan kajian ini dapat
memenuhi anjakan ke empat PPPM (2013-2025) iaitu 21st mentransformasi
profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Memastikan guru memberi tumpuan
ke atas fungsi teras pengajian mulai 2013 dengan mengurangkan beban
pentadbiran. Ini selari dengan Anjakan 10 iaitu Memaksimumkan keberhasilan
murid bagi setiap ringgit. Kajian ini juga selari dengan kehendak impak
transformasi dalam PPPM (2013-2025) iaitu pendidik akan meningkatkan
keupayaan bertaraf dunia yang diperlukan bagi membantu mencapai keberhasilan
murid yang dihasratkan. Pensyarah di IPG akan memperoleh lebih keseronokan
dan kepuasan dalam menjalankan aktiviti pengajaran mereka. Ini kerana dengan
pakej kerjaya pensyarah yang baharu, mereka dapat menikmati perkembangan
profesional yang lebih memuaskan, laluan kerjaya yang lebih baik dan proses
penilaian yang telus dan adil serta berkait terus dengan keupayaan dan
kecemerlangan prestasi. Oleh itu kajian amalan pengajaran dan pembelajaran abad
ke-21 bagi pensyarah di IPG Kampus Ipoh dapat membantu menjayakan wawasan
pendidikan negara dan melahirkan warga pendidik yang cekap, berkesan dan
prihatin dalam amalan sehariannya.

24
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

RUJUKAN

Badrul & Nasruddin (2015). Penilaian kendiri amalan pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21 pensyarah IPG Kampus Ipoh. Kertas Kerja dibentangkan di
Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan IPG Zon Sabah, Keningau,
Sabah, 2-4 September, Malaysia.

Babbie,W. (2001). The practice of social research (9th ed.). Belmont, CA:
Wadsworth Publication Company.

Creswell, J.W. (2002). Educational research: Planning, conducting and evaluating


quantitative and qualitative research. New Jersey:Pearson Education Inc.

Lee, S.K. (2012, March 14–15). Preparing 21st century teachers: Singapore’s
approach. New York, NY: International Summit on the Teaching Profession.

MacGilchrist, B., Myers, K., & Reed, J. (2004). The intelligent school. London,
UK: Sage.

Martha Hampson. (n.d). Home page. Retrieved August 22, 2015, from
http://www.innovationunit.org/knowledge/our-ideas/21st-century-
educationPartnership for 21st Century Learning (2015), Framework for 21st
Century Learning, http://www.p21.org/our-work/p21-framework

Salleh Abd. Rashid, Mohd. Yusof Abdullah, Raja Ismail Raja Lope Ahmad &
Mohammed Sani Ibrahim (2007). Mentoran dan perkembangan kerjaya guru
novis. Dalam Zamri Mahamod, Norasmah Othman & Mohammed Sani Ibrahim
(Eds.), Profesionalisme guru novis (ms 103-123). Bangi: Fakulti Pendidikan,
UKM.

Thomas L. Friedman.(2006). A brief history of twenty-first century, farrar, straus


and giroux, New York. Home page. http://us.macmillan.com/
theworldisflat30/Thomas Friedman.

Wagner, T. (2008). The global achievement gap: Why even our best schools don’t
teach the new survival skills our children need and what we can do about it.
New York, NY: Basic Books.

25

Anda mungkin juga menyukai