Anda di halaman 1dari 30

Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019

Tempat :

SK Taman Desa Jaya

Tarikh :

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019

26 September 2019 (Khamis)

1.PENDAHULUAN

Pendidikan Prasekolah merupakan satu agenda pendidikan utama yang menjurus kepada pembangunan
insan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran separa formal. Lantaran itu, pendekatan pedagogi yang
sesuai harus dititik beratkan dan konsep “mudah ubah” menjadi kunci kepada pelaksanaan pendidikan
prasekolah.

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek
perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap
kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk
menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian
peralatan. Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor
halus, kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Malah pendidikan
prasekolah memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan
persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Malah ia memberi penekanan dalam aspek keselamatan diri
daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah
menjaga kehormatan diri.

Kertas konsep ini mencadangkan supaya Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019 dianjurkan bagi
membantu dan memberi peluang kepada murid di peringkat ini menyerlahkan bakat dan potensi mereka. Di
samping itu ia diharapkan menjadi medium terbaik bagi perkembangan murid-murid prasekolah dari aspek
fizikal dan estetika, keselamatan, kreativiti dan intelek.

2. OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan potensi dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.
(Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial).
2.3 Memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada murid prasekolah melalui aktiviti yang
dipertandingkan.
2.4 Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan rakan sepasukan untuk mencapai kejayaan.
2.5 Mensosialisasikan dan merapatkan hubungan sesama murid di antara pasukan yang
bertanding.
2.6 Memberi pengalaman dan pengetahuan yang baru serta luas kepada murid-murid berkaitan
tentang pemakanan berkhasiat.
2.7 Murid-murid dapat mengembangkan bakat intelektual dan potensi diri.

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019

3. ACARA DAN PENYERTAAN


Karnival Prasekolah ini akan melibatkan murid sebagai peserta, guru prasekolah, pembantu pengurusan
murid dan hakim/pengadil pertandingan.

ANGGARAN PENYERTAAN & HAKIM, GURU, PPM DAN MURID YANG TERLIBAT.
A)
BIL ACARA BIL. PESERTA BIL. HAKIM
AKTIVITI ‘INDOOR’
1. Pertandingan Bercerita Bahasa 30 3
Malaysia
2. Pertandingan Bercerita Bahasa 30 3
Inggeris
3. Pertandingan Bercerita Bahasa 11 3
Tamil
4. Pertandingan Sajak 30 3
5. Pertandingan Hafazan 30 3
6. Pertandingan Nyanyian Solo 30 3
7. Pertandingan Mewarna 100 3
JUMLAH 261 21

B)
ACARA PADANG
1. 80 meter lelaki 30
2. 80 meter perempuan 30
3. 4 X 50 meter lelaki 150
4. 4 X 50 meter perempuan 150 17
5. Lontar bola lisut lelaki 30
Lontar bola lisut perempuan 30
JUMLAH 420 17

Peserta mengikut zon bagi setiap acara kecuali Bercerita Bahasa Tamil :
Zon Rinting : 6 orang Zon Tiram : 6 orang
Zon Johor Jaya : 8 orang Zon Pasir Putih : 10 orang
Peserta bagi Bercerita Bahasa Tamil : 10 orang (1 peserta setiap kelas SJKT)

BI ZON GURU&PPM
L
1. ZON RINTING 30
2. ZON TIRAM 38
3. ZON JOHOR JAYA 46

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
4. ZON PASIR PUTIH 78
JUMLAH 192

4.STRATEGI PELAKSANAAN
BIL AGENDA TARIKH TEMPAT TINDAKAN

1 Mesyuarat Task Force Bil 1 27.2.2019 SK Taman  Pembentangan kertas


(Rabu) Desa Jaya kerja bersama ‘task force’
program.
 Merangka aktiviti
pelaksanaan program.
 Meneliti dan merangka
skop tugasan AJK
program.

2. Mesyuarat Task Force Bil 2 15.04.2019 SK Taman  Menilai kesesuaian venue


(Isnin) Desa Jaya setiap acara dan majlis
penutup
 Penyelarasan ajk untuk
setiap skop tugasan
 Semakan syarat
pertandingan
 Merancang kelancaran
perjalanan program

3. Mesyuarat Task Force Bil 3 18.04.2019 SK Taman  Merangka sumber


(Khamis) Desa Jaya peruntukan dan
perbelanjaan
 Semakan terakhir
(Finalize) syarat
pertandingan setiap acara
indoor & outdoor
 Semakan terakhir (finalize)
perancangan kelancaran
program berdasarkan
tentatif yang dirancang.

3. Mesyuarat Jawatankuasa 29.04.2019 SK Taman  Pembentangan kertas


Pengelola Karnival Prasekolah (Isnin) Desa Jaya kerja kepada semua guru
Daerah Pasir Gudang Bil 1/ prasekolah.
2019  Penyelarasan tugasan
kepada semua ahli
jawatankuasa program.

4. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola 20.08.2019 PPD Pasir  Mengemaskini


Karnival Prasekolah Daerah Pasir (Selasa) Gudang perkembangan setiap
Gudang Bil 2/ 2019 bidang tugas ahli
jawatankuasa program.
(Penasihat acara dalaman,
penasihat acara sukan,
Ketua setiap AJK)
 Ingatan tentang tarikh
akhir penyerahan borang

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
penyertaan

5. Mesyuarat Jawatankuasa 17.09.2019 PPD Pasir  Pembentangan syarat-


Pengelola Karnival Prasekolah (Selasa) Gudang syarat dan peraturan
Daerah Pasir Gudang Bil 3/ pertandingan oleh AJK
2019 (bersama hakim dan Kepegawaian dan
pengadil) Penghakiman.
 Menjalankan mesyuarat
teknikal bersama hakim
dan pengadil.

6. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola 18.09.2019 SK Taman  Pembentangan


Karnival Prasekolah Daerah Pasir (Rabu) Desa Jaya maklumbalas oleh semua
Gudang Bil 4/ 2019 KETUA ahli jawatankuasa
pengelola mengenai
perkembangan terkini
bidang tugas masing-
masing.
 Penyerahan borang
penyertaan.
 Cabutan undian setiap
acara.

7. Lawatan Tapak Karnival Prasekolah 24.09.2019 SK Taman  Lawatan Tapak (semua


Daerah Pasir Gudang 2019 (Selasa) Desa Jaya AJK jelas dengan
perjalanan acara dan
tempat acara dijalankan)
 Semua AJK pengelola
perlu memastikan semua
venue dan peralatan yang
akan digunakan pada hari
Khamis (26/09/2019)
berada dalam keadaan
yang baik dan bersedia
untuk digunakan.

8. Karnival Prasekolah Daerah Pasir 26.09.2019 SK Taman  Perlaksanaan program


Desa Jaya hendaklah mengikut
Gudang 2018 (Khamis)
tempoh masa yang telah
dirancang.
9. Mesyuarat Post-Moterm 30.09.2019 PPD Pasir  Menjalankan mesyuarat
(Isnin) Gudang post-moterm

5. JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL PRASEKOLAH DAERAH P. GUDANG, 2019

Penaung
Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
Tuan Haji Jasni Bin Omar
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

Pengerusi
Tuan Haji Md. Yunan bin Abdul Majid
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

Naib Pengerusi 1
Encik Tuah Bin Kamisan
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Rendah)

Naib Pengerusi 2
Encik Hamdan Bin Abdul
Penolong PPD Prasekolah / Permata

Setiausaha
Encik Padzlan Bin Monthel
Guru Besar, SK Taman Mount Austin

Setiausaha 2
Puan Nurul Ezza Binti Mastuki
Guru Prasekolah, SK Taman Mount Austin

Penyelaras Program
Puan Norhafizah Binti Ahmad Hussin
Guru Prasekolah, SK Sungai Tiram

Bendahari
Puan Ruhafiza Binti Shahir
Ketua Pembantu Tadbir, SK Taman Mount Austin

AHLI JAWATANKUASA KECIL


Encik Mohd Tajuddin Bin Abd Jabar
Guru Besar, SK Pasir Gudang 3

Encik Idris Bin Kassim


Guru Besar, SK Taman Puteri Wangsa

Puan Hajah Rohanah Binti Chik


Guru Besar, SK Permas Jaya 3

Puan Hasmah Binti Ismail


Guru Besar SK Bandar Seri Alam

Puan Nor Alina Binti Md Usoff


Guru Prasekolah SK Pasir Gudang 3

Puan Nazia Binti Tajri


Guru Prasekolah, SK Taman Puteri Wangsa

Puan Rosnaniwati Binti Samiri


Guru Prasekolah, SK Permas Jaya 3

Puan Siti Aisya Binti Amat


Guru Prasekolah SK Bandar Seri Alam

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
Senarai Tugas Jawatankuasa Kecil Program Kecemerlangan Pendidikan
Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019

JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

1. Memastikan semua ahli jawatankuasa telah mengambil tindakan

URUSETIA yang sepatutnya.


(SEBELUM & SEMASA) 2. Mengumpul senarai nama peserta pertandingan daripada SU Zon
3. Mengurus tadbir penyertaan pertandingan.
SK TMN P. WANGSA (B) - K
SK TAMAN RINTING (A)
4. Menyediakan bilik tempat urusetia yang mudah dihubungi
sepanjang pertandingan jika perlu.
5. Melaporkan keputusan akhir pertandingan kepada ajk yang terlibat
(spt pengelola peserta, hadiah dan juruacara).
6. Menyediakan laptop / printer untuk urusan keputusan pertandingan.
BUKU PROGRAM 1. Menyediakan buku program / pamphlet lengkap dengan maklumat
(SEBELUM) asas
SK TAMAN JOHOR JAYA 1 2. Membuat semakan deraf sebelum membuat cetakan.
3. Merancang dan menguruskan percetakan buku program mengikut
jadual.
4. Mengedarkan buku program / pamphlet kepada VIP, jemputan dan
pegawai bertugas.
JEMPUTAN 1. Mendapatkan senarai nama tetamu jemputan.(VIP dan semua GB
(SEBELUM) daripada AJK Protokol)
SK TAMAN BUKIT DAHLIA (A) 2. Menyediakan kad dan surat jemputan kepada VIP dan semua GB
yang ada prasekolah.
3. Mengedarkan kad dan surat jemputan.
PENDAFTARAN 1. Menyediakan senarai nama guru, PPM dan peserta setiap zon.
(SEMASA) 2. Menyediakan borang pendaftaran.

4 SU ZON 3. Memastikan kehadiran peserta pada hari pertandingan dan


SK TMN PUTERI WANGSA (A) memaklumkan ketidakhadiran kepada AJK Pengelola Peserta.
SK BANDAR SERI ALAM (B) 4. Menyampaikan maklumat tepat dan terkini tentang perjalanan
SK TAMAN PERMAS JAYA 3 (B)
carnival dan setiap acara serta mengumpul senarai nama peserta
SK PASIR GUDANG 3 (C)
zon masing-masing.

‘BACK DROP’ DAN HIASAN 1. Meletakkan / memasang banner karnival. 1 banner digantung di
PENTAS PPD dan 1 lagi banner di dewan utama.
(SEBELUM & SELEPAS)
Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
2. Membuat backdrop dan hiasan pentas utama pertandingan.
SK SERI KOTA PUTERI (A) – K
3. Mengemas kembali pentas selepas majlis selesai.
SK CAHAYA MASAI (B)
SK TMN PELANGI INDAH (A)

SERANTA DAN SIARAYA 1. Membuat hebahan publisiti tentang carnival melalui poster, kain
(SEBELUM) rentang, iklan-iklan, media cetak dan media elektronik dan
SK PASIR PUTEH sebagainya.
2. Menyediakan banner/ bunting dan menetapkan tempat yang sesuai
untuk diletakkan.
3. Menggantung banner/bunting sebelum majlis, mengemas dan
menurunkannya selepas majlis di setiap venue.
SAMBUTAN DAN 1. Menyediakan aturcara tadbir perasmian penutupan termasuk
PENUTUP memastikan pembesar suara dan PA system di dewan utama boleh
(SEBELUM & SEMASA)
digunakan dengan baik.
SK TAMAN BUKIT TIRAM - K 2. Menyediakan juruacara dan pembaca doa untuk majlis penutup.
SK PASIR GUDANG 1 (A) 3. Memastikan skrip juruacara mengikut susunan aturcara dan
SK KOTA PUTERI 4
program.
4. Menyediakan penyambut tetamu dan pengiring VVIP.
5. Menyelaraskan tugas dengan AJK Hadiah untuk
penyampaian hadiah / cenderamata.
6. Menguruskan acara sambutan VIP (pasukan kompang & bunga
manggar)
7. Menyediakan persembahan yang difikirkan sesuai sebelum
penyampaian hadiah.
8. Menetapkan serta menguruskan upacara perasmian
penutup.
GIMIK & KECERIAAN 1. Mengelolakan upacara gimik ketika majlis penutup.
MAJLIS 2. Memastikan ada elemen hiburan yang mendidik dan keceriaan
(SEBELUM & SEMASA)
untuk peserta sepanjang carnival berlangsung.
SK TAMAN DAYA 3 (A) 3. Menguruskan pihak yang terlibat dengan gimik sepanjang carnival.
SK TAMAN BUKIT DAHLIA (A)

PROTOKOL 1. Menyenaraikan atau menentukan tetamu jemputan atau VIP yang


(SEBELUM & SEMASA) akan hadir.
2. Membantu ajk hadiah dalam menyediakan keperluan-keperluan
SK TMN PERMAS JAYA 2 (A) - K
berkaitan dengan penyampaian hadiah VIP.
SK TAMAN NUSA DAMAI (A)
3. Menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau tetamu VIP.

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
SK KOTA PUTERI (B) 4. Menyediakan prosedur menyambut tetamu dan jemputan.
5. Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta serta
mengarahkan mereka ke tempat duduk yang sepatutnya.
6. Memastikan program berjalan lancar mengikut aturcara bagi setiap
aktiviti.
PERSIAPAN DEWAN 1. Memastikan dewan dalam keadaan yang teratur dan kerusi
(SEBELUM) tersusun.
SJKT LADANG M. AUSTIN - K 2. Menyusun dan memastikan dewan ceria.
SJKT LADANG U.TIRAM (A & B) 3. Melabelkan kerusi dan tempat untuk peserta berkumpul mengikut
acara yang dipertandingkan.
4. Memastikan dewan teratur dan dalam keadaan bersedia untuk
majlis penutup selepas pertandingan dijalankan di dewan utama.
PERSIAPAN TEMPAT 1. Berhubung dengan AJK Peralatan dan Teknik Pertandingan untuk
PERTANDINGAN *** mendapatkan senarai keperluan peralatan untuk pertandingan.
(SEBELUM & SELEPAS)
2. Memastikan semua peralatan yang diperlukan di tempat
SK TAMAN DESA JAYA (A) –K pertandingan telah disediakan oleh AJK Peralatan dan berada
BERCERITA BM - dalam keadaan berfungsi.
SK TAMAN JOHOR JAYA 2
3. Mengenalpasti tempat dan kesesuaian tempat untuk pelaksanaan
BERCERITA BI – sesuatu acara.
SK TAMAN MOLEK (B)
4. Membuat susun atur yang sesuai dan menghias tempat
BERCERITA TAMIL –
pertandingan.
SK ULU TIRAM
5. Menyediakan kerusi dan meja untuk juruacara majlis, hakim dan
SAJAK-
SK CAHAYA MASAI (A) penjaga masa
6. Menyediakan pembesar suara /PA system
NYANYIAN SOLO –
SK TAMAN PERMAS JAYA 2 (B) 7. Memastikan PA system disediakan untuk pertandingan berkaitan

HAFAZAN – dan dalam keadaan berfungsi.


SK TAMAN DAYA 2 (B) 8. Mengemas dan memastikan kebersihan setiap venue setelah majlis
MEWARNA – selesai.
SK PSR GUDANG 4 (A)

ACARA BALAPAN –
SK TAMAN JOHOR JAYA 3
SK BANDAR SERI ALAM (A)

BALING BOLA LISUT –


SK KANGKA TEBRAU
SK KOTA MASAI (C)
PERALATAN *** 1. Bekerjasama dengan semua Jawatankuasa untuk menyediakan
(SEBELUM & SELEPAS) peralatan yang diperlukan.

INDOOR 2. Mengurus semua peralatan sebelum dan selepas program.


SK (FELDA ) U. TEBRAU (A) – K

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
SK TAMAN SCIENTEX (D) 3. Membuat senarai semak semua jenis peralatan dan bahan yang
SK PERMAS JAYA 5 diperlukan oleh semua jawatankuasa. ( peralatan untuk
pertandingan outdoor dan indoor)
OUTDOOR 4. Menyediakan kanopi dan khemah hakim jika diperlukan.
SK TMN PELANGI INDAH (B) - K 5. Menyediakan perkhidmatan lori untuk mengambil dan
SK PERMAS JAYA 1
memulangkan semula peralatan.
SK JOHOR JAYA 1
6. Memastikan semua peralatan dalam keadaan berfungsi dan
selamat digunakan sebelum ketika dan selepas pertandingan.
7. Memastikan padang dan tempat pertandingan digunakan dengan
baik dan selamat.
TEKNIK PERTANDINGAN 1. Menguruskan dan menyelaras semua pertandingan.
*** 2. Membuat undian dan menetapkan susunan
(SEBELUM & SEMASA)
pertandingan.
SK KOTA MASAI 3 – K 3. Menyedia dan mengedarkan jadual pertandingan.
(OUTDOOR)
SK TAMAN RINTING (B) – K 4. Menyediakan borang-borang khas yang diperlukan dalam
(INDOOR)
pertandingan.
BERCERITA BM - 5. Menyediakan dan meneliti syarat-syarat pertandingan.
SK TAMAN PERMAS JAYA 3 (A)
6. Menyediakan juruacara, penjaga masa dan hakim/pengadil setiap
BERCERITA BI – pertandingan.
SK TAMAN MOLEK (A)
7. Memberi taklimat kepada hakim.
BERCERITA TAMIL –
SJKT MASAI (B)
8. Menyediakan aturcara tadbir pertandingan.(Juruacara dan penjaga
masa setiap venue perlu bersedia sebelum acara bermula) –
SAJAK-
SK TAMAN DAYA (A) bekerjasam a dengan AJK Persiapan Tempat Pertandingan.
i. 9. Memastikan tempat penjumlahan markah dapat menjamin
NYANYIAN SOLO –
SK JOHOR JAYA 5 (A) ii. kerahsiaan keputusan setiap pertandingan.
HAFAZAN – iii. 10. Mengusahakan proses menjumlah markah yang mudah dan
SK KOTA MASAI 2 (A)
tepat melalui penggunaan teknologi maklumat.
MEWARNA – 11. Bekerjasama dengan urusetia bagi memastikan program
SK KOPOK (A)
berjalan dengan lancar dan keputusan dapat diumumkan tepat
ACARA BALAPAN – pada masanya.
SK KOPOK (B)
12.Menyediakan laporan pengurusan bagi tujuan penambahbaikan
BALING BOLA LISUT –
SK TAMAN DAYA (B) pada masa akan datang.

KEPEGAWAIAN DAN 1. Menentukan hakim-hakim, pengadil serta pegawai yang akan


PENGHAKIMAN *** dilantik.
(SEBELUM & SEMASA)
2. Memastikan kedudukan hakim dan pengadil dengan Jawatankuasa

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
SK TAMAN SCIENTEX (A) – Teknik dan Pertandingan.
INDOOR
3. Mengenalpasti Juri Rayuan yang hendak dilantik dan disenaraikan
SK TG PUTERI RESORT - dalam buku cenderamata.
OUTDOOR
4. Menyediakan senarai hakim simpanan dan membuat perlantikan
rasmi bagi menangani masalah tidak dapat hadir hakim.
5. Menguruskan taklimat hakim.
6. Menjaga keperluan hakim dan pegawai seperti makan dan minum
ketika majlis, cenderahati dan sijil.
7. Menyediakan laporan jawatankuasa bagi tujuan penambahbaikan
pada masa hadapan.
PENGELOLA PESERTA 1. Mendapatkan senarai peserta yang mengambil bahagian dari pihak
(SEBELUM & SEMASA) urusetia sebelum pertandingan.
SK TAMAN RINTING 2 – K 3. Menyediakan nombor giliran peserta untuk pertandingan indoor.
3. Menyediakan sepanduk “NAMA ACARA PERTANDINGAN”
BERCERITA BM -
SK TAMAN SCIENTEX (B) 4.Memastikan kehadiran peserta pada hari pertandingan (bekerjasama

BERCERITA BI – dengan Urusetia dan pendaftaran).


SJKT PASIR GUDANG 5.Menyediakan peserta mengikut giliran untuk setiap pertandingan
BERCERITA TAMIL – pada hari pertandingan.
SJKT LADANG TEBRAU
6.Mengiringi peserta ke venue pertandingan dan mengambil tahu
SAJAK- tentang peserta bagi memastikan pergerakan mereka mudah
SK KOTA MASAI 2 (B)
dikesan.
NYANYIAN SOLO –
SK TAMAN DAYA 2 (A) 7. Mengambilkira kebajikan peserta sepanjang pertandingan.
8. Mengiringi peserta ke dewan utama selepas selesai pertandingan
HAFAZAN –
SK KONGKONG LAUT setiap acara.

MEWARNA –
9. Mengelola peserta makan di dewan utama (di kedudukan acara yang
SK PERIGI ACHEH telah ditetapkan) dan memastikan kebersihan.
ACARA BALAPAN – 10. Bekerjasama dengan AJK Hadiah bagi menyusun peserta yang
SK TAMAN PASIR PUTIH
mengambil hadiah dan memastikan peserta yang betul untuk
SK CAHAYA BARU
hadiah yang disampaikan.
BALING BOLA LISUT –
SK TAMAN RINTING 3
SK KOTA MASAI 2 (C)

RUNNER – 1. Memastikan markah setiap venue dihantar dengan segera kepada pihak
PENGHANTARAN MARKAH Urusetia setelah acara selesai.
KEPADA URUSETIA 2. Memastikan markah berada dalam keadaan selamat dan telus.
(SEMASA)

SK SERI ALAM 2 (B)

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
HADIAH, SIJIL DAN 1. Menyediakan sijil penyertaan untuk semua peserta.
CENDERAMATA 2. Menyediakan sijil penghargaan untuk semua guru, ppm, hakim,
(SEBELUM & SEMASA) pengadil dan pegawai.
3. Menyusun semua hadiah, sijil dan cenderamata untuk memudah
SK TAMAN CENDANA A, B & C dan melancarkan urusan penyampaian sijil dan hadiah.
4. Menghias meja hadiah dan menyediakan kelengkapan untuk
penyampaian sijil dan hadiah.
5. Mendapatkan senarai nama pemenang pertandingan daripada
urusetia.
6. Mengenalpasti penyampai juga penerima hadiah/cenderamata.
7. Memastikan peserta yang betul menerima hadiah (bekerjasama
dengan Pengelola Peserta)
JAMUAN VIP 1. Mengurus minuman, jamuan makan untuk jemputan VIP
(SEMASA) 2. Mengurus hidangan makanan dan minuman VIP.
3. Menjaga kebersihan dan mengemas tempat jamuan makan
SK KOTA MASAI (B) selepas majlis.
JAMUAN GURU, PPM, 1. Berurusan dengan pihak kantin sekolah terbabit@ katerer untuk
MURID DAN HAKIM tempahan, menu dan sebagainya.
(SEBELUM & SEMASA) 2. Mengedar makanan dan minuman kepada semua murid, guru,

GURU,PPM & HAKIM hakim dan ppm.


SK TAMAN DESA JAYA (B) – K 3. Memastikan semua murid, guru dan ppm menerima makanan.
4. Memastikan kebersihan tempat selepas makan.
SK SERI ALAM 2 (A)
5. Mengedarkan makanan untuk hakim, pengadil dan pegawai di
SK PERMAS JAYA 4
setiap venue.
SK PASIR GUDANG 3 (A)

MURID
P.PUTIH –
SK KOTA MASAI (A)
SK PASIR GUDANG 3 (C)
SK TANJONG LANGSAT

JOHOR JAYA –
SK TAMAN DAYA 3 (B)
SJKT PERMAS JAYA (B)

RINTING –
SK TAMAN MEGAH RIA (A) & (B)

TIRAM –
SK (FELDA) ULU TEBRAU
SK DESA CEMERLANG

KAWALAN MURID / 1. Memastikan kenderaan guru di luar sekolah selamat.(Minta bantuan


KESELAMATAN DAN pengawal keselamatan)
KECEMASAN 2. Menyediakan Peti Pertolongan Cemas.
(SEBELUM & SEMASA) 3. Menghubungi Klinik berhampiran jika berlaku kecemasan/kecederaan
murid.

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
SK JOHOR JAYA 5 (B) 4. Minta bantuan PBSM SMK berdekatan untuk bantuan keselamatan
SJKT DESA CEMERLANG segera.

LAPORAN DAN 1. Menyediakan laporan sepanjang pelaksanaan program.


DOKUMENTASI 2. Membuat rakaman gambar dan video (jika perlu) sepanjang
(SELEPAS)
program.
SK SENIBONG 3.Menyiapkan laporan perjalanan majlis dalam tempoh 7 hari.
4. Mendokumentasikan program dalam 2 salinan, satu salinan laporan
kepada PPD dan satu salinan kepada setiausaha daerah.

6. Tempat/Acara

6.1 Tempat: SK Taman Desa Jaya

6.2 Tarikh: 26 September 2019 (Khamis)

Bil Acara Tempat

1 Majlis Penutup & Nyanyian solo Dewan Terbuka

2 Mewarna Dewan Tertutup

3 Bercerita Bahasa Melayu Perpustakaan

4 Bercerita Bahasa Inggeris B. Tayangan

5 Bercerita Tamil Bilik Muzik

4 Mendeklamasi Sajak Bilik J-Qaf

5 Hafazan Surau

6 Acara sukan Padang


Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019

7. SUMBER KEWANGAN

YURAN PENYERTAAN : RM 200 / KELAS (PERUNTUKAN BKKP) CEK ATAS NAMA


GURU BESAR SK TAMAN MOUNT AUSTIN. (berdasarkan surat punca kuasa kutipan
wang)
RM 150 x 97 kelas = RM 14,550

8. KEWANGAN / KOS PERBELANJAAN PROGRAM

ANGGARAN PERBELANJAAN

BI PERKARA JUMLAH HARGA (RM) JUMLAH (RM)


L
1. Cenderahati semua peserta 681 3.50 2383.50
2. Hadiah pemenang 110 4.50 495.00
3. Makan murid 681 6.00 4086.00
4. Makan guru 100 6.00 600.00
5. Makan PPM 100 6.00 600.00
6. Makan VIP & Guru besar 68 10.00 680.00
7. Makan Hakim , BSMM & 70 6.00 420.00
Pegawai
8. Cenderahati guru, ppm,hakim, 270 3.50 945.00
BSMM & Pegawai
9. Banner dan banting - - 450.00
10. Cenderahati VIP 1 50.00 50.00
11. Sewa Khemah 8 - 1,000.00
12. Alat tulis Persiapan Karnival - - 1,690.50
13. Pentas Utama - - 500.00
Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
14. Gimik - - 200.00
15. Sambutan Penutupan - - 200.00
16. Minyak hitam 1 tong 50.00 50.00
17. Sewa lori - - 200.00
JUMLAH RM14,550.00

9. SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN.

UMUM

1. Peserta yang menyertai pertandingan indoor/outdoor hanya boleh menyertai


satu pertandingan sahaja.

2. Peserta yang menyertai pertandingan indoor tidak boleh menyertai


pertandingan outdoor, vice-versa.

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU,

BERCERITA BAHASA INGGERIS & BAHASA TAMIL

1. Pengenalan

Dalam pendidikan prasekolah, bahasa dan komunikasi merupakan teras kepada pembelajaran murid.
Dengan penguasaan kemahiran asas bahasa, murid boleh memahami konsep, menerima maklumat,
berfikir, menyelesaikan masalah serta berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik dan berkesan akan meningkatkan keyakinan
murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Penguasaan kemahiran ini boleh dicapai
melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna dan mengembirakan seperti aktiviti bercerita.
Kesepaduan aktiviti berteraskan kepada pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema
akan menjadikan matlamat Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dapat dicapai. Aktiviti bercerita ini
merupakan asas amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid.

2. Objektif

2.1 Membentuk kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid prasekolah.

2.2 Mengasah, memupuk dan memperkembangkan bakat dan potensi.

2.3 Melahirkan insan yang berketrampilan dan berkeyakinan.

2.4 Mengetahui dan menyemai nilai-nilai murni daripada cerita.

2.5 Membina minda yang sihat dan cerdas.

3. Penyertaan

Pertandingan ini terbuka hanya kepada murid prasekolah di Prasekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia.

4. Tema Pertandingan

4.1 ”Pendidikan Awal Kanak-Kanak Menjana Generasi Gemilang”

4.2 Konsep Tema : Berteraskan konsep pembinaan modal insan

5. Syarat Pertandingan

5.1 Penyertaan

5.1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid prasekolah Kementerian Pendidikan


Malaysia.

5.1.2 Penyertaan untuk pertandingan Bercerita B.Melayu dan Bercerita B. Inggeris :

a. Zon Rinting - 6 orang peserta


b. Zon Tiram – 6 orang peserta
c. Zon Johor Jaya – 8 orang peserta
d. Zon Pasir Putih – 10 orang peserta

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019

5.1.3 Penyertaan untuk pertandingan Bercerita Bahasa Tamil :


10 orang ( seorang bagi setiap kelas SJKT)

6. Pemilihan Cerita

6.1 Buku cerita yang terdapat di pasaran.

6.2 Mempunyai unsur pengajaran.

6.3 Mesej cerita hendaklah sesuai dengan tahap murid.

6.4 Cerita tidak menyentuh isu-isu sensitif mengenai agama, ras atau keturunan mana-mana
kaum di negara ini.

7. Masa

7.1 Masa persembahan bagi setiap peserta tidak melebihi 5 minit.

7.2 Loceng dibunyikan apabila murid telah bersedia membuat persembahan.

7.3 Loceng akan dibunyikan pada minit ke 5 menandakan masa tamat.

7.4 Markah tidak akan dikira bagi peserta yang melebihi tempoh masa yang ditetapkan.

7.5 Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambil kira dalam masa persembahan.

8. Tatacara Persembahan

8.1 Markah penyampaian akan lebih berfokus kepada kelancaran berbahasa.

8.2 Penggunaan kostum dibenarkan tetapi dilarang menggunakan props dan muzik.

9. Pakaian

9.1 Bebas.

9.2 Bersesuaian dengan tajuk yg dipilih.

10. Pemarkahan

10.1 Bahasa :

Gaya Bahasa - 20 markah

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
Sebutan jelas – tatabahasa betul - 20 markah

Pengajaran cerita - 10 markah

10.2 Penyampaian :

Petah / kelancaran - 15 markah

Variasi dan Kreativiti - 10 markah

Intonasi suara - 10 markah

Penghayatan (mimik muka, bahasa) - 10 markah

Kostum - 5 markah

10.3 Hal-hal lain

10.3.1 Jika didapati 2 atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama, pemenang akan
ditentukan dengan mengambil kira siapa yang mendapat markah tertinggi dalam
kombinasi sebutan jelas dan kepetahan.

10.3.2 Keputusan hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.

10.3.3 Para hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Induk.

10.3.4 Hadiah akan disediakan bagi pemenang tempat pertama hingga tempat kelima. Sijil
penyertaan untuk peringkat Daerah akan disediakan.

PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK

1.Penyertaan

1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.2 Penyertaan zon :
a. Zon Rinting - 6 orang peserta
b. Zon Tiram – 6 orang peserta
c. Zon Johor Jaya – 8 orang peserta
d. Zon Pasir Putih – 10 orang peserta

1.3 Sajak Bahasa Melayu sahaja dibenarkan.


1.4 Setiap peserta dikehendaki mendeklamasi satu sajak sahaja.
1.5 Tempoh masa yang diberikan adalah tidak melebihi 3 minit.
1.6 Sajak adalah bertemakan negara Malaysia/Patriotik/Modal Insan.

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
2.Pemarkahan

2.1 Bahagian A (30) - Sebutan dan intonasi

2.2 Bahagian B (30) - Kelancaran

2.3 Bahagian C (30) - Gaya dan penghayatan

2.4 Bahagian D (10) - Kandungan

3.Penghakiman

4.1 Dihakimi oleh 3 orang hakim (seorang ketua hakim)

4.3 Keputusan hakim adalah muktamad.

4.Peraturan Am

5.1 Pelakon-pelakon latar tidak dibenarkan.


5.2 Penggunaan kostum dibenarkan tetapi dilarang menggunakan props dan muzik.
5.3 Hadiah akan disediakan bagi pemenang tempat pertama hingga tempat kelima. Sijil penyertaan untuk
peringkat Daerah akan disediakan.

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO

1. Pendahuluan

Muzik dan nyanyian merupakan aktiviti yang sangat penting dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran di peringkat prasekolah. Pertandingan nyanyian solo ini bertujuan mencungkil bakat dan
menyerlahkan potensi murid Prasekolah dalam bidang nyanyian. Aktiviti ini juga membantu dan
memberi peluang kepada murid serta menggalakkan mereka berinteraksi melalui hubungan
interpersonal.

2. Objektif

2.1 Melatih murid menyebut sebutan lirik dengan betul.

2.2 Melatih murid mengkoordinasikan lirik dan melodi

2.3 Mencungkil bakat dan potensi murid dalam nyanyian.

2.4 Membentuk daya kreativiti dan estetika untuk menghargai bakat serta kesenian.

2.5 Melatih murid untuk berani ke depan membuat persembahan.

3. Tema Pertandingan

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
Nyanyian yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.

4. Syarat Pertandingan

5. Penyertaan

5.1.1 Penyertaan zon :


a. Zon Rinting - 6 orang peserta
b. Zon Tiram – 6 orang peserta
c. Zon Johor Jaya – 8 orang peserta
d. Zon Pasir Putih – 10 orang peserta

5.1.2 Setiap peserta menyanyikan SATU buah lagu pilihan sendiri/bebas.

5.2 Bahan

5.2.1 Persembahan hendaklah diiringi dengan muzik ( Minus One ).

5.2.2 Cakera padat mestilah disediakan oleh sekolah masing-masing dan diserahkan
kepada urusetia untuk diujilari.

5.2.2 Lagu yang telah didaftarkan tidak boleh ditukar sekiranya bahan yang dibawa tidak
boleh digunakan pada masa pertandingan.

5.3 Persembahan

5.3.1 Pakaian peserta mengikut kreativiti masing-masing

5.3.2 Penghakiman tertumpu kepada persembahan yang menarik.

5.3.3 Penggunaan props tidak dibenarkan.

5.4 Skema Pemarkahan

Skema pemarkahan adalah seperti berikut :

5.4.1 Vokal - 40%

5.4.2 Tempo / Rentak - 30%

5.4.3 Intonasi ( nada / Pitching ) - 20%

5.4.4 Persembahan - 10%

5.5 Hadiah akan disediakan bagi pemenang tempat pertama hingga tempat kelima.
Sijil penyertaan untuk peringkat Daerah akan disediakan.

PERTANDINGAN MEWARNA
Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
1.OBJEKTIF

1.1 Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi murid-murid prasekolah.


1.2 Mewujudkan proses pembanngunan sahsiah dan peribadi yanng mantap di kalangan murid-

murid.
1.3 Mencungkil dan mengasah bakat mewarna di kalangan murid-murid prasekolah.
1.4 Menggalakkan murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.

2. SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Terbuka kepada semua murid prasekolah. Setiap kelas diwajibkan menghantar SATU penyertaan

sahaja.

2.2 Kertas lukisan akan disediakan oleh pihak PPD. Lain-lain keperluan hendaklah disediakan sendiri

oleh peserta atau pihak prasekolah masing-masing.

2.3 Kriteria penghakiman akan ditentukan oleh panel hakim yang akan dilantik. Keputusan

hakim adalah muktamad. Skema pemarkahan adalah seperti berikut :

a. Kreativiti - 40%

b. Kekemasan - 30%

c. Gabungan/Kesesuaian warna - 30%

2.1 Hadiah akan disediakan bagi pemenang tempat pertama hingga tempat kesepuluh.
Sijil penyertaan untuk peringkat Daerah akan disediakan.

PERTANDINGAN HAFAZAN

1. Penyertaan

1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.2 Penyertaan zon :
a. Zon Rinting - 6 orang peserta
b. Zon Tiram – 6 orang peserta
c. Zon Johor Jaya – 8 orang peserta
d. Zon Pasir Putih – 10 orang peserta

2. SYARAT PERTANDINGAN

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
2.1 Terbuka kepada semua murid prasekolah.

2.2 Surah-surah hafazan

Bahagian A - Surah Al-Fatihah (soalan wajib)

Bahagian B - Surah An-Naas

Surah Al-Ikhlas

Bahagian C - Surah Al-Falaq

Surah Al-Kafirun

Surah An-Nasr

Surah AL-Kautsar

Surah Al-Quraisy

Setiap peserta akan menjawab TIGA soalan. Bahagian A dan Bahagian B adalah soalan wajib. Surah

yang akan dibaca bagi Bahagian C bergantung kepada undian yang akan dipilih oleh peserta hafazan.

2.3 Markah akan dikira dari segi:

Hafaz dan lancar - 40 markah

Tajwid - 30 markah

Fasohah - 20 markah

Suara dan Gaya - 10 markah

2.4 Keputusan hakim adalah muktamad

2.5 Hadiah akan disediakan bagi pemenang tempat pertama hingga ke lima. Sijil penyertaan untuk peringkat

Daerah akan disediakan.

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019

PERATURAN KARNIVAL BALAPAN DAN PADANG

PRASEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG 2019

1. ACARA – ACARA

KOD
PEREMPUA
ACAR LELAKI
ACARA N
A
01 80 M X X
02 4 x 50 M X X
03 Lontar Bola Lisut X X

2. PERATURAN PERTANDINGAN

2.1 Kod 01 : Acara 80 M

2.1.1 Pelari berlari mengikut lorong sehingga tamat

2.2 Kod 02 : Acara 4 X 50 M

2.2.1 Setiap pasukan hendaklah diwakili 5 orang pelari (seorang simpanan)

2.2.2 Pelari Pertama hingga Pelari Keempat akan gunakan lorong sendiri

2.2.3 Pelari Kedua, Ketiga dan Keempat akan bersedia di garisan satu stagger yang akan
disediakan

2.2.4 Pelari Kedua, akan berlari setelah mendapat baton daripada Pelari Pertama. Begitulah pelari
yang seterusnya

2.3 Kod 03 : Acara Lontar Bola Lisut

2.3.1 Bola lisut dilontar dengan satu tangan sahaja.

2.3.2. Kedudukan tangan yang melontar hendaklah melebihi atas kepala.

2.3.3 Setiap peserta diberi 2 kali lontaran mengikut giliran.

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
2.3.4 Lontaran dibuat di dalam bulatan.

2.3.5 Pembatalan berlaku:

(a) Jika pelontar menyentuh mana-mana kawasan di luar bulatan.

(b) Jika pelontar keluar dari bahagian hadapan bulatan selepas melontar.

2.3.6 Hakim berkuasa menukar tempat pertandingan tetapi ini mesti dilakukan selepas satu pusingan

lontaran dibuat.

3.0 HADIAH – HADIAH

3.1 Hadiah akan diberikan kepada semua peserta yang layak ke peringkat akhir.

4.0 KELAYAKAN

4.1 BALAPAN
4.1.1 Saringan akan dilaksanakan sebanyak 5 saringan.

4.1.2 Pemenang tempat pertama dan kedua bagi setiap saringan layak kepusingan separuh akhir.

6 peserta masa yang terbaik daripada mana-mana saringan juga layak ke pusingan separuh

akhir. (tidak termasuk pemenang tempat pertama dan kedua setiap saringan)

4.1.3 Separuh akhir akan dijalankan dalam 2 pusingan. 8 peserta masa terbaik akan layak ke

peringkat akhir.

4.2 PADANG
4.2.1 Lapan peserta dengan jarak lontaran terbaik akan memasuki ke peringkat akhir.

4.3 Peserta “Outdoor” TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara “Indoor”

5.0 KELAYAKAN AM PESERTA

5.1 Pelajar warganegara Malaysia yang belajar di praekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

6.0 PENDAFTARAN PESERTA – PESERTA

6.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat mengikut tatacara sistem pendaftaran masuk yang telah
ditetapkan oleh pengelola dua minggu sebelum tarikh kejohanan..

6.2 Peserta yang telah didaftarkan tidak boleh ditukar.

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
7.0 PENGESAHAN PESERTA – PESERTA

7.1 Mesyuarat Pengundian

7.1.1 Mesyuarat Pengesahan dan Undian akan diadakan satu minggu sebelum kejohanan.

8.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA

8.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit
bagi acara padang, sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan
diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta

8.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena
pertandingan

8.3 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK
AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di
tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam
susunan acara atau program kejohanan

8.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan
pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing

8.5 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK
AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah
menarik diri

9.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

9.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan
diringi oleh Penyelia Peserta

9.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong
masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor
mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa memasuki padang

10.0 MEMANASKAN BADAN

Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan oleh pengelola.

11. BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah disertakan sejumlah wang RM100.00 kepada
penganjur.

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019

LAMPIRAN SENARAI SEMAK


CADANGAN KEPERLUAN ALATAN
BAGI SETIAP ACARA

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019

SENARAI SEMAK CADANGAN KEPERLUAN ALATAN UNTUK SETIAP ACARA


NAMA PERTANDINGAN : BERCERITA B. MELAYU / B. INGGERIS / SAJAK / HAFAZAN
TEMPAT :..................................................................................................................................
BIL ALATAN YANG DIPERLUKAN KUANTITI TANDAKAN (/)
1. PA SISTEM 1 BUAH
2. MIKROFON 1 UNIT
3. MICROPHONE STAND 1 UNIT
4. CORDLESS/WIRELESS 1 UNIT
5. LOCENG 1 UNIT
6. JAM RANDIK 1 UNIT
7. KERUSI HAKIM 3 BUAH
8. MEJA HAKIM 3 BUAH
9. KERUSI PESERTA & PENGELOLA PESERTA 32 BUAH
10. WHITEBOARD BERODA 1 BUAH

SENARAI SEMAK CADANGAN KEPERLUAN ALATAN UNTUK SETIAP ACARA


NAMA PERTANDINGAN : BERCERITA BAHASA TAMIL
TEMPAT :..................................................................................................................................
BIL ALATAN YANG DIPERLUKAN KUANTITI TANDAKAN (/)
1. PA SISTEM 1 SET
2. MIKROFON 1 UNIT
3. MICROPHONE STAND 1 UNIT
4. CORDLESS/WIRELESS 1 UNIT
5. LOCENG 1 UNIT
6. JAM RANDIK 1 UNIT
7. KERUSI HAKIM 3 BUAH
8. MEJA HAKIM 3 BUAH
9. KERUSI PESERTA & PENGELOLA PESERTA 12 BUAH

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019
10. WHITEBOARD BERODA 1 BUAH

SENARAI SEMAK CADANGAN KEPERLUAN ALATAN UNTUK SETIAP ACARA


NAMA PERTANDINGAN : NYANYIAN SOLO
TEMPAT :..................................................................................................................................
BIL ALATAN YANG DIPERLUKAN KUANTITI TANDAKAN (/)
1. PA SISTEM 1 SET
2. MIKROPHONE 1 UNIT
3. MIKROPHONE STAND 1 UNIT
4. CORDLESS/WIRELESS 1 UNIT
5. LOCENG 1 UNIT
6. JAM RANDIK 1 UNIT
7. KERUSI HAKIM 3 BUAH
8. MEJA HAKIM 3 BUAH
9. KERUSI PESERTA / GURU PENGIRING 32 BUAH

SENARAI SEMAK CADANGAN KEPERLUAN ALATAN UNTUK SETIAP ACARA


NAMA PERTANDINGAN : MEWARNA
TEMPAT :..................................................................................................................................
BIL ALATAN YANG DIPERLUKAN KUANTITI TANDAKAN (/)
1. PA SISTEM 1 SET
2. MIKROFON 1 UNIT
3. LOCENG 1 UNIT
4. JAM RANDIK 1 UNIT
5. KERUSI HAKIM 3 BUAH
6. MEJA HAKIM 3 BUAH

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019

SENARAI SEMAK CADANGAN KEPERLUAN ALATAN UNTUK SETIAP ACARA


NAMA PERTANDINGAN : 80m (L), 80m (P)
TEMPAT :..................................................................................................................................
BIL ALATAN YANG DIPERLUKAN KUANTITI TANDAKAN (/)
1. AIR HORN / PISTOL PELEPAS 1
2. KANOPI 1
3. TANGGA TEMPAT DUDUK HAKIM 2
PENAMAT & PENJAGA MASA
4. BENDERA KECIL (MERAH & PUTIH) 3 PASANG
5. PAPAN KLIP 1
6. KERUSI 3
7. MEJA 1
8. JAM RANDIK 8
9. REBEN PENAMAT 1

SENARAI SEMAK CADANGAN KEPERLUAN ALATAN UNTUK SETIAP ACARA


NAMA PERTANDINGAN : 4 x 50m (L), 4 x 50m (P)
TEMPAT :..................................................................................................................................
BIL ALATAN YANG DIPERLUKAN KUANTITI TANDAKAN (/)
1. AIR HORN / PISTOL PELEPAS 1
2. KANOPI 1
3. TANGGA TEMPAT DUDUK HAKIM 2
PENAMAT & PENJAGA MASA
4. BENDERA KECIL (MERAH & PUTIH) 3 PASANG
5. PAPAN KLIP 1
6. KERUSI 3
7. MEJA 1
8. JAM RANDIK 8
9. REBEN PENAMAT 1
10. BATON 8 SET

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Karnival Prasekolah Daerah Pasir Gudang 2019

SENARAI SEMAK CADANGAN KEPERLUAN ALATAN UNTUK SETIAP ACARA


NAMA PERTANDINGAN : BALING BOLA LISUT(L), BALING BOLA LISUT(P)
TEMPAT :..................................................................................................................................
BIL ALATAN YANG DIPERLUKAN KUANTITI TANDAKAN (/)
1. BOLA LISUT 2
2. KANOPI 1
4. BENDERA KECIL (MERAH & PUTIH) 1 PASANG
5. PAPAN KLIP 1
6. KERUSI 3
7. MEJA 1
8. PITA UKUR 1

Pejab
at Pendidikan Daerah Pasir Gudang

Anda mungkin juga menyukai