Anda di halaman 1dari 3

Definisi Perumpamaan

Perumpamaan ialah susunan


kata-kata indah, ringkas dan
kemas serta mempunyai maksud
tersirat. Perumpamaan
menggunakan perkataan bagai,
laksana, seperti, umpama, bak,
ibarat dan sebagainya sebagai
kunci permulaan. contoh
perkataan bagai aur dengan
tebing, seperti tanduk
bersendi gading, ibarat telur
sesangkak pecah sebiji pecah
semuanya, hidup sandar-
menyandar umpama aur
dengan tebing.
Masyarakat dapat membezakan
antara perumpamaan dengan
penggunaan kata peribahasa
melayu yang lain kerana
dibezakan dengan perkataan
yang mengambarkan satu
perbandingan yang berada di
pangkal ayat tersebut. Namun
demikian, terdapat juga
sesetengah perumpamaan yang
tidak menggunakan perkataan-
perkataan yang melambangkan
perbandingan di pangkal ayat.
Contohnya seperti kata
perumpamaan di sangka langit
rendah, di pandang dekat
dicapai tidak dapat, siapa yang
makan lada, dialah yang terasa
pedasnya.

Perumpamaan merupakan satu


gambaran yang menunjukkan
bahawa masyarakat melayu
terdahulu memiliki satu
ketajaman minda dan kepekaan
terhadap persekitaran sekeliling
yang tinggi. Hal ini adalah
kerana, setiap perumpamaan
yang dibuat pasti akan
mempunyai hubung-kaitnya
dengan alam sekeliling.
Contohnya perumpamaan itik
tidak sudu ayam tidak patuk
telah menggunakan unsur-
unsur binatang bagi membuat
perumpamaan ini. Oleh sebab
itu, dapat ditegaskan disini
bahawa perumpamaan yang
dibuat oleh masyarakat terdahulu
ada berkaitan dengan
kebijaksaan dan alam sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai