Anda di halaman 1dari 3

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri Kategori

Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM), 23-28 September 2019 di UPSI.

Nama : Mustaf Saney


Asal : United Kingdom
Tajuk Pidato : Pelarian Dan Imigran, Menjana Kebangkitan Ekonomi
Wakil : Universiti Malaysia Pahang

Pelarian? Pelarian? Saudara, ya saudara, saya lihat anda seperti takut dengan
perkataan pelarian? Bagaimana dengan hadirin hadirat sekalian? Anda takut dengan
pelarian? Tidak mengapa. Pelarian sememangnya dikenali sebagai orang yag
menakutkan, kotor, meminta-minta, tak pandai dan banyak lagi tanggapan negatif.
Jadi, hari ini saya akan bersihkan minda kita tentang siapa itu pelarian, seperti
slogan kemerdekaan tahun ini Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih dan supaya kita
tidak seperti “katak di bawah tempurung”. Terimalah tajuk pidato saya, Pelarian dan
Imigran, Menjana Kebangkitan Ekonomi. Terima kasih tuan pengerusi majlis, dif-
dif kehormat, barisan hakim, serta saudara dan saudari di bumi Darul Ridzuan
sekalian. Assalamualaikum wbt dan salam Sayangi Malaysiaku. Apa khabar UPSI?
Apa khabar semua?

Saudara dan saudari, saya berkongsi kepada realitinya. Mari bersama-sama saya
untuk kita memahami mauduk bahtera pidato saya. Menurut Dewan Bahasa dan
Pustaka, pelarian bermaksud orang yang bukan berstatus warganegara berada di
sesebuah negara dalam satu tempoh yang dibenarkan disebabkan oleh
ketidakstabilan negara asal mereka. Manakala, imigran bermaksud orang asing
yang menetap di sesebuah negara dengan permit yang sah. Menurut pakar
ekonomi, Dr.Muhammad Abdul Khalid, kebangkitan ekonomi ialah keadaan
bagaimana kemajuan ekonomi sesebuah negara digerakkan sehingga kita mampu
mensejahterakan rakyat apabila jumlah pendapatan melebihi perbelanjaan.

PERTAMA, bagaimana ekonomi peribumi digerakkan adalah melalui peluang


pekerjaan di sektor-sektor tertentu. Mentaliti masyarakat terlalu meletakkan bahawa
pelarian adalah golongan yang sukar mendapat pekerjaan, walhal pelarianlah yang
memenuhi sektor pekerjaan. Laporan daripada United Nations High Commisioner for
Refugees (UNCHR) mendapati, peningkatan migrasi keseluruhan telah
meningkatkan kemampuan ekonomi negara dan mengurangkan kadar
pengangguran. Ini membuktikan bahawa kehadiran warga asing yang lebih ramai
dalam konteks tenaga buruh tidak membelakangkan golongan peribumi.

Satu kisah mengenai ibu bapa saya, imigran dari Somalia yang berhijrah ke United
Kingdom kerana peperangan. Selaku imigran, ayah saya telah berjaya membuka
perniagaan impot dan ekspot, manakala ibu saya bertugas sebagai cef di syarikat
penerbangan di United Kingdom. Walaupun mereka merupakan imigran, mereka
mampu menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat peribumi malah membesarkan
kami empat beradik.

Apabila bercerita mengenai ibu bapa saya,teringat saya akan satu karya agung
nyanyian Roslan Madun bertajuk Nazam Kasih Ayah dan Ibu.

Ibu mengandung sembilan bulan


Lebih dan kurang tak ditentukan
Lahirkan dikau berapa kesakitan
Berpantang pula minum dan makan

KEDUA, pelarian dan imigran mampu menjadi tokoh ilmuan lalu menjana ekonomi
negara peribumi. “Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.” Begitulah hidup
pelarian dan imigran. Di mana mereka lari, di situlah mereka berjasa. Kebanyakkan
teori fizik seperti teori kerelatifan, teori medan berpadu dan sebagainya telah
menerima sentuhan transformasi daripada beliau. Seterusnya, siapa yang tidak
kenal dengan Sergey Brian iaitu pegasas bersama rangkaian internet terbesar
dunia, Google juga adalah seorang imigran dari Rusia yang berjaya meraih
pendapatan sebanyak US$50.1 bilion. Pelarian tersebut berjaya menjadi CEO, duta
besar dan tokoh ekonomi serta budaya yang berpengaruh.

Sebelum saya melabuhkan tirai, saya ingin bertanya kepada saudara tadi. Saudara,
ya saudara. Selepas mendengar pidato saya ini, adakah saudara telah terbuka
minda tentang siapa itu pelarian dan imigran? Terima kasih saudara. Begitulah
hadirin sekalian. Dalam setandan pisang, tidaklah semuanya busuk. Begitu jualah
imigran dan pelarian. Mereka bukanlah hadir atas kerelaan hati tetapi disebabkan
keterpaksaan situasi. Berdasarkan bukti yang saya berikan, pelarian dan imigran
tidak membebankan negara peribumi malah membantu membangkitkan ekonomi
dalam bidang pekerjaan dan kepakaran sehingga diiktiraf sebagai tokoh ilmuan.
Saya akhiri pidato saya dengan serangkap pantun.
Sayang bunga bunga selasih,
Cantik dipakai si dara sunti,
Pelarian dan imigran selalu tersisih,
Jika diselami terserlah bakti

Sekian,terima kasih

Anda mungkin juga menyukai