Anda di halaman 1dari 25

SIARAN MEDIA

ISU TVET: JANGAN BUNUH BAKAT BELIA BERKEMAHIRAN


Saya ingin memberi respon kepada laporan akhbar baru-baru ini berhubung isu pendidikan teknikal
dan vokasional (TVET).
Isu urus tadbir dan sistem penyampaian pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) di Malaysia masih
tidak selaras. Ini suatu kenyataan pahit yang pihak kerajaan kena akui kerana yang menjadi mangsa
akhirnya ialah golongan belia yang memilih TVET sebagai haluan masa depan hidup mereka.
Kesungguhan kerajaan memperkasakan TVET dalam menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50)
memang terbukti dengan peruntukan RM4.9 bilion melalui Kementerian Sumber Manusia seperti
diumumkan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018 tahun lalu. Namun
hakikatnya, dari segi pelaksanaan amatlah mengecewakan bahkan semakin berliku seolah-olah tiada
jalan penyelesaiannya.
Ketika ini tadbir urus TVET terletak di bawah bidang kuasa dua agensi, iaitu Malaysian Qualification
Agency (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). MQA di bawah Kementerian Pendidikan
(KPM) mengakreditasi program di bawah sektor vokasional dan teknikal yang ditawarkan oleh institusi
seperti Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pendidikan dan latihan di bawah MARA. JPK di bawah
Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengakreditasi program latihan kemahiran yang ditawarkan
oleh institusi seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Pelaksanaan akreditasi program TVET oleh dua (2) agensi yang berbeza, menimbulkan keraguan
pihak industri dan masyarakat awam berhubung kualiti program serta sistem persijilan. Di samping
itu, mobiliti pelajar bagi menyambung pendidikan TVET di institusi di bawah sistem akreditasi yang
berbeza adalah terhad.
Saya juga melihat permasalahan utama TVET ialah sistem pengurusan dan penyampaian TVET
adalah tidak bersepadu kerana dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan, universiti, pusat
pembangunan kemahiran negeri, dan institusi swasta. Terdapat lebih kurang 500 institusi latihan di
bawah tujuh (7) kementerian, iaitu Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah (KKLW), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA), Kementerian Kerja Raya (KKR)
dan Kementerian Pertahanan (MINDEF). Semua institusi ini menawarkan program yang sama sejak
penubuhannya dan tiada pengkhususan. Selain institusi awam, terdapat juga hampir 900 institusi
TVET swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan 12 pusat
pembangunan kemahiran negeri menawarkan program dengan pelbagai kualiti dan standard.
Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang terdiri daripada empat universiti awam, iaitu
Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknikal Melaka dan Universiti Tun
Hussein Onn pula menawarkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam TVET. Universiti Kuala
Lumpur (UniKL) dan German-Malaysia Institute (GMi) pula merupakan institusi swasta yang
menawarkan pendidikan tinggi TVET.
Senario semasa di atas akhirnya menyebabkan persaingan yang tidak sihat di kalangan pengendali
TVET. Persaingan ingin menjadi jagoan TVET menyebabkan berlaku pembaziran dari segi kewangan
yang sepatutnya boleh digunakan kepada memberi peluang menyeluruh kepada golongan belia
mendapatkan peluang latihan TVET samada di institusi awam mahupun swasta.
Isu pengiktirafan, pembiayaan pinjaman latihan dan peluang latihan sepatutnya sudah lama selesai.
Sejak tahun 2000 hingga kini, lagu yang sama berulang pada setiap tahun dan kesannya ialah
masyarakat khususnya golongan belia tidak begitu yakin TVET adalah pilihan terbaik untuk mereka.
Lebih parah, para guru di sekolah tidak yakin yang latihan TVET boleh membantu mereka menangani
isu sosial pelajar sekolah. Memburukkan pula ialah sektor industri akan terus melihat lulusan TVET
sebagai kelas kedua dan tidak akan memberi pendapatan yang tinggi.
Dalam hal ini, sudah tiba masanya urus tadbir dan sistem penyampaian TVET di kendalikan di bawah
satu kementerian sahaja. Dengan cara ini, negara akan benar-benar fokus dan terarah kepada
sebuah negara yang menjadikan TVET sebagai pilihan utama untuk pendidikan dan kerjaya. Dengan
cara ini, keyakinan industri terhadap pembangunan modal insan berkemahiran akan meningkat dan
pastinya pelaburan industri akan bertambah.
Sekian, terima kasih.

http://belia.org.my/wp/2018/01/21/siaran-media-isu-tvet-jangan-bunuh-bakat-belia-
berkemahiran/
Kenyataan Media

Majlis Belia Malaysia


Isu Dan Cabaran – Hubungkait TVET, Majikan/Industri, Upah & Gaji, Pengangguran Belia
Dan Pekerja Asing

1 MAC 2016

Bahagian 1: Mengupayakan TVET Yang Diterajui Industri

Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Sekretariat 1Belia 1Kemahiran MBM secara konsisten
menyatakan isu yang berlaku hanya ada satu jalan keluar iaitu MENGUPAYAKAN TVET YANG
DITERAJUI INDUSTRI.
Mengapa TVET penting kepada Malaysia? Di bawah RMKe-11, sebanyak 60% daripada 1.5 juta
pekerjaan yang akan diwujudkan dijangka memerlukan kelayakan berkaitan TVET. Bagi memenuhi
keperluan ini, Malaysia perlu meningkatkan pengambilan pelajar setiap tahun secara berperingkat
dari 164,000 pada tahun 2013 kepada 225,000 pada tahun 2020.
Cabaran bukan hanya mencapai sasaran pengambilan sahaja. Maklumbalas daripada pihak industri
mendapati wujud jurang antara pengetahuan, kemahiran dan sikap graduan berbanding dengan
keperluan di tempat kerja.
Isu berkenaan kualiti dan kuantiti bukanl yang mudah untuk diselesaikan. Landskap TVET di Malaysia
adalah tidak bersepadu, lebih daripada 1,000 institusi TVET awam dan swasta menawarkan program
yang sama dengan standard yang berbeza. Kolaborasi antara pihak industri dengan penyedia TVET
sukar mencapai tahap yang diperlukan bagi membangun program yang berkualiti tinggi. Selain itu,
TVET masih dianggap sebagai aliran pendidikan yang tidak menarik oleh kebanyakan pelajar.
Cabaran yang menanti adalah getir. Justeru, usaha transformasi yang tepat adalah kritikal bagi
memastikan matlamat Malaysia ke arah 2020 dicapai.
Apakah kejayaan yang boleh dicapai? Sektor TVET yang cekap dan berkesan adalah :
1. Pemadanan penawaran dengan permintaan, dan mekanisme pengawalan kualiti yang dinamik
bagi memastikan institusi TVET awam dan swasta memenuhi standard kualiti.
2. Industri dan penyedia TVET berkerjasama antara satu sama lain sepanjang rantaian nilai daripada
pengambilan pelajar, reka bentuk kurikulum, penyampaian dan penempatan pekerjaan.
3. Pelajar dimaklumkan dengan jelas peluang yang ditawarkan TVET dan menjadikan TVET sebagai
aliran pendidikan yang menarik. Pelajar mempunyai akses kepada pelbagai program inovatif yang
diterajui oleh industri yang menawarkan latihan amali sama ada di tempat kerja atau simulasi
persekitaran pekerjaan yang menyediakan pelajar kepada dunia pekerjaan yang sebenar.
Bagaimana kejayaan ini dicapai? Dalam mencapai aspirasi ini, sistem TVET perlu diharmonikan dan
diperkemas untuk mengurangkan ketidakseragaman merentasi institusi TVET awam dan swasta. Di
samping itu, program dan intervensi untuk menggalakkan TVET yang diterajui oleh industri akan
dilaksanakan bagi memastikan graduan TVET adalah selaras dengan keperluan industri. Anjakan
tersebut adalah seperti yang ditunjukkan dalam paparan di kanan.
Strategi yang perlu dilaksanakan MENGHAPUSKAN – program-program latihan yang berimpak rendah
MENGURANGKAN
– keutamaan rendah bagi pelaburan infrastuktur yang baru
– program yang bertindan
MENAMBAHKAN
– Pembiayaan untuk TVET
– Promosi dan hebahan kesedaran TVET sebagai kerja pilihan utama
– Latihan untuk pemningkatan kompetensi pengajar
– Kurikulum yang dibangunkan oleh industry sendiri
MENCIPTA/MEWUJUDKAN
– Segera mengiktiraf ahli teknologis melalui Lembaga teknologis Malaysia (MBOT)
– Penyeragaman akreditasi TVET
– Sistem penarafan TVET yang tunggal
Bahagian 2: Upah Dan Gaji
1. STRUKTUR GAJI – Tahun 2014, sebanyak 77% daripada pekerja bwergaji menerima upah kurang
daripada Rm 3,000 sebulan (merujuk Laporan RMK11-Kertas Strategi 8). Sebanyak 55%
memperoleh upah antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan. Pada masa ini, tiada dasar tertentu
untuk menambah baik struktur upah pekerja dalam kategori ini. Dasar gaji minimum yang
diperkenalkan pada tahun 2012 hanya meliputi pekerja dengan upah bulanan sebanyak RM900
dan ke bawah.
2. JURANG UPAH MELUAS – Tahun 2013, kadar pertumbuhan upah pekerja mahir adalah 6.3%
berbanding dengan 4.9% bagi pekerja separuh mahir dan 4.3% pekerja kurang mahir. Ini
menyebabkan jurang upah antara kategori kemahiran semakin meluas
3. KEKURANGAN PEKERJAAN BERKEMAHIRAN TINGGI DAN PRODUKTIVITI BURUH YANG RENDAH –
Tenaga kerja berkualiti dan pengwujudan peluang pekerjaan bergaji tinggi merupakan asas
penting untuk menjadi Negara maju. Walaupun sejumlah besar pekerjaan baru diwujudkan, kualiti
pekerjaan yang diwujudkan masih menjadi isu. Kebanyakan pekerjaan yang diwujudkan adalah
dalam kategori separuh mahir. Tenaga kerja dalam kategori ini meningkat dari 7.3 juta atau 6.1%
daripada jumlah tenaga kerja pada tahun 2010 kepada 8.4 juta atau 62% pada Tahun 2014.
4. PEKERJAAN BARU – Sebanyak 121,000 pengwujudan pekerjaan mahir semenjak 2010-2014, dan
8% daripadanya adalah pekerjaan baru. Tahun 2013, anggaran seramai 553,000 lepasan diploma
dan ijazah dalam kategori pekerjaan separuh mahir dimana kemahiran yang tidak digunakan
sepenbuhnya. Peratusan tenaga kerja dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi seperti
pengurus, professional, juruteknik kanan dan professional bersekutu pula menurun daripada
27.6% kepada 25.2%.. Disamping itu, 553,000 pekerja yang mempunyai diploma atau kelulusan
yang lebih tinggi bekerja dalam kategori separuh mahir yang menunjukkan kekurangan
pengwujudan pekerjaan berkemahiran tinggi. Situasi ini menggambarkan ketidakpadanan
penawaran dengan permintaan dalam pasaran buruh.

Bahagian 3: Menangani Pengangguran Belia


1. PENGANGGURAN BELIA DALAM SENARIO GUNATENAGA PENUH – Walaupun mengalami guna
tenaga penuh, sebanyak 57.5% daripada jumlah penganggur pada tahun 2013 merupakan belia
berumur 15-24 tahun. Daripada jumlah ini, 5% adalah belia dalam umur persekolahan (15-17
tahun). Pada tahun 2013, kadar pengganguran dalam kalangan belia adalah 10% terutamanya
disebabkan kelayakan yang rendah dan kekurangan pengalaman
2. KEPADA LATIHAN DAN PEKERJAAN TERSEDIA – Walaupun kadar pengangguran dalam kalangan
belia di Malaysia adalah lebih rendah berbanding purata ASEAN dan dunia, kerajaan perlulah
memastikan belia mendapat akses kepada peluang latihan sebelum menyertai pasaran buruh.
Belia yang telah menyertai pasaran buruh juga akan diberikan peluang latihan kemahiran semula
bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran yang sesuai yang lebih tinggi yang membolehkan
mereka menerima upah yang lebih baik.
3. PELUANG DIBUKA KEPADA SEMUA BELIA – Usaha bagi menyediakan latihan dan penempatan
pekerjaan akan dipergiat menerusi program seperti Skim Kemahiran dan Kerjaya 1Malaysia
(SKK1M) dan 1Malaysia Skills Training and Enhancement For The Rakyat (1MASTER). Namun
begitu, janganlah ianya tertumpu kepada graduan universiti yang menganggur sebaliknya juga
dibuka peluang kepada belia berkemahiran dari aliran TVET untuk menyertainya.
4. SLDN DIPERKASAKAN – Manakala program yang sebenarnya mampu mengurangkan
kebergantungan industri kepada pekerja asing iaitu Sistem Latihan Dua Nasional (SLDN) perlulah
diberi penekanan tegas dan serius oleh kerajaan dalam “memaksa” industri melaksanakannya.
Latihan yang dikendalikan oleh industri ini dilihat boleh memberi keyakinan tinggi dan minat
mendalam belia kepada bidang yang diceburi. Insentif yang menarik perlu diberikan kepada
industri yang melaksanakan SLDN.
5. TIADA KECICIRAN PENDIDIKAN BAWAH 17TAHUN – Belia berumur 15-17 tahun akan digalakkan
mendapat pendidikan pada tahap SPM dan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari termasuk
dalam aliran TVET sebelum menyertai pasaran buruh. Kaunseling kerjaya di sekolah perlu
dipergiat dan sektor swasta perlu diberi ruang sepenuhnya untuk menyertai pameran kerjaya.

Bahagian 4: Sudut Pandang Majikan / Industri


1. Pihak industri mahu kerajaan memastikan pekerjaan telah tersedia sebelum membenarkan
kemasukan 1.5juta pekerja Bangladesh.
2. Pihak industri mahu jaminan bahawa proses pengambilan pekerja-pekerja asing akan telus dan
cekap tanpa penglibatan atau pelantikan mana-mana ejen atau syarikat penyumberan luar
(outsourcing) di Malaysia untuk membawa mereka masuk.
3. Pada masa lalu, pekerja telah dibawa masuk oleh syarikat-syarikat penyumberan luar
(outsourcing) yang diluluskan tanpa pekerjaan terjamin yang membawa kepada banyak berakhir
sebagai pendatang tanpa izin. Syarikat penyumberan luar yang terdesak untuk mendapatkan
pekerjaan untuk mereka maka jalan keluar dengan menawarkan pekerja untuk mana-mana
majikan yang memerlukan pekerja.
4. Majikan perlu terlibat dalam pengambilan langsung daripada pekerja dan membenarkan hak untuk
memilih / menemubual pekerja sebelum proses pekerjaan yang sebenar.
5. Kerajaan perlu mengelakkan diri daripada membawa pekerja asing:
-tidak bertujuan untuk bekerja dalam sektor perkilangan
-tidak memiliki kemahiran yang sesuai untuk bekerja dalam sektor pembuatan
6. Majikan mahukan kerajaan bukan menerima kemasukan khusus untuk pekerja Bangladesh.
Tambahan negara sumber baru dialu-alukan memandangkan pelbagai cabaran majikan hadapi
dalam pengambilan pekerja asing dari beberapa negara sumber sedia ada seperti Nepal, Myanmar
dan Indonesia.
7. Majikan meminta Kerajaan untuk secara holistik menangani pelbagai cabaran yang terlibat dalam
pengambilan pekerja asing termasuk menghapuskan apa-apa yang tidak memberikan nilai proses
dan penglibatan pembekal perkhidmatan pihak kettga yang tidak perlu.

Bahagian 5: Pekerja Asing


1. KEBERGANTUNGAN TINGGI KEPADA PEKERJA ASING BERKEMAHIRAN RENDAH – Kebanjiran
pekerja asing berkemahiran rendah di negara ini menjejaskan produktiviti ekonomi dan
mengakibatkan peningkatan pekali pekerjaan kepada KDNK. Pekerja asing berkemahiran rendah
telah meningkat sebanyak 152% dalam tempoh 2000-2013. Pada tahun 2013, terdapat 2,000,000
pekerja aisng berdaftar atau 17% daripada jumlah guna tenaga terutamanya sector pembuatan
(36%), pembinaan (20%) dan pertanian (23%). Peratusan ini dianggarkan lebih tinggi iaitu 27%
daripada jumlah guna tenaga jika mengambil kira pendatang asing tapi izin (PATI).
2. PENGURUSAN DAN PENYELARASAN LEMAH – Pada masa ini, pengambilan pekerja asing diuruskan
oleh pelbagai agensi, menyebabkan pertindihan dan penyelarasan yang lemah dalam pengurusan
pekerja asing (KDN/KSM/JKPA-PATI/MKN). Di samping itu, ketiadaan dasar yang komprehensif
dalam pengambilan pekerja asing dan pengambilan secara ad-hoc memburukkan lagi keadaan.
3. PKS TIDAK MAHU PERUBAHAN TEKNOLOGI – Perlaksanaan strategi untuk mengurangkan
bilangan pekerja asing adalah mencabar memandangkan terdapat beberapa sector dan industry
yang masih bergantung kepada pekerja asing berkemahiran rendah. Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) masih belum bersedia untuk beralih kepada rantaian nilai yang lebih tinggi dan
mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah. Proses penggajian
pekerja asing yang mudah merupakan satu daripada halangan untuk industry melabur dalam
automasi dan menaiktaraf peralatan dan teknologi.
4. PENGLIBATAN INDUSTRI – Kerajaan perlu memastikan dasar kemasukan dan pekerjaan bagi
pekerja asing yang komprehensif perlu dibangunkan dengan mengabilkira keperluan industry dan
kebajikan pekerja asing. Jalinan kerjaan dan industry dalam hal ini akan dapat mengenalpasti
keperluan terhadap pekerja asing dan mengumpul input berkaitan bagi merangka strategi yang
bersesuaian.
5. MENGHADAKAN PENGAMBILAN PEKERJA ASING – Kerajaan perlu menangani secara holistic
kebergantungan tinggi kepada pekerja asing berkemahiran rendah, terutamanya dalam aktiviti
ekonomi berintensifkan buruh. Peratusan pekerja asing dalam tenaga kerja perlu dihadkan kepada
15% pada tahun 2020.
6. PENGGUNAAN TEKNOLOGI TINGGI – Kerajaan juga perlu menggalakkan industry untuk
melaksanakan aktiviti berintensifkan modal dan peralihan kepada aktiviti berasaskan pengetahuan
dalam semua sektor ekonomi, terutamanya dalam sektor pertanian, pembuatan dan pembinaan
yang pada masa ini menggaji daripada 30% pekerja asing.
7. PROSEDUR YANG JELAS – Kerajaan juga di cadangkan memperkemaskan proses pengambilan
pekerja asing dimana meletakkannya di bawah satu bumbung. Faedah yang boleh diperolehi jika
urusan di bawah satu bumbung ialah kita dapat menentukan keperluan pekerja asing mengikut
sektor, mengesahkan dan meluluskan permohonan pengambilan asing, memantau dan
memberikan maklum balas berhubung semua perkara berkaitan kebajikan pekerja asing, dan
memastikan pekerja asing bekerja dalam sektor atau firma yang diluluskan. Maka, peranan
syarikat outsourcing dan orang tengah akan dihapuskan
8. HUKUMAN KEPADA MAJIKAN – Penalti yang berat akan dikenakan kepada majikan yang didapati
bersalah menggaji pendatang asing tanpa izin.
9. MENGKAJI BAYARAN LEVI – Mengkaji system levi yang sedia ada yang dilihat mesra majikan.
Sistem levi seharusnya menyebabkan majikan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja
asing berkemahiran rendah.

http://belia.org.my/wp/2016/03/01/kenyataan-media-isu-dan-cabaran-hubungkait-tvet-
majikanindustri-upah-dan-gaji-pengangguran-belia-dan-pekerja-asing/
KUALA LUMPUR: Ramai yang masih tidak menyedari bahawa bidang
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menyediakan peluang
pekerjaan yang banyak dengan gaji yang agak lumayan.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Destini Anak Bangsa, Prof


Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata berbeza dengan tanggapan umum
yang lebih melihat kepada bidang akademik, manfaat yang ditawarkan dalam
TVET sangat menguntungkan berikutan permintaan tinggi daripada industri.

"Peluang pekerjaan yang menanti bukan sahaja tinggi, malah gaji yang
ditawarkan agak lumayan kerana tenaga kerja berasaskan kemahiran amat
diperlukan negara yang kini sedang menuju menjadi negara maju," katanya
kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau kesal dengan persepsi negatif ibu bapa yang memandang rendah akan
faedah ditawarkan institusi TVET, sebaliknya ghairah mahu anak mereka
memohon mengikuti pengajian akademik di universiti.
"Ibu bapa kononnya tidak mahu maruah keluarga jatuh sekiranya mereka
memilih institusi TVET sedangkan institusi berkenaan menawarkan kemahiran
yang menjadi rebutan banyak syarikat ketika ini seterusnya mampu mengubah
hidup keluarga mereka," kata bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara
(UiTM) itu.

Justeru, Sahol Hamid menggalakkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


agar memilih pengajian yang menawarkan kemahiran TVET.

Beliau turut menggalakkan para graduan supaya menjalani kursus TVET bagi
meningkatkan lagi peluang mereka memperoleh pekerjaan.

Katanya, ketika ini masih ramai graduan menganggur dan dengan adanya
kemahiran itu, ia secara tidak langsung membantu graduan mempunyai nilai
tambah yang amat berguna ketika mereka memohon pekerjaan kelak, selain
dilengkapi kelulusan akademik dari institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata ini dapat dibuktikan apabila kebolehpasaran kerja graduan


kemahiran TVET lebih tinggi iaitu 98 peratus berbanding graduan universiti
sebanyak 60 peratus.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi GiatMara, Datuk Armand Azha Abu Hanifah
berkata para graduan harus bersikap lebih realistik dan meneroka peluang
yang ada dengan menambah kemahiran diri yang dimiliki seperti mengikuti
kursus tambahan TVET yang ditawarkan.

"Terdapat graduan menganggur dan golongan profesional yang menjalani


kursus tambahan TVET di Kolej GiatMara seluruh negara kerana mereka
mempunyai kesedaran bahawa kemahiran berkenaan sangat diperlukan ketika
ini," katanya.

-- BERNAMA
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1037452
KUALA LUMPUR: Kesukaran segelintir anak muda mendapat pekerjaan di
negara ini bukan kerana mereka memilih atau meminta gaji yang tidak realistik.

Demikian ujar Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang
berkata laporan terbitan Institut Kajian Khazanah berjudul “School-to-Work
Transition of Young Malaysians” telah membuktikan semua dakwaan tersebut
tidak sahih.

“Malah, anak muda Malaysia sanggup untuk mengambil pekerjaan yang lebih
rendah dari kelayakan mereka. Berbeza dengan tanggapan biasa, anak muda
sanggup untuk mengambil pekerjaan 3D (dirty, difficult, dangerous),” katanya
dalam satu kenyataan hari ini.

Saya akan bangkitkan perkara ini di dalam Mesyuarat
Kabinet...

- Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia Dan Sukan

Syed Saddiq berkata laporan itu mendapati 95% graduan muda mempunyai
kelayakan lebih tinggi daripada pekerjaan mereka, manakala hampir 50% bekerja
di sektor kemahiran rendah walaupun mempunyai kemahiran yang lebih tinggi.
“Masalah sebenarnya adalah anak muda Malaysia dibayar rendah, pada masa sama
kos sara hidup yang meningkat, yang menjadi beban kepada belia hari ini,”
katanya sebelum menambah beliau akan membangkitkan isu ini di dalam
Mesyuarat Kabinet.

Syed Saddiq turut menggesa sektor korporat sepatutnya menstrukturkan semula


skim gaji mereka.

Perbandingan gaji di dalam laporan terbitan Institut Penyelidikan Khazanah itu melibatkan 23,785 responden.

“Jika kita tidak berbuat demikian, saya risau anak muda Malaysia akan terpaksa
mencari peluang kerja di tempat lain,” katanya.

Laporan “School-to-Work Transition of Young Malaysians” yang diterbitkan pada


Rabu antara lain menggariskan 11 dapatan utama, termasuk ketidakseimbangan
antara kemahiran graduan dan permintaan majikan, graduan dan ibu bapa kurang
gemar menceburi Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), dan
semakin ramai anak muda gemar meneroka bidang kerja baru dan tidak konservatif
dalam sektor digital.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/anak-muda-tak-memilih-sanggup-ambil-
kerja-dirty-difficult-dangerous-syed-saddiq-193572
Jadikan TVET pilihan utama lanjutkan pengajian
- Kulasegaran
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
tuty@bh.com.my

Share

Tweet

Share

SEREMBAN: Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang


menekankan pendekatan kemahiran perlu jadi pilihan utama pelajar yang
ingin melanjutkan pengajian bagi melahirkan tenaga kerja mahir tempatan.

Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, berkata ketika ini jumlah tenaga


kerja mahir hanya sebanyak 28 peratus berbanding sasaran yang
ditetapkan iaitu 35 peratus menjelang 2020.

Katanya, peratusan rendah itu dipercayai disebabkan ibu bapa yang tidak
membenarkan anak mereka menyertai bidang kemahiran kerana bimbang
tidak menjamin masa depan.

“Di negara maju seperti Jerman dan Jepun, ibu bapa sendiri menggalakkan
anak-anak mereka menyertai bidang kemahiran kerana mereka tahu
kebaikannya.

“Jadi, penting untuk ibu bapa menyedari bahawa di negara kita ketika ini,
bidang kemahiran menjamin masa depan, malah ketika masih belajar
sudah ada pekerjaan menunggu dengan 94 peratus berjaya mendapat
pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Hari Bersama Rakyat
di Pasar Baru Rantau di sini, hari ini.

Tambah beliau, hanya satu hingga lima peratus pelajar bukan Bumiputera
menyambung pengajian dalam bidang TVET di negara ini iaitu kira-kira
satu peratus pelajar Cina dan lima peratus pelajar India.
Kulasegaran berkata antara usaha kementerian dalam memastikan pelajar
memilih TVET adalah dengan memendekkan tempoh kursus bermula dari
enam minggu hingga enam bulan saja berbanding sehingga dua tahun
sebelum ini.

“Selepas itu, mereka sudah boleh mendapatkan pekerjaan, tetapi jika ingin
sambung pelajaran ke peringkat universiti pun tiada masalah, malah kita
turut menggalakkan anak Orang Asli menyertai bidang ini dengan memberi
mereka sedikit kelonggaran,” katanya,

Dalam perkembangan lain, Kulasegaran berkata Kementerian Sumber


Manusia yang beribu pejabat di Putrajaya akan mengadakan Hari Bertemu
Pelanggan setiap Selasa bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi, yang bukan
saja dihadiri ketua jabatan, malah turut disertai beliau sendiri

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/544856/jadikan-tvet-pilihan-
utama-lanjutkan-pengajian-kulasegaran
Minda Pengarang: Tangani masalah
membelenggui generasi muda
Share

Tweet

Share

Kualiti sumber manusia, terutama generasi muda antara faktor penting


membangunkan negara dan mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Di negara kita, pelbagai agensi kerajaan komited untuk memberi
pendidikan dan latihan terbaik kepada remaja dan belia, namun masih ada
isu besar lain yang membelenggu apabila kumpulan berkenaan gagal pula
mendapat pekerjaan.

Mereka dikatakan menerima pendidikan dan latihan yang terbaik, tetapi


Laporan Kajian Peralihan Sekolah ke Pekerjaan menunjukkan pada tahun
lalu, sebanyak 77 peratus daripada kira-kira 502,600 penganggur ialah
mereka yang berusia 15-29 tahun. Antara dapatan penting kajian yang
dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) itu menunjukkan
hanya 13 peratus pelajar sekolah menengah atas, mengikuti Pendidikan
Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), manakala kumpulan terbesar,
iaitu 68 peratus dalam aliran akademik. Pada peringkat pendidikan tinggi
pula, 9 peratus saja pelajar berada di politeknik dengan kumpulan
terbanyak, iaitu kira-kira 67 peratus meneruskan pengajian di universiti
awam dan swasta.

Antara faktor menyumbang kepada kekurangan pelajar dalam TVET ialah


bidang berkenaan dianggap lebih rendah statusnya berbanding aliran
akademik. Kajian berkenaan mendapati gaji lulusan TVET kira-kira
RM3,000 lebih rendah berbanding graduan universiti. Sejak sekian lama,
TVET dikawal selia oleh tujuh kementerian berbeza, menjadikan
penyelarasan sangat bercelaru.

IBU bapa membeli barangan kelengkapan sekolah di Jalan Tuanku Abdul Rahman. - NSTP/Asyraf Hamzah
Selain isu persepsi masyarakat, program yang dikendalikan oleh hampir
1,000 institusi TVET menghadapi isu pengiktirafan dan peruntukan
pinjaman, manakala sekolah harian yang menjalankan program Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) pula gagal ditauliahkan.

Untuk menstruktur semula bidang itu, Jawatankuasa Pemerkasaan Bidang


TVET yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar
mencadangkan penubuhan Suruhanjaya TVET dan Industri. Kita percaya,
kerajaan akan mencari penyelesaian kukuh kepada isu ini demi kebaikan
remaja dan belia untuk mendapat imbuhan yang lebih baik dan
menyediakan sumber manusia mahir bagi membantu pertumbuhan
ekonomi.

Satu lagi dapatan kajian oleh KRI ialah kira-kira 95 peratus graduan muda
yang sedang bekerja sebenarnya ‘terlebih layak’, iaitu mereka mengisi
pekerjaan yang memerlukan kelayakan akademik lebih rendah, contohnya
pemegang ijazah sarjana muda mengambil jawatan untuk pekerjaan yang
sekadar memerlukan lulusan diploma.

Kira-kira separuh lagi graduan sanggup bekerja sebagai buruh


berkemahiran rendah. Ini menunjukkan keadaan ekonomi semasa dan
persaingan yang tinggi sesama graduan memaksa mereka menerima
pekerjaan yang lebih rendah daripada kelayakan akademik masing-
masing.

Kenyataan ini bukan saja menolak tanggapan graduan memilih pekerjaan,


tetapi ia juga satu pembaziran kepada bakat dan kemahiran mereka yang
sudah dilatih selama beberapa tahun oleh institusi pendidikan tinggi. Ini
juga satu kerugian kepada ekonomi tempatan kerana potensi produktiviti
mereka terhalang, manakala imbuhan yang rendah akan mengurangkan
kuasa beli graduan ini.

Beberapa isu lain juga disarankan dalam laporan kajian KRI seperti
melaksanakan gaji sara hidup, berbanding gaji minimum kerana imbuhan
kepada pekerja perlu mengambil kira kos tempat mereka tinggal dan
bekerja. Ini bermakna gaji sara hidup di bandar dalam Lembah Klang,
Pulau Pinang dan Johor Bahru tidak sama dengan keperluan imbuhan
minimum bagi pekerja di wilayah lain yang kosnya lebih rendah.

Kita percaya agensi kerajaan berkaitan akan mengambil kira dapatan


kajian berkenaan dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya untuk
mengatasi isu berbangkit. Penyelesaian secara menyeluruh ini sangat
penting untuk membawa kesejahteraan kepada golongan muda.

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/12/508898/minda-pengarang-
tangani-masalah-membelenggui-generasi-muda
Penambah baikan struktur sistem TVET mampu
bawa perubahan besar
Oleh Azzman Abdul Jamal
azzman@nstp.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share

Tweet

Share

KUALA LUMPUR: Pelbagai kelemahan dalam pendidikan dan latihan


teknik dan vokasional (TVET) menyebabkan kebanyakan pelajar dan ibu
bapa memandang rendah terhadapnya, sekali gus menyarankan supaya
sistem pendidikan itu ditambah baik.

Kajian Peralihan dari Sekolah ke Pekerjaan (SWTS) Institut Penyelidikan


Khazanah (KRI) berkata, walaupun pelan tindakan pendidikan negara
sememangnya menekankan TVET sebagai satu keperluan untuk pasaran
pekerjaan dan ekonomi, namun hanya 13 peratus daripada pelajar sekolah
menengah mengikuti TVET, manakala sembilan peratus di politeknik untuk
peringkat pengajian tinggi.

Katanya, kebanyakan pelajar dan ibu bapa memandang rendah terhadap


TVET dan menganggapnya sebagai ‘jalan mati’, akan tetapi SWTS
sebaliknya mendapati pencari kerja dan pekerja muda memandang TVET
sebagai kelayakan yang berguna untuk mendapatkan pekerjaan.

Kajian itu berkata, pembaharuan kepada TVET mampu membawa


perubahan besar sekiranya penambah baikan dilakukan terhadap
keseluruhan struktur sistem itu.

“Ini termasuk membawa masuk pelbagai penyedia latihan di bawah satu


badan tadbir urus yang boleh memberi jaminan kualiti kemahiran daripada
institusi berbeza.

“Perlunya juga pendekatan dipacu permintaan dengan memastikan


pembabitan industri untuk mengaitkan latihan dan keperluan industri.

“Selain itu, perlu ada rangka kerja kelayakan dan standard yang boleh
dijadikan sebagai penanda aras kepada graduan TVET melanjutkan
pelajaran ke peringkat universiti serta meningkatkan status TVET,”
katanya.
Kajian itu menyebut, latihan berasaskan kecekapan (CBT) juga kritikal
untuk menambah baik TVET kerana ia membantu memastikan melatih
individu untuk mempunyai kemahiran bertepatan dengan standard industri.

“TVET berasaskan kecekapan menggunakan kursus modular boleh diguna


pakai dalam memenuhi permintaan industri dan membolehkan pelajar
menyertai pasaran pekerjaan dengan kelayakan dan kemahiran,” katanya.

Sementara itu, katanya, sistem latihan dual sering dikatakan sebagai


langkah menyokong TVET dan mengurangkan kadar pengangguran belia.

“Sistem ini terkenal menerusi gabungan teori dan latihan seperti dalam
persekitaran pekerjaan semasa membolehkan pelajar beralih daripada
dunia pendidikan ke dunia pekerjaan dengan mudah.

“Ia sememangnya memainkan peranan penting, bagaimanapun, terdapat


beberapa faktor yang perlu diambil kira sekiranya ingin menggunapakai
sistem ini,” katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/12/508330/penambah-baikan-
struktur-sistem-tvet-mampu-bawa-perubahan-besar
Pensyarah TVET perlu jalani latihan industri
Oleh Siti Nur Mas Erah Amran
cnews@nstp.com.my

Share

Tweet

Share

KUALA LUMPUR: Pensyarah Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)


perlu menjalani latihan industri selepas waktu kerja bagi meningkatkan
kemahiran berdasarkan kursus atau bidang diajar.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata kebanyakan mereka


didapati tidak memiliki kepakaran secara amali.

“Saya hairan ramai pensyarah kita tiada kepakaran tertentu dan kalau ada
pun, ramai pakar akademik, bukan ‘hands on’.

“Saya dan timbalan menteri putuskan supaya pensyarah terbabit dihantar


ke latihan industri selepas waktu pejabat untuk memperoleh kepakaran dan
membolehkan mereka mengajar dengan elok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-


Undang Perbekalan 2019 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian
Sumber Manusia di Dewan Rakyat, hari ini.

Kulasegaran berkata, masalah logistik termasuk lokasi pusat pengajian


yang jauh turut menyulitkan pembelajaran pelajar.

“Sebagai contoh, saya ada melawat sebuah institut teknikal di Padang


Serai baru-baru ini.

“Lokasinya jauh dari tempat perindustrian manakala hala tujunya nampak


kabur kerana menyukarkan anak kita untuk belajar,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/505630/pensyarah-tvet-perlu-
jalani-latihan-industri
Kerajaan komited tambah baik sistem
TVET
Hafiz Marzukhi dan Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani | Mac 21, 2018 11:43 MYT

Peluang pekerjaan dalam kalangan lepasan TVET terbuka luas apabila ada yang ditawarkan bekerja sebelum
menamatkan pengajian. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan menambah baik sistem
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini dalam
melahirkan modal insan yang memenuhi keperluan industri.

Timbalan Menterinya, Datuk P. Kamalanathan berkata fokus telah berbeza apabila


keperluan tidak hanya untuk bidang akademik sebaliknya kini lebih kepada
keperluan industri.

Menurutnya peluang pekerjaan dalam kalangan lepasan TVET terbuka luas apabila
ada yang ditawarkan bekerja sebelum menamatkan pengajian.
"Hampir 70 hingga 75 peratus para pelajar lepasan vokasional telah mendapat kerja
dalam masa tiga bulan. Malah, hampir 50 peratus pelajar-pelajar vokasional juga
bekerja sebelum graduasi.

"Ini membuktikan peluang pekerjaan bagi pelajar vokasional dan teknikal lebih
baik berbanding para pelajar lain.

"Perkara ini harus kita ketengahkan kepada masyarakat serta kita maklum ada satu
atau dua kelonggaran dan kelonggaran ini yang akan kita ketatkan supaya
Jawatankuasa TVET dapat memenuhi keperluan negara," katanya di Dewan
Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul
Azeez Rahim (BN-Baling) yang bertanyakan tindakan yang diambil kementerian
untuk bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dalam meningkatkan
peluang pekerjaan kepada lepasan TVET.

Katanya, melaui kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS),


Kementerian Sumber Manusia yang mengetuai Jawatankuasa TVET akan
bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bersama empat lagi kementerian lain
dalam menambah baik sistem pendidikan negara.
Lebih membanggakan kata beliau, para pelajar yang mengambil jurusan TVET
meraih kejayaan dalam beberapa pertandingan melibatkan teknikal di peringkat
antarabangsa.

Justeru, ibu bapa serta masyarakat perlu memberi peluang kepada anak-anak yang
tidak berminat dalam akademik supaya menceburkan diri dalam bidang vokasional
yang memberi peluang luas kepada mereka.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-komited-tambah-baik-sistem-
tvet-171014
TVET bukan pilihan terakhir pelajar
Oleh Mohamad Fahd Rahmat
fahd@nstp.com.my

Share

Tweet

Share

KAJANG: Stigma masyarakat yang memandang rendah terhadap bidang


Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) sudah berakhir di
negara ini selepas tahap kebolehpasaran graduannya melebihi 90 peratus.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, kejayaan


memecah benteng persepsi itu berikutan kerjasama erat institusi berkaitan
bersama pihak industri untuk berkongsi kepakaran dan teknologi terkini
bagi kemudahan pelajarnya di seluruh negara.

Beliau berkata, dalam dunia hari ini kecerdasan pelbagai amat penting dan
jika dahulu hanya kecerdikan dalam bidang akademik menjadi pengukur
tahap kecerdasan seseorang.

Katanya, kecerdasan berdasarkan kecenderungan minat seseorang itu


boleh meninggalkan impak yang besar, contohnya pemain bola sepak
terkenal, Lionel Messi kehebatannya terletak pada kakinya, jika itu
dijadikan ukuran kecerdikan, maka dia jauh lebih cerdik.

“Satu daripada kecenderungan itu adalah pendidikan TVET dan dulu


stigma masyarakat mengatakan mereka yang berada dalam TVET
dikatakan gagal, memang benar gagal akademik, namun mereka cerdik
dalam bidang kemahiran.

Datuk Dr Amin Senin.


“Kembalikan semula keupayaan anak-anak kita dan jangan berasa rendah
diri jika mengambil bidang TVET dan teruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Dokumen


Memorandum Persefahaman (MoU) Industri Bersama Bahagian
Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) 2018, di Kolej Vokasional
Kajang, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah BPTV Zainuren Mohd Nor dan Pengarah Kolej
Vokasional Kajang Supian Mahmood.

Dalam pada itu, Zainuren berkata sehingga Oktober lalu, sebanyak 775
MoU dimeterai Kementerian Pendidikan dengan pelbagai agensi kerajaan
dan swasta sejak pelaksanaan Transformasi Pendidikan Vokasional pada
2012.

Katanya, maklum balas positif turut diraih daripada pemain industri


terhadap graduan TVET yang disifatkan kompeten kerana mampu
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

“Tahap kebolehpasaran graduan kolej vokasional mencapai 100 peratus


daripada 2,273 graduan kohort pertama (2016), 96.47 peratus daripada
12,803 graduan kohort kedua (2017) dan 60.7 peratus daripada 14, 373
graduan kohort pada tahun ini sudah bekerja, menyambung pengajian atau
menjadi usahawan

“Untuk tahun ini, maklumatnya masih belum lengkap kerana kita


mengambil kira tahap kebolehpasan ini selepas enam bulan pelajar
menamatkan pengajian di KV,” katanya.

Mengulas mengenai kerjasama menerusi majlis itu, Zainuren berkata,


pihaknya memeterai MoU dengan lima pemain industri untuk pelaksanaan
program antaranya dalam bidang persijilan profesional, teknologi automotif,
kimpalan dan kualiti, asuhan awal kanak-kanak dan keusahawanan.

“Pada majlis hari ini, pihak Kolej Vokasional Kajang dan Kolej Vokasional
Kudat turut memeterai MoU bersama 14 syarikat swasta bagi
membolehkan kerjasama dengan lebih sistematik,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/11/498743/tvet-bukan-pilihan-
terakhir-pelajar
Selama ini bidang TVET ini menjadi pilihan terakhir untuk pelajar melanjutkan pelajaran.
Graduannya dianggap sebagai ‘3rd rate’. Masyarakat memandang hanya orang tidak mendapat
keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja perlu pergi ke institusi kemahiran seperti
Institut Latihan Perindustrian(ILP), Giatmara, kolej komuniti dan lain-lain. Kadang-kadang
ibu bapa juga berpendapat yang institusi yang tidak di ikitiraf ini adalah institusi pelajaran
yang rendah martabatnya. Sedangkan isi pembelajarannya belum di ketahui. Sebenarnya,
perkara ini terjadi pada aku sendiri.

Walaupun aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tetapi aku memilih untuk
sambung belajar di tempat seperti Geman-Malaysian Institute(GMI) atau Japan-Malaysia
Technical Institute(JMTI) kerana aku lebih cenderung melakukan kerja-tangan. Namun
pilhan itu tidak diterima oleh keluarga. Aku tidak salahkan mereka sebab keluarga aku tidak
terdedah tentang pengajian bidang kejuruteraan.

Oleh itu, walaupun aku belajar dalam sains kejuruteraan tetapi aku banyak menghabiskan
masa untuk membuat kerja pratikal seperti merekacipta mesin atau apa-apa peralatan.
Sepanjang lima ke enam tahun aku rasa dalam 500 projek keatas aku dah buat. Mungkin aku
tidak lah cemerlang di tempat aku belajar tetapi aku di iktiraf dalam industri. Kerana aku suka
merekod hasil kerja aku dan suka bercerita tentang projek apa yang aku lakukan. Akhirnya
aku menerima banyak pelawaan dari industry untuk bekerja. Jadi pelajar di luar mungkin
boleh ikut tips ini. Kita buktikan graduan yang cenderung kepada kemahiran teknikal
sebenarnya bernilai.

https://www.thepatriots.asia/apa-masa-hadapan-tvet-pendidikan-teknikal-dan-latihan-
vokasional/
MUAR 1 April – Persepsi masyarakat terhadap Pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional (TVET) sebagai bidang kelas kedua perlu diubah kerana kepakaran itu
menjadi antara intipati penting bagi sesebuah negara maju.

RAZALI IBRAHIM
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, negara
ketika ini hanya memiliki kira-kira 28 peratus siswazah dalam bidang berkenaan,
berbanding keperluan melebihi 60 peratus.

"Dahulu TVET dianggap sebagai kelas kedua atau peluang kedua kepada lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berjaya ke universiti sehingga menyebabkan
kesan pemikirannya masih berlegar hingga ke hari ini.

"Jadi, menjadi satu cabaran untuk kita mengubah persepsi semua pihak, terutamanya
ibu bapa terhadap bidang teknikal ini kerana di negara maju siswazah TVET sentiasa
menjadi rebutan," katanya dalam sidang akhbar pada Program Jelajah Pendidikan
Bumiputera (JPB) 2017 peringkat Parlimen Muar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Induk JPB, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Sahol
Hamid Abu Bakar; Pengerusi Felcra Education Service Sdn. Bhd., Datuk Hassan Johari
dan Pengerusi Koprojaya, Mohamad Ammir Haron.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, peluang kerja dan pendapatan dalam
bidang TVET juga amat luas dan tinggi terutamanya bagi sektor pekerjaan yang
masih bergantung terhadap tenaga kerja asing ketika ini.

"Kemahiran mereka amat mahal. Jadi, kita berharap ibu bapa mendapatkan
gambaran sebenar kerana menuntut ilmu dalam bidang ini juga mempunyai masa
depan yang cerah," katanya.

Sementara itu, Sahol Hamid berkata, pihaknya turut cuba membantu ibu bapa yang
hadir ke program JPB untuk memahami perkara sebenar berkaitan TVET.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/ubah-persepsi-tentang-tvet-


1.464696#ixzz5kkw4OwMA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Alavi, K., & Sail, R. M. (2015). Tahap Penerimaan Masyarakat terhadap Latihan Kemahiran di
Malaysia. e-Bangi, 12(1).
bin Samsudin, M. Z., bin Hassan, R., & bin Hasan, A. MELESTARI PROGRAM TVET
BERDASARKAN KREATIVITI GURU.

AZIZ, N. A. B. A. (2017). MASALAH DAN PENDEKATAN MENANGANI DISIPLIN PELATIH DI


PUSAT GIAT MARA, NEGERI JOHOR.