Anda di halaman 1dari 2

Waktu-waktu yang diberkati

Selaras dengan tanggungjawab orang Islam berharap sesuatu kepada Allah, Allah SWT telah meletakkan beberapa
waktu yang dianggap waktu-waktu yang paling diberkati dan dimakbulkan permintaannya oleh Allah. Pada waktu-
waktu, itu orang Islam digalakkan untuk memohon dan berharap kepada Allah dengan perkara-perkara yang baik
serta meminta belas kasihan dan keampunan daripada-Nya. Umat Islam percaya Allah akan memakbulkannya.
Walau bagaimanapun, terdapat syarat lain yang perlu dipatuhi agar doa itu diterima Allah dengan seadanya iaitu
orang Islam jangan menyekutukan Allah (menyamakan Allah dengan apa-apa pun seperti mencari Tuhan lain selain
Allah) serta wajib bagi mereka membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT.

Berikut ialah senarai waktu-waktu yang diberkati doanya oleh Allah SWT:

Ketika waktu hujan (lebat/rintik)

Ketika berada dalam kesusahan

Ketika diri dianiaya

Ketika mendapat kesenangan

Ketika berdoa di Multazam (kawasan yang terletak di antara Hajarul-Aswad dan Pintu Emas Kaabah di Masjid al-
Haramain, Mekah)

Ketika Hijr Ismail (kawasan lengkung yang terdapat di sisi Kaabah dikatakan tempat istirahat kepada Nabi
Ismail/Ishmael ketika membina Kaabah bersama ayahandanya Nabi Ibrahim/Abraham)

Di sekitar maqam Ibrahim (tempat tinggalan tapak kaki Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah bersama Nabi Ismail)

Ketika waktu rehat yang terletak di antara dua khutbah (Solat Jumaat, Solat Eidul-Fitri (Solat Hari Raya Puasa) dan
Solat Eidul-Adha (Solat Hari Raya Korban)

Ketika mendoakan kedua-dua ibu bapa

Ketika waktu sepertiga malam (sekitar pukul 3 pagi sehingga pukul 6 pagi di waktu ambang subuh setiap hari)

Ketika dalam keadaan bersabar menanggung penderitaan dan kesusahan

Ketika waktu malam Lailatul Qadar (Malam Qadar), malam yang lebih baik daripada seribu bulan menurut Al-
Quran. Pada malam ini, orang Islam peercaya Allah akan memberkati hambanya yang sanggup berjaga malam dan
berdoa kepada-Nya semata-mata untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah SWT. Malam Lailatul Qadar masih
tidak dapat dipastikan waktunya dengan tepat, namun Nabi Muhammad bersabda agar carilah malam Qadar pada
sepertiga malam terakhir pada 27 Ramadan ataupun pada 10 malam terakhir Ramadan)[perlu rujukan]

Selepas laungan Azan berkumandang

Sewaktu berada di dalam Masjid (khususnya masjid Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah, Masjid Al-Aqsa
di BaitulMaqdis(Jerusalem))

Ketika besendirian dengan mengingati Allah SWT


Ketika dalam ketakutan

Ketika mendapat kejayaan dan kemenangan

Sewaktu memulakan, berada atau mengakhiri pelayaran

Sewaktu memakai pakaian dan wangian yang baik-baik kerana Allah SWT

Sewaktu sujud kepada Allah SWT dalam solat

Ketika berharapkan sesuatu kejayaan/kemahuan dan meminta keampunan daripada Allah SWT

Sewaktu melakukan pekerjaan yang baik-baik.

Sewaktu melawat orang sakit dan mendoakan kebaikan dan kesihatannya

Doa anak-anak yang soleh

Sewaktu melawati jiran tetangga

Sewaktu gerhana bulan

Sewaktu gerhana matahari

Sewaktu meminta hujan

Ketika waktu penganut Islam menunaikan Haji yakni ketika mereka berada di Jabal Rahmah di Padang Arafah, Arab
Saudi.

Dengan menggunakan doa Rasullulah s.a.w yang telah dianjurkan melalui Al-Quran dan hadis

Anda mungkin juga menyukai