Anda di halaman 1dari 21

PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan ,2008

DI ANTARA

WAN KHALID BIN WAN ISMAIL (KP. NO: 610730-11-5001/6288768) adalah seorang
warganegara Malaysia dan beralamat penyampaian di MM 48, Medan Mewah, 26700 Muadzam
Shah, Pahang (Kemudian dipanggil “Tuan Tanah”) dipihak pertama

DAN

DARUL IMAN DEVELOPMENT SDN BHD (718753 K) adalah sebuah syarikat yang
diperbadankan diperbadankan di Malaysia dan beralamat di No. 375, Jalan Sultan Omar, 20300
Kuala Terengganu (Kemudian daripada ini dipanggil “Pemaju”) di pihak kedua.

BAHAWASANYA
A. Tuan Tanah adalah pemilik berdaftar dan beneficial ke atas sebidang tanah kosong yang
memakai keterangan GM 2710, Lot 4643, Mukim Pengadang Buloh, Daerah Kuala
Terengganu dengan keluasan 1,9449 Hektar (4.806 Ekar), bebas dari apa-apa
kepentingan, tuntutan, bebanan, lien, ekuiti atau setinggan/penghuni sebagaimana
salinan dokumen hakmilik yang ditunjukkan di Lampiran A di hujung Perjanjian ini
(kemudian daripada ini dipanggil sebagai “Tanah Tersebut”).

B. Tuan Tanah berhasrat melantik Pemaju untuk membangunkan Tanah tersebut yang akan
dibuat dalam dua fasa, iaitu;
 FASA PERTAMA
24 unit rumah berkembar setingkat dan 4 unit Rumah Banglo setingkat
 FASA KEDUA
16 unit rumah berkembar setingkat
(Kemudian daripada ini secara kolektif dipanggil “Bangunan Tersebut”) termasuk
kemudahan-kemudahan infrastruktur yang diperlukan (kemudian daripada ini dipanggil
“Projek tersebut” atau pindaannya, seperti yang dipersetujui bersama atau yang
dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Berkenaan, jika ada)
MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI di antara pihak-pihak seperti berikut:-

1. PERLANTIKAN DAN PENYERAHAN MILIK TANAH

1.1 Tuan Tanah dengan ini bersetuju melantik Pemaju dan Pemaju dengan ini menerima
perlantikan sebagai Pemaju Projek tersebut di atas syarat-syarat yang dinyatakan
kemudian daripada ini.

1.2 Tuan Tanah hendaklah menyerahkan dan menandatangani semua dokumen berkaitan
yang diperlukan Pemaju bagi proses pembangunan projek tersebut dalam tempoh
selewatnya tujuh (7) hari dari tarikh permintaan atau notis Pemaju.

1.3 Tuan Tanah hendaklah menyerahkan milikan kosong Tanah tersebut kepada Pemaju
bebas daripda apa-apa kepentingan, tuntutan, bebanan, lien, ekuiti, setinggan/penghuni
dalam tempoh selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari daripada notis Pemaju.

1.4 Tuan Tanah tidak berhak untuk campur tangan urusan berkaitan dengan projek tersebut
melainkan jika berlaku kemungkinan Perjanjian ini seperti perenggan 6.1 oleh Pemaju

2. BALASAN

2.1 Di atas perlaksanaan dan pematuhan pihak-pihak kepada peruntukan Perjanjian ini dan
sebagai balasan Tuan Tanah menyerahkan tanah tersebut kepada Pemaju untuk
dibangunkan dengan Projek tersebut, Pemaju dengan ini bersetuju untuk membayar
pulangan kepada Tuan Tanah pada kadar SEMBILAN BELAS PERATUS (19%)
daripada harga jualan bangunan tersebut yang dijual kepada pembeli (kemudian daripada
ini dipanggil “Pulangan Tuan Tanah”). Cadangan senarai harga jualan bangunan
tersebut dan perkiraan Pulangan Tuan Tanah di nyatakan di Lampiran C atau
pindaannya, jika ada.

2.2 Pihak-pihak bersetuju bahawa sekiranya dalam tempoh perjanjian ini berkuatkuasa, Tuan
Tanah memilih pulangan dalam bentuk harta, pemilihan lot akan dibuat selepas Permit
Iklan dan Jualan bagi setiap fasa diperolehi dan harga akan dibuat berdasarkan senarai
harga jualan yang akan dicadangkan oleh Pemaju dan diluluskan oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (kemudian daripada ini dipanggil “Lot Pulangan
Tuan Tanah”). Perbezaan harga antara jumlah pulangan Tuan Tanah dan nilai sebenar
Lot Pulangan Tuan Tanah dipersetujui akan dibayar secara tunai semasa penyerahan milik
kosong unit Tuan Tanah.

2.3 Bagi Tuan Tanah yang memilih pulangan tunai, peamju melalui banknya hendaklah
mengeluarkan arahan tetap (standing instruction) kepada akaun pemaju perumahan
(Housing Development Account) yang dibuka bersama mengarahkan supaya bayaran
Pulangan Tuan Tanah dibuat berdasarkan kadar nisbah yang dinyatakan dalam para 2.1
tersebut. Bayaran Pulangan Tuan Tanah akan didebit ke akaun Tuan Tanah setelah
menerima tuntutan bayaran kemajuan daripada institusi kewangan yang membiayai
pinjaman bagi setiap lot (end financing).

2.4 Pembinaan Lot Pulangan Tuan Tanah akan dibuat serentak bersama-sama pembinaan lot-
lot lain yang sama dalam Projek tersebut dan berjaya dijual kepada pembeli dan
hendaklah siap dan milikan kosong diserahkan kepada Tuan Tanah dengan bekalan air
dan elektrik sedia untuk penyambungan dengan perakuan arkitek Projek tersebut dalam
tempoh selewat-lewatnya dua puluh empat (24) bulan dari tarikh Mula Kerja Pembinaan.
Tanpa mengambil kira sama ada Tuan Tanah benar-benar telah secara fizikal mengambil
milikan kosong Lot Pulangan Tuan Tanah, Tuan Tanah akan disifatkan telah mengambil
milikan kosong selepas tamat tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis Pemaju dan
selepas milikan kosong, Tuan Tanah akan bertanggungjawab ke atas Lot Pulangan Tuan
Tanah sepenuhnya.

2.5 Selain daripada Lot Pulangan Tuan Tanah, semua baki lot lain Tanah tersebut adalah
milik Pemaju dan Pemaju akan bebas untuk menjual, menyewa, memindahmilik,
menyerah hak atau berurusan dengan lot lain yang berkenaan kepada mana-mana pihak
pilihan Pemaju dan Tuan Tanah hendaklah dalam tempoh selewat-lewatnya tujuh (7) hari
dari tarikh serahan atau notis Pemaju, menandatangani perjanjian jual beli, Borang 14A
memorandum pindahmilik dan lain-lain dokumen yang diperlukan tanpa sebarang alasan
dan bantahan.
3. TEMPOH

3.1 Pembinaan Bangunan tersebut akan dibuat dan disiapkan dalam tempoh dua puluh empat
(24) bulan dari tarikh perjanjian jual beli ditandatangani dengan pembeli bagi setiap fasa
Pembangunan.

3.2 Pemaju akan berhak kepada perlanjutan masa yang munasabah sepertimana perakuan
arkitek Projek tersebut jika kelewatan memulakan atau penyiapan pembinaan disebabkan
oleh perkara luar kawalan seperti bencana alam, cuaca yang amat buruk, banjir, tanah
runtuh, mendapan tanah, kebakaran, perang, darurat, kekecohan awam. huru-hara, wabak
penyakit berjangkit, perintah Pihak Berkuasa Berkenaan, sekatan pekerja asing atau
buruh binaan, kekurangan atau sekatan bekalan bahan binaan dan lain-lain perkara luar
biasa (force majeure) yang mengganggu aktiviti atau perjalanan kerja pembinaan
Bangunan tersebut. Pemaju juga akan berhak kepada perlanjutan masa yang munasabah
jika terdapat apa-apa perkara kemungkiran (even of default) yang berpunca daripada
Tuan Tanah sebagaimana peruntukan perenggan 6.3

3.3 (i) Pembinaan Bangunan tersebut bagi setiap fasa akan dibuat mengikut kehendak pasaran
semasa dan permintaan pembeli dan jika sekiranya terdapat rumah-rumah yang tidak
dapat dijual, Pemaju dengan persetujuan Tuan Tanah dan kelulusan Pihak Berkuasa
Berkenaan, berhak untuk tidak membina rumah-rumah yang tidak dijual atau
menurunkan harga jualan, mengubah jenis bangunan atau pelan dan spesifikasinya.

(ii) Seterusnya pada berpandangan Pemaju jika terdapat unit-unit rumah yang gagal dijual
dalam tempoh berkuasa perjanjian ini akibat daripada kelembapan pasaran jualan rumah
semasa, Pemaju berhak menamatkan Perjanjian ini, dengan mengemukakan notis
penamatan secara bertulis kepada Tuan Tanah sebagaimana kehendak peruntukan yang
terkandung di dalam perjanjian ini. Setelah notis penamatan dikeluarkan, Pemaju atas
budi bicaranya akan menyelesaikan segala kos yang dibelanjakan seperti berikut:-

(a) Sekiranya Projek sedang berjalan, Pemaju akan menyiapkan rumah-rumah yang
telah dijual sehingga siap dengan perakuan Certificate of completion and
Compliance (“CCC”); dan
(b) Pemaju membayar Pulangan Tuan Tanah berdasarkan bahagian yang dipersetujui
dalam klausa 2.1 Perjanjian ini berdasarkan unit-unit yang telah terjual dan
Penyerahan balik lot-lot tanah kosong yang belum dimajukan tanpa sebarang tuntutan
kepada Tuan Tanah.

(c) Sekiranya projek tersebut belum dilaksanakan, Pemaju bersetuju menyerah balik
tanpa sebarang tuntutan kos kepada Tuan Tanah di atas perbelanjaan yang
dikeluarkan dan demikian juga Tuan tanah secara Vise versa.

4. PERBELANJAAN

4.1 Pemaju akan menanggung semua kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan
pembangunan Projek tersebut termasuk membayar cukai tahunan Tanah tersebut dan kos
pecah sempadan sebaik sahaja milikan kosong tanah tersebut diserahkan kepada Pemaju.

4.2 Tuan Tanah hendaklah membayar cukai tahunan hakmilik berasingan Lot Pulangan Tuan
Tanah apabila dikeluarkan dan akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan
berkaitan termasuk taksiran, cukai pintu, levi, insurans dan lain-lain selepas milikan
kosong Lot Pulangan Tuan Tanah diserahkan melainkan Pemaju akan menanggung kos
bagi mendapatkan Certificate of Completion and compliance (“CCC”).

5. LAIN-LAIN SYARAT

5.1 Kebenaran Merancang dan Penyediaan Pelan Susunatur


Pemaju hendaklah mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang dan Penyediaan Pelan
Susunatur yang dipersetujui bersama seperti di Lampiran A (atau pindaannya, jika ada)
dan dikemukakan kepada Pihak berkuasa Berkenaan dan mendapatkan kelulusan dalam
tempoh selewatnya dua belas (12) bulan dari tarikh Perjanjian ini ditandatangani
melainkan kelewatan tidak berpunca daripada Pemaju.

5.2 Pelan Bangunan


Pelan Bangunan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pihak berkuasa Berkenaan
selewatnya dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh hakmilik berasingan dikeluarkan dan
mendapat kelulusan dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh permohonan
melainkan kelewatan tidak berpunca daripada Pemaju.
5.3 Tarikh Mula Kerja Pembinaan
Bagi setiap fasa pembangunan, Pemaju hendaklah memulakan kerja-kerja pembinaan
bangunan tersebut dalam tempoh selewat-lewatnya enam (6) bulan dari tarikh Permit
Iklan dan Jualan bagi fasa berkenaan diperolehi

5.4 Kerja Pemasangan dan Urusan Jual Beli


Pemaju bertanggungjawab ke atas pemasaran dan urusan jual beli bangunan tersebut
termasuk bertanggungjawab kepada pembeli dan pembiaya. Pemaju juga
bertanggungjawab untuk mematuhi segala peruntukan Akta Pemaju Perumahan (Kawalan
dan Perlesenan) 1966 (dan pindaannya, jika ada), membuka dan mengendalikan Akaun
Pemajuan Perumahan mngikut undang-undang serta lain-lain berkaitan.

5.5 Insurans
Selepas tarikh milikan kosong tanah tersebut, Pemaju bertanggungjawab untuk
mengambil polisi insurans yang berkaitan untuk melindungi tanah tersebut dan Projek
tersebut dari sebarang kehilangan, kerosakan dan tuntutan dengan syarikat insurans
pilihannya sepanjang tempoh pembangunan termasuk pembaharuannya dari semasa ke
semasa.

5.6 Tapak Tanah Projek


Pemaju akan bertanggungjawab ke atas tanah tersebut selepas milikan kosong termasuk
menjaga kebersihan, keselamatan, memastikan tiada gangguan atau pencerobohan kepada
jiran bersebelahan atau harta benda mereka, pematuhan kepada undang-undang dan
peraturan Pihak berkuasa Berkenaan. Tuan Tanah tidak berhak untuk masuk ke kawasan
tanah tersebut melainkan notis terlebih dahulu diserahkan kepada Pemaju dan hendaklah
diiringi Pemaju. Jika sekiranya Tuan Tanah atau mana-mana pihak di bawah arahan atau
kawalan Tuan Tanah masuk ke kawasan tanah tersebut tanpa kebenaran, Pemaju tidak
bertanggungjawab di atas apa-apa kecederaan, kerugian, gantirugi atau tuntutan.

5.7 Perunding dan Pekerja


Pemaju akan melantik dan bertanggungjawab ke atas arkitek dan lain-lain perunding serta
kontraktor, pembekal, ejen dan pekerja projek tersebut termasuk membuat caruman
KWSP dan PERKESO, memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan
Pihak Berkuasa Berkenaan.
5.8 Dokumen Hakmilik
Pada tarikh Perjanjian ini, Tuan Tanah bersetuju untuk menyerahkan dokumen hakmilik
Tanah tersebut kepada Peguam Pemaju, TETUAN ABDUL HARIS & CO yang
beralamat di 3197 K-2, Aras 2, Kompleks Permint Harmoni, Jalan Engku Sar, Batas
Baru, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu (kemudian daripada ini dipanggil
“Peguam Pemaju”) sebagai Pemegang Amanah dan Peguam Pemaju dengan ini diberi
kuasa oleh Tuan Tanah untuk menyerahkan dokumen hakmilik kepada Pemaju dari
semasa ke semasa untuk tujuan pecah sempadan dan perkara berkaitan Projek tersebut.

5.9 Pindahmilik
Tuan Tanah hendaklah dalam tempoh selewatnya empat belas (14) hari dari tarikh
Perjanjian ini dan/atau pengeluaran hakmilik berasingan lot pecahan tanah tersebut
menandatangani Borang 14A pindahmilik tanah tersebut kepada mana-mana pihak yang
dinamakan Tuan Tanah (Kemudian dipanggil “Penama Tuan Tanah”) dan Borang 14A
berkenaan akan diserahkan kepada Peguam Pemaju sebagai pemegang Amanah dan
Peguam Pemaju dengan ini diberi kuasa untuk menguruskan Borang 14A berkenaan
mengikut peruntukan Perjanjian ini.

Jika sekiranya Tuan Tanah meninggal dunia, menjadi tidak siuman, notis kebankrapan
telah diserahkan ke atasnya atau diistiharkan bankrap atau di atas sebab-sebab lain yang
berkaitan, Tanah tersebut hendaklah dipindahmilik serta merta kepada Penama Tuan
Tanah dengan kos ditanggung oleh Tuan Tanah dan semua tanggungjawab Tuan Tanah
yang berkenaan dalam Perjanjian ini akan dengan serta merta diserah hak kepada
Penama Tuan Tanah dan Tuan taanh hendaklah memastikan Penama Tuan Tanah
bertanggungjawab untuk menyalurkan hak pulangan bahagian Tuan Tanah kepada yang
berhak dan Tuan Tanah dengan ini bersetuju untuk mematuhinya tanpa apa-apa
pengecualian

Tuan Tanah dan/atau Penama Tuan Tanah bertanggungjawab penuh di atas estate,
pewaris atau mana-mana orang yang berhak atau menuntut Tuan tanah berkenaan dan
akan menggantirugi Pemaju jika Pemaju dituntut, disaman atau mengalami apa-apa
kerugian dan tanggungan.
5.10 Gadaian Ke Atas Tanah
a) Tuan Tanah tidak membenarkan sama sekali Pemaju membuat gadaian ke atas Tanah
tersebut bagi cagaran dan jaminan kepada kemudahan pinjaman yang akan diperolehi
oleh Pemaju untuk membiayai Projek tersebut.
b) Pemaju dibenarkan menguruskan “End Financing” bagi pembeli-pembeli unit-unit
rumah atau bangunan yang terdapat di dalam projek tersebut dengan mana-mana
Pembiaya.

6. KEMUNGKIRAN

6.1 Jika sekiranya Pemaju tanpa alasan yang munasabah


a. Gagal dan/atau enggan untuk menyerahkan Pulangan Tuan Tanah;
b. Tidak memulakan pembinaan mengikut Perjanjian ini atau memberhentikan
kerja- kerja pembinaan, membiar atau meninggalkan tapak tanah tersebut dalam
tempoh berterusan enam (6) bulan;
c. Melanggar apa-apa syarat material Perjanjian ini dan/atau gagal untuk
mematuhinya;
d. Melanggar dan/atau gagal mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan
Pihak Berkuasa Berkenaan; dan/atau;
e. Melakukan perbuatan kebankrapan atau digulungkan atau membuat perkiraan
dengan pemiutang atau asetnya dikenakan perlaksanaan.

Tuan Tanah berhak untuk memberi notis kepada Pemaju menyenaraikan butiran kemungkiran
dan/atau kegagalan Pemaju dan Pemaju hendaklah dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada
tarikh penerimaan notis Tuan Tanah memaklumkan kepada Tuan Tanah alasan bagi kemungkiran
dan/atau kegagalan Pemaju dan melainkan perlepasan diberikan oleh Tuan Tanah, Pemaju
hendaklah dalam tempoh tiga (3) bulan meremedikan kemungkiran dan/atau kegagalan berkenaan
jika boleh diremedikan dan jika gagal atau tidak boleh diremedikan, Tuan Tanah berhak untuk
membatalkan Perjanjian ini dan dalam hal sedemikian:-
a. Pemaju hendaklah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh pembatalan
mengosongkan tapak tanah tersebut termasuk mengeluarkan semua peralatan, mesin,
lekapan, bangunan sementara yang tidak termasuk dalam komponen pembangunan projek
tersebut dan semua pekerja, perunding, kontraktor, pembekal dan ejen Pemaju termasuk
sub-kontraktor dan menyerahkan milikan kosong tanah tersebut kepada Tuan Tanah
bebas daripada bebanan, sekatan dan/atau tuntutan. Jika Pemaju gagal untuk
mengosongkan tapak tanah tersebut seperti di atas selepas tamat tempoh notis, Tuan
Tanah berhak untuk memasuki tapak tanah tersebut dan mengeluarkan semua peralatan,
mesin, lekapan, bangunan sementara, pekerja, perunding, kontraktor, pembekal dan ejen
pemaju termasuk sub-kontraktor tetapi kos hendaklah ditanggung oleh Pemaju

b. Satu penilaian berdaftar yang dipersetujui bersama akan dilantik dalam tempoh tiga puluh
(30) hari selepas Perjanjian ini ditamatkan seperti di atas untuk menilai kerugian Tuan
Tanah dan menilai tahap kemajuan pembinaan bangunan tersebut dan infrastruktur serta
kos yang berkaitan dengan projek tersebut pada tarikh penamatan Perjanjian seperti di
atas dan perbezaan di antara nilai di atas dan bayaran kemajuan yang telah diterima oleh
Pemaju yang merupakan sebahagian harga jualan daripada pembeli atau pembiaya
mereka akan dibayar sama ada oleh Pemaju kepada Tuan Tanah atau Tuan Tanah kepada
Pemaju dalam tempoh selewat-lewatnya tiga (3) bulan selepas perbezaan nilai di atas
ditentukan dan bayaran diterima daripada pembeli atau pembiaya atau satu tempoh lain
yang munasabah seperti yang dipersetujui bersama dan setelah ditolak bayaran lain yang
tertanggung (jika ada);

c. Kebenaran, pengecualian atau pelepasan daripada mana-mana Pihak Berkuasa Berkenaan


yang berkaitan akan terlebih dahulu diperolehi oleh pihak-pihak khasnya mana-mana
perkara atau perjanjian yang melibatkan Tuan Tanah dan/atau Pemaju dengan pihak
ketiga yang lain;

d. Perjanjian jual beli, lis atau sewa di antara Pemaju, Tuan Tanah dengan pembeli atau
penyewa akan dipinda mengikut mana yang berkaitan dan bersesuaian;

e. Pemaju akan bertanggungjawab di atas semua tuntutan juruperunding, kontraktor,


pembekal, ejen dan/atau man-mana pihak yang dilantik Pemaju bagi projek tersebut (jika
ada);

f. Selepas daripada itu, Tuan Tanah bebas untuk melantik mana-mana Pemaju, kontraktor
atau pihak lain untuk menggantikan Pemaju; dan
g. Selain daripada itu, tiada pihak boleh mengambil apa-apa tindakan lagi yang berkaitan
dengan tuntutan kerugian dan liabiliti (jika ada).

6.2 Penamatan di atas tidak merangkumi bahagian bangunan tersebut yang telah disiapkan di
mana milikan kosong telah diserahkan kepada Tuan Tanah danpembeli oleh Pemaju atau
pembinaannya masih dijalankan.

6.3 Jika sekiranya Tuan Tanah:-


(i). Gagal dan/atau enggan untuk menyerahkan milikan kosong tersebut kepada
Pemaju bebas daripada apa-apa kepentingan, tuntutan, bebanan, lien, ekuiti atau
setinggan/penghuni;
(ii). Gagal dan/atau enggan untuk menandatangani Borang 14A dan perjanjian jual
beli mengikut tempoh yang ditetapkan;
(iii). Menjual, menyerahkan hak, memindah milik, menyewakan atau berpisah dengan
milikan tanah tersebut kepada pihak yang lain;
(iv). Mengganggu dan/atau menghalang atau menyerahkan diganggu dan/atau
dihalang dengan apa jua cara dan perbuatan kepada Pemaju atau juruperunding,
kontraktor, sub-kontraktor, pekerja, pembekal atau ejennya daripada menjalankan
atau meneruskan dengan kerja-kerja pembinaan dan lain-lain aktiviti atau urusan;
(v). Melanggar apa-apa syarat material Perjanjian ini dan/atau mana-mana
peruntukan undang-undang dan/atau Perintah Pihak Berkuasa yang Berkenaan
atau gagal untuk mematuhinya; dan/atau
(vi). Meninggal dunia, menjadi tidak siuman atau bankrap.

Pemaju berhak untuk memberi notis kepada Tuan Tanah atau wakilnya menyenaraikan butiran
kemungkiran dan/atau kegagalan Tuan Tanah dan Tuan Tanah hendaklah dalam tempoh tiga
puluh (30) hari daripada tarikh penerimaan notis Pemaju memaklumkan kepada Pemaju alas an
bagi kemungkiran dan/atau kegagalan Tuan Tanah dan meremedikan kemungkiran dan/atau
kegagalan berkenaan (jika boleh) dan tempoh pmbinaan dan penyiapan bangunan tersebut dan
kemudahan infrastrukturnya hendaklah dilanjutkan dengan serta merta oleh arkitek projek
tersebut (dan dengan ini diberi kuasa oleh pihak-pihak dan hendaklah mengikat dan muktamad)
dan:
(a) Tuan Tanah hendaklah menggantirugi Pemaju ke atas semua kerugian, tanggungan
dan/atau liabiliti yang lahir akibat daripadanya (termasuk belanja guaman di atas dasar
peguam klien dan tuntutan pihak ketiga) dengan jumlah yang akan dipersetujui pihak-
pihak atau yang boleh ditentukan berkenaan dengannya seperti yang akan ditafsirkan oleh
penilai yang dilantik kedua pihak dan Tuan Tanah hendaklah membayar keseluruhan
tuntutan Pemaju dalam tempoh tiga (3) bulan setelah tuntutan dibuat atau ditolak
daripada Pulangan Tuan Tanah dan jika gagal, denda pada kadar sepuluh peratus (10%)
daripada jumlah tuntutan hendaklah dikenakan dan dikira dari hari ke hari bermula sebaik
sahaja tempoh notis tamat sehingga penjelasan sebagai gantirugi persetujuan yang
ditaksirkan; dan

(b) Pemaju bebas sama ada untuk membatalkan Perjanjian ini atau meneruskan dengan
Perjanjian ini.

7. PENAMATAN PERJANJIAN ATAS PERSETUJUAN

Perjanjian ini boleh ditamatkan:

(i) Pada bila-bila masa dengan persetujuan bersama pihak-pihak; atau


(ii) Di atas apa jua sebab yang berada di luar kawalan semua pihak seperti
Pengambilan Balik Tanah, perintah Pihak Berkuasa yang Berkenaan, kekecohan
awam, huru hara, darurat, perang, bencana alam, kebakaran teruk, tanah runtuh,
banjir besar, wabak penyakit berjangkit dan lain-lain perkara luar biasa (force
majeure) yang secara langsung mengganggu atau mengakibatkan pembangunan
projek tersebut tidak lagi sesuai atau praktikal dan tidak dapat memberi
keuntungan jika diteruskan dan Perjanjian ini terpaksa ditamatkan.

Pihak yang ingin menamatkan Perjanjian ini hendaklah menyerahkan kepada pihak yang
lain notis yang menyenaraikan alas an penamatan dan memohon persetujuan pihak yang
lain. Perjanjian ini akan tamat setelah pembahagian perbelanjaan, keuntungan dan/atau
tanggungan liabiliti (jika ada) daripada projek tersebut dan syarat-syarat lain (jika ada)
dipersetujui atau satu Perjanjian Penamatan ditandatangani pihak-pihak.
8. PENGAMBILAN BALIK TANAH

Tuan Tanah mengaku janji bahawa pada tarikh Perjanjian ini ditandatangani tiada
menerima notis atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa Tanah tersebut atau mana-
mana bahagian daripadanya telah atau akan diambil balik oleh Pihak Berkuasa yang
Berkenaan dan jika pada bila-bila Tuan Tanah ada menerima apa-apa notis berkenaan
dengannya,Tuan Tanah hendaklah dalam tempoh tujuh (7) hari selepas penerimaannya
menyerahkan salinan notis bagi pengambilan balik tanah berkenaan kepada Pemaju dan
seterusnya memaklumkan kepada Pihak Berkuasa yang Berkenaan tentang kedudukan
dan kepentingan Pemaju ke atas Tanah tersebut. Tuan Tanah akan bekerjasama dengan
Pemaju untuk membuat rayuan dan membenarkan Pemaju menghadiri bicara
pengambilan balik tanah berkenaan. Pulangan kepada Tuan Tanah serta lain-lain
peruntukan berkaitan akan dipinda dengan persetujuan pihak-pihak. Jika pengambilan
balik tanah melibatkan keseluruhan atau sebahagian besar daripada Tanah tersebut yang
mengakibatkan Projek tersebut tidak lagi sesuai atau praktikal dan tidak dapat memberi
pulangan atau keuntungan, Perjanjian ini boleh ditamatkan mengikut perenggan 7. Jika
pengambilan balik melibatkan sebahagian kecil daripada Tanah tersebut atau bahagian
yang masih belum dibina, pihak-pihak tidak berhak membatalkan perjanjian ini. Segala
perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Pemaju hendaklah dibayar atau ditolak melalui
wang pampasan yang diterima daripada Pihak Berkuasa yang Berkenaan.

9. LAIN-LAIN

(a) Undang-undang

Pihak-pihak akan mematuhi semua peruntukan undang-undang dan peraturan Pihak


Berkuasa Berkenaan yang berkuatkuasa di Malaysia ( termasuk apa jua pindaan dan/atau
penambahannya ) dan mendapatkan apa-apa kebenaran, persetujuan, permit, lesen,
perakuan dan lain-lain daripada Pihak Berkuasa Berkenaan atau mana-mana pihak bagi
Projek tersebut dan yang berkaitan Tanah tersebut dan Perjanjian ini. Perjanjian ini adalah
tertakluk dan dikuatkuasakan mengikut undang-undang di Malaysia dan di bawah bidang
kuasa mahkamah di Malaysia.
(b) Notis

Mana-mana notis, tuntutan dan/atau pertanyaan yang akan diberi di bawah Perjanjian ini
oleh mana-mana pihak kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan
dihantar dengan Pos Berdaftar atau dengan tangan ke alamat penyampaian di atas
melainkan pertukaran alamat telah terlebih dahulu diberitahu atau ke alamat terakhir yang
diketahui atau ke alamat peguam mereka dan notis berkenaan akan dianggap telah
sempurna diserah selepas tamat tempoh tujuh (7) hari dari tarikh ianya dipos dan jika
dihantar dengan tangan, pada masa ianya diserah dengan syarat perakuan terima
ditandatangani oleh pihak yang menerimanya. Pihak-pihak bertanggungjawab untuk
memberitahu pihak yang lain jika ada pertukaran alamat penyampaian selewatnya dalam
tempoh tujuh (7) hari selepas pertukaran.

(c) Masa

Masa termasuk tarikh dan/atau tempoh yang ditetapkan dalam Perjanjian ini adalah
penting dan mustahak. Walaubagaimanapun pihak-pihak bebas untuk melanjutkan mana-
mana tarikh atau tempoh dengan persetujuan . Mana-mana tempoh masa yang ditetapkan
dalam Perjanjian ini akan bermula pada tarikh notis diterima oleh penerima dan jika
ianya diterima selepas pukul tiga (3) petang, tempoh berkenaan akan bermula pada hari
bekerja yang selepas daripada hari penerimaan itu.

(d) Pindaan

Mana-mana perubahan, pindaan atau penambahan kepada Perjanjian ini tidak akan sah
melainkan ianya dibuat secara bertulis dan ditandatangani setuju oleh pihak-pihak.

(e) Pengasingan

Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini diperintahkan tidak sah oleh Mahkamah atau
tidak boleh dikuatkuasakan di bawah mana-mana undang-undang,sama ada sepenuhnya
atau sebahagian daripadanya, peruntukan berkenaan hendaklah dianggap termansuh
daripada Perjanjian ini dengan serta-merta tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan lain
dalam Perjanjian ini dan pihak-pihak bebas untuk menggantikan peruntukan berkenaan
dengan peruntukan yang lain.

(f) Perjanjian Mengikat

Perjanjian ini akan mengikat pihak-pihak sepenuhnya termasuk semua pengganti dalam
hak milik, penerima serah hak, pentadbir, penguasa dan waris mereka.

(g) Akujanji Bersama

(i) Pihak-pihak tidak akan mendedahkan atau menyebabkan didedahkan apa jua
maklumat dan dokumen yang diklasifikasikan sebagai sulit yang berkaitan
dengan perjanjian ini melainkan jika ianya dikehendaki oleh Pihak Berkuasa
Berkenaan atau dengan persetujuan pihak-pihak.

(ii) Pihak-pihak akan bekerjasama, saling Bantu-membantu antara satu sama lain
untuk memastikan projek tersebut berjalan dengan lancar termasuk memberi
maklumat, akses dan berusaha melakukan apa-apa perbuatanyang perlu
sertamenandatangani apa-apa dokumen dan memastikan semua usaha tersebut
boleh disempurnakan dan dikuatkuasakan.

(iii) Tiada perkara dan/atau dokumen yang telah disampaikan kepada mana-mana
pihak dalam Perjanjian ini sebelum atau semasa Perjanjian ini ditandatangani
mengandungi perkara, maklumat dan /atau keterangan yang tidak sah, salah
dan/ataumeragukan. Semua perkara yang menjadikan peruntukan Perjanjian ini
adalah sah, benar dan tepat dalam semua hal pada setiap masa.

(iv) Tidak ada penghakiman atau perintah Mahkamah, saman atau petisyen telah
difailkan atau diserahkan atau resolusi diputuskan bagi penggulungan atau
penerima dan pengurus dilantik yang material dan mengganggu Perjanjian ini.

(v) Pihak-pihak akan cuba sedaya upaya menyelesaikan semua masalah, perbezaan
dan/atau kepayahan bersama dan jika pematuhan apa jua peruntukan Perjanjian
ini boleh mendatangkan kesulitan, kesukaran atau kemudaratan kepada mana-
mana pihak, pihak-pihak bebas untuk sama-sama bersetuju untuk memberi
kelonggaran, penepian atau perlanjutan masa yang munasabah dan sesuai.

(vi) Pihak-pihak mempunyai keupayaan untuk melaksanakan semua


tanggungjawab seperti peruntukan Perjanjian ini.

(h) Tanggungrugi

Mana-mana pihak yang ingkar akan menanggung rugi pihak yang lain jika di atas apa jua
sebab termasuk perlanggaran atau ketidakpatuhan kepada undang-undang yang mana satu
pihak yang telah menyebabkan pihak yang lain mengalami kerugian dan/atau dituntut,
didenda atau disaman yang berkaitan dengan perjanjian ini.

(i) Tidak Wujud Perkongsian

Tidak ada mana-mana peruntukan Perjanjian ini boleh ditafsirkan atau disifatkan sebagai
satu perkongsian di antara Tuan Tanah dan Pemaju atau menjadikan mana-mana pihak
dalam Perjanjian ini agen atau wakil kepada pihak yang lain dan tangunggjawab pihak-
pihak antara satu sama lain hanyalah terhad sepertimana peruntukan-peruntukan ini.

(j) Masalah

Sebarang masalah, pertikaian dan/atau perbezaan yang berkaitan dengan Perjanjian ini
hendaklah diselesaikan dengan aman damai oleh pihak-pihak.

(k) Tafsiran

Dalam Perjanjian ini jika konteksnya menghendaki sedemikian:

(i) “Pihak Berkuasa Berkenaan” ertinya mana-mana Kerajaan (Persekutuan atau


Negeri), separa Kerajaan, Jabatan, Badan Berkanun, Egensi yang diberikuasa
di bawah mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia atau
dalam perkara yang berkaitan dengannya.
(ii) Perkataan yang membawa erti gender maskulin hendaklah dianggap dan dikira
termasuk gender lain. Bilangan tunggal termasuklah bilangan banyak dan
sebaliknya.

(iii) Tajuk-tajuk di dalam Perjanjian ini adalah untuk kemundahan rujukan sahaja
dan tidak membawa apa-apa erti sebaliknya.

10. AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN

Tuan Tanah dan Pemaju dengan ini berikrar akan pemahaman dan bersetuju mematuhi
sepenuhnya PERATURAN-PERATURAN PEMAJUAN PERUMAHAN
(KAWALAN DAN PERLESENAN) 1989 terutama tetapi tidak terhad kepada
PERATURAN 5, 10 DAN 11 dan AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN
DAN PERLESENAN) 1966 serta peraturan-peraturan di bawahnya dan pindaan (jika
ada).
LAMPIRAN A

GM 2710, LOT 4643,


MUKIM PENGADANG BULOH,
NEGERI TERENGGANU.
LAMPIRAN A

PELAN CADANGAN SUSUNATUR PERMOHONAN KEBENARAN


MERCHANG
LAMPIRAN C

CADANGAN HARGA JUALAN DAN PENGIRAAN PULANGAN TUAN TANAH


JUMLAH HARGA JUALAN PULANGAN KEPADA TUAN TANAH
( KELUASAN TANAH 4.806 )

% RM

7,800,000.00 19.00% 1,482,000.00


BAGI MENYAKSIKAN PERSETUJUAN PERJANJIAN INI pihak-pihak dengan ini
menurunkan tandatangan masing-masing pada tarikh di atas.

Ditandatangani oleh Tuan Tanah )


WAN KHALID BIN WAN ISMAIL )
KP. NO: 610730-11-5001/6288768 ) …………………………………………
Tuan Tanah yang tersebut diatas

Di hadapan :

……………………………………………….
WAN ZALEHA @ WAN AISYAH BT WAN ISMAIL
KP. NO: 550225-11-5316
Saksi

Ditandatangani oleh dan bagi pihak )


DARUL IMAN DEVELOPMENT SDN BHD )
(No. syarikat : 718753 K ) )
Pemaju yang tersebut diatas ) …………………………………………
HJ CHE MUDA BIN CHE MAT

Di hadapan :