Anda di halaman 1dari 27

Di akhir bab ini pelajar dapat;

1-Menerangkan factor kelahiran, perkembangan dan


kemerosotan tamadun
2-Menerangkan berkaitan tamadun-tamadun Melayu, Cina dan
India
3-Menerangkan interaksi dan kesannya terhadap tamadun-tamadun
tersebut
KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN
KEMEROSOTAN TAMADUN

1- Kedudukan yang strategik


2- Rangsangan keagamaan dan kerohanian
3- Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai
4- Peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi
5- Persaingan dengan tamadun lain
FAKTOR KEMEROSOTAN
 i- Jurang Sosial
 ii- Kezaliman
 iii- Keruntuhan Moral
 iv- Jumud
 v- Bencana Alam
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN
 1- Alam Sekitar
 2- Keluarga
 3- Masyarakat
 4- Kerajaan
 5- Ekonomi
 6- Pendidikan
 7- Kesihatan
Interaksi Antara Tamadun

 Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan


yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau
etnik.
 Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk
interaksi antara tamadun
 Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam
proses interaksi antara tamadun.
Interaksi Tamadun India – Cina

 Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan


perdagangan seawal kurun ke-2 S.M.
 Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang - saluran
interaksi
 Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan
komoditi terpenting yang dibawa ke China
 Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara
tamadun China dan tamadun India di rantau Asia Tenggara
melalui aktiviti perdagangan.
Jalan Sutera Lama (Laluan Tengah)
Kesan Interaksi;
Tamadun India – Cina
1. Penyebaran Agama Buddha
 Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi
 Maharaja menghantar wakil ke India untuk memahami &
mendalami ajaran agama Buddha
 Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin
Daoisme & Konfusianisme
 Sami dari China menetap di India & pelajari kitab Buddha
(bahasa Sanskrit & Pali)
 Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi
(Tripitaka)
2. Sains dan Teknologi
 Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan,
percetakan & kompas
 Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi
penghormatan yang tinggi di India
 Dari India –
-Teknologi India menghasilkan gula daripada tebu,
-60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke
bahasa Cina,
-Ahli astronomi India pernah berkhidmat di China, -
Sistem kalendar lunar Cina yang baru,
-Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke
dalam bahasa Cina
3. Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian
 Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu
fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme
 Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk
panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina-
perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre.
 Seni muzik India – alat muzik Cina yg berasal dari
India :- pipa dan konghou
Pipa
INTERAKSI TAMADUN MELAYU –
TAMADUN INDIA
 Bermula seawal abad ke-3 SM
 Bhn bertulis dari India - ada menyebut ttg “Malayadvipa”
(Semenanjung Melayu)
 Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke
Tanah Melayu - bagi dapatkan emas
 Suvarnabhumi (tanah emas) – gelaran diberi kpd Tanah
Melayu
KESAN INTERAKSI TAMADUN MELAYU -
TAMADUN INDIA

1. Penyebaran Agama
 Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi
pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya
berpegang kepada kepercayaan animisme.
 Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula
merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan
Chola ketika menguasai Kedah.
Tinggalan di Lembah Bujang
2. Sistem Pemerintahan

 konsep “Dewaraja” (dlm bhs Sanskrit yang bermakna


God King) - konsep ketuhanan agama Hindu yg
membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn
kedudukan serta status Raja sebagai jelmaan Tuhan
 Upacara pertabalan - bagi mengekalkan status tinggi
Raja
 Panca Persada yang seperti Gunung Mahameru,
memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.
3. Struktur Masyarakat
 Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam
masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/
bangsawan yang dianggap lebih mulia dari golongan
rakyat biasa.
 Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya
masyarakat ‘feudal’ dalam kehidupan masyarakat Melayu
4. Adat resam dan Budaya
 Kedatangan agama Hindu mempengaruhi kehidupan
seharian dan adat resam masyarakat Melayu:- amalan
jampi & mentera
 Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti
melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan
berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi
bagi bayi,
 Masyarakat ‘India Chitty’ memperlihatkan persamaan
dgn kebudayaan Melayu
5. Bahasa
 Pengaruh bahasa Sanskrit
 Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu
Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota
Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692
M) membuktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu
kuno yg digunakan ketika itu
 Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab,
turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit
Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit
(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru)

 Bhakti = bakti
 Bhumi = bumi
 Dosa = dosa
 Drohaka = derhaka
 Maharddhika = merdeka
 Prakara = perkara
 Rupa = rupa
 Samicra = mesra
 Tathapi = tetapi
 Vela = bila
6. Kesusasteraan
 Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana &
Mahabharata
 Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana
 Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat
Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang
Boma
 Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek
kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja &
menyelitkan unsur epik & mitos
 Turut diadaptasikan dlm wayang kulit
INTERAKSI TAMADUN MELAYU – CINA

 Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah


pernah jalin hubungan diplomatik dgn China & para
pedagang Kedah berdagang ke China
 Kedah - pusat perhentian utama sami Buddha dari China
yang belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar
tahun 250 M
 Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan
diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dari
ancaman musuh
 Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan
Parameswara sbg pemerintah kerajaan Melaka oleh
Maharaja China
 Maharaja China menghantar puterinya, Hang Li Po utk
dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah.
 Kelompok yg berasal dari keturunan para pengiring Puteri
Hang Li Po lebih dikenali sebagai “Baba dan Nyonya” @
“Peranakan”
 Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British &
penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan
bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan
dikenali sbg “Cina Selat” @Straits Chinese
KESAN INTERAKSI T.MELAYU – T.CINA

Penyebaran Agama

 Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan


dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan
 Islam yg datang melalui para pedagang dari Canton
dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn
penemuan Batu Bersurat di Champa bertarikh 1039, di
Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082)
2. Warisan Cina Peranakan
 Dikenali sebagai Baba dan Nyonya.
 Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh
kebudayaan Melayu.
 Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan
Hokkien
 Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu
dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna
tangan
 Pakaian kebaya dan kain sarong
3. Kebudayaan

 Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi


diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari
negara China seperti kain sutera dan kain kapas,
barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan
seperti kicap, taugeh dan tauhu.
 Adat memberi ang pau yang bermaksud ‘sampul merah’
4. Perubatan dan Teknologi
 Rawatan akupuntur dan herba bertujuan
menseimbangkan ‘yin’ dan ‘yang’
 Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000
jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan
kanser.
 Teh Cina ataupun ‘green tea’
 Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan
 Teknologi baru seperti penghasilan barangan
termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin
Kesimpulan

 Proses interaksi antara tamadun - memperkayakan lagi


unsur-unsur ketamadunan dlm setiap tamadun
 Hasilnya dapat dilihat dlm pelbagai aspek kehidupan :-
adat resam, pakaian, kesenian, makanan, bahasa dsb
 Pencapaian terbesar yang diperolehi daripada interaksi
antara tamadun ini adalah dalam bidang ilmu - terdapat
unsur-unsur percampuran ilmu antara tamadun yang
berbeza

Anda mungkin juga menyukai