Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA SUKANEKA PRASEKOLAH DAN TAHUN 1

SJK (C) CHUNG HUA LINGGA

Tarikh Perlaksanaan: 11 November 2010, Khamis

Masa : 7:30 pagi

Tempat : Gelanggang Bola Keranjang SJK (C) Chung Hua Lingga

PENDAHULUAN

Sukaneka merupakan aktiviti tahunan Prasekolah pada tahun 2010. Aktiviti ini bertujuan
untuk mencungkil bakat murid dalam bidang sukan dan memperkembangkan minat murid
terhadap aktiviti sukan.

OBJEKTIF

1. Memupuk semangat kesukanan di kalangan murid.

2. Memupuk kerjasama di kalangan murid dan guru melalui aktiviti sukan.

3. Murid dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat.

PENYERTAAN

a. Murid Prasekolah (6 orang)

b. Murid Tahun 1 (10 orang)

 Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan: Kumpulan A dan Kumpulan B.

 Setiap kumpulan menghantar 2 orang wakil untuk setiap acara.

 Wakil yang dihantar mestilah murid yang berlainan.

Kumpulan A Kumpulan B
Guru Pembimbing: Cik Chia Wei Wei Guru Pembimbing :Cik Lorna Lau Chia Chia

1. Aima (T 1) 1. Alvinston (Pra)

2. Aizad (T 1) 2. Carolina (T 1)

3 Azwalieza (Pra) 3. Eric (Pra)

4. Jackson (Pra) 4. Eriksson Fang (T 1)

5. Laura (T 1) 5. Joehannes (T 1)

6. Shelylidia (Pra) 6. Ong Ah Pian (T 1)

7. Veronica (T 1) 7. Patricia (Pra)

8. Victor Liew (T 1) 8. Sonia (T 1)

HADIAH KEPADA PARA PEMENANG*

Tempat pertama: 16 buah buku latihan, 16 batang pensel

Tempat kedua: 8 buah buku latihan, 8 batang pensel

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah Harga

1 Pensel 24 batang RM 0.50 RM 12.00

2 Buku 24 buah RM 0.50 RM 12.00


latihan

Jumlah Keseluruhan RM 24.00

* Perbelanjaan untuk hadiah ditanggung oleh guru Prasekolah dan guru PJK Tahun 1.

KEMENANGAN KUMPULAN

- Cara pemberian markah untuk setiap acara adalah seperti berikut:-


Kedudukan Jumlah markah

Tempat Pertama 5 markah

Tempat Kedua 3 markah

- Kumpulan yang mengumpul markah tertinggi dikira sebagai pemenang.

- Borang markah akan disediakan untuk hakim.

* Borang markah sila rujuk lampiran.

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

BIL ACARA Bahan Yang Diperlukan


1 Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu Bola Ping Pong
Sudu
Baldi
2 Cari Gula Batu Dalam Tepung Gula Batu
2 kg tepung
Pinggan kertas
Bekas
3 Makan Buah Epal 4 biji epal
4 Pancing Air Botol Plastik 4 joran kayu
Botol plastik

* Semua bahan dan peralatan disediakan oleh AJK Peralatan.

PERATURAN-PERATURAN BAGI SETIAP ACARA

1. Bawa bola ping pong dalam sudu

a. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar dua orang wakil.

b. Peserta dikehendaki menghantar bola ping pong yang ada pada sudu ke dalam baldi
dengan menggunakan mulut.

c. Sekiranya bola ping pong terjatuh, peserta berkenaan diminta untuk memulakan
pusingan tersebut sekali lagi.

d. Kumpulan yang mengumpul bola ping pong yang paling banyak dalam tempoh masa 5
minit dikira sebagai pemenang dalam acara tersebut.

e. Sekiranya bilangan bola ping pong yang dikumpul adalah sama, kumpulan masing-

masing akan diberi satu lagi peluang untuk menghantar bola ping pong dalam masa
yang paling singkat.

2. Cari gula batu dalam tepung

a. Setiap kumpulan menghantar dua orang wakil.

b. Peserta dibenarkan meniup tepung untuk mencari gula batu.

c. Peserta diminta untuk membawa gula batu dengan mulut dan mengumpulkannya dalam

bekas yang disediakan.

d. Kumpulan yang mengumpul gula batu yang paling banyak dalam tempoh masa 8 minit

dikira sebagai pemenang dalam acara tersebut.

e. Sekiranya bilangan gula batu yang dikumpul adalah sama, kumpulan masing-masing

akan diberi satu lagi peluang untuk mencari gula batu dalam masa yang paling singkat.

3. Makan buah epal

a. Setiap kumpulan menghantar dua orang wakil.

b. Peserta yang menghabiskan buah epal dalam masa yang paling singkat ialah pemenang.

4. Pancing Air Botol Plastik

a. Setiap kumpulan menghantar dua orang wakil.

b. Peserta pertama dari setiap kumpulan diminta untuk memancing air botol plastik

dan membawa balik ke stesen sebelum peserta kedua bermula.

c. Kumpulan yang mengumpul gula batu yang paling banyak dalam tempoh masa 3 minit

dikira sebagai pemenang dalam acara tersebut.

e. Sekiranya bilangan gula batu yang dikumpul adalah sama, kumpulan masing-masing

akan diberi satu lagi peluang untuk memancing air botol plastik dalam masa yang

paling singkat.

JAWATANKUASA KERJA KECIL

PENGERUSI
Cik Chia Wei Wei

SETIAUSAHA
Encik Abang Zahirrudin

AHLI JAWATANKUASA

PERALATAN
Encik Abang Zahiruddin
KESELAMATAN
Cik Ngo Lea Kin
PENCATAT MARKAH
Cik Lorna Lau Chia Chia
KEBERSIHAN PADANG
Cik Chia Wei Wei
HAKIM
Cik Ngo Lea Kin, Encik Abang Zahiruddin
HADIAH
Encik Abang Zahiruddin

ATURCARA

7.30 pagi Ketibaan guru-guru dan murid-murid


7.45 pagi Nyanyian Lagu Negaraku

8.00 pagi Acara sukaneka bermula

- Bawa Ping Pong dalam Sudu

- Cari Gula Batu dalam Tepung

- Makan Buah Epal

- Pancing Air Botol Plastik

10.00 pagi Majlis Penyampaian Hadiah

10.30 pagi Bersurai

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

____________________ __________________ _________________

(ABANG ZAHIRRUDIN) (CHIA WEI WEI) (CHANG HOW HO)

Setiausaha Pengerusi Sukaneka Guru Besar

SJK (C) Chung Hua Lingga SJK (C) Chung Hua Lingga SJK (C) Chung Hua Lingga