Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM
KEPIMPINAN
Tarikh :

19-21 April 2019

Masa:

Jumaat - Ahad

ANJURAN:
Unit Kokurikulum dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling
1.0 PENGENALAN

Barisan kepimpinan unit beruniform kelab persatuan dan sukan permainan


sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab
untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan
pencapaian kokurikulum para pelajar ke tahap yang lebih baik. Pelajar
tersebut memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi
dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan
dan panduan. Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas
barisan kepimpinan ini memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah
untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Pengerusi dan
Setiausaha unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan juga
perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui
perkembangan bidang kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda adalah
salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas
mereka . Maka atas dasar dan tujuan tersebut kursus kepimpinan ini sangat
sesuai dilaksanakan

2.0 RASIONAL

Di dalam sesebuah organisasi, Pengerusi dan Setiausaha memainkan


peranan pentinguntuk menggerakkan jentera organisasi tersebut. Tanpa ilmu
dan keyakinan diri, pelajar tidak akan dapat menjalankan peranan mereka
dengan berkesan. Melalui kursus ini pelajaryang dilantik memegang jawatan
akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka danbersama-sama
membantu perkembangan kokurikulum di sekolah.
.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengetahui, memahami dan dapat menjalankan tugas


perjawatan masing-masing dengan penuh komitmen;
3.2 Melahirkan pemimpin yang cekap dalam pengurusan dan
berkarisma, berkeyakinan dan boleh bekerja dalam satu
kumpulan; dan
3.3 Memberi pengetahuan dan pengalaman mengenai kepimpinan
dan pengurusan kepada pemimpin-pemimpin pelajar.

4.0 KUMPULAN SASARAN

50 Orang pelajar SABK AL-HIDAYAH

5.0 PERLAKSANAAN PROGRAM

19-21April 2019

6.0 Tempat Pelaksanaan

Kem PLKN Jiwa Murni, Kampung Selamat, Gunung Semanggol, Perak

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn Hj Mohd Azahar bin Abu Bakar (Pengetua)

Naib Pengerusi 1 : En. Mohamad Fadli bin Yusof (PK KO-KU) (PK HEM)

Naib Pengerusi 2 : Tn. Hj. Abu Samah Bin Hasan (PK 1)

Naib Pengerusi 3 : En. Mohd Nazruddin bin Abd. Rasid (PK HEM)

Penyelaras Program : En. Syed Fahmi bin Syed Mahizan (Su Kokurikulum)

Setiausaha : Pn. Nursuriani binti Othman ( GBKSM)

Bendahari : Pn. Zuhaila binti Omar

AJK : Semua Guru


8.0 SUMBER KEWANGAN/PERUNTUKAN KEWANGAN
8.1 Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah


1. 1) Pengangkutan RM 3817.00
2) Penginapan
3) Makanan Peserta dan Urusetia

JUMLAH KESELURUHAN = RM 3817.00

8.2 Sumber Kewangan

Bil Perkara Jumlah


1. 1) Duit Kepimpinan Kokurikulum RM 3817.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 3817.00

9.0 JADUAL PROGRAM

Lampiran

10.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, Program Kepimpinan ini amat membantu memberi


keyakinan diri serta memberikan ilmu dan pengalaman kepada murid-murid
untuk menjadi pemimpin yang baik.

Disediakan oleh : Disemak

............................................. ............................................................
(NURSURIANI OTHMAN) (En. Mohamad Fadli bin Yusof )
Setiausaha Program, Pen. Kanan Kokurikulum,
SMA Al-Hidayah SMA AL-Hidayah.

Disahkan oleh :

..........................................
(TN HJ Mohd Azahar bin Abu Bakar)
Pengetua,