Anda di halaman 1dari 2

1.

0 NAMA PROGRAM :

HARI KEUSAHAWANAN SKCFB 2017

2.0 PENGENALAN :

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan murid-murid


yang kreatif dan kritis serta mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan sebagai persediaan awal dan pengaplikasian mereka terhadap mata
pelajaran yang berkaitan.

Program seperti ini juga diadakan bagi memberikan pendedahan dan pengalaman
kepada murid-murid dalam bidang perniagaan serta dapat mencungkil bakat yang
terpendam menerusi aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sepanjang karnival ini
berlangsung. Pengisian program seperti ini dapat memberikan kesan yang terbaik
khususnya kepada murid-murid yang lemah dalam bidang akademik untuk menonjolkan dan
melibatkan diri secara aktif. Selain itu, hubungan ukhuwah di kalangan guru-guru, ibu bapa
dan murid-murid dapat disemai dan dipertingkatkan dengan lebih baik.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM :

Perlaksanaan Projek Hari Keusahawanan ini diharapkan memberi peluang kepada guru-
guru dan murid-murid untuk:
 Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan.
 Memberi kesedaran kepada murid-murid untuk melaksanakan tanggungjawab
yang diamanahkan dengan lebih baik demi kecemerlangan dalam akademik dan
sahsiah.
 Mewujudkan hubungan kekeluargaan, hormat-menghormati dan menghargai di
antara guru-guru, ibu bapa dan murid-murid.
 Melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial sekali gus melahirkan insan yang cemerlang dalam hidup.

4.0 PENYERTAAN/KUMPULAN SASARAN :

Semua guru, ibu bapa, pihak pentadbiran sekolah, murid SK Convent Father Barre dan
komuniti setempat.

5.0 TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAM :

SK Convent Father Barre

6.0 TARIKH, HARI DAN MASA PROGRAM :


Berikut adalah butiran program yang dirancang :-
Tarikh : 9 Mei 2017
Hari : Selasa
Masa : 7.30 Pagi – 1.00 Petang

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM :

8.0 TENTATIF PROGRAM :

Tentatif Hari Keusahawanan SKCFB 2017


(9 Mei 2017 / Selasa)

07. 30 Pagi : Murid hadir ke sekolah


08.00 Pagi : Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
08.30 Pagi : Aktiviti & Jualan
01.00 Petang : Program tamat

*Tentatif program tertakluk kepada pindaan dan perubahan dari semasa ke semasa.

9.0 PENUTUP

Program seperti ini perlu didedahkan kepada semua guru, murid dan ibu bapa.Ini kerana
aktiviti dan pengisian sepanjang program ini merupakan salah satu medium yang terbaik
untuk membentuk insan yang cemerlang. Semoga dengan adanya program ini akan dapat
mengeratkan lagi hubungan di antara semua guru, ibu bapa dan murid-murid SK Convent
Father Barre dengan lebih akrab. Diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan
sempurna serta mendapat kerjasama dari semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai