Anda di halaman 1dari 2

1

NAMA MURID : NUR RAUDHAH BINTI HAFIRDZI

KELAS : 5 AMANAH

TAJUK ESEI : JIKA AKU SEORANG RAJA

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, guru-

guru dan murid-murid yang di hormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang

mulia ini , izinkan saya menyampaikan sebuah pidato bertajuk ‘Jika Aku Seorang Raja’.

Raja merupakan pemerintahan dan simbol kedaulatan bagi sebuah negeri. Jika saya

di beri peluang menjadi seorang raja, saya akan memberi fokus kepada tiga ‘A’. Pertama,

menguatkan nilai diri dan akhlak golongan anak remaja, memelihara serta memulihara alam

sekitar dan mengekalkan keamanan yang wujud di dalam negeri ini.

Anak remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara kita pada masa akan

datang. Bagi mengelakkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja, saya akan

memastikan semua remaja di beri didikan agama secukupnya. Melalui sistem pendidikan, saya

akan mewajibkan semua anak-anak menghadiri kelas agama mengikut anutan agama masing-

masing bermula dari usia tujuh tahun lagi. Peranan masjid akan di pertingkatkan untuk

membimbing anak-anak mengikut kariah masing-masing supaya semua anak ini mampu

khatam Al-Quran sebelum mereka memasuki sekolah menengah. Intitusi keluarga akan di

pantau dengan bantuan ketua-ketua kampung bagi mengelakkan berlakunya pengabaian

terhadap pendidikan agama anak-anak.

Seterusnya, saya akan memberi penekanan terhadap proses memelihara dan

memulihara alam sekitar. Pembalakan akan di isytiharkan sebagai musuh nombor satu kepada

alam sekitar negeri ini. Ganjaran yang setimpal akan di berikan kepada rakyat yang memberi

1
2

maklumat tentang pembalakan haram. Semua undang-undang berkaitan,akan di perkukuh dan

dikuat-kuasakan. Selain itu, saya akan penanaman semula hutan akan di perluaskan kepada

setiap daerah bermula dengan sasaran satu keluarga satu pokok. Kawasan tadahan hujan akan

di sediakan secara berkala dan di tambah bagi mengelakkan masalah kekurangan bekalan air

bersih. Projek mendalamkan sungai dan sungai angkat akan di teruskan dengan penglibatan

semua pihak bagi mengelakkan berulangnya kejadian banjir yang luar biasa.

Jika saya seorang raja, saya akan memastikan bidang pendidikan secara percuma dari

peringkat rendah hingga Universiti demi mengurangkan bebanan ibu bapa. Saya akan

memastikan pendidikan negeri saya melahirkan murid yang berilmu, pemikiran aras yang

tinggi dan berakhlak mulia. Rakyat yang berfikiran tinggi akan meningkatkan mutu pendidikan

seperti menyumbangkan tenaga demi melahirkan golongan yang berpendidikan. Di samping

itu, saya juga pastikan pendidikan di negara saya mampu melahirkan pemimpin dan golongan

berpendidikan yang cemerlang supaya membantu saya dalam pentadbiran dan ekonomi negara

serta menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Kesimpulannya, seperti peribahasa ‘harimau mati meninggalkan belang manusia mati

meninggalkan nama’ saya ingin menjadi raja yang sentiasa di kenang dan di sayangi walaupun

saya tiada di dunia ini.

Sekian terima kasih.

( 420 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai