0 Pengenalan
Penulisan karya merupakan suatu pengalaman baharu dan memberi peluang kepada saya
untuk menulis serta membuat laporan mengenai aktiviti-aktiviti yang diikuti sepanjang Kurusu.
Lima aktiviti yang saya pilih untuk dimuatkan dalam penulisan karya ialah pembentangan
Eksekutif, Jalinan Pintar Koprat, Lawatan Penanda Aras, Perantisan 1 dan Perantisan 2.
Terdapat sepuluh kompetensi yang ditaksir sepanjang peserta mengikuti aktiviti-aktiviti tersebut
dan ianya merupakan pecahan kepada empat domain kompetensi iaitu Berwawasan, Menerajui
Perubahan, Mencemerlangkan Organisasi dan Berketrampilan.
Pembentangan Eksekutif (PE) menjadi pilihan saya dalam penulisan karya ini kerana ia
memberi peluang dan pengalaman bagi mempersembahkan hasil tugasan secara lisan dalam
tempoh yang singkat. Sembilan kompetensi menjadi fokus dalam diri semasa pembentangan
eksekutif (PE). Menganalisis dan mengkaji simulasi yang ditetapkan, penyediaan slaid
pembentangan, cara penyampaian serta menepati waktu pembentangan adalah antara
kemahiran yang perlu dikuasai oleh peserta dalam PE.
Pilihan aktiviti berikutnya ialah aktiviti Jalinan Pintar Korporat (JPK). Ianya bertujuan melatih
bakal-bakal pemimpin sekolah dalam membuat jaringan dan jalinan dengan mana-mana tokoh
atau agensi korporat. Pengalaman yang dilalui amat bermakna kerana ianya dapat membentuk
kemahiran kerja berpasukan dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan
berkomunikasi berkesan.
Seterusnya Perantisan 1 dan Perantisan 2 dipilih untuk dimuatkan dalam penulisan karya ini
kerana ia membolehkan peserta meneroka perjalanan organisasi dan menghubungkaitkan
antara amalan dan teori kepimpinan sekolah. Pengalaman membuat analisis persekitaran
semasa Perantisan 2 merupakan sesuatu yang sangat bermakna dan mencabar diri saya bagi
memastikan saya berkeupayaan memiliki pelbagai kompetensi untuk menjadi seorang
pemimpin yang kompeten. Aktiviti terakhir yang menjadi pilihan saya ialah Lawatan
Penandaaras ke Institusi Swasta. Melaluinya saya dapat mempelajari amalan terbaik
kepimpinan yang membawa kepada kejayaan serta mengekalkan prestasi institusi tersebut.
Pembelajaran melalui pengalaman yang bermakna dari semua aktiviti yang dijalankan
meningkatkan lagi pengetahuan saya sebagai pemimpin pendidikan seperti yang dinyatakan
oleh Kolb, Boyatzis & Mainemelis (1990) iaitu pembelajaran adalah merupakan sebuah proses,
manakala pengetahuan dijana dalam pengalaman.
2.0 Pengalaman Lepas
Saya melalui pengalaman yang berbeza sepanjang menjalankan tugas dalam bidang
kepimpinan sekolah. Pada 3 Januari 2014, bermulalah tugas saya dalam bidang pengurusan
dan pentadbiran sebagai Penolong Kanan Ko Kurikulum di sekolah Kebangsaan Felda Batu
Lapan, Changlun, Kedah. Sebagai sebuah sekolah kebitaraan Bola sepak, Penolong Kanan Ko
Kurikulum memainkan perana penting bagi memastikan segala perancangan dan sasaran (KPI)
tercapai. Kemahiran memimpin para guru untuk sama-sama mengembeling tenaga dalam
memastikan segala program sukan, ko kurikulum dank o akademik berjalan lancar amat
diperlukan. Saya mengambil pengalaman daripada jawatan-jawatan yang pernah disandang
untuk memimpin kebanyakan guru yang tiada pengalaman memegang jawatan sebagai ketua
penasihat sukan dan ko kurikulum. Ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada Penolong
Kanan Ko Kurikulum. Tunjuk ajar, bimbingan dan taklimat diberi kepada guru-guru dan
kemahiran komunikasi berkesan amat penting dalam pengurusan ini.
Seterusnya pada 1 Oktober 2015, saya dilantik sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di
Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga, Changlun, Kedah. Tanggungjawab semakin berat.
Tambahan pula sekolah berada berhampiran dengan sempadan Thailand. Kemahiran membuat
keputusan, menyelesai masalah dan komunikasi berkesan memainkan peranan penting
samada dengan murid, ibubapa dan penjaga sekiranya terdapat sebarang masalah serta isu
yang timbul.
Pada 1 Oktober 2016, saya bertukar ke jawatan Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah yang
sama. Skop bidang pengurusan bertukar arah dimana tumpuan dan penekanan dalam bidang
akademik amat penting. Saya juga perlu memastikan sahsiah dan ko kurikulum murid dapat
dibentuk kerana ianya memberi impak yang tinggi kepada kecemerlangan akademik.
Kompetensi yang perlu ada sebagai seorang pemimpin pendidikan tidak berlaku secara
keseluruhan semasa bertugas. Pengalaman mengikuti kursus NPQEL menjadi satu pengukur
kepada kekurangan diri yang masih ada. Oleh itu, dapatan ilmu melalui kursus ini tidak
seharunya saya lepaskan demi untuk meningkatkan kompetensi diri sebagai seorang PGB
kelak.
3 .0 Dapatan Aktiviti
3.1.4 Rumusan
3.2.1 Dapatan
Sepanjang melalui Jalinan Pintar Korporat, saya memperolehi dapatan seperti berikut:
i. Membina jaringan dan jalinan dengan mana-mana tokoh dan agensi
korporat dengan berfokuskan memberi apa saja bentuk sumbangan
keopada sekolah-sekolah yang berada di sekitar Institut Aminuddin Baki
Cawangan Utara.
ii. Mewujudkan hubungan kerjasama antara peserta NPQEL IAB Utara SRUT
3, ambilan 2/2019 dengan Sekolah Kebangsaan Padang Pekan, Jitra,
Kedah.
iii. Mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar yang mantap dan akrab
antara pihak sekolah dan komuniti supaya lahir rasa kesepunyaan
perkongsian dan tanggungjawab serta berkomunikasi dan berkolaborasi
antara semua pihak.
3.2.4 Rumusan
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang aktif untuk memajukan
sekolah terutamanya meningkatkan prestasi pelajar. Kajian oleh Mortimoeve (1988)
telah mendapati salah satu daripada sebelas factor untuk mewujudkan sekolah
berkesan adalah perkongisan/permuafakatan ibubapa dan sekolah (home school
partnership). PIBG sebagai penyumbang dana perlu membelanjakan sebahagian
pendapatan tahunan untuk membantu sekolah bagi memastikan semua program yang
dirancang dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan demi kemenjadian murid.
Peranan warga koprat dan sector swasta juga turut memain peranan penting dengan
menyediakan sumbangan dalam bentuk tenaga, kepakaran dan kewangan.
Jalinan pintar korporat dapat mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar yang
mantap dan akrab antara pihak sekolah dan komuniti luar supaya lahir rasa
kesepunyaan dan tanggungjawab disamping berkomunikasi dan berkolaborasi antara
satu sama lain.
3.3.4 Rumusan
Pengurusan Majlis, Protokol dan Etiket adalah satu bidang pengurusan yang tidak
boleh dipandang kecil dan dikesampingkan. Sebagai seorang pentadbir bidang ini amat
penting untuk difahami bagi melancarkan program sekolah yang disusun berdasakan
takwim tahunan. Baik buruk sesebuah pengurusan antaranya dilihat melalui
pengurusan majlis. Ini melambangkan keperibadian seseorang peminpin dalam
menguruskan organisasinya.
3.4.4 Rumusan
LPIS telah menyediakan pengalaman bagi pembinaan kompetensi Berkomunikasi
berkesan dan Berkeperibadian Tinggi. Ativiti LPIS telah menyediakan ruang dan
peluang kepada saya untuk mempelajari kemahiran sebagai pemimpin pendidikan.
LPIS telah memberikan faedah ketara serta untuk jangka masa panjang. Peserta
NPQEL 2.0 menyatakan usaha inovasi ini telah meningkatkan imej bakal PBG dalam
aspek pengurusan yang lebih ke hadapan. Ia juga adalah satu usaha yang kreatif
dengan elemen penambahbaikan, kejayaan dalam melatih bakal PGB berupaya
menjadikan LPIS sebagai satu penanda aras.
3.5 Perantisan 2
3.5.1 Dapatan
Sepanjang melalui Perantisan 2 saya memperolehi dapatan seperti berikut:
i.