Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Keseluruhan luas tapak mestilah dikaji dari segi capaian jentera yang akan digunakan
unuk kerja-kerja penggalian. Selain itu kedudukan asas juga perlu diambil kira untuk
menentukan pusingan kerja dan jenis jentera yang akan digunakan.
Terdapat 2 jenis jentera yang sesuai untuk kerja-kerja penggalian ini iaitu excavator dan
back hoe. Sekiranya kedudukan asas-asas berjauhan, mungkin penggunaan back hoe
lebih sesuai di mana penggalian secara individu dapat dilakukan. Namun begitu jika
kedudukan asas adalah rapat dan penggalian individu tidak mungkin dibuat, penggunaan
excavator mungkin lebih praktikal.
Harus diingat, dalam pemilihan jenis excavator ini biarlah sepadan dengan kerja yang
akan dibuat. Tidak guna menyewa excavator berkapasiti besar sekiranya excavator yang
kecil juga dapat mencapai kedudukan asas-asas tersebut.
Bagi sesuatu kawasan yang besar, penggunaaan lori mungkin perlu untuk membawa
keluar tanah yang digali supaya tidak mengganggu kerja-kerja membina asas. Namun
begitu, keadaan ini dapat dielakkan dengan perancangan penggalian berdasarkan
pergerakan jentera.
Kaji detail pada plan dan tentukan betul-betul kedalaman penggalian sebelum memulakan
kerja. Satu point rujukan level mestilah didapatkan dari juru ukur sebelum memulakan
kerja. Secara konvensional, level dipindahkan dengan menggunakan sesalur getah.
Namun begitu penggunaan dumpy level adalah lebih praktikal keraana ianya tepat, cepat
dan ringkas.
Pada peringkat menentukan level sebenar penggalian, pembetulan kepada level tersebut
dibuat secara manual oleh pekerja dengan menggunakan cangkul. Dasar penggalian
tersebut mestilah dipadatkanh dan diratakan dengan mesin pemampat (compactor).
2.1 Menyimpan tanah galian
Tanah yang digali hendaklah disimpan berdekatan dengan lubang galian supaya
memudahkan kerja-kerja menimbus semula. Namun begitu mestilah mengambil kira
factor keselamatan di mana sekiranya jumlah tanah tersebut banyak, mungkin akan
mengakibatkan keruntuhan.
Begitu juga, factor kelancaran kerja mestilah di ambil kira di mana longgokan tanah dari
penggalian tersebut tidak boleh mengganggu kelancaran kerja.
Awasi pergerakan jentera supaya tidak merosakkan setting out asas yang telah dibuat. Ini
dapat mengelakkan kesilapan dan kerja dua kali. Profile hendaklah dibuka di mana
jentera perlu masuk melaluinya. Namun begitu, perhatian mestilah diberikan supaya
profile tersebut tidak terganggu kedudukan keseluruhannya. Ini dapat menjimatkan masa
kerana jika kedudukannya terganggu, kerja-kerja setting out terpaksa dibuat semula.
Pam air mestilah disediakan apabila kerja-kerja penggalian telah dibuat. Ini kerana bila
berlakunya hujan, air sudah tentu akan bertakung di dalam lubang penggalian. Air ini
hendaaklah sentiasa dipam keluar bagi menjamin kestabilan lubang penggalian tersebut.
Bagi tanah yang tidak stabil atau kawasan berpasir, perlindungan kepada lubang
penggalian mestilah diberikan sebagaimana kehendak spesifikasi kontrak. Kebiasaannya,
tebing di sekeliling lubang tersebut disokong dengan kayu atau dalam kes-kes tertentu
dengan sheet pile. Perlindungan ini amat penting dei keselamatan pekerja, selain untuk
menjaga lubang tersebut dari rosak.