Anda di halaman 1dari 1

Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran

Alam Sekitar

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah "Langkah-langkah untuk Mengatasi
Pencemaran Alam Sekitar".

Hadirin sekalian,

Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah


menguatkuasakan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang telah
diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah mengenakan tindakan yang tegas dan
berat terhadap pencemar alam sekitar supaya mereka serik untuk melakukan
perbuatan itu lagi.

Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan.


Kempen ini boleh disiarkan melalui media massa seperti surat khabar,
televisyen dan radio. Kempen-kempen ini akan menyedarkan orang ramai
tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Hadirin sekalian,

Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan


tanggungjawab menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotong-
royong dapat membantu orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab
terhadap penjagaan alam sekitar.

Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap prihatin dan


bertanggungjawab. Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar,
mereka perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang
sewajarnya dapat diambil.

Hadirin sekalian,

Tanggunjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita


bersama. Alam sekitar yang terpelihara atau dijaga dengan baik akan
menjadikan hidup kita lebih selesa dan sihat.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai