Anda di halaman 1dari 6

Alhamdulillah sempat menyiapkan nota padat untuk calon UPSR pagi ini

RAMALAN UPSR SAINS 2019!

Tahun 4:

Bab 5 - Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan, fotosintesis

Akar bergerak balas terhadap


1. Air
2. Graviti

Daun/pucuk bergerak balas terhadap


1. Cahaya matahari
Sebahagian terhadap sentuhan

4 faktor diperlukan oleh tumbuhan untuk menjalankan fotosintesis


1. Cahaya matahari
2. Air
3. Klorofil
4. Gas karbon dioksida

Hasil fotosintesis
1. Glukosa
2. Gas oksigen

Bab 6 - Ukuran panjang, jisim, masa, mencipta alat mengukur masa

Alat piawai mengukur jisim


1. Neraca tuas
2. Teraca tiga palang

Alat piawai mengukur panjang


1. Pita pengukur
2. Pembaris

Bab 7 - Sifat bahan, mereka cipta objek

1. Bahan semulajadi
Diperbuat daripada tumbuhan atau haiwan
Contoh : beg tangan kulit, kasut kulit

2. Bahan sintetik
Contoh: baju hujan, khemah, kain kanvas, payung

Bab 8 - Pengaratan bahan


Hanya objek diperbuat daripada besi akan berkarat. Keluli berkarat kerana terdapat
besi di dalamnya

2 faktor yang menyebabkan pengaratan


1. Kehadiran air
2. Kehadiran udara
Jika ada salah satu sahaja, tidak berkarat

Bab 9 - Sistem suria, saiz dan jarak relatif antara bumi, bulan dan matahari

Saiz relatif
Bulan : Bumi : Matahari
1 : 4 : 400
Bab 10 - Kepentingan teknologi dalam kehidupan, perkembangan teknologi

Teknologi telah membantu memudahkan melakukan kerja. Semakin moden teknologi


semakin menjimatkan masa

Tahun 5:

Bab 3 - hubungan makanan antara hidupan, ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk
melindungi diri

Rantai makanan mesti bermula dengan tumbuhan hijau

Rantai makanan - hubungan makanan antara hidupan

Siratan makanan - Gabungan beberapa rantai makanan

Jumlah hidupan pada awal rantai makanan adalah paling banyak. Semakin ke kanan
rantai makanan, semakin sedikit jumlah hidupan namun semakin besar saiz hidupan

Bab 4 - ciri khas tumbuhan utk melindungi diri, kemandirian spesies tumbuhan
Bab 5 - tenaga boleh dibaharui dan tidak boleh dibaharui

Tenaga yang boleh diperbaharui


Tenaga yang tidak akan habis
Contoh: air, ombak, solar

Tenaga yang tidak boleh diperbaharui


Tenaga yang akan habis setelah digunakan
Contoh: petroleum, gas asli

Bab 6 - cahaya boleh dipantulkan, pembentukan bayang2


3 jenis objek
Objek lut sinar - membenarkan semua cahaya melaluinya
Contoh : cermin tingkap
Objek lut cahaya - membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
Contoh: cermin tinted
Objek legap - tidak membenarkan sebarang cahaya melaluinya
Contoh: dinding rumah, kayu
Bab 7 - litar selari litar bersiri
Litar selari - mempunyai lebih daripada 1 laluan
Litar bersiri - mempunyai 1 laluan
Bab 8 - konsep menerima dan kehilangan haba, pengecutan & pengembangan.
Objek mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan

Bab 9 - perubahan keadaan jirim, kitaran air semula jadi


Peleburan
Pepejal → cecair

Pendidihan/penyejatan
Cecair → gas

Kondensasi
Gas →cecair

Pembekuan
Cecair → pepejal

Bab 10 - sifat kimia bahan , perubahan kertas litmus

Perubahan warna kertas litmus


SAMBAL
Alkali
MBAL
Merah →biru

Asid
BMAS
Biru → merah

Bab 11 - pergerakan bumi, fasa2 bulan


Peredaran Bulan mengelilingi Bumi menyebabkan pembentukan fasa-fasa bulan
Bab 12 - kestabilan dan kekuatan binaan
Kestabilan dipengaruhi
1. Luas tapak
2. Ketinggian
Semakin besar luas tapak, semakin bertambah kestabilan objek

Semakin berkurang ketinggian objek, semakin bertambah kestabilan

Kekuatan objek dipengaruhi


1. Jenis bahan
2. Bentuk objek

Tahun 6:

Bab 3 - hidup sihat berdasarkan pengetahuan tentang mikroorganisma


4 jenis mikroorganisma
1. Fungi
2. Bakteria
3. Virus
4. Alga
Bab 4 - interaksi antara haiwan, interaksi antara tumbuhan, simbiosis

Persaingan antara tumbuhan untuk mendapatkan


1. Ruang
2. Nutrien
3. Air
4. Cahaya matahari

Persaingan antara haiwan untuk mendapatkan


1. Pasangan
2. Makanan
3. Minuman
4. Tempat tinggal

Simbiosis
1. Mutualisme - kedua-dua hidupan mendapat kebaikan
Contoh : burung di atas badan kerbau
2. Komensalisme
Satu hidupan mendapat kebaikan dan satu hidupan lagi tidak mendapat sebarang kesan
Contoh: ikan

Anda mungkin juga menyukai