Anda di halaman 1dari 2

SANG GEMBALA KUDA

MAKSUD SAJAK

Rangkap 1: Penjaga kuda ialah seorang lelaki yang gagah. Berbekalkan keberanian yang dimilikinya,
dia dengan angkuh menghalau kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda
yang sedang berada di padang agar bersegera balik ke kandang.

Rangkap 2: Sementara itu, dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan yang
menjadikan kuda sentiasa setia. Setelah kenyang, kuda-kuda itu tidak peduli akan nasib mereka
dijadikan tunggangan untuk memburu kuda-kuda yang lain.

Rangkap 3: Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, penjaga kuda
begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dia
bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya
berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala kekejaman.

Rangkap 4: Penjaga kuda hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira
kepenatan kuda yang ditunggangnya itu. Penjaga kuda juga hanya mahu kuda yang boleh membawa
kemenangan tanpa mengambil kira kesengsaraan kuda yang ditungganginya itu. Penjaga kuda hanya
mementingkan diri apabila kuda-kuda itu terus ditunggani penjaga tanpa belas kasihan.

TEMA

Tema sajak ini ialah tugas penjaga kuda yang mampu mengawal kudanya dengan pemyembat
sebagai lambing kekuatan dan kekuasaannya di kandang.

PERSOALAN

(1) KEPERKASAAN SEORANG GEMBALA

- Buktinya, sang gembala kuda Berjaya mempamerkan keperkasaannya dalam kerja apabila dia
memegang cemeti dan mengejar serta menghalau kuda-kuda tersebut memasuki kandang.

(2) KUDA MEMERLUKAN MAKANAN UNTUK TERUS HIDUP

- Buktinya, sang gembala kuda menghidangkan jerami dan rumput untuk dimakan oleh kudanya
jagaanya supaya kuda-kuda itu kuat dan mempunyai tenaga untuk bekerja dan membantunya
mencari rezeki.

(3) KEKUASAAN MENGAWAL DAN MENGEMBALA KUDA

- Buktinya, sang gembala kuda yang gagah dapat mengawal kudanya dan membolehkan dia
menjinakkan kuda-kuda tersebut dengan cemeti yang dimilikinya.

GAYA BAHASA

(1) METAFORA - (penggunaan unsur perbandingan secara tidak langsung)

Bukti :

- dengan cemeti keberanian di tangan

- meranduk rumput di paya penindasan

-sambil melibas cemeti durjana


(2) PARADOKS – (penggunaan unsur yang berlawanan dalam sebaris)

Bukti : Rembat angkuhnya memacu takut

(3) SINKOPE – (penggunaan singkatan kata)

Bukti : tak peduli nasib diri setelah kenyang

NILAI

(1) KEBERANIAN

-Buktinya, sang gembala kuda berani mengawal kuda jagaannya hanya dengan menggunakan
cemeti demi memastikan kudanya mengikut arahan.

(2) KERAJINAN

-Buktinya, sang gembala kuda rajin bekerja setiap hari dengan memastikan kuda-kuda jagaannya
mendapat makanan yang mencukupi untuk terus bekerja keras

(3) KEBIJAKSAAN

-Buktinya, sang gembala kuda seorang yang bijaksana kerana dia sedar bahawa makanan amat
penting kepada kuda untuk meneruskan kerja seharian demi memenuhi permintaan gembala.

PENGAJARAN

(1) KITA MESTILAH BERANI MENGHADAPI CABARAN DALAM TUGAS

-Buktinya, dalam segala tugas yang diamanahkan, kita haruslah berani menghadapinya demi
menghasilkan kejayaan yang membanggakan seperti sang gembala kuda yang berani mengawal
kuda hanya dengan menggunakan cemeti.

(2) KITA MESTILAH RAJIN DALAM SETIAP TUGASAN YANG DIBERIKAN

-Buktinya, sang gembala kuda rajin bekerja setiap hari dengan memastikan kuda-kuda jagaannya
mendapat makan yang mencukupi.

(3) KITA MESTILAH BIJAK DALAM MENYELESAIKAN SETIAP MASALAH

-Buktinya, sang gembala kuda seorang yang bijaksana kerana dia sedar bahawa makanan amat
penting kepada kuda untuk meneruskan kerja mereka.

SEKIAN .....

Anda mungkin juga menyukai