Anda di halaman 1dari 3

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.
1 subjek 1 predikat
Saya sakit
Rumah Ali cantik
Ahmad tidak pergi ke sekolah hari
ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang
digabungkan dengan kata hubung.
Ayat majmuk Kata Ayat tunggal
hubung
Suhaili suka makan nasi dan (a) Suhaili suka makan nasi
lemak dan mi sup. lemak.

(b) Suhaili suka makan mi


sup.
Rumah yang besar itu Yang(a) Rumah itu besar.
rumah Fazli.
(b) Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa bahawa
(a) Dia memberitahu.
kakaknya akan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara. (b) Kakaknya akan
melanjutkan pelajaran ke
luar Negara.
Dia akan balik ke kampong Apabila
(a) Dia akan balik ke
apabila ada masa lapang. kampung.

(b) Dia ada masa lapang.

Latihan 1
Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.

1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________


2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________
3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________
4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu. _____________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________
6.Kucing itu mengiau kerana lapar. ______________
7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________
8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________
10. Hartawan itu sangat kedekut._______________
Latihan 2
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi
ayat majmuk.

1. Ayah membaca surat khabar.


Ayah menonton televisyen.
__________________________________________________________________

2. Hanita tinggal di Taman Aman.


Suresh tinggal di Taman Aman
__________________________________________________________________

3. Amran melayari internet.


Amran mencari maklumat terbaru.
__________________________________________________________________

4. Kasut itu berwarna biru.


Kasut itu sangat mahal.
__________________________________________________________________

5. Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan.
__________________________________________________________________

6. Halim kaya.
Halim kedekut.
__________________________________________________________________

7. Murid itu mengetuk pintu.


Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.
____________________________________________________________________

8. Ibu memarahi adik.


Adik bermain di tepi longkang.
____________________________________________________________________

9. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.


Asward tidak sihat.
____________________________________________________________________
Latihan 3
Pisahkan setiap ayat di bawah menjadi dua ayat tunggal.

1. Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.


2. Golongan remaja mahupun golongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk
memajukan lagi negara ini.
3. Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat bersaing dengan
barang luar negara.
4. Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara dan banyak harta benda akan
musnah.
5. Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memudahkan seseorang
menyelesaikan masalah.
6. Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan dan keburukan.

[Sila jawap latihan 3 dalam Buku Aspek (A3)]


JAWAPAN
1. Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan.Pembinaan lebuh
raya menjimatkan masa.
2. Golongan remaja hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi
negara ini. Glongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi
negara ini.
3. Barangan buatan Malaysia bermutu. Barangan buatan Malaysia dapat
bersaing dengan barang luar negara.
4. Peperangan menyebabkan kehidupan huru-
hara.Peperangan menyebabkan banyak harta benda akan musnah.
5. Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan.Membaca buku
dapat memudahkan seseorang menyelesaikan masalah.
6. Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan.Pendatang
asing di negara ini banyak memberikan keburukan

Anda mungkin juga menyukai