Anda di halaman 1dari 2

Penggunaan bahan bakar fosil yang semakin meningkat telah berperanan besar dalam fenomena

pemanasan global dengan melepaskan karbon dioksida(CO2) ke udara bebas dan seterusnya
mempengaruhi perubahan iklim dunia.

Namun begitu, walaupun penggunaan bahan api fosil ini banyak memberi manfaat kepada manusia,
timbul pula isu kesan sampingannya terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. Pembakaran bahan api
fosil di stesen jana kuasa telah menghasilkan berjuta-juta ton gas-gas rumah hijau dan bahan-bahan
terampai seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan sebagainya. Keadaan ini
telah menyebabkan berlakunya masalah pencemaran udara, hujan asid, pemanasan global dan
sebagainya yang boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

Pembakaran bahan api fosil dalam penjanaan tenaga elektrik telah membebaskan asap yang
mengandungi berjuta-juta ton bahan-bahan terampai seperti karbon dioksida, sulfur dioksida,
hidrokarbon dan sebagainya ke udara. Masalah ini menyebabkan udara menjadi semakin tercemar
kerana ditambah pula dengan pembebasan gas-gas pencemar oleh industri-industri perkilangan lain dan
kenderaan-kenderaan bermotor. Maka, hal ini telah memburukkan lagi keadaan sehingga boleh
menyebabkan berlakunya kejadian hujan asid, jerebu, dan peningkatan suhu yang juga boleh
mendatangkan kesan buruk kepada manusia.

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Hal ini disebabkan oleh air hujan yang turun akan
bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid contonya seperti sulfur dioksida yang terdapat
di atmosfera. Pada masa kini, peningkatan penggunaan tenaga elektrik telah menyebabkan bahan api
fosil dibakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh
loji tenaga membebaskan banyak bahan-bahan pencemar. Bahan-bahan pencemar ini kemudiannya
disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu
membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi
pemendapan berasid. Hal ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang
terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan
batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan
cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama kepada golongan
kanan-kanak dan golongan warga emas, serta mereka yang berpenyakit seperti penghidap asma.

4.2 Jerebu

Jerebu pula merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat
daripada aktiviti manusia. Masalah jerebu sering kali berlaku di Malaysia. Keadaan ini berpunca apabila
berlaku pembakaran bahan api fosil yang tidak lengkap dari stesen jana kuasa serta proses perindustrian
yang mengeluarkan asap hitam. Apabila zarah-zarah kecil ini berkumpul dalam jumlah yang banyak,
bertaburan dan terapung di udara maka ia akan bertindak menyerap dan menghalang cahaya matahari
dari sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan
menurunkan kadar penglihatan.

Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada suatu ketika dahulu. Contohnya pada 11
Ogos 2005, Malaysia pernah mengisytiharkan darurat akibat jerebu di Selangor dan Pelabuhan Klang
setelah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 500. Hal ini telah menyebabkan
kesihatan dan kadar penglihatan penduduk di kawasan tersebut terjejas. IPU diperolehi daripada
pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan
kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Jerebu selalunya berlaku
di kawasan bandar. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu
termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, kesukaran untuk bernafas atau
kesesakan nafas, mata pula terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa
gatal-gatal dan terasa sakit dada.

4.3 Peningkatan Suhu Bumi

Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat
dirasakan oleh seluruh dunia termasuk Malaysia. Kenaikan suhu bumi berlaku disebabkan oleh
pembebasan gas-gas pencemar seperti gas karbon dioksida ke udara. Tambahan pula, banyak hutan
telah dibalak untuk tujuan komersial. Hal ini menyebabkan hutan tidak dapat lagi berfungsi sebagai
penyerap gas karbon dioksida. Maka, kandungan gas karbon dioksida semakin meningkat dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak ini telah bertindak menyerap haba, maka menyebabkan haba
tidak dapat terbebas ke udara dan lalu menyebabkan suhu bumi meningkat dan persekitarannya
menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya
adalah, permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga
berlakunya kejadian alam seperti gempa bumi, letusan gunumg berapi dan sebagainya.

Oleh itu, langkah-langkah yang efektif perlu dilakukan untuk mengurangkan kesan negatif akibat
daripada penggunaan bahan api fosil tersebut. Sumber alternatif juga perlulah dibangunkan untuk
mengurangkan atau menggantikan bahan api fosil yang boleh memudaratkan alam sekitar fizikal dan
alam sekitar manusia.

Anda mungkin juga menyukai