Anda di halaman 1dari 2

Karangan Jenis Cerita

Bercuti di Kampung

Pada cuti sekolah yang lalu, ayah dan ibu telah membawa kami pulang ke
kampung datuk dan nenek di negeri Perak. Kami pulang ke kampung
dengan menaiki kereta baharu ayah. Ayah memandu kereta dengan
berhati-hati kerana jalan bengkang bengkok seperti ular kena palu. Dalam
perjalanan pulang ke kampung, saya dan adik menyanyi dengan gembira.

Saya berasa sangat kagum melihat pemandangan yang cantik dan


udara yang segar di kampung. Sampai di rumah datuk, saya dan adik terus
bersalaman sambil memeluk datuk dan nenek.

Datuk telah membawa adik dan saya pergi kebun untuk mengutip
buah durian dan mengait buah rambutan. Kami membantu datuk
memasukkan buah-buahan itu ke dalam bakul yang besar.

Keesokan harinya, adik dan saya bermain layang-layang di padang


yang luas. Saya dan adik menunggang basikal di sekitar kampung sambil
menyanyi dengan gembira.

Pada waktu petangnya, kami mandi manda di sungai dengan


gembira. Air di sungai itu jernih dan bersih. Kami juga berpeluang
memancing ikan di sungai itu. Saya berasa seronok kerana mendapat
banyak ikan.

Pada waktu malam pula, datuk akan bercerita kisah lucu di beranda.
Adik dan saya ketawa terbahak-bahak.

Nenek telah memasak makanan kampung yang sedap. Kami makan


bersama-sama di dapur untuk mengeratkan hubungan. Selepas makan,
saya dan adik menolong nenek mencuci pinggan di dalam singki.

Saya berharap ayah dan ibu akan membawa kami pulang ke


kampung lagi pada cuti sekolah yang akan datang.