Anda di halaman 1dari 13

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kelulusan

Makluman

KERTAS KERJA
KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA
KALI KE-19
2011

Disediakan oleh: Disahkan oleh: Diluluskan oleh:

Tandatangan

Muhammad Ishyak Prof Madya Dr. Ab. Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd.
Nama
bin Mohammad Nuri Latif Bin Ibrahim Tajudin Bin Hj. Ninggal

Timbalan Naib Canselor


Jawatan Pengarah Program Pengetua (Hal Ehwal Mahasiswa dan
ALUMNI)

Tarikh
KEJOHANAN SUKAN ANTARA
KOLEJ MAHASISWA

TARIKH:

28 Julai 2011 – 08 Ogos 2011

TEMPAT:
Universiti Teknologi Malaysia

ANJURAN:
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ULASAN PENASIHAT
MENGENAI PROGRAM
Tajuk
Program KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA KALI
KE-19

Tarikh Tempat Universiti Teknologi Malaysia


28 Julai 2011 – 08
Program Ogos 2011

Ulasan Penasihat:
Sukan merupakan satu aspek yang penting dan ianya haruslah di ambil kira serta
dititikberatkan oleh setiap mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Teknologi Malaysia.
Mahasiswa dan mahasiswi haruslah seimbang sama ada dari segi akademik, sosial, fizikal, mental
dan lain-lain lagi. Hal ini kerana, mahasiswa dan mahasiswi merupakan bakal-bakal pelapis
kepimpinan negara di masa hadapan nanti. Oleh itu, mereka perlulah sentiasa proaktif dan kreatif
dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi
Malaysia khusunya.
Justeru, kejohanan sukan antara kolej mahasiswa UTM yang ke-19 bagi tahun 2011
amatlah sesuai bagi mahasiswa dan mahasiswi untuk melibatkan diri mereka bagi mencungkil
dan menonjolkan bakat diri masing-masing dalam aspek kesukanan

Nama Penasihat Prof Madya Dr. Ab. Latif Bin Ibrahim

Tandatangan Tarikh

Cop Rasmi

RINGKASAN EKSEKUTIF
Nama program KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA

Tarikh 28 Julai 2011 – 08 Ogos 2011

Tempat Universiti Teknologi Malaysia

Anjuran UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Penyertaan Mahasiwa mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia(Warga Kolej 10)


Kejohanan SUKAM XVIII ’11 bermatlamat untuk menggalakkan
Matlamat penyertaan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia
khususnya warga kolej 10 di dalam acara sukan sebagai aktiviti rutin dan
mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Melaluinya,
diharapkan agar seluruh golongan mahasiswa dan mahasiswi yang
terlibat dapat mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi
melahirkan golongan masyarakat yang proaktif dan terbilang.

 Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cerdik pandai di


Objektif samping mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti
berteraskan kesukanan.
 Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk berani
mencuba dan mencungkil bakat-bakat baru atlet sukan yang
boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 Membentuk generasi baru yang seimbang dari aspek moral,
spiritual, emosi, jasmani dan mental sebagai belia pelapis
kepimpinan negara di masa depan.
 Menjalin integrasi kaum dan saling mengukuhkan perasaan
muhibbah dan bersatu padu di kalangan mahasiswa dan
mahasiswi tanpa mengira batas kaum, bangsa dan agama.

Anggaran Kos RM 7,000.00


KERTAS KERJA KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA
KALI KE-19 2011
(SUKAM ke-19 ’11)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Dalam melahirkan sebuah generasi Malaysia yang cemerlang, gemilang dan


terbilang, aspek sukan merupakan salah satu aspek yang perlu diambil berat.
Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) pada tahun 2010 telah menyasarkan
objektifnya untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan
ke arah perpaduan pembangunan negara.

Di dalam mencapai objektif tersebut, KBS telah merangka strategi yang memberi
penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia
yang bertanggungjawab, dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang baik
melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan
dan antarabangsa selain meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti
hidup melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep
Malaysia Cergas.

Penglibatan golongan belia khususnya mahasiswa institusi pengajian tinggi di


dalam Sukan Massa ini adalah selaras dengan Dasar Pembangunan Sukan Negara.
Sekurang-kurangnya 50 peratus rakyat Malaysia perlu mengamalkan gaya hidup
yang cergas dan sihat menerusi acara sukan yang disertai dari peringkat akar
umbi. Penerapan budaya kesukanan di kalangan belia amatlah perlu sejajar
dengan usaha melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas selain
mengamalkan budaya sukan sepanjang hayat ke arah peningkatan kualiti gaya
hidup baik dari segi sosial dan fizikal.

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini ialah untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan
kewangan daripada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa, UTM.

3.0 JENIS PROGRAM

Program ini adalah berbentuk sukan massa serta sukan-sukan umum yang
melibatkan pertandingan antara kolej-kolej di Universiti Teknologi Malaysia.
4.0 MATLAMAT

Kejohanan SUKAM XVIII ’11 bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan


mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia khususnya warga kolej
10 di dalam acara sukan sebagai aktiviti rutin dan mewujudkan gaya hidup sihat
dalam kehidupan seharian. Melaluinya, diharapkan agar seluruh golongan
mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dapat mewujudkan budaya hidup
berteraskan kesukanan bagi melahirkan golongan masyarakat yang proaktif dan
terbilang.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cerdik pandai di samping


mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti berteraskan
kesukanan.

5.2 Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk berani


mencuba dan mencungkil bakat-bakat baru atlet sukan yang boleh
diketengahkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

5.3 Membentuk generasi baru yang seimbang dari aspek moral, spiritual,
emosi, jasmani dan mental sebagai belia pelapis kepimpinan negara di
masa depan.

5.4 Menjalin integrasi kaum dan saling mengukuhkan perasaan muhibbah dan
bersatu padu di kalangan mahasiswa dan mahasiswi tanpa mengira batas
kaum, bangsa dan agama.

6.0 TEMA

“Perpaduan Sukan Teras Kegemilangan Negara”

7.0 TARIKH PERLAKSANAAN

8.0 TEMPAT PROGRAM


Kejohanan ini akan diadakan di beberapa lokasi terpilih antaranya:
8.1 Sekitar kampus UTM Johor
8.2 Stadium Hoki MBJB
8.3 IOI Mall, Kulai
8.4 Sekitar Taman Universiti
9.0 SASARAN PENYERTAAN

Penyertaan bagi Kejohanan SUKAM XVIII ’11 ini terbuka kepada seluruh
mahasiswa dan mahasiswi yang mewakili kolej yang terdapat di dalam kampus
Universiti Teknologi Malaysia, Johor dan jemputan atlet dari Kuala Lumpur
International Campus.

10.0 AHLI JAWATANKUASA

Terdapat dua jenis jawatankuasa yang dibentuk bagi melancarkan penganjuran


kejohanan ini:

10.1 Jawatankuasa Pelaksana SUKAM XVIII ’11 bagi warga kolej 10


Sila rujuk Lampiran A

11.0 BELANJAWAN KEJOHANAN


Sila rujuk Lampiran B

12.0 PENUTUP

Semoga dengan penganjuran kejohanan ini dapat menyuntik semangat dan


memberi dorongan kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi
Malaysia untuk terus bergiat aktif di dalam bidang sukan dan menjadikannya
sebagai satu budaya yang diamalkan setiap hari. Akhir sekali, adalah menjadi
harapan pihak penganjur agar kejohanan sukan ini menjadi platfom kepada
perpaduan antara mahasiswa dan mahasiswi yang lebih utuh selaras dengan tema
kejohanan SUKAM XVIII ’11 iaitu “Perpaduan Sukan Teras Kegemilangan
Negara”.
Lampiran A

JAWATANKUASA INDUK
KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA KALI KE-19 2011
(SUKAM XVIII’11) PERINGKAT KOLEJ 10

PENAUNG

PROF. DR. MOHD TAJUDIN BIN HJ NINGGAL

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA)

PENGETUA

PM. DR. AB. LATIF BIN IBRAHIM

Pengetua Kolej 10

FELO PENASIHAT

MUHAMAD NURIZAD B. ROSLI

Pembantu Felo Kolej10

PENGERUSI JKM

MOHAMAD ARIFF BIN MAKHFUDZ

BENDAHARI JKM

MUHAMAD SHAFIQ BIN ITHNIN


Lampiran A

JAWATANKUASA PELAKSANA
KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA KALI KE-19 2011

Penasihat
PM. DR. AB. LATIF BIN IBRAHIM
Pengetua Kolej 10

Felo Penasihat
MUHAMAD NURIZAD B. ROSLI
Pengarah
MUHAMMAD ISHYAK BIN MOHAMMAD NURI

Timbalan Pengarah
MOHAMAD FAKRUL NIZAM BIN AHMAD LUTHFFI

Setiausaha
MOHD SHAFIQ FAHMI AB LATIFF

Timbalan Setiausaha
MUHAMAD MIZWAN HAKIMIE

Bendahari
MUHAMAD SHAFIQ B. ITHNIN

Timbalan Bendahari
MUHAMMAD FARIS BIN AHMAD

Ketua Unit Makanan


MUHAMMAD ASLAM BIN SHAARI
HISAMUDDIN BIN MOHD YUNUS RAJANDRAN

Ketua Unit Pakaian


ISKANDAR DZULKARNAIN BIN MOHAMAD
NOR HAZUAN B. ABD HALIM

Ketua Unit Pengangkutan


AHMAD AMMAR B. ZULKIFLI
IZZAT AZIM B. MOHD ZALI

Ketua Unit Tugas-Tugas Khas


MUHAMAD HAMIDI BIN SHUFI
MUHAMMAD ZUHDI BIN MOHD ZIN

Ketua Peralatan
MUHAMMAD SADIQ B. MUZAKIR
Lampiran B

ANGGARAN BELANJAWAN
KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA KALI KE-18
2011
(SUKAM XVIII ’11)

ANGGARAN PENDAPATAN
JUMLAH
PERKARA
(RM)
Peruntukan kewangan
7000.00
Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa

ANGGARAN PEMBELANJAAN
BIL PERKARA HARGA JUMLAH
(RM) (RM)
1.0 Makanan untuk Latihan & Sukan
1.1 Bola Tampar 200.00
1.2 Bola Baling 150.00
1.3 Bola Sepak 280.00
1.4 Sepak Takraw 150.00
1.5 Ping Pong 100.00
1.6 Badminton 100.00
1.7 Ragbi 220.00
1.8 Memanah 50.00
1.9 Tenis 100.00
1.10 Bowling 50.00
1.11 Kayak 100.00
1.12 Hoki 200.00
1.13 Bola Keranjang 150.00
1.14 Road Relay 100.00
JUMLAH 1950.00
2.0 Peralatan sukan
6.1 Shuttlecock 150.00
6.2 Ping Pong 50.00
6.3 Bowling 200.00
6.4 Tenis 150.00
6.4 Lain-lain 240.00
JUMLAH 790.00
3.0 Pakaian
3.1 T-shirt SUKAM (250 UNIT) 12.00 3000.00

4.0 Hiasan Pembarisan 200.00


5.0 Lain-lain
5.1 Top-up setiap pengurus (25 ORANG) 250.00
5.2 Ink & kertas A4 150.00
5.3 Rencam 660.00
JUMLAH 1060.00
JUMLAH PEMBELANJAAN 7000.00
Disediakan Oleh,

..............................
( MUHAMMAD ISHYAK BIN MOHAMMAD NURI)
Pengarah Program,
Kejohanan Sukan Antara Kolej Mahasiswa,
Universiti Teknologi Malaysia.

Disemak oleh,

...................................
(MUHAMAD ARIFF BIN MAKHFUDZ)
Pengerusi JKM Kolej 10.

Disemak Oleh,

...............................
(MUHAMAD SYAFIQ BIN ITHNIN)
Bendahari JKM Kolej 10.

Disemak Oleh,

...............................
(MUHAMAD NURIZAD B. ROSLI)
Pembantu Felo Kolej 10.

Anda mungkin juga menyukai