Anda di halaman 1dari 1

Tidur menurut Sains

Fenomena tidur dalam bidang sains banyak dibincangkan dalam cabang neurosains
kerana, hal ini melibatkan secara langsung sistem saraf manusia. Secara umunya, neurosains
ialah satu disiplin penyelidikan yang mengkaji sistem saraf yang merangkumi otak, korda spina
dan saraf-saraf periferi (saraf kranium dan saraf spinal) dari berbagai aspek. Antara bidang yang
berkaitan dengan neurosains termasuklah neuroanatomi, neurofisiologi, neurokimia,
neurofarmakologi, neuropembentukan, neuropatologi dan neurologi. Istilah, “neuro” merujuk
kepada neuron yaitu sebagai saraf yang membentuk tisu saraf.

Secara umumnya, tidur dianggap sebagai suatu proses biologi yang kompleks dan tiada
definisi yang benar-benar menepati kesemua aspek dalam aktivitas tidur disebabkan oleh
beberapa faktor, yaitu:

1. Tidur bukan suatu ciri yang homogenus, tetapi merangkumi beberapa ciri penting yang
pelbagai
2. Mekanisme untuk mengawal aktivitas tidur didapati menerusi banyak peringkat dalam
organisme biologi, daripada peringkat gen dan mekanisme intrasel hinggalah jalinan
beberapa populasi neuron dalam sistem saraf pusat yang mengawal pergerakan, emosi,
fungsi autonomi, kelakuan dan kognitif.
3. Aktiviti dan interaksi neurokimia menggambarkan pelbagai kelompok neuron bergantung
kepada dua ritma biologi dalam badan manusia, ritma sirkadian. Tidur jaga dan kitaran
berkala tidur NREM/REM sebagai dua ciri tidur yang penting.

Anda mungkin juga menyukai