Anda di halaman 1dari 4

Projek Jualan Multi- Perisian

Saya sebagai pelajar elektif Keusahawan telah diberi tugasan untuk melaksanakan sebuah
projek secara individu dalam tempoh yang tertentu. Saya menjalankan projek saya ini selama
dua minggu. Saya berhasil menjalankan projek saya dengan baik dan mendapat banyak
sambutan serta maklum balas yang positif daripada pelbagai pihak. Objektif projek ini adalah
untuk mempelajari asas dan menimba pengalaman berniaga serta menjadi seorang
usahawan. Selain itu, untuk memperoleh pengalaman dalam bidang keusahawanan.
Seterusnya, juga untuk mempelajari selok-belok dunia perniagaan dan melatih diri mencari
peluang dan bersaing secara sihat. Selanjutnya, untuk memberi perkhidmatan dan produk
yang terbaik kepada pelanggan serta memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan.

Saya memilih projek jualan Multi-Perisian sebagai projek saya. Projek saya ini
berkaitan tentang perisian dimana saya hanya menggunakan komputer riba saya sepanjang
projek ini. Saya membuat servis perisian seperti Windows 7, 8, dan 10. Seterusnya, saya juga
menyediakan Office seperti Word, Power Point, Excel, Publisher dan sebagainya dengan
aktivator percuma bagi 2 tahun. Selain itu, saya menyediakan servis seperti Antivirus yang
paling terbaik pada harga minima, CCleaner yang membantu membebaskan ruang dalam
komputer serta hapuskan fail yang tidak diperlukan serta memudahkan kelancaran komputer.
Selanjutnya, perisian Format Factory iaitu boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengecilkan saiz fail dan dapat menukar sesuatu video kepada audio. Selain itu, perisian
Slide Show Builder Deluxe iaitu sebuah aplikasi yang digunakan untuk buat slide dengan
kreatif ditambah dengan elemen-elemen istimewa yang tidak terdapat dalam Microsoft Power
Point. Pada masa yang sama, saya juga menyediakan servis perisian Multi-Multimedia
dimana pelanggan boleh muat turun video dari pelbagai sumber dengan penggunaan data
yang kurang dengan kualiti yang baik. Akhirnya, adalah perisian Format laptop. Saya juga
menyediakan servis istimewa untuk perisian format ini dimana pelanggan akan diberi sebuah
laptop lain untuk membuat kerja mereka sehingga laptop mereka selesai format. Hal ini dapat
memudahkan kerja pelanggan serta memberi kepuasan untuk mendapatkan servis lain
daripada saya.

Saya memilih projek Multi-Perisian ini sebab dunia maya. Semua orang dewasa,
remaja, termasuk kanak-kanak menggunakan komputer riba atau komputer secara berleluasa
pada masa kini. Perisian asas iaitu, office merupakan yang sangat penting dalam sistem
pendidikan zaman sekarang. Seterusnya, minat remaja yang suka mencari dan mencuba
perisian yang baru seperti mana yang digunakan di luar negara. Seterusnya, kos kelas ICT
mahal yang menyebabkan ramai menarik perhatian untuk membeli produk ini. Selain itu, kos
perisian yang diingini terlalu mahal dan sama harga bagi semua kategori masyarakat yang
menyebabkan ramai tidak mampu untuk naik taraf komputer mereka. Pada masa yang sama,
ramai juga tidak mempunyai masa untuk membawa laptop atau komputer ke kedai untuk
dibaiki dan kami memudahkan kerja jika ada masalah laptop.

Servis ini akan bermula pada 8.00 pagi – 11.00 malam setiap hari. Saya juga akan
menyediakan servis ini pada hujung minggu sebab kedai-kedai komputer di kawasan ini tidak
beroperasi pada hujung minggu yang menyebabkan ramai tidak mendapat keperluan servis
pada masa kecemasan. Guru pelatih boleh berjumpa dengan saya di kafe IPGKTAA pada
masa tertentu untuk mendapatkan servis ini. Selain itu, penduduk sekitar kawasan Lipis boleh
berjumpa dengan kami dalam pukul 1.00 – 10.00 malam di KFC jika diperlukan sahaja. Jika
sesiapa nak hubungi saya boleh sahaja berhubung dengan saya melalui panggilan atau
media sosial.

Saya menyediakan sebuah poster untuk mempromosikan produk saya supaya dapat
disebar secara berleluasa dalam kalangan guru pelatih IPG dan di luar. Saya juga akan muat
naik poster saya di media sosial saya seperti Whatsapp, Facebook, Instagram, Telegram dan
sebagainya. Sesiapa yang ingin mendapatkan servis ini boleh berhubung dengan saya
melalui ‘Facebook’ (Sharmilah Ambualagan), ‘Instagram’ (Sharmilahambualagan96),
‘Whatsapp’ (016-5553740), dan juga ‘Telegram’ (016-5553740). Saya juga menyediakan
kelas tutorial untuk menggunakan perisian secara live di Facebook pada waktu malam iaitu
jam 9.00 – 11.00 dan tarikh akan diberitahu masa ke masa.

Jadual 1 : Harga produk


SWOT analisis digunakan untuk menilai dan mengenalpasti, apakah kekuatan yang
ada, kelemahan, peluang dan juga ancaman dalam menganalisis pasaran, peluang
perniagaan dan juga pengurusan perniagaan. Ia juga boleh digunakan untuk menentukan dan
menilai kemampuan diri. Objektif pembentukan SWOT ini adalah bertujuan, untuk menilai
faktor luaran dan dalaman yang dapat membantu pembentukan atau mempengaruhi sesuatu
kejayaan. Kekuatan dan kelemahan adalah merupakan faktor dari dalaman manakala
peluang dan juga ancaman adalah faktor dari luaran.

Kekuatan projek saya ini adalah mempunyai pelanggan yang tetap iaitu guru pelatih
IPG, pensyarah serta penduduk sekitar kawasan Lipis. Hal ini kerana, saya mendapati kedai-
kedai komputer di kawasan ini amat kurang dan juga tidak menyediakan servis sebegini.
Bukan itu sahaja, kedai-kedai ini juga tidak beroperasi sehingga malam. Tetapi, saya
membuka servis ini sehingga jam 10.00 malam setiap hari. Hal ini akan menarik perhatian
dan lama-kelamaan mereka akan membiasakan diri untuk mendapatkan servis dengan saya.
Saya akan memudahkan kerja mereka dengan menepati citarasa pelanggan. Kedua, harga
yang berpatutan bagi setiap servis dengan adanya pakej promosi serta hadiah percuma. Hal
ini kerana, sebelum memulakan projek ini saya membuat survey tentang harga dan
sebagainya. Saya mendapati harganya terlalu mahal di kedai komputer dan tiada sebarang
harga diskaun. Jadi, saya menjual servis ini dengan harga yang berpatutan serta pakej
promosi bagi menarik pelanggan dengan mudah. Ketiga adalah, produk yang menjual ini
sentiasa ada dan berterusan. Hal ini kerana, saya muat turun perisian ini daripada internet
secara percuma dimana ramai yang tidak pandai dalam bidang ini dan tidak diketahui. Saya
selalu memastikan servis ini sentiasa ada di komputer riba saya tidak kira di mana saya
berada.

Kelemahan projek saya adalah kadang-kadang mungkin mengalami masalah


rangkaian dan data. Hal ini kerana, projek saya berasaskan komputer dan rangkaian
sepenuhnya. Jika saya hendak menjual perisian, saya perlu menggunakan rangkaian dan
data yang kuat. Hal ini mungkin melambatkan proses muat turun perisian yang hendak
digunakan pada masa tertentu nanti. Justeru itu, saya perlu memastikan komputer saya selalu
bersambung dengan rangkaian kuat untuk melakukan proses ini. Kedua, tidak semua
komputer dapat sokong perisian yang dimuat turun. Hal ini kerana, ada komputer versi lama
yang tidak dapat memasang perisian terbaru. Kadang-kadang ada komputer yang
melambatkan kelancaran hanya sebab tidak sokong sistem komputer. Jadi, saya perlu
memeriksa dahulu komputer pelanggan dengan teliti supaya perisian saya dapat sokong
dengan komputer mereka dengan baik dan jika tidak dapat sokong maka saya tidak boleh
memasang perisian tersebut ke dalam komputer mereka.
Peluang projek saya ini adalah kedatangan teknologi baru. Hal ini kerana, teknologi
sering berubah dan mengalami peningkatan dari masa ke masa. Kita sentiasa ingin
memperbaharui komputer kita dengan perisian terkini. Jadi, ramai mungkin mencari-cari
tempat dimana mereka mendapat perisian ini dengan mudah dan harga berpatutan. Jadi,
mereka akan datang membeli perisian tersebut daripada saya sebab saya menyediakan
segala jenis perisian terkini yang ramai tidak diketahui. Kedua, permintaan yang terlalu tinggi
terutamanya dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Hal ini kerana, pdp sekarang
berasaskan komputer walaupun di sekolah atau IPG. Jadi, guru pelatih perlu membuat banyak
projek, tugasan, penyelidikan dan sebagainya. Pensyarah juga sangat memerlukan perisian
ini untuk meningkatkan kualiti pengajaran. Mereka akan sangat mahukan produk ini untuk
menambahbaikan kualiti komputer mereka. Jadi, mereka akan membeli perisian tersebut
daripada saya sebab produk saya ini menepati sangat permintaan pelanggan.

Ancaman projek saya adalah pesaing baru yang memasuki pasaran. Persaingan
dengan perniagaan yang memberi servis yang sama merupakan ancaman yang dihadapi.
Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk memantapkan
perniagaan mereka. Bukan itu sahaja mereka mungkin juga ada pelbagai pengalaman dan
servis lagi yang jauh lebih canggih daripada perkhidmatan saya. Jadi, disini ramai mungkin
lebih tertarik dengan cara promosi serta kecanggihan servis mereka. Kedua, cara promosi
kedai lebih baik dan menggunakan strategi yang berkesan. Hal ini kerana, saya hanya
mempromosikan projek saya melalui media sosial. Tetapi, kedai-kedai di sini menyebarkan
servis mereka melalui sebaran banner, media sosial, dan medium lain sebagainya. Hal ini
mungkin lagi mengugat projek saya dimana orang ramai lebih gemar mencari servis di kedai
sebegini. Jadi, perkara ini juga menjadi ancaman kepada projek saya secara langsung dan
tidak langsung.

Laporan disediakan oleh,

.............................................

(Sharmilah a/p Ambualagan)

Anda mungkin juga menyukai