Anda di halaman 1dari 2

Memancing ikan di sungai

1. menyediakan peralatan untuk memancing


2. membawa bekalan makanan
3. menaiki kereta
4. tiba di destinasi
5. membentangkan tikar
6. meletakkan peralatan memancing dan bekalan makanan
7. meletakkan umpan di joran
8. duduk di atas batu yang besar
9. mengajar saya cara memancing
10. berbual-bual
11. menunggu dengan sabar
12. berjaya memperoleh beberapa ekor ikan
13. meletakkan ikan-ikan itu ke dalam bekas yang disediakan
14. mengemas
15. pulang ke rumah
16. meminta ibu menggoreng ikan-ikan itu
17. menikmati hidangan makan malam

Pada hujung minggu yang lalu, bapa telah membawa saya ke sebatang sungai untuk
memancing. Sebelum pergi, saya membantu bapa menyediakan peralatan memancing seperti
joran, umpan, mata kail dan lain-lain ke dalam bekas memancing. Ibu pula sibuk menyediakan
bekalan makanan untuk saya dan bapa. Pagi-pagi lagi, saya dan bapa bangun awal untuk pergi
memancing. Kami pergi dengan menaiki kereta bapa. Bapa memandu keretanya dengan
berhati-hati kerana jalan ke situ bengkang-bengkok seperti ular kena palu.
Kami tiba di destinasi tepat pada pukul 8:00 pagi. Saya menolong bapa membawa
peralatan dan bekalan makanan. Bapa membentangkan tikar tikar di bawah sebatang pokok
yang rendang. Saya terus meletakkan barang-barang yang dibawa di atas tikar.
Bapa meletakkan umpan di joran. Kami menggunakan umpan cacing. Kami duduk di atas
batu yang besar. Bapa mengajar saya cara-cara memancing yang betul. Kami berbual-bual
dengan mesra. Pemandangan di sekitar sungai itu sangat indah.
Saya menunggu dengan penuh kesabaran. Selepas dua jam, barulah umpan saya
mengena. Saya berasa sangat gembira kerana berjaya memperoleh seekor ikan yang besar.
Akhirnya, kami telah berjaya mendapat banyak ikan. Kami meletakkan ikan-ikan itu ke
dalam bekas yang disediakan.
Sebelum balik, kami mengemas barang-barang dan membersihkan kawasan sekitar
sungai. Pada pukul 6:00 petang, kami pun pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya meminta
ibu menggoreng ikan-ikan itu. Ibu pun segera menyiang lalu menggoreng ikan-ikan itu di dapur.
Kami menikmati hidangan makan malam bersama-sama. Ikan-ikan yang digoreng itu rasanya
sangat sedap. Saya berharap bapa akan membawa saya pergi memancing ikan lagi pada cuti
sekolah nanti.