Anda di halaman 1dari 5

Kertas 1 (Ujian A) Nama : ______________________________

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Nelayan di Pulau Pangkor menangkap ikan dengan _________ bot besar.


A. guna B. digunakan C. penggunaan D. menggunakan

2. Abang membeli _________ Kereta Proton Saga Iswara.


A. sebiji B. sebuah C. sederet D. sebaris

3. ________ perlawanan Bola Sepak Liga Malaysia diadakan?


A. Bilakah B. Berapakah C. Siapakah D. Apakah

4. Safari terlalu rindu _______ kampung halamannya di Sabah.


A. dengan B. oleh C. kepada D. akan

5. Cadangan calon pengerusi Persatuan Bahasa Melayu _______ ahli-ahli persatuan telah diterima
sebulat suara. A. dari B. daripada C. pada D. kepada

6. Bapa saya pernah bekerja ____ tempat itu. A. di B. ke C. dari D. daripada

7. Hairi seorang murid yang pandai _______ dia tidak sombong.


A. dan B. sambil C. tetapi D. atau

8. __________, cantiknya baju batik yang kamu pakai pada hari ini!
A. Cis B. Nah C. Hai D. Amboi

9. Dia tidak pergi ke bandar pada hari itu ________ hujan lebat.
A. kerana B. oleh C. oleh kerana D. Akibat

10. Helmi _________ batu yang berat itu.


A. diangkat B. berangkat C. angkatkan D. terangkat

Soalan 11 hingga Soalan 17

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda
dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

11. Wong ditangkap oleh polis kerana beliau terlibat dalam kes merompak bank.
A B C

12. Pemandu bas dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu kenderaan demi
A B
untuk keselamatan diri dan penumpang bas.
C

Page 1 of 4
13. Jasmin membuat latihan kerja rumah daripada pukul tujuh malam hingga sembilan malam.
A B C

14. Halimah sedang membasuh baju bila kami sampai ke rumahnya. Tiada kesalahan.
A B C D

15. Para-para peserta dikehendaki berkumpul di kantin sekolah sebelum bertolak ke Ulu Bendul.
A B C

16. Kakak menghidangkan berbagai jenis kuih di atas meja.


A B C

17. Harga Ikan Siakap yang dijual di pasar ialah dua setengah ringgit sekilogram.
A B C

Soalan 18 hingga Soalan 20.


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda
telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

18. I. Rumah Masita sangat besar.


II. Zulazli merupakan pegawai besar dalam syarikat kewangan itu.
III. Di bilik stor itu terdapat sebiji kotak besar.
IV. Zamri terbeli baju kemeja yang bersaiz besar.

A. I dan II B. I, II dan IV C. III dan IV D. I, II, III dan IV

19. I. Dia hidup dalam kesusahan sejak kecil lagi.


II. Doktor itu mempunyai kepakaran dalam merawat penyakit kulit.
III. Ayah Halimah akan bertolak ke Taiping dalam masa 10 minit lagi.
IV. Ibu menjahit langsir di dalam bilik itu.

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I, II, III dan IV

Page 2 of 4
20. I. Penduduk Kampung Damai bergotong-royong memotong rumput yang panjang di sepanjang
jalan raya.
II. Jangan memotong jalan ketika memandu di sepanjang selekoh tajam di Jalan Kuala Pilah.
III. Pemuda yang memotong cakap orang lain dianggap tidak sopan.
IV. Walaupun kerja Azman memotong rumput, kehidupannya susah.

A. I dan II B. I, II dan III C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

Soalan 21 hingga Soalan 30.


21. Rumah-rumah di Taman Bukit Indah mahal-mahal belaka.
A. mahal belaka C. belaka mahal
B. mahal belaka-belaka D. mahal-mahal belaka

22. Kuih-muih dan makanan yang dijual di Sahur Restoran sangat sedap sekali.
A. Sahur Restoran sedap sekali
B. Restoran Sahur sangat sedap sekali
C. Restoran Sahur sangat sedap
D. Sahur Restoran sangat sedap sekali

23. Keputusan mengadakan kelas tambahan berdasarkan pada laporan keputusan


peperiksaan pertengahan tahun.
A. berdasarkan laporan C. berdasarkan ke laporan
B. berdasarkan kepada laporan D. berdasarkan pada laporan

24. Mereka berkelah tepi pantai pada hujung minggu.


A. berkelah ke tepi pantai C. berkelah dalam tepi pantai
B. berkelah di tepi pantai D. berkelah tepi pantai

25. Mak Khadijah menjual goreng pisang dan goreng mi di gerai itu.
A. pisang goreng dan mi goreng
B. pisang goreng dan goreng mi
C. goreng pisang dan mi goreng
D. goreng pisang dan goreng mi

26. Bilik darjah yang kotor ini mesti disapu oleh kamu sebelum kelas bermula.
A. kamu mesti sapu C. disapu oleh kamu
B. mesti kamu sapu D. mesti disapu oleh kamu

27. Setiap orang ketua mempunyai tanggungjawab terhadap kelas masing-masing.


A. Tiap ketua C. Setiap ketua
B. Tiap-tiap ketua-ketua D. Setiap orang ketua

28. Cuaca hari ini sungguh sejuk sekali.


A. sungguh sejuk C. sejuk sungguh sekali
B. tersejuk sekali D. sungguh sejuk sekali
29. Ibu berjahit seluar panjang demi cucunya.
A. menjahit seluar panjang untuk C. terjahit seluar panjang pada
B. menjahit seluar panjang kepada D. berjahit seluar panjang demi

Page 3 of 4
30. Para guru disiplin sedang membincangkan tentang masalah disiplin yang dihadapi oleh sekolah.
A. berbincang C. membincangkan terhadap
B. berbincang tentang D. membincangkan tentang

Soalan 31 hingga Soalan 33.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

31. Kempen Cintai Sungai Kita adalah untuk menyedarkan masyarakat supaya sentiasa menjaga
kebersihan alam sekitar dan tidak membuang sampah- sarap ke dalam sungai.

A. Masyarakat diberi kesedaran menjaga kebersihan persekitaran dan menjaga kebersihan


sungai melalui Kempen Cintai Sungai Kita.
B. Masyarakat menjaga kebersihan sungai sempena Kempen Cintai Sungai Kita.
C. Masyarakat perlu disedarkan melalui kempen untuk menjaga kebersihan sungai.
D. Masyarakat sedar bahawa mereka perlu menjaga kebersihan alam sekitar dan kebersihan sungai.

32. Sektor industri pembuatan kereta semakin berkembang maju kerana terdapat pasaran dalam dan
luar negeri.

A. Industri pembuatan kereta membangun pesat akibat permintaan rakyat tempatan.


B. Import dari luar negeri mengakibatkan sektor industri kereta bertambah maju.
C. Pasaran dalam dan luar negeri menyebabkan industri pembuatan kereta berkembang pesat.
D. Pasaran dalam negeri merupakan punca utama sektor industri pembuatan kereta bertambah maju.

33. Malaysia menjadi daya tarikan pelancong asing kerana terdapat tempat-tempat bersejarah,
keindahan alam semula jadi, budaya yang unik, makanan tradisional dan kemudahan pengangkutan
serta tempat penginapan pelancong.
A. Pelancong asing tertarik untuk datang ke Malaysia kerana tempat bersejarah, keunikan budaya,
alam sekitar yang indah, makanan tradisional, kemudahan pengangkutan dan tempat
tinggal pelancong.
B. Faktor-faktor utama yang menarik pelancong asing ke Malaysia adalah kerana keindahan alam
semula jadi yang unik.
C. Keindahan alam semula jadi dan keunikan budaya menggalakkan pelancong asing datang ke
Malaysia.
D. Tempat-tempat bersejarah merupakan faktor menarik pelancong asing ke Malaysia

Soalan 34 hingga Soalan 37


Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

34. I. Barang perhiasan di kompleks membeli-belah di Jalan Bukit Bintang sangat cantik.
II. Perpustakaan awam terletak tidak jauh dari kediaman saya.
III. Kerajaan akan menjalankan baik pulih projek perumahan Taman Sentosa.
IV. Hartini menghadiahi adiknya sebuah kotak pensil.

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I, II, III dan IV

Page 4 of 4
35. I. Pertandingan kuiz Sejarah mendapat sambutan daripada murid-murid.
II. Permohonan mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka telah diluluskan oleh pengetua.
III. Mereka bersihkan bilik bacaan di waktu malam.
IV. Rosmadi mengetua pasukan bola sepak sekolahnya.

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I, II, III dan IV

36. I. Laila telah memenangi peraduan ratu cantik.


II. Adeline mengeluarkan wang daripada akaunnya dengan menggunakan mesin ATM.
III. Sebuah empangan baru akan dibina di Sarawak.
IV. Sila ambilkan buku itu untuk saya.

A. I dan II B. I, II dan III C. III dan IV D. I, II, III dan IV

37. I. Sesiapa pun tidak dibenarkan masuk ke bilik dokumen itu.


II. Ketiga perompak itu dapat diberkas oleh polis.
III. Bapa Aisah tidak seorang guru.
IV. Kesemua orang peserta perlu mendaftarkan diri sebelum seminar bermula.

A. I dan II B. II dan III C. I dan IV D. I, II, III dan IV

Soalan 38 hingga Soalan 40.

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah.

38. Setelah sekian lama Azrul bekerja di luar negeri, akhirnya dia pulang ke tanah airnya.
Situasi yang dinyatakan diibaratkan dengan peribahasa…

A. setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.


B. untung sabut timbul, untung batu tenggelam
C. yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
D. lain makan nangka, lain yang kena getah.

39. Ibu bapa Mirah memelihara Mirah dengan penuh kasih sayang. Bak kata
perumpamaan___________________

A. Bagai isi dengan kuku


B. Bagai aur dengan tebing
C. Bagai menatang minyak yang penuh
D. Seperti kera mendapat bunga

Page 5 of 4

Anda mungkin juga menyukai