Bab 4 Langkah
Bab 4 Langkah
4.1 Negara
Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi meminimumkan kesan negatif
pemanasan global terhadap hidupan di muka bumi ini. Antaranya adalah:
4.3 Sekolah
Dengan mewujudkan kelab pencinta alam sekitar sebagai salah satu kelab
dalam aktiviti kokurikulum di sekolah, para pelajar akan berpeluang untuk mengaplikasikan
ilmu tentang penjagaan alam sekitar di sekolah. Mereka tidak hanya duduk dan mendengar
tentang tanggungjawab ini dari mulut guru mereka sewaktu kelas pada waktu pagi
sebaliknya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari pada waktu petang, iaitu semasa
aktiviti kokurikulum dijalankan. Penubuhan kelab ini turut akan dapat menanam sedikit-
sebanyak perasaan cinta para pelajar terhadap alam sekitar pada usia muda lagi.
Kesedaran di dalam diri tentang isu ini adalah asas kepada usaha yang akan
dilakukan oleh samada pihak sekolah, masyarakat mahupun negara. Sumbangan diri sendiri
terhadap penjagaan alam sekitar adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan usaha-
usaha pihak sekolah, masyarakat dan negara. Antara langkah atau tips yang boleh diambil
termasuklah:[3]
4.4.1 Memastikan tayar kenderaan telah dipam secukupnya kerana tayar yang tidak
dipam secukupnya akan melepaskan gas karbon dioksida yang banyak ke atmosfera.
4.4.2 Elak menggunakan air panas bagi mencuci pakaian sebaliknya menggunakan
alat pencuci yang sesuai yang boleh digunakan walau dalam air sejuk atau suam.
4.4.3 Tanggalkan plak wayar elektrik pada soketnya apabila tidak digunakan. Hal ini
demikian kerana plak wayar elektrik yang masih bersambung pada soket
akan menyebabkan arus elektrik masih mengalir walaupaun suis telahpun dimatikan.
4.4.4 Penggunaan lampu pendaflour juga lebih menjimatkan tenaga berbanding
lampu bilik atau lampu mentol.
4.4.6 Menanam pokok di kawasan atau sekitar rumah turut dapat mengatasi
masalah ini. Selain mewujudkan suasana yang nyaman dan sejuk, penanman pokok turut
akan mengurangkan ketumpatan gas karbon dioksida yang terkumpul di sekeliling rumah.
Kesimpulan
Daripada hasil kajian, dapatlah disimpulkan bahawa pemanasan global bukan lagi
merupakan satu isu yang ringan kerana isu ini banyak mendatangkan mudarat kepada
semua hidupan di muka bumi ini dan manusia adalah tidak terkecuali. Kita perlu sedar
bahawa pemanasan global bukan berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, kita perlu ingat
bahawa isu ini semuanya berpunca daripada perbuatan kita sendiri yang lebih
mementingkan keuntungan, keseronokan dan keselesaan duniawi yang berlebihan dan
sebagainya. Betul, kita tidak mampu menghalang pemanasan global daripada terus berlaku
tetapi, kita masih punya kebijaksanaan bagi mengawal isu ini daripada menjadi semakin
parah dalam jangka masa yang singkat sahaja. Oleh yang demikian, langkah yang proaktif
serta wajar perlu kita ikuti dan semua pihak harus bekerjasama serta sama-sama
berganding bahu dalam mengatasi masalah ini.
Note: Semua artikel mengenai pemanasan global ini adalah hasil kajian yang telah saya lakukan di sekolah. Semua fakta adalah sahih
dan telah dirujuk dari pelbagai sumber. Dimuat naik bertujuan untuk perkongsian maklumat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan
maklumat tersebut dan juga kepada pengunjung blog...terima kasih! ^^
3.1 Kesan
Seperti yang kita sedia maklum, pemanasan global akan memberi kesan buruk
kepada bumi terutamanya terhadap benda hidup terutamnya manusia. Namun begitu,
mengikut kajian yang telah dibuat, pemanasan global turut memberi kesan positif tetapi
kesan negatifnya adalah lebih signifikan berbanding kesan positif dan di sini, hanya kesan
negatifnya sahaja yang akan dihuraikan.
Salah satu kesan negatif pemanasan global ialah mengancam tapak warisan
dan sejarah yang ada di muka bumi ini. Organisasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
untuk Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) telah menyenaraikan sebanyak 857
tapak sebagai tapak warisan dunia termasuk Taman Kinabalu di Sabah dan Taman Negara
Gunung Mulu di Sarawak, Malaysia. Apabila pemanasan global berlaku, ini akan
menyebabkan berlakunya pencairan ais di kutub seterusnya akan meningkatkan paras air
laut dunia. Apabila paras air laut meningkat, tapak warisan terutamanya yang terletak
berhampiran pantai akan mengalami risiko tinggi untuk ditenggelami air terutamanya
apabila air pasang. Sebagai contoh, Kota Venice yang terletak di pesisiran Laut Adriatik,
terkenal dengan struktur-struktur bangunan yang dibina di atas kelong-kelong oleh arkitek-
arkitek yang mashyur pada kurun ke-5. Kenaikan aras air Laut Adriatik ini seringkali
menyebabkan kejadian banjir berlaku akibat daripada kemasukan air laut ke dalam kelong-
kelong ini. Kajian menyatakan sekiranya fenomena ini terus berlaku, Venice akan
mengalami banjir pada setiap hari.
Selain itu, peningkatan suhu dan kepekatan gas karbon dioksida di atmosfera
akan mengubah iklim dan persekitaran. Hal ini demikian kerana gas yang terkandung di
atmosfera tidak akan menjadi stabil seperti beribu-ribu tahun dahulu. Akibatnya, biodiversiti
hidupan di muka bumi ini akan terjejas. Taman Negara Mulu dan Taman Kinabalu, yang
kaya dengan spesies tumbuhan dan haiwan pastinya akan berhadapan dengan
perubahan iklim kesan daripada pemanasan global.
3.1.4 Penyakit
Selain itu, terdapat juga beberapa kesan negatif lain akibat pemanasan
global. Contohnya, peningkatan suhu dunia yang semakin bertambah akan mengundang
kepada peningkatan risiko penyakit berjangkit terutamanya di kawasan Afrika. Hal ini
disebabkan oleh pemanasan global yang menyebabkan kemarau sering berlaku dan akan
memudahkan penyakit merebak. Selain itu, ketiadaan air yang cukup akan menyebabkan
tanaman tidak subur dan akibatnya mereka akan tiada sumber makanan untuk dimakan
sekali gus menyebabkan kebuluran berlaku.
3.2 Kesimpulan
Natijahnya, seluruh lapisan masyarakat harus sedar akan bahayanya atau kesan
buruk yang akan menimpa sekiranya isu pamanasan global masih terus dipandang ringan
sahaja. Hal ini demikian kerana tidak seorang pun di dunia ini yang tahu dan dapat meramal
dengan tepat apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Sekiranya isu ini terus dipandang
ringan, kesan buruk yang lebih serius daripada apa yang telah sedia terjadi pada hari ini
berkemungkinan besar akan menjadi bertambah parah lagi.