Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Pemimpin yang berkeperibadian tinggi sentiasa dapat


mewujudkan hubungan yang baik dengan kelompok
yang dipimpin.
Ibarat kepala memimpin badan begitulah
perumpamaan yang diberikan kepada pemimpin bagi
mencernakan ketokohan dalam mengurus dan
mengepalai sesebuah organisasi.
PENGENALAN
Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada
Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan kepatuhan
kepada agama.
Tidak kiralah sama ada pemimpin tersebut beragama
Islam, Kristian, Hindu ataupun Buddha, Kepercayaan
ini penting bagi memastikan mereka mempunyai
pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh.
PENGENALAN
Bertititk tolak kepada kepercayaan kepada agama
inilah akan mencernakan peribadi terpuji selaras
dengan agama yang dianuti.
Manakala konsep etika dan amalan keagamaan
seharusnya memberikan kekuatan jati diri kepada
pemimpin tersebut dalam memimpin sesebuah
organisasi terutamanya untuk memacu
kecemerlangan pendidikan di sekolah.
PENGENALAN
Berkeperibadian tinggi yang dimaksudkan dari segi
tutur kata bukan sahaja kesantunan bahasa yang
berhemah, malah mereka harus bijak untuk
berkomunikasi dengan semua peringakat umur.

Komen dan kritikan yang diberikan seharusnya


bersifat membina bukannya merendah-rendahkan
martabat seseorang.
PENGENALAN
Ketinggian peribadi juga boleh diukur dengan
tingkah laku yang merendah diri tetapi tegas, tidak
sombong dan memberikan layanan kepada semua
pihak tanpa memilih bulu dengan penuh hikmah.

Pemimpin jenis ini pasti manis air mukanya, bijak


mengatur kata, penuh hikmah perlakuannya serta
mempunyai jati diri dan integriti yang tinggi.
PENGENALAN

Pemimpin ulung harus menunjukkan contoh teladan


kepada komuniti di bawahnya melalui perlakuannya
yang mendahului yang lain dengan niat untuk
diteladani oleh orang lain.

Anda mungkin juga menyukai