Anda di halaman 1dari 23

EDUP3013

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN


DI MALAYSIA

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
FALSAFAH
FALSAFAH

Istilah ‘falsafah’ berasal daripada perkataan


Yunani; ‘Philos’ (mencintai) dan ‘Sophia’
(kebijaksanaan) yang membawa maksud
‘perihal mencintai kebijaksanaan’
DEFINISI FALSAFAH
Herakleitos (540-480) :
‘cintakan Kebijaksanaan’

Plato (427-347) :
‘Pengetahuan tentang segala yang ada’

Aristotle (384-322) :
‘Disiplin yang menyelidiki asas dan sebab
segala benda’
Cirero (106-043) :
‘Pengetahuan tentang sesuatu yang maha
agung dan usaha-usaha mencapainya’

Aristotle (384-322) :
‘Disiplin yang menyelidiki asas dan sebab
segala benda’

Cirero (106-043) :
‘Pengetahuan tentang sesuatu yang maha
agung dan usaha-usaha mencapainya’
Russell (1946) :
‘ Suatu fahaman atau pengertian di antara
teologi dan Sains. Ini adalah kerana teologi
dan falsafah mengandungi spekulasi
terhadap perkara yang belum tepat
dibuktikan ’
E. D. Miller (Questions That Matter (1984) :
‘ Usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis
terhadap perkara-perkara yang penting.
Falsafah Pendidikan adalah satu usaha
berfikir yang rasional dan kritis terhadap
perkara yang penting tentang pendidikan ’
Al-Farabi (950 M) :
‘Ilmu pengetahuan tentang alam yang
maujud dan bertujuan menyelidiki hakikat
yang sebenarnya’
H. Habibullah Bakri :
‘Ilmu yang menyelidiki segala sesuatu
dengan mendalam tentang ketuhanan, alam
semesta dan manusia sehingga dapat
menghasilkan pengetahuan tentang
bagaimanakah hakikatnya sejauh yang
dapat dicapai oleh akal setelah mencapai
pengetahuan itu’
Sharifah Alwiyah Alsagoff
(Falsafah Pendidikan (1984) :

1. Falsafah ialah pertimbangan asas dan


andaian tentang pertimbangan terhadap
perkara yang penting
2. Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti,
ilmu dan nilai
3. Falsafah cenderung mengumpulkan
rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab
atau sistem-sistem pemikiran
4. Falsafah ialah pendekatan yang rasional
terhadap sesuatu masalah atau persoalan

5. Falsafah ialah sesuatu penyiasatan yang


komprehensif dan logikal tentang asas-asas
pemikiran atas semua aktiviti manusia
khususnya dalam bidang sains, seni, agama
dan pendidikan
RUMUSAN FALSAFAH

 Falsafah sebagai pemikiran atau pandangan


yang benar, rasional dan bernas.
 Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan
daripada usaha kajian ahli falsafah dengan
cara yang saintifik, sistematik dan logikal.
 Tujuan falsafah ialah untuk mencari serta
membuktikan kebenaran dan memberi arah
tuju atau pedoman untuk perkara-perkara
penting dalam kehidupan
 Pembentukan sesuatu falsafah bermula
dengan proses usaha melihat sesuatu,
menilai, membuat perbandingan,
menimbangkan sebab dan akibat,
menganalisis, menaakul, mentafsir dan
seterusnya membuat rumusan terhadap
pengalaman, kehidupan manusia dan alam
sejagat secara holistik, bersepadu.
FALSAFAH PENDIDIKAN

 Falsafah adalah satu pendekatan menyeluruh


terhadap kehidupan dan dunia ini

 Falsafah merupakan satu usaha mencari kebenaran


dan nilai dalam hidup

 Falsafah Pendidikan merupakan penerokaan


terhadap pendidikan dari perspektif maksud, tujuan
dan kaedah dan mengaitkannya dengan bagaimana
pendidikan dan masyarakat saling berhubung
TENTULAH PENTING!!!
SOALAN TUTORIAL

Huraikan kepentingan kefahaman tentang


konsep falsafah dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam latihan perguruan
SEKIAN