Anda di halaman 1dari 2

Kini, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja, tidak kira sama

ada dari golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa gajet atau
telefon pintar ini telah mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian
mereka. Namun, adakah penggunaan telefon bimbit ini memberikan kesan yang baik
kepada masyarakat terutamanya golongan remaja ?

Antara kebaikan telefon pintar ialah gajet ini boleh dijadikan sebagai alat perhubungan.
Sebagai contoh, telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung
antara satu sama lain untuk bertanya khabar berita dan secara tidak langsung hubungan
silaturrahim antara ahli keluarga dapat diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, kita juga
boleh menggunakan telefon pintar ini untuk bertanyakan hal-hal yang berkaitan
pelajaran. Misalnya,rakan-rakan rapat boleh di hubungi dengan segera walaupun kita
tidak dapat berada di dalam kelas. Secara tidak langsung,semua perkara penting yang di
sampaikan oleh para guru dan pensyarah dapat di ketahui dengan cepat dan mudah
serta hubungan dengan rakan-rakan juga akan menjadi erat dan bertambah mesra.

Selain itu, telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat untuk melayari internet. Pada
masa kini, penggunaan internet amat penting kepada para pelajar bagi membuat kajian
atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau guru masing-masing. Oleh
itu, dengan kemajuan dan kecanggihan telefon pintar ini, golongan remaja boleh
melayari internet dengan menggunakan gajet mereka di mana-mana sahaja dan pada
bila-bila masa, malah sesuatu maklumat yang diperlukan boleh di akses dengan cepat
dan mudah.

Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat hiburan untuk merehatkan minda.
Dengan memiliki telefon pintar, kita dapat mendengar lagu dan menonton video
kegemaran pada bila-bila masa dengan cara memuat turun video kegemaran di laman
sesawang dengan pantas. Gajet ini juga mempunyai pelbagai aplikasi permainann yang
mengikut gaya masa kini. Aplikasi permainan ini amat disukai oleh golongan remaja bagi
mengisi masa lapang mereka atau selepas menyiapkan tugasan mereka.

Walaupun, telefon mudah alih ini memberi kebaikan kepada penggunanya, namun
keburukannya tetap wujud apabila berlaku penyalahgunaan teknologi ini. Antara
keburukan telefon pintar ialah gajet telefon pintar ini boleh mengganggu pelajaran malah
akan memberi peluang kepada remaja untuk mengakses laman pornografi dan
menyebabkan berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta
membawa kesan atau implikasi yang negatif kepada masyarakat sekeliling. Tambahan
pula penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar akan mendatangkan pembaziran
wang kerana terpaksa untuk menambah nilai kos kredit yang tinggi pada setiap bulan
yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.
Selain itu, aplikasi hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini boleh
mendatangkan impak yang negatif sekiranya golongan remaja terlalu taksub. Hal ini
boleh dilihat apabila ramai di kalangan remaja sering mengabaikan pelajaran dan kurang
mengulang kaji pelajaran mereka kerana terlalu fokus kepada alat teknologi ini. Sebagai
contoh, mereka lebih memilih untuk melayari laman sesawang pada setiap masa seperti
Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya daripada melakukan perkara yang lebih
berfaedah untuk diri dan masa depan mereka.

Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja memberikan seribu


satu faedah kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya, tetapi sebagai pengguna kita
perlu bijak menggunakan gajet atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini
dengan cara yang betul. Jika tidak di gunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu
merosakkan masa depan dan fikiran remaja itu sendiri. Sewajarnya, golongan remaja
yang merupakan tonggak negara pada masa hadapan lebih bijak dalam memikirkan pro
dan kontra sesuatu perkara sebelum melakukannya bak peribahasa tepuk dada tanya
selera.