Anda di halaman 1dari 2

Polis tahan enam suspek tembak gajah di

Tawau
02 Oktober 2019 6:23 PM

Kecederaan pada badan gajah pigmi yang ditemui mati di Sungai Udin,
Kalabakan Khamis lalu.

TAWAU - Polis menahan enam lelaki termasuk seorang peneroka dan


pekerja yang digajikan khas Felda, serta seorang pendatang tanpa izin, yang
disyaki terbabit dalam kes tembak seekor gajah yang ditemui mati di kawasan
hulu Sungai Udin, Dumpas dekat sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, kesemua suspek
yang berumur lingkungan 48 hingga 68 tahun itu ditahan antara pukul 12.20
tengah malam tadi hingga tengah hari ini dalam Ops Bersepadu Khazanah.

Beliau berkata bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis menahan


seorang lelaki di Felda Umas 4, kira-kira pukul 12.20 tengah malam tadi yang
disyaki terlibat dalam kes berkenaan, dan susulan tangkapan, tiga lagi
serbuan dilakukan di Felda Umas.

Menurutnya tiga lagi lelaki ditahan dalam serbuan lewat malam tadi,
manakala dalam serbuan tengah hari tadi dua lagi ditahan, masing-masing di
Felda Umas dan Ladang Dumpas.

"Daripada enam lelaki ini dua merupakan penembak gajah dan empat lagi
bersubahat termasuk menyimpan senjata api serta menyembunyikan gading
gajah. Suspek pendatang asing tanpa izin itu dipercayai menyimpan senjata
api manakala seorang pekebun kecil menyembunyikan gading gajah yang
dipotong," katanya dalam satu persidangan media yang turut dihadiri Pegawai
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Sailun Aris, di sini.

Peter berkata, dalam operasi itu polis turut merampas selaras pump gun
(berlesen), selaras senapang angin buatan sendiri, tiga laras senapang patah
buatan sendiri (bakakuk), 53 butir kelonsong peluru, 58 butir peluru hidup,
satu buku lesen memiliki senjata dan peluru termasuk seunit telefon bimbit.

"Dipercayai selaras pump gun serta selaras bakakuk digunakan untuk


menembak gajah itu," katanya dan menambah semua suspek akan ditahan
reman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960,
Seksyen 25(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 serta Seksyen
6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

Ditanya motif perbuatan menembak haiwan itu, Peter berkata, berdasarkan


siasatan, kejadian pada 23 September kira-kira pukul 9 pagi di kawasan rizab
Sungai Udin itu dipercayai dilakukan oleh suspek yang ditugaskan mengawal
kemasukan gajah ke kawasan ladang, dan suspek turut mengambil gading
haiwan itu.

Sementara itu, Peter berkata, pemberi maklumat iaitu seorang lelaki awam
akan menerima ganjaran RM10,000 daripada Jabatan Hidupan Liar (JHL)
seperti yang dijanjikan. - Bernama

Anda mungkin juga menyukai