Anda di halaman 1dari 5

D.

Pertahanan Kolektif (collective defense)


Konsep Collective Security

Collective Security juga mampu ditakrifkan sebagai sistem sejagat atau serantau yang menyatukan
Negara dalam sebuah perjanjian bersama untuk melakukan pencerobohan atau penggunaan
kekuatan yang sudah disepakati Negara dalam sistem. Namun dalam hal ini collective security
dianggap sebagai alat untuk menghalalkan penggunaan kuasa daripada untuk melakukan
perlawananan dari ancaman pihak lain. Hal ini didasarkan pada penggunaan perpaduan negara-
negara ahli.

“We are the people of United Nations


determined to save succeding generation from the scourge of war” (UN Charter)
Collective Security juga adalah keadaan dimana sebuah sistem semua negara yang turut

mengambil bahagian bersetuju untuk menghentikan penggunaan kekuatan dalam kesepakatan

pasca perselisihan dan menyetujui tindakan bersama melawan negara yang memilih melakukan

kekerasan. Collective Security telah disebutkan dalam Piagam PBB, “ Kami anggota PBB bertekad

untuk menyelamatkan generasi masa depan dari bencana perang”. Tujuan PBB adalah untuk

menjaga perdamaian dan keamanan antarabangsa dan pada akhirnya untuk menciptakan tindakan

kolektif yang efektif untuk mencegah dan menghapus ancaman terhadap keamanan dan untuk

menekan tindakan agresif dan ancaman terhadap keamanan.

Dalam mewujudkan keamanan dan keselamatan antarabangsa adalah dengan cara

keselamatan bersama (collective security). Idea dasar dari pendekatan ini adalah rasa kebersamaan

dalam pelaksanaan undang-undang antarabangsa dan dasar1. Collective security berorientasikan

serantau dan global bertujuan mempengaruhi dan meminta negara-negara untuk tidak melakukan

sesuatu dengan melanggar undang-undang antarabangsa dan melakukan pencerobohan kepada

1
Danchin, Pieter G. dan Fischer, Horts. 2010. United Natios Reform and The New Collective Security. New York : the
United States of America by Cambridge University Press
negara lain. Negara-negara dalam konsep collective security mengawal dasar luar negerinya

dengan berjanji menghadapai perampas dengan kekuatan yang lebih besar lagi2. Ancaman melalui

kekuatan yang besar adalah usaha penguatkuasaan undang-undang antarabangsa yang dipandang

sebagai suatu cara yang efektif untuk menghentikan pencerobohan dan mematuhi undang-undang

antarabangsa3. Berbeza dengan pencerobohan yang mempercayakan perimbangan kekuatan di

antara negara yang bersaing sebagai cara berkesan mewujudkan keamanan dan keselamatan

antarabangsa, collective security menganjurkan penggunaan kuasa yang lebih besar sebagai cara

yang efektif. Pengambilan keputusan dalam collective security adalah dengan perundingan dan

dalam keadaan darurat digunakan dengan consensus. Pembentukan PBB dan NATO adalah

sebagai salah satu usaha collective security dalam menegakkan undang-undang antarabangsa dan

mewujudkan perdamaian, PBB dibentuk sebagai akibat kegagalan LBB dalam mewujudkan

perdamaian dunia selepas meletusnya Perang Dunia I. Diplomasi yang dilakukan melalui PBB

adalah diplomasi pelbagai hala di mana diplomasi ini sebagai suatu pendekatan untuk mengatur

kerjasama dan hubungan konflik yang telah ada dari sistem bersama pada abad 19 manakala

NATO pula berperanan secara kolektif antara ahli-ahlinya untuk menjaga kestabilan dan kemanan

global. Peranan keselamatan kolektif (collective security) boleh dilakukan dengan memasukkan

kekuatan bersenjata. Sebagai contoh seperti yang berlaku semasa konflik 9/11 di Amerika Syarikat

di mana Collective Security digunakan oleh NATO untuk melakukan intervensi ke dalam

Afghanistan selepas konflik 9/11.

2
Danchin, Pieter G. dan Fischer, Horts. 2010. United Natios Reform and The New Collective Security. New York : the
United States of America by Cambridge University Press
3
Ibid
Hubungan Kerjasama NATO dan PBB dalam Collective Security

Collective Security merupakan salah satu revolusi penjagaan keamanan dan keselamatan

yang saat ini banyak diterapakan oleh Negara -Negara dalam dunia antarabangsa dan organisasi -

organisasi serantau. Oraganisasi merupakan sebahagian dari dunia antarabangsa yang juga

mempunyai hak untuk melakukan sistem keselamatan kolektif. Collective Security adalah sistem

yang merajuk pada kerjasama penyelesaian konflik tanpa menggunakan kekuatan yang kemudian

meluluskan penggunaan kekuatan bersama apabila Negara yang mengalami konflik tidak dapat

menyelesaikan konflik secara damai. Secara umum perikatan organisasi bertujuan untuk

merangkumi semua Negara anggota dan memberikan jaminan keselamatan. Sebagaimana

dinyatakan dalam Piagam PBB Bab VII Artikel 51 sebagai asas perlembagaan dari Piagam

Washington sebagai pedoman NATO. Artikel 5 dalam Piagam NATO merupakan refleksi dari

artikel 51 Piagam PBB. Sesuai dengan Piagam PBB penggunaan kuasa secara individu atau secara

kolektif hanya boleh dilakukan dalam kes "armed attack". Setelah menentukan ancaman

Perdamian, pelanggaran perdamaian atau pelaksanaan pencerobohan maka dapat ditentukan

tindakan pengunaan kekuatan dari Negara - Negara anggota4.

PBB dan NATO merupakan pelaku yang berperanan menjalankan kerjasama ketenteraan

dalam menjaga keamanan dunia.PBB dan NATO merupakan organisasi yang telah terbentuk sejak

pasca Perang dunia II. PBB ditubuhkan dengan tujuan lebih memberi tumpuan pada mekanisme

dalam menjalankan kerjasama keselamatan sedangkan NATO dibentuk sebagai satu pakatan

pertahanan untuk bertindak balas terhadap ancaman yang muncul dari Soviet Union5.

4
Simma, Bruno, (2009). NATO, the UN and the Use of Force : Legal Aspect. Munich: European Journal of International
Law.
5
Ibid
Kerjasama antara DK PBB dan NATO telah terbentuk sejak menandatangani Piagam PBB

pada 26 Jun 1945 yang menjadi landasan undang-undang bagi pembentukan NATO dan mengakui

tanggung jawab kerjasama dalam menjaga keamanan dunia dengan Majlis Keselamatan PBB.

selain itu Piagam Washington pada tarikh 4 April 1949 menjelaskan tentang perikatan kerjasama

antara kedua-dua organisasi tersebut.Pada pasal - pasal yang terdapat dalam kedua Piagam

organisasi tersebut telah diatur tujuan utama kerjasama iaitu menjaga keamanan dunia dari segala

ancaman dan menahan diri dalam menggunakan kuasa serta mengedepankan penyelesaian secara

damai. Namun dalam fasal - fasal yang ada dijelaskan pula bahawa Perjanjian tidak akan

menjejaskan hak dan kewajiban masing – masing pihak dan tetap mengedepankan tujuan utama

untuk menjaga keamanan dan keselamatan antarabangsa6.

Kegiatan yang dilakukan oleh NATO diatur melalui Peraturan yang dibuat oleh Majlis

Keselamatan PBB.Salah satu kegiatan yang dilakukan oleh NATO adalah dengan melakukan

operasi keamanan, selain itu NATO juga memberikan bantuan logistik dan militer. Selain

memberikan bantuan dalam menyelesaikan konflik diberbagai Negara, NATO juga turut

memberikan bantuan kepada Negara - Negara yang mengalami bencana alam. Hubungan

kerjasama PBB dan NATO telah terjalin sehingga menjadikan NATO sebagai rujukan untuk

melakukan perundingan dengan badan khusus PBB seperti penilaian krisis pengurusan, kerjasama

awam - tentera, latihan dan pendidikan, logistic, memerangi perdagangan manusia, ranjau,

perdagangan dan keselamatan serta melawan terorisme.

Selain itu NATO juga merupakan salah satu perikatan negara yang mempunyai peranan besar

dalam menjalankan keselamatan kolektif. Tujuan utama NATO adalah menjaga kebebasan dan

6
The North Atlantic Treaty: Washington D.C. - 4 April 1949, (2008), North Atlantic Treaty Organization, retrieved
from http://www.nato.int/cps/en/natolive/official_texts_17120.htm
keselamatan ahli-ahlinya melalui cara politik dan ketenteraan. NATO mempunyai komitmen

dalam menangani sengketa baik secara diplomatik dan ketenteraan7.

7
Ibid

Anda mungkin juga menyukai