Anda di halaman 1dari 1

Saban hari, isu obesiti sering diperkatakan.

Seandainya perkara ini dibiarkan, maka masalah ini akan menjadi seperti api
dalam sekam serta mendampakkan impak negatif terhadap bangsa dan nusa.
Fenomena ini perlu dititikberatkan kerana pujangga pernah berpesan
mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
Sebagai rakyat yang prihatin, marilah kita memerah otak untuk mengetahui
langkah-langkah pencegahan obesiti.
ISI : Uslub utama yang menyumbang kepada usaha pencegahan obesiti ialah
pemakanan seimbang.
MENGAPA? Hal ini disebabkan punca utama penyakit obesiti kerana pengambilan
makanan yang tidak sihat seperti makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula.
Sebagai contohnya, seseorang yang selalu makan makanan berlemak dan bergula
seperti ayam goreng dan teh tarik akan berisiko menghidapi penyakit obesiti.
Ungkapan menarik : Lantaran itu, cogan kata kurangkan manis dalam minuman,
lebihkan manis dalam senyuman harus dijadikan sebagai pegangan kepada kita.
Sudah terang lagi bersuluh, perancangan pemakanan yang bijak menjamin kesihatan
yang unggul.

Penutup:
Kesimpulannya, semua pihak mestilah bersinergi bagai aur dengan tebing agar
masalah ini dapat diselesaikan secara totalnya. Penggemblengan tenaga dan usaha
perlu digerakkan agar kejayaan yang lama ditagihkan dapat tercapai. Dalam pada itu,
usaha yang proaktif dan sistematik mestilah dimulakan sekarang kerana pujangga
pernah berpesan perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama!

Anda mungkin juga menyukai